Berkata Imam Ghazali R.A
'Pada setiap bahagian anggota badan ada zakat yang diwajibkan kerana Allah Taala'
Zakat hati;
Berfikir tentang kebesaran Allah, kebijaksanaanNya, kekuasaanNya, bersyukur dengan nikmatNya dan rahmatNya.
Zakat mata;
Melihat untuk mengambil pelajaran dan memalingkan daripada perkara yang diharamkan.
Zakat telinga;
Mendengar perkara2 yang boleh menyelamatkan diri dari api neraka.
Zakat lisan;
Bercakap tentang perkara2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.
Zakat tangan;
Menyekat diri dari melakukan kejahatan dan menghulur untuk melakukan kebaikan.
Zakat kaki;
Berjalan ke tempat yang boleh menenangkan hati dan menyelamatkan ugama.
No comments:
Post a Comment