Peribadi yang tenang tanda kita berani, suka membahagiakan orang lain tanda kita bijaksana. Pemaaf lambang kekuatan jati diri. Yang sebenarnya ada jalannya untuk kita mendalami ilmu memindahkan sifat Tuhan dalam diri kita sehingga tiada lagi hijbanya kita dengan Allah. Barangsiapa berusaha sungguh2 dalam pencarian nescaya dia dapat merungkai makna sebenar kehidupan. Rahsia cinta Ketuhanan.
Sesungguhnya segala kesulitan, segala kepayahan dan segala macam keburukan didunia ini akan hanya kita dapati ianya termasuk kepada perkara2 kecil sahaja berbanding yang dihadapan itu ada perkara yang lebih besar yakni kekuasaan Allah Yang Maha Esa.
Bersangka baik, berani, tenang, penyayang, pemaaf dan bijaksana antara anugerah Allah pada manusia dalam membentuk peribadi teguh.
Berilmu sahaja tidak memadai kalau tidak dilengkapkan dengan akhlak luhur dalam membentuk peribadi.
No comments:
Post a Comment