Mandi sebelum subuh wajah berseri2
Mandi kerana Allah
Tidur kerana Allah
Bercakap dimulut sentiasa menyebut semuanya kerana Allah
Tauhid orang dulu
Pergantungan hidup semata2 dengan tali Allah
Tidak dua dan tidak tiga
Tidak takut dan tidak gentar
Segala kekalutan, keresahan,kepayahan
Dikembalikan urusan pada Allah
Pujian dan sanjungan milik Allah
Kaya dan miskin ujian dari Allah
Lahir pahlawan terbilang
Lahir hamba perkasa
Yang takut hanya pada yang Esa
Jasad hanya sarung yang jadi kelongsong
Sampai masa
Mati kerana Allah
Dibangkitkan semula
Demi Allah.
No comments:
Post a Comment