Ada iktibar yang boleh kita kongsi pada nasib yang menimpa Azean Irdawaty. Cari hikmah disetiap kejadian pasti kita akan ditemukan jalan kembali mengenal Tuhan dengan penuh rasa taqarrub ilallah . Sekiranya Allah mahukan kebaikan keatas hambaNya, Dia menguji dengan musibah apatah lagi musibah yang bertimpa2 tanda Allah teramat kasihkan hambaNya.
Tanda Allah murka bilamana Dia meninggalkan hambaNya tanpa pedoman tiada nur hidayah untuk hamba2Nya memperbaiki keadaan , sentiasa berputus asa lalu dibiarkan hambaNya dalam tekanan tanpa arah tujuan dan lebih menggerunkan andai dibiarkan sampai pintu taubat tertutup.
' Berkata iblis: Demi kekuasaanMu, sungguh akanku sesatkan mereka ( Adam dan anak2nya ) semuanya kecuali hambaMu yang ikhlas diantara mereka '
( Shaad : 82 83 )
Orang ikhlas nikmat dengan amalnya. Sejauhmana keikhlasan Azean Irdawati bekerja sebagai pelakun demi menyara diri dan keluarga bukan manusia yang penentu kayu ukur. Azean telah melakunkan yang terbaik. Setiap watak yang diberi, Azean memikul dengan penuh tanggungjawab. Hasil lakunan sedikit sebanyak menyentuh qalbu dan mampu menarik ramai antara kita diluar sana berubah ke arah yang lebih baik. Pengajaran melalui drama hebat lakunan insan yang selesa dipanggil kak yan ini adakalanya mampu terkesan sehingga mencuit rasa, berjurai2 airmata dan adakalanya buat kita terhibur dengan wataknya yang bersahaja. Dia yang terhandal bersandiwara setakat ini. Anugerah Ilahi pada bakat semula jadi.
Ciri2 orang ikhlas dengan kerjanya...samada baik buruk kerjaya kak Yan bukan kuasa kita nak menuding jari pada insan yang mendambakan diri dalam mencari makan dengan lakunan...tanpa kak Yan seperti sunyinya tiga malam tanpa bintang.
'...... tidak diberatkan sesesorang melainkan menurut kemampuannya....'
( Al Baqarah: 233 )
Saat ini kita bertahajjud dengan penuh rasa rendah diri mendekatkan diri dengan cinta sejati, meraih cinta Ilahi dengan penuh keinsafan diatas segala kekhilafan.
Hidup bermakna bila kita selalu mengingatkan diri yang tak ubah seperti berada dilampu isyarat, malaikat mengawasi dikiri dan kanan, didepan dan dibelakang.
' Tiada ditimpa musibah melainkan dengan izin Allah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, diberikan hidayah pada hatinya. Allah mengetahui tiap2 sesuatu'
( At Taghaabun : 11 )
Kenapa dan untuk apa kita diciptakan dan ke mana kita akhirnya nanti. Anak Azean ,Benjy telah berjaya menarik Safiya Stephanie untuk jatuh cinta dengan Islam dan Firdauz Juan lahir kedunia sebagai muslim. Itulah mutiara paling berharga untuk kak Yan terus kuat meneruskan hidup memikul amanah.
Sesuai dengan nama syurga Firdausi mudah2an Azean berjaya menjadikan Firdauz Jaun Islam sejati. Jangan sampai Firdauz sesat mencari majusi atau nasrani dengan bimbingan Safiya yang hendaknya semakin hari semakin teguh dengan iman dalam Islam.
' Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu'
( Asy Syams : 9 )
Benjy telah mengorbankan jiwa dan raganya bagi membuktikan yang dia diciptakan Tuhan bukanlah sia2....sepertimana pautan entry Sentuhan Yasmin bertarikh 27.07.2009.
' Ya Allah, jangan Engkau bolak balikkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk. Berilah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau maha Pemberi rezeki'
( Al-Imran : 8 )
Bila dilanda musibah ingatkan dihati selalu tidak takut dan tidak gentar Allah bersamaku. Allah Tuhanku, Islam Agamaku dan Nabi Muhammad S.A.W. adalah nabi dan rasulku.
No comments:
Post a Comment