Produser filem dulu2 tak minat glamour. Target produser adalah keuntungan dan kita pun tak pernah mahu ambil tahu siapa yang produce filem dulu2.
Berbanding dengan produser sekarang...semua dia nak jadi....alih2 filem ke drama tak meletup disalahkan penonton. Filem hebat macam filem orang putih kita tak kenal pun produser mereka.
Macam tu la juga peranan ibu...dia tak pernah minta disanjung dan dipuja. Apa yang penting dia melaksanakan amanah yang diberi yang akan membawa keuntungan pada anak2 didunia dan diakhirat.
Kita selalu rasa kecewa dengan anak2....lebih mendukacitakan bila anak2 melawan...Kita tak payah nak susah2 fikir kenapa anak2 jadi begitu.
Tanya pada diri yang bagaikan roda !!! what goes around comes around.
Ada yang sibuk bila dah tua baru nak jaga hati anak2. Ikut cakap anak. Kadang2 ada yang sampai jadi macam orang gaji demi menjaga hati anak2. Anak buat tak betul pun semua tak berani tegur...takutkan anak2.
Subhanallah!!! Kenapa jadi begitu...sedangkan semasa hayat mak bapa kita...ada kita kesah perasaan mereka....ada kita jaga hati mereka....ada kita peduli dia makan apa semalam.
Anak2 belajar dari perilaku mak bapa...anak2 nampak dengan mata Allah apa yang berlaku dihadapan mereka.
Segalanya dirakam...anak2 save dalam kepala...sampai masa dia dewasa diulang tayang sejarah lama.
Jadi apa yang nak ditakutkan dengan bayang2 sendiri...kita dah buat yang terbaik untuk mak bapa. Seterusnya kita berdoa yang terbaik untuk anak2.
Selebihnya kita serahkan pada Allah akan ganjaranNya.
Rasulullah menegaskan dalam hadis;
' Doa tiga orang yang pasti dikabulkan oleh Allah ialah doa orang yang tertindas, doa orang yang sedang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anak2nya'
Doa ibu mengiringi setiap langkah anak2.
No comments:
Post a Comment