Friday, February 26, 2010

Hakim yang bijaksana

Mak atau ibu atau Umi atau mama ke tak kira mummy, itulah panggilan pada yang berdarjat Bonda, darjat paling istimewa.

Mak dulu2 macam mak sitanggang. Bila mak sudah mula marah, anak boleh tukar jadi batu dengan izin Allah sebab mak dulu2 masin liurnya. Doa ibu yang anak2 dambakan sebab doa ibu doa ikhlas. Doa ibu masin. Doa bonda seperti bonda si tanggang tiada hijabnya dengan Allah.

Berkata hanya benar, bercakap cuma yang perlu. Tidak berkata yang sia2 jauh sekali mengumpat mengata.

Mak sekarang bercakap memanjang. Ungkit2 mengungkit memang kepakaran konon dia yang terbaik dalam membela. Bukan saja nak paksa diiktiraf oleh suami bahkan pengiktirafan anak2 paling utama.

Anak2 dah besar panjang boleh jadi hakim, yang mana baik yang mana buruk. Hakim yang bijaksana tak terus jatuh hukum. Setelah menimbang dan meneliti segala hujah dengan adil dan saksama, hakim kena jujur dengan sendiri. Kenapa dia bertaraf hakim. Kalaulah tak kerana kewujudan kedua2 pihak mana munkin hakim menjadi orang terpilih.

Paling tidak tak munkin hakim lahir kemuka dunia tanpa cinta mak dan bapa anugerah Allah yang Maha Esa.

Belajar memelihara lidah, mengawal nafsu dan mengawal diri dari condong dengan nyata pada mana2 yang tertuduh agar tidak mengeruhkan suasana, sehingga menyentuh perasaan lalu memudarkan suasana.

Bila anak2 mula menghargai pada kelahiran dan kedudukan, sudah pasti anak2 menjadi wira kebanggaan keluarga, aset utama pada bangsa dan ugama.

Akan muncul semula bakal2 ibu yang masin liurnya...akan lahir bapa2 yang mesra alam tapi menggerunkan sekali sekala.

Kita tak dapat nak ubah orang lain apatah lagi nak ubah cara orang dewasa..apa kata kita ubah diri kita sendiri lalu terciptalah hakim yang arif dan bijaksana.

Jauhi peribadi lalang.

Aku mengingatkan diriku dan anak cucu tentang kelebihan peribadi orang terdahulu.

Hadiah harijadi Nabi

Hari ini 12 Rabiulawal. Hari kelahiran junjungan Nabi kita penghulu segala nabi yang jatuh pada hari ini yang umum tahu penghulu segala hari.

Berselawat kita pagi dan petang khususnya pada hari Jumaat tanda cinta umat pada Nabi Muhamamad S.A.W.

Sekali kita berselawat,10 Kali Allah selawat pada kita lalu dihapuskan 10 kali kesalahan dan diangkat pangkat kita 10 darjat.

Begitu besar ganjaran pada umat Muhammad yang Allah anugerahkan pada sesiapa saja yang mengingati kekasihNya.

Kecintaan manusia pada baginda sentiasa subur bahkan tak pernah pudar sehingga bumi terbelah dua.

Semakin kita membongkar keutamaan berselawat semakin majnun rasanya jiwa untuk berselawat tanpa henti seolah nabi ada disisi yang menjadi saksi pada pengabdian ini.

Bermacam nama2 selawat yang diterjemahkan...selawat munjiah, selawat syifa'. selawat tafrijiyah, selawat kamilah dan bermacam2 nama dan tujuan membawa maksud khusus untuk berselawat...semuanya semata2 melambangkan umat yang cintakan nabi yang berselawat tanpa henti mengikut kemampuan kaedah yang kita pelajari.


Sepertimana kita idamkan hadiah harijadi...pun begitu hadiah bukanlah ukuran Qaseh sayang....saling ingat mengingat pada usia yang berlalu pergi itu lebih utama...lebih2 lagi menerima ucapan dari insan2 tersayang yang sudi mengingati...paling melegakan hati. Nabi pun tak minta berarak tanda melahirkan rasa cinta. Harapan nabi supaya umat tidak melupakannya dan tidak meninggalkannya bagi mendapat syafaat baginda dihari kiamat sepertimana pesan baginda;

' Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku nescaya selawat itu sampai kepadaku'

Bagi melengkapkan doa agar tidak tergantung dipertengahan antara langit dan bumi, mulakanlah dengan berselawat dan diakhiri juga dengan selawat.

Aku mengingatkan diriku dan anak2 cucu, selagi hayat dikandung badan utamakan berselawat pagi dan petang, siang dan malam sepertimana keutamaan kita menimba ilmu dunia.

Tuesday, February 23, 2010

Selasa yang sebak

Bila tiba Selasa, sebak ini datang lagi. Terbayang dimata pada renunganmu, wahai ibu. Disetiap langkahku, matanya tidak berkedip memandangku. Apa gerangan berada dalam hingga tidak berganjak memandangku. Manaku tahu itu pandangan terakhir untukku.

Sepatutnya aku yang menatap wajah  mak lama-lama Sepatutnya aku yang menyempurnakan segala keperluan. Sepatutnya aku tidak meninggalkan mak kesepian selalu namun apalah dayaku. Hanya Allah saja yang tahu. Berat mata mak yang memandang, berat lagi bahu ini yang memikul.

Aduhai bonda, ampunkan anakmu. Sayu hati bila berkumandang lagu Zamani. lagu  mak paling suka.

' Tuhan saja yang tahu perasaanku....berperang dengan suasana '

Kita sama-sama menyimpan rahsia peperangan. Pemergianmu membawa bersama segala rahsia duka.

Sedang aku  dibuai kenangan silam, sayup kedengaran Cinta Bandar Tasik Selatan.

Aduhailah nyawa!!!

Al Fatihah pada yang hidup maupun yang sudah meninggal dunia.

Bingkisan cinta sungguh berharga.

Monday, February 22, 2010

Ramah tamahkah kita ?

' Sesungguhnya Allah, bila Dia mengasihi keluarga didalam rumahtangga itu, Dia masukkan kepada mereka sifat ramah tamah'


Sabda Nabi S.A.W.

Sunday, February 21, 2010

Pendengar setia

' Sudah sekian lama aku jadi pendengar yang setia. Berulang2kali dimainkan segala yang tersimpan. Ada cerita ceria, duka nestapa penglipur lara. Tidak kurang juga beralun irama kisah cinta yang tiada kesudahannya. Sampai masa segala rasa inginku kongsi bersama dimaya ini.'

Yang tidak pernah tua dalam diri kita adalah suara. Walaupun berkurun tidak bersua namun suara kekal serupa sampai bila2.

Kita munkin lupa pada raut wajah ayu yang manja bila sudah dimamah usia...mana munkin manusia luput lupa pada suara yang mesra.

Suara2 juga yang membuat ramai manusia bermuram durja, merasa tidak selesa, rimas disini sana gara2 gangguan suara.

Belajarlah memiliki suara yang lunak didengar anak2...bijak melantunkan nada...berdiam tanda marah...bukan berleter ungkit mengungkit sehingga menimbulkan rasa jemu dan marah lalu ujud pelbagai kerenah biadab akibat bahang yang ditimbulkan dari gerak suara.

Bermula suara tangisan pada tanda kelahiran dan berakhirnya hidup manusia bila sudah tidak bersuara lagi. Hanya tangisan yang mengiringi jika ada, pada yang menyayangi perjalanan hidup yang pernah dilalui bersama.

Segala2nya bermula dengan suara yang berada didalam rumah.

Lain pula jadinya bila cinta yang lahir atas dasar saling percaya dan saling mengerti, tanpa bersuara atau tanpa kata2 adalah tidak perlu sama sekali.

Thursday, February 18, 2010

Tok Ayah

Tak munkin ada lagi seperti Tok Ayah. Ada pun tok2 ayah sekarang gah dengan nama, ilmu dan ramai bini. Tanda kelebihan.

Ada pun jua yang ramai anak2 murid yang taksub pada tok ayah...laksana bayangan nabi.

Tok Ayah ini tidak gila mencari nama jauh sekali nak glamour. Ilmu yang dimiliki tak mampu difikir dek akal tapi dapat dirasakan dihati yang ilmu tok ayah tinggi sekali.

Berbicara dengan sesiapa saja...bermulut manis dengan semua yang sudi mendampingi tak kira kaki ekor maupun kaki betina.

Sayangnya aku tidak berkesempatan menyelami siapakah tok ayah ini.

Pun begitu aku tidak pernah lupa menghadiahkan Al Fatihah pada Arwah Tok Ayah.

Thursday, February 11, 2010

Modal beli akal

' Awang anak yang jujur dan lurus. Bimbang anaknya tidak boleh berdikari bila besar nanti. ibu Awang bercadang mendewasakan Awang sebelum ibu dipanggil pulang mengadap Ilahi.

' Awang!!...ambil duit 20 sen ni, belikan akal untuk mak. Selagi tak jumpa akal, Awang jangan balik rumah...mak bekalkan makanan dan minuman untuk Awang bila lapar dahaga. Ingat Awang!! Jangan balik selagi Awang tak jumpa akal.'

Berjalanlah Awang keluar rumah mencari akal untuk dibeli...kesana kemari Awang berjalan masih juga tidak bertemu orang yang menjual akal. Jauhnya perjalanan sehingga Awang sendiri tak pasti dimana dia berada. Bila penat Awang berhenti menikmati bekalan ibu kesayangan. Sedihnya Awang masih tak jumpa akal yang nak dibeli untuk mak.

Begitulah Awang...hari berganti hari, yang tinggal cuma bekalan minum untuk Awang. Bertanya pada yang lalu hanya diketawakan orang pada soalannya itu. Ketika Awang sedang hampa tak jumpa2 akal yang nak dibeli, lalu seorang peminta sedekah yang haus dan lapar.

' Maaf pakcik, duit ini amanah mak saya minta belikan akal, saya sendiri pun lapar cuma ada air untuk minum.'

' Kasihankanlah pacik yang lapar nak...kalau ibu mu tahu pakcik lebih memerlukan makanan tentu dia setuju anak sedekahkan duit itu pada pakcik.'

Zaman dulu2 duit dua puluh sen sudah cukup untuk belanja sehingga kenyang.

Berfikir Awang tentang kelembutan dan kebaikan Ibunya, Awang pun bersetuju.

' Ambillah pakcik..betul juga kata pakcik, mak tentu tak marah, saya sedekahkan demi pakcik yang lapar.'

' Terima kasih nak...pakcik doakan anak bertemu akal untuk ibumu.'

Awang masih ingat pesan mak;

'jangan balik selagi tak jumpa akal'

Anak muda yang lurus ini harus meneruskan hidup untuk mencari akal buat ibunya. Akhirnya Awang diterima bekerja menjadi gembala lembu. Bekerjalah Awang disini dengan taat sehingga disayangi oleh tuan punya ladang. Sudah banyak upah yang Awang simpan buat bekal dia membeli akal.

Sebagai tanda terima kasih tuannya menghadiahkan Awang sepasang lembu untuk Awang.
Lembu Awang membiak dengan banyak sekali sehingga Awang menjadi gembala ternama yang baik hati, jujur dan amanah.

Hari demi hari Awang semakin kaya, hasil pergaulan dan rakan niaga minda Awang terbuka luas menjadi insan bijaksana dan berharta. Awang mula teringatkan ibunya dan faham maksud
tersirat pada permintaan ibu kesayangan. Tibalah masa untuk awang pulang menghadiahkan akal pemberian ibu.

Sayangnya ibu Awang telah lama pergi...dia seolah2 merasakan hidupnya tak akan lama untuk menemani Awang. Ibu Awang sanggup berpisah dengan anaknya demi melihat Awang jadi manusia berdikari.

Awang tidak pernah kesal..Siapalah Awang hari ini tanpa ibu.....Awang membina masjid atas nama ibunya untuk digunakan oleh penduduk kampung...setiap kebajikan Awang tak pernah lupa menghadiahkan pahala khusus buat ibunya.'

Begitulah kisah penglipur lara Awang, diceritakan oleh ibuku sayang.

Moral of the story;

Kelebihan pada sedekah walaupun hanya sekeping roti. Kita ingat kita susah...ada ramai lagi yang susah. Nak bersedekah usah bimbang pada jumlah...yang penting ikhlas. Bila dah kaya usah dilupa pada yang sengsara...berzakat menambah subur harta yang ada...doa dari orang miskin apatah lagi doa dari ibu menjadikan Awang insan yang berakal, berilmu, beriman dan beramal soleh.

Teringat juga pada kisah arwah sarjan Rahman tentang kelebihan sedekah.

' saya ingat lagi ketika itu lepas sembahyang jemaah dimasjid...ada pusingan tabung derma. Saya cuma ada sepuluh ringgit saja dalam dompet. Nak belanja sebelum gaji. Dalam hati saya tekad juga nak derma. Biarlah...habis duit saya dalam dompet. Lepas sembahyang saya balik kerumah...adik saya dan keluarganya datang. Bila balik adik saya salam dengan saya bersama duit seratus ringgit....Alhamdullillah....saya yakin benar pada kelebihan sedekah yang Allah gandakan sepuluh kali buat kita.'

Al Fatihah buat Arwah2 yang pergi dulu meninggalkan kita.

Wednesday, February 10, 2010

Terkenang-kenang...

Bila menulis tentang kerabu tembikai, hati terkenang pada kisah2 silam zaman kanak2 bila tiba bulan puasa.

Orang dulu2 tak pernah memaksa anak2 berpuasa. Puasa pun tak apa tak puasa pun ikut suka. Apa yang pasti waktu berbuka dilarang sama sekali untuk berbuka bersama. Tawaf lah berapa kali pun langsung tidak peduli. Sampainya hati !!. Bagi yang tak mampu menahan rasa gelora berbuka, masing2 turut berpuasa khususnya anak2 buahku yang baik2 belaka. Bagiku saat berbuka memang menyakitkan rasa.

Malunya bila memikirkan betapa liatnya aku dengan puasa. Waktu sahur pasti bangun nak sahur bersama kerabu tembikai dengan telur masin. Kalau tak benda2 tu memang tak ada untuk besok pagi. Puasa belum tentu, ikut keadaan, kalau lauk habis terpaksa berpuasa. Nak tunggu mak masak lambat lagi jawabnya mak nak ke dapur.

Kelebihan orang tua memang tiada tolok bandingnya. Mereka punya kuasa luar biasa untuk mempengaruhi anak2 tanpa mengeluarkan sepatah kata. Hasilnya kita kembali ke fitrah asal manusia memang dijadikan baik dan untuk berbuat baik.

Diusia2 emas ini sepatutnya puasa sudah jadi amalan biasa. Bukan saja yang wajib dilaksana dengan mudah bahkan yang sunat2 seperti puasa 6 syawal. puasa sunat Rejab Syaaban, Isnin Kamis dan banyak lagi puasa2 sunat yang dituntut termasuk hari2 biasa juga sentiasa ada keinginan untuk hidup dengan berpuasa bagi menokok tambah pahala dan menampung2 dosa.

Sesungguhnya dengan berpuasa dapat menundukkan segala kehendak rasa, mengabdikan diri sepenuh hati.

Orang sekarang lebih2 lagi yang bijak pandai diusia2 remaja sudah bijak melaksanakan puasa2 sunat bila berkesempatan. Memang puasa diet paling mujarab tapi yang lebih sayu hati ini, ada yang berpuasa demi menjimatkan belanja, sanggup menahan lapar dahaga. Sama2lah kita berpuasa dalam mencari keredhaan Allah. Yang mahalnya markah puasa hanya Allah yang tentukan sebab puasa hak paling istimewa bagi Allah.

Bagi yang sudah berkeluarga, anak2 kecil sudah dilatih berpuasa. Alhamdulillah...tapi ingat usah dipaksa2...biarkan anak2 berpuasa dengan rela....take their own sweet time...teringat pada satu tragedi bila anak merayu2 untuk berbuka lalu ibu memujuk2;

' jangan buka lagi. Tunggu dulu...takpun tidur dulu...nanti dah sampai masa mak kejutkan'

Akhirnya anak itu terus tidur sampai tak bangun2 lagi. Memanglah sudah sampai masa dan ajalnya tetapi sebab dan asbabnya membawa kesalan pada ibu entah sampai bila.Apalah dosa kanak2 sehingga kita nak sangat mereka memenuhi tempuh orang2 baligh berpuasa.

Children learn what they see. Mak bapa berpuasa dengan taat, berterawih saban malam, mana munkin anak2 melupakan itu semua.

Terkenang-kenang pada kisah2 lalu sememangnya menyentuh Qalbu.

Kerabu tembikai

Waktu sahur cukup sesuai ditemani kerabu tembikai. Membuka selera pagi bagi yang bermata layu.

Menyediakan pun cukup mudah.

Cukuplah dengan sebelah atau sesuku tembikai merah.( dicincang dengan menggunakan sudu dan dikikis sehingga habis)

Sediakan bahan seperti membuat sambal belacan, cuma tambah sedikit udang kering dan satu sudu gula pasir.
Bawang besar dihiris nipis.

Tumbuk sambal belacan bersama udang kering. Masukkan gula. Gaulkan semua bahan termasuk bawang besar kedalam tembikai yang dicincang tadi.

Siap untuk dimakan. Cukup dengan satu hidangan untuk pagi sahur yang berkat.

Resipi orang lama sememangnya mudah dan murah.

Disinilah rahsia kelebihan air tangan ibu  menyediakan kerabu.

Thursday, February 4, 2010

Cahayamata Muhammad

Hari ini catatan khusus untuk anak2 yatim.


Akhbar sibuk memperlihatkan gambaran anak2 yatim yang diperalatkan untuk mengutip derma menjana sekolah masing2.


Sebelum kita pandang rendah pada perilaku mereka, bertanyalah pada diri sendiri apa sumbangan kita pada anak2 yatim.


Kemana gerangan datuk nenek mereka, saudara mara terdekat yang tampil bersatu untuk anak2 ini menumpang teduh.


Hubungan kekeluargaan semakin rapuh lalu terbiar kanak2 ini seperti yang ada dijalanan.


Nak salah siapa? Salah ustaz? Salah pengetua? salahlah siapa yang kita nak salah akhirnya jawapan ada pada diri kita sendiri.


Nabi pun anak yatim, dimusuhi keluarga terdekat, sahabat2 yang pada mulanya jahil itulah yang akhirnya bangkit berjuang bersama menegakkan Islam.


Pandanglah dengan mata hati disetiap kejadian yang ada. Mata yang memandang berat lagi malu yang anak2 yatim tu pikul, telinga mendengar, telinga anak2 yatim jadi tuli dengan penghinaan dan cemuhan, mulut kita berkata yang sia2, lalu lidah anak2 yatim jadi kelu tak berdaya melawan.


Dimana agaknya orang2 melayu yang beriman seperti Abdul Rahman bin Auf yang digelar saudagar Tuhan...apakah masih menjadi Abdul Ka'bah.


Bukanlah yatim itu semata2 tiada ayah dan ibu, yatim yang hakiki itu bila kita tidak beriman dan berilmu. Beramal itu ehsan paling utama memupuk iman dalam Islam.


Melangkah masuk ke 'rumah penyayang'. Hati tersentuh pada persekitaran rapi bersih dan penuh dengan puji2an pada Yang Maha Agung. Rasa terpaut untuk menyelami perjuangan orang2 melayu disini. Dibukakan tabir hari ini perjuangan mereka mengikut acuan tersendiri. Membina jatidiri seperti diam2 ubi. Menjana ekonomi kukuh orang2 melayu tanpa disedari oleh satu lagi kelompok orang2 melayu yang sedang bermaharajalela menjaja kekukuhan ekonomi milik semua bangsa, yang sedang bersukaria, bermegah2 dengan kehebatan duniawi.


Mereka berniaga seperti Maniam, mereka bersih macam orang putih, akidah mantap seperti perjuangan nabi. Mereka adalah orang2 melayu yang menumpang disudut cuma. Berniaga cara diam2 bimbang dikesan oleh orang2 melayu yang berlagak macam yahudi, yang bimbang pada kebangkitan bangsa sendiri. Takut sungguh mereka pada golongan ini adanya, bimbang pada kebolehan orang2 melayu khususnya anak2 melayu kalau2 benar bijak berniaga, mampu berdikari. Memang dah jadi dasar kerajaan melayu agaknya orang melayu tak boleh pandai dan pantang mereka kalau ada terlebih pandai.


Qaseh bonda mendoakan satu hari akan muncul insan2 seperti Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Rabi' dan ramai lagi saudagar2 Tuhan bangun menjadi pembela anak2 yatim.


Sepintas buat renungan paling simbolik pada sumbangan alat2 permainan dari anak2 Palestin kepada mangsa2 di Haiti.


Sesungguhnya rakyat Palestin rela mati syahid.


Hati ini selalu bertanya, kemana hilangnya anak2 yatim India dan Cina. Tak nampak dimata. Melihat banglo Cina didiami ramai generasi, rumah2 orang India sarat dengan isi rumah sedang rumah orang2 melayu seperti tiada berpenghuni.


Anak2ku sayang, jangan sekali2 memandang rendah pada anak2 yatim yang berkeliaran dijalanan. mereka juga tidak berdaya melawan arus seperti kita. Jika tak berdaya menderma doakan mereka ditemukan insan seperti Abdul Rahman Bin Auf penyelamat cahaya Muhammad.


Ameen.


Salam Qaseh Bonda.