Tuesday, March 9, 2010

My name is Khan

Cerita Hindustan pun meletup dinegara orang putih.

Sayangnya ada orang melayu yang siap pesan dengan anak yang tinggal diasrama jangan sesekali tengok cerita hindustan.

' Ayah tak redha'

Keinginan si anak terus memuncak bila berduyun kawan2 tengok cerita hindustan. Si anak telefon lagi memujuk ibu yang dia teringin sangat nak tengok filem yang ditayangkan dibawah ruang lepak.

' Ayah tak redha, tak yah lah tengok '

Ada lagi ka anak yang taat macam tu dewasa ini? Jika ada...Alhamdulillah!

Dah ayah tak kasi dia pun beralah....akhirnya anak perempuan itu berkahwin dengan anak jati Sarawak yang baru memeluk Islam. Mudah2an anak gadis sepi itu dapat jadi pembimbing bagi suaminya sebab dia anak yang taat lagipun dia berpendidikan tinggi bergaji puluhan ribu berbanding suami.

Mesej pada orang2 sekarang;

Tak payahlah nak mengongkong kehendak anak2 sampai macam tu sekali...sedangkan sekarang macam2 cerita ada.

Lagipun apalah salahnya sekadar menonton. Ada nilai2 murni dalam filem2 hindustan. Orang dulu kaya dengan budi luhur, penyantun dan penyayang hasil didikan serba sikit yang dikutip dalam cerita hindustan dulu2. Walaupun susah, filem hindustan boleh menyanyi melepaskan keresahan. Paling murni filem mereka sangat patuh dan taat pada orang tua2.Luar biasa setianya pada cinta dan hubungan keluarga yang mantap.

Ada mesej indah sarat dengan ilmu berqaseh sayang. Ilmu paling hebat dalam meredah godaan dunia.Kita tak dapat lari dengan kehendak remaja yang jatuh cinta dengan tayangan filem yang sedang berlumba2 menarik mata mereka. Sekiranya pendidikan dirumah sudah cukup menguatkan spiritual anak2....tengoklah cerita apa pun mereka mampu memikirkan mana yang baik mana yang tidak.Tak payahlah nak tunjuk power dengan kuasa emak ayah. Kita tak payah nak sekat kemahuan anak2 dalam dunia mencabar ini.... tentulah tak adil.

Hiburan ni seperti garam dalam makanan. Tidak ada salahnya asalkan tidak berlebihan.

Last2 orang putih pun dahagakan filem2 berunsurkan ketenangan....mereka pun dah penat dengan cara hidup yang rakus menguasai dan menakluk dunia. Dalam mereka berlumba2 mengejar dunia...akhirnya mereka akur yang dunia sedang mempersendakan kuasa yang ada. Bala Allah tak mampu ditawan dengan ciptaan teknologi canggih. Mat Salleh pun dah penat...nak rehat minda lalu kembali menerjah Hindustan.

Zaman kegemilangan hindustan akan kembali mententeramkan jiwa remaja yang dahagakan belaian Qaseh sayang.

Nabi berpesan kita jangan lihat siapa yang bercakap tapi kita kena dengar apa yang orang tu cakap.

Ilham indah dari malaikat. Tak mustahil ada unsur2 pengajaran yang disampaikan oleh para2 malaikat secara langsung pada yang sudi mengutip mesej Allah dari sumber mana sekalipun.

Benua Cina dan benua India, benua tertua yang banyak menyimpan khazanah sejarah.

Sejarah orang melayu memang berasal dari dua benua disana,

Nak harapkan cerita melayu dan drama melayu??? Hampeh!!! berkarya seiring dengan membodek...lihatlah hasilnya.

Tak dapat menakluk jiwa apatah lagi mententeramkan suasana jauh sekali dapat mendidik akal budi berbanding cerita P.Ramlee. Karya Arwah P. Ramlee ikhlas.

A.V. Bapat Produser tersohor zaman P. Ramlee.

Ada siapa peduli asal usul A.V.Bapat?

Buah tangan dari benua tua milik Tuhan....My Name is Khan!

No comments:

Post a Comment