Thursday, October 6, 2011

Ceritaku ceritamu


Cerita kita tidak sama. Ceritaku berkisar tentang rumahtangga dan hubungan keibubapaan. Bersandarkan pada pesanan tuan guru, menulis hendaklah dengan niat kerana Allah. Semua yang ditulis akan dipersoalkan dikemudian hari nanti. Kita kena bersedia dengan jawapan masing2. Berani buat berani tanggung.

Pengalaman adalah sekolah paling tinggi mengalahkan Ph.D.  Jelas sekali segala kerosakan akhlak bermula dari dalam rumah kita sendiri. Anak2 semakin memekakkan telinga dan membisukan mulut. Dengan kemudahan pelayaran cuma dari hujung jari, anak2 sudah meneroka nun diseluruh dunia. Apalagi yang tinggal untuk dikenang pada kita sebagai mak bapa. Adakah habuan dari anak2 mendoakan kita  bila sudah  tiada didunia ni lagi. Alangkah rugi kalau mati tiada yang sudi memperingati. Teringat lagu Sudirman, 

' Ayah dan ibu wali keramat '

Padanlah mereka tidak pernah mati sehingga matinya aku nanti. Kiniku faham maksud sebenar ayah dan ibu wali  keramat.



Kata pendakwah ustazah Bahyah, " Kalau kita jadi ibu kita nak jadi ibu yang hebat "

Hebat itu bukanlah ibu yang tentukan tapi anak2 yang memberikan jawapan. Dimata memang mak nampak hebat. Serba serbi mak boleh buat. Mak nampak macam mak terhebat. Sayangnya dibelakang mata  mak diumpat anak2. Mak dan anak hidup dalam pura2.  Depan mak anak puasa, belakang mak anak berbuka. Depan mak, anak sopan, belakang mak, anak2 dah  jadi seperti siakap senohong gelama ikan duri. Kini sepatah kata mak, berpatah2 kata anak2.

Akhirnya mak dan anak sama2 melayari internet sedangkan seperti iklan dalam TV internet adalah yang terbaik untuk anaknya Adam yang pekak dan bisu. Tak hairanlah ramai pula anak2 yang buat2  keliru jantina. Bila mak bapa tuding jari tanpa mereka sedari empat jari menuding  ke arah sendiri.

Tak payah berangan hebat kalau dah jadi ibu. Nabi pun tak pesan macam tu. Yang nabi pesan berbuat baik pada ibu bapamu nescaya anak2 buat baik pada kamu.

Bukannya susah sangat pun nak bagi roda berjalan betul supaya hidup rukun dan damai. Pandanglah kebelakang sama apa peranan kita pada mak bapak. InsyaAllah anak2 yang baik pada emak bapa samasekali tidak akan mensia2kan pasangan masing2. Kalaupun ada yang menimpa, anggaplah dugaan Allah pada kita untuk menguji sejauhmana kemampuan untuk menghadapi ataupun paling tidak kerana Allah sayangkan hambaNya lalu diuji dengan pelbagai dugaan. Bila ujian itu dikira nikmat, betapa indahnya hidup bila diri disayangi Allah .Ingatkan selalu Allah uji aku sebab Allah sayangkan Aku. SubhanAllah...Alhamdullillah...AllahuAkbar! Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.

Sebelum kita pergi jauh dalam membentuk masyarakat, bangsa dan negara. Pupuklah semangat berkeluarga dengan berkasihsayang. Suasana mesra antara mak dan ayah, abang, adik dan kakak kian pupus. Inikan pula antara sanak saudara. Kalau tidak masakan tumbuh macam cendawan rumah anak2 yatim. Bila melihat kesana kemari anak2 melayu berkeliaran minta simpati menagih derma tak kira waktu, sedih rasa dihati. Apakah sudah hilang semua saudara mara yang ada diatas muka bumi ini.

Memang kita nampak remeh pada apa yang berlaku tapi pandanglah ke belakang bila hidup jadi tak menentu.

Inilah yang membezakan antara ceritaku dan ceritamu.







Tuesday, October 4, 2011

Selasa nan indah


Banyak lagi catatan perjalanan yang tak sempat nak update dalam Qaseh Bonda. Disepanjang minggu ini,banyak cerita2 menarik yang nak dikongsikan bersama. Biasalah bila Selasa, terkenangkan mak yang tak putus-putus bercerita, memberi nasihat tanpa henti. Adakalanya seperti cerita sama yang telah kita dengar dua tiga hari yang lalu. Pun begitu mak peduli apa, dia terus bercerita walaupun sudah dua tiga puluh tahun peristiwa itu berlaku. Terkadang berani juga mengusik mak, moh!! kita pasang kaset sebab cerita tu dah keluar semalam. Kami ketawa bersama. Al Fatihah buat ibuku sayang.

Lukmanul Hakim membenarkan segala tutur kata mak kita seumpama menyiram dipohon yang kering. Biarpun pohon itu telah mati, segala pesan dan cerita mak tak pernah mati, tetap terpahat dihati sanubari. Boleh dijadikan sempadan dan teladan pada anak cucu hingga akhir nanti. Kata Azimat mak itu adalah keramat.

Zaman siber sekarang ramai anak-anak  sudah tidak sudi nak mendengar, tidak ada masa bercerita. Asyik melayari dunia siber. Dunia sekarang dunia berkerjaya. Biarlah mak terus berkarya cara mak sendiri. Saja suka-suka. Mana tahu bila mak tiada lagi didunia, ada yang sudi menatap warkah peninggalan mak ini sepenuh hati. Bila mak sudah tiada lagi bak kata P. Ramlee, ramai yang angkat topi dengar lagu daddy.

Apa ada pada nama.

Memang banyak maknanya pada nama. Jadi, berhati-hatilah memilih nama anak-anakmu wahai anak-anakku.. Jangan jadi jahil seperti orang dulu. Ikut sedap mulut dan panggil pun ikut sedap telinga. Ada juga orang sekarang yang menamakan anak dengan nama-nama hebat tapi sayang perangai mak bapak pula lintang pukang. Mudah-mudahan berkat menamakan anak dengan nama baik-baik, nama-nama Melayu akan memberi laluan mudah pada ibu bapa.

Ada satu contoh baik dalam rumah ini nak dikongsikan bersama pada nama anak-anak bertuah ini. Anak sulung bernama Iskandar Zulkarnain. Seorang lagi berumur enam tahun bernama Abu Hurairah. Mak memanggil  nama Abu! Abu! Abu! Terdetik dihati, jarang sekali anak-anak sekarang bernama Abu. Jauh sekali orang sekarang memberi nama Abu Bakar. Orang sekarang sudah tak berani menamakan anak sehebat Abu Bakar. Akhirnya mak Abu bercerita nama anaknya yang ke tiga ini Abu Hurairah. Fuhh!! jarang sekali kita dengar anak kecil bernama Abu Hurairah.

Entah kenapa seperti ada keserasian Mak Abu meluahkan segala yang terpendam. Sudah cukup bersabar dengan kerenah suami yang hanya pandai bagi benih. Sumpah seranah sentiasa berkumandang. Sampai melahirkan yang kecil tak sampai sebulan ini pun dia tak henti menghalau kami anak beranak. Abang saya yang menumpang baru2 ini terpaksa menyewa dihotel murahan sementara nak cari rumah. Bolehkah kakak carikan rumah untuk abang saya dan paling menyedihkan abang saya mengalami strok. Tiga hari kemudian abang Suriani, bukan nama sebenar, ditemui mati seorang diri di bilik hotelnya. Polis meminta Ani ke hospital  mengecam mayat. Innalillah...!!

Kelebihan pada Suriani anak-anaknya dianugerahkan Allah kepandaian sungguhpun rumahtangganya kacau bilau. Hasil bantuan ibu Ani, penerima pencen arwah bapa Ani seorang guru, jadi hidup Ani banyak dibantu mak dan keluarga terdekat.Untungnya Ani menjadi adik bongsu, ramai yang prihatin dengan kesusahannya. Anak2 Ani montel2 belaka, cukup makan dan pakai ditambah dengan supplement pembekal otak cergas bagi kanak2. Tak hairankanlah anak2 Ani cergas dan cerdas.

Sayangnya pandai saja tidak cukup bagi memenuhi tuntutan hidup berkeluarga. Anak Ani membesar menjadi penakut. Nak ke bilik air pun takut bahkan segala apa yang kedengaran membuatkan dia lebih penakut. Siti Aisyah nama yang sulong. Penakut mengalahkan adik2 yang kecil. Pernah Siti minta hadiah pada bapanya ketika kertas periksanya dapat 100. Hadiahnya engkau dan mak kau keluar dari rumah aku.

Ani jadi bingung atas apa yang berlaku pada anak2nya. Sungguhpun cergas tapi Abu cacat sikit ditangan sebab jatuh masa di tadika. Is pula sakit pasang surut. Pendek kata aku sendiri tak daya memikul segala kecelaruan yang berlaku. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mak Ani sentiasa mendorong supaya anaknya bercerai. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya terus disiksa didepan mata. Tanpa menghiraukan mak mertua, Ani dimaki hamun setiap masa. Baru tujuh hari lepas bersalin, suami bising nak makan kari ayam.

Aduhaii siapalah hamba nak menokok tambah beban yang ditanggung. Bab rumahtangga apatah lagi bab cerai berai, jangan sesekali kita masuk campur waima mak sekalipun jangan campur tangan. Biarkan anak memilih jalan. Aku hanya boleh nasihatkan kembalilah kepada Allah. Buat sembahyang istikharah. Minta petunjuk minta kekuatan dalam memilih jalan. Kata Ani, Ani bukan orang alim kak. Masakan Tuhan nak bagi petunjuk.

Petunjuk Allah bukan di khaskan untuk orang alim saja. Semua kita milik Allah. Asalkan kita ingat pada Dia, pasti Dia mendengar permintaan kita. Kita hidup kena berpandu. Kak pun bukan orang alim tapi kak yakin Allah ada bersama kita. Tidak takut dan tidak gentar Allah ada bersamaku. Itulah kata kunci ketetapan hati yang membuatkan iblis lari lintang pukang. Tiada lagi hasut menghasut. Bab meruntuhkan masjid memang iblis paling laris berjual beli.

Dengan kekuatan yang ada pada Ani, aku yakin dia dapat mengharungi semua detik cemas bersama suami.Anak2 Ani bakal menjadi anak2 berjaya disuatu masa nanti asalkan Ani tetap teguh dengan kesabaran yang ada. Mahal harga seorang ibu adalah air tangannya. Aku pasti air tangan ibu bakal menjinakkan anak2. Kerajinan Ani begitu luarbiasa melayan makan anak2 walaupun dia sendiri tidak sihat. Sukar nak cari ibu yang sabar dan rajin seperti Ani dewasa ini.  Ani kena selalu berdoa dan mendampingi Allah setiap masa. Jangan terus membiarkan anak2 dibelenggu rasa benci kerana benci membuahkan anak2 jadi pengecut. Curi2lah masa menyelami perasaan anak2.

Kisah rumahtangga ini jadikanlah pedoman. Kita tidak mungkin dapat mendidik semua menjadi sepertimana yang di idamkan tetapi kita sendiri boleh mendidik diri kita untuk menjadi bapa pengasih dan ibu penyayang. Sesungguhnya Dia yang menciptakan hambaNya, hanya Dia yang tahu sejauhmana kemampuan hanbaNya.


Thursday, September 8, 2011

Penyakit misteri

Sakit Misteri biarkan tinggal misteri. Tiada siapa yang dapat merungkai apakah punca penyakit misteri. Doktor pun buntu, tok bomoh mula merapu. Membuat andaian yang bukan-bukan. Tuan empunya badan merana, tiada siapa yang tahu. Kembalilah pada Allah, Tuhan pencipta alam semesta.

Tanggal 20 Ogos lalu hammb dimasukkan ke wad othorpedic untuk menjalani pembedahan kecil disebabkan kebas-kebas jari, yang sudah lama dilalui. Doktor bilang masuk pagi keluarnya petang. Lega sikit hati. Maklumlah bab bedah membedah ni memang i kecut perut. 

Selesai pembedahan pukul 9 pagi. Pukul 2 petang teman sebilik yang sama senasib tapi bedahnya lebih panjang dan masih sakit dibenarkan pulang.  Ini sudah tidak adil. Walhal saya yang lagi mudah dan sakit sikit2 tak benarkan pulang. Alahaiii...kecewa hati bukan kepalang. Maklumlah dibulan puasa. Kasihankan suami dan Adam dirumah. Bersahur mereka bagaimanalah jadinya. Bersungut juga pada misi dan doktor tapi biasalah. Keputusan doktor  muktamad. Biasalah doktor kan macam tak de perasaan.

Malas bicara melayan hati gundah gulana, kedengaran anak kecil dikatil hadapan dibilik yang sama, menangis merengek tanpa henti. Adalah sekali sekala saya menegur mak yang setia menemankan anak. Mak sendiri tidak tahu anaknya sakit apa. Doktor pun buntu. Sudah berhari dia di sini. Datang dari jauh nun dari Kroh. Dari hospital Baling, dihantar pula kesini.Doktor mengkaji tak habis-habis sedangkan sikecil tak henti menangis.

Masuk saja misi periksa, anak kecil menangis menggila-gila.Bagaikan dirasuk. Sungguhpun misi sekarang tak macam misi dulu-dulu namun tetap melemparkan senyuman sambil mengusik si Azam. Nama anak kecil berumar 2 tahun setengah tu Azammuddin. Sedap nama tu. Sah membesar dengan penuh Azam.  Tangisan Azam merimaskan kita yang sedang gundah gulana. Sedang bersedih melayan perasaan. Udahlah sakit kena bedah ni, bila hilang ubat kebas  sakit macam disiat-siat. Memikirkan bagaimana anak dan suami malam nanti tambah membosankan mendengar tangisan Azam. Rimasnya melihat Azam.

Azam terus menjerit, meronta-ronta sampai bengkak mata. Alahai sayang mak! Sakit apa lah kau wahai anak...Acer citer!! Azam menangis dan terus menangis. Waktu senja ketika itu, masuk seorang doktor India. Katanya ' kalau tiada perubahan esok pagi kami nak potong kaki '.

Hamba yang asyik melayan perasaan, tersentak dari lamunan bila terdengar kata-kata tuan doktor. Banyak ko punya cantik. Suka-suka hati ko nak potong kaki budak ni. Ehh budak ni sakit apa sebenarnya....hadooiii, tak pasal-pasal hamba yang resah gelisah dibuatnya dengan kenyataan tuan doktor tadi. Jadi doktor, padanlah kering hati. Nak selesai masalah potong ja kaki. Bukan kaki doktor pun yang kena potong kan...

Dalam pukul 8 lebih ketika suasana kembali sepi, hanya kedengaran rintihan si Adam. Tak putus merengek pada emak.  Hamba dekati katil Azam dengan sebak rasa didada. Azam ni sakit apa!! Tadi mak cik dengar doktor nak potong kaki!!

' Entahlah mak cik...sampai sekarang doktor tak dapat kesan. Kaki Azam merah-merah. Doktor risau takut merebak. Saya takut makcik!! Saya rasa Azam tak sakit apa. Entah kena gigit binatang tapi doktor sendiri pun tak dapat kesan.

Meremang bulu roma ini. Mula terdetik seperti ada yang tak kena pada budak ini. Hamba minta izin untuk memegang dan mengusap kaki Azam.Tambah merah menyala kaki anak malang yang bakal dikerat esok pagi. Hamba peduli apa. Beranikan hati dengan sentuhan.Tangisan Azam semakin reda dan dia lena tidur dalam pelukan ibu. Sama-sama kita berdoa malam ni. Minta pada Allah banyak-banyak. Mana tahu kut malam ni malam Lailatulqadar. Diangkat doa jadi mustajab. Kita hanya mampu berdoa. Allah menentukan segalanya. Nasihat hamba pada mak Azam. Walaupun nampak kecewa dengan keputusan doktor, dia wanita cekal.

Esok pagi, macam tak percaya, kedengaran suara Azam mengekek ngekek ketawa. Bergurau dengan mak kesana kemari. Walaupun kaki Azam terjengket disebelah kiri, dia masih boleh berlari seperti kanak-kanak y lain. Macam ni lah Azam sebenarnya kalau dia tak sakit..kata siemak. Merah dikaki Azam sudahpun reda. Mak Azam nampak ceria. Syukur  pada yang Maha Kuasa.

Saya pula dibenarkan pulang, Sedang bersiap tak sabar nak balik, masuk empat orang tuan-tuan doktor termasuk seorang doktor pakar menuju terus ke katil Azam. Belek sana belek sini, akhirnya doktor pakar membenarkan Azam pulang pada pagi yang sama dengan saya tanpa banyak bicara. SubhanAllah, Maha suci Allah yang memakbulkan doa para ibu. Doa yang tak de transit. Terus sampai ke langit sempena Ramadan mulia, sempena semua insan mencari lailatulqadar teristimewa.

Jangan difikirkan lagi Azam sakit apa sebab Dia yang menurunkan penyakit. Dia Maha Penyembuh. Pada Dia kita berserah dan bertawakkal. Biarlah sakit Azam tinggal misteri. Apa yang penting, kita yakin pada senjata yang ada pada kita. Doa itu senjata mukmin. Berdoalah!!Sejauhmana kita yakin dekatnya Allah dengan kita, sejauh itu juga Allah pasti tidak menghampakan doa hambaNYA.

Saya yang masih tak puas hati sebab kena bermalam di hospital tetap bersungut dengan janji doktor. Ada doktor yang seawal pagi yang masuk terkejut sebab saya masih disini. Eh..kenapa tak keluar lagi. U sepatutnya dah discharge dah semalam. Tak faham sungguh dengan kaedah keluar masuk hospital ni. Nak saja saya bagi tahu tuan doktor...ko ingat aku suka ke tidur hospital ni.

SubhanAllah, mak Azam mengingatkan saya. Mujur mak cik tidur disini semalam. Dapat juga membantu kami. Alhamdulillah sesungguhnya memang ada hikmah pada setiap kejadian bila kita berbaik sangka pada Allah..

Diakhir pertemuan, macamana dengan garam, beras, jarum dan duit 25 sen tu makcik?, kita kena tunggu suami saya sampai dari gerik nanti.

Makcik kembalikan sedekah pada Azam dan kalau boleh bila lalu depan mana masjid nanti dermakan saja 25 sen tu pada masjid.





Tuesday, September 6, 2011

Selasa bersejarah

Hari ini hari Selasa. Istimewanya Raya tahun ini disambut pada hari Selasa. Hari nostalgia. Hari Selasa menghimpun sejarah. Hari yang selalu membuatku terkenang saat mak meninggal dipangkuan hamba. Walaupun sedih hamba bersyukur mak dijemput mudah. Sungguhpun usia mak sudah lebih 83 tahun, mak tak pernah susahkan sesiapa bahkan sampai hujung nyawa mak tetap ceria.  Segala kenangan bersama mak    terpahat dihati sanubari. Mak tersisih dari anak2 sebab mak orang susah. Tidak meninggalkan harta berkoyan untuk anak2 mak berebut. Aku lebih rela mak kembali kepangkuan Allah sebagai orang miskin. Bagiku ilmu peninggalan mak sudah cukup mak bekalkan. Kadang kala manusia lupa, di ciptakan dia diatas untuk apa sebenarnya. Walaupun pada pandangan mata, akal dan hati semua yang ada bukannya datang dari usaha mak maupun bapa, kenapa mesti dia lupa siapa membenarkan dia melihat bulan dan matahari. Segala yang berlaku pada mak semuanya meninggalkan pengajaran paling berharga.. Dalam hidup jangan lekas berputus asa, berputus harap pada yang Esa. Kecekalan mak menempuh segala kesusahan bersama menjadi kenangan paling indah buat kami berdua.

Al Fatihah untuk  ibuku sayang.

Ibu yang cantek luar dan cantek dalam. Mak langsung tak mengeluh pada semua peristiwa yang mengguris perasaan bahkan mak akui mak tak dapat tumpahkan kasih pada anak2 disebabkan  mak banyak tanggungjawab, terbeban sebagai hamba, sebagai isteri dan ibu pada anak2nya ramai, sebab tu kata mak anak2 pun tak kasihkan dia. Ini sudah tidak adil bagi mak. Kesian kat mak!! Apa pun gambaran yang ada mengajarku mengenal erti kasihnya ibu. Bukan harta atau rupa jadi sandaran. Paling digeruni bila kita selalu mengecewakan mak pasti kita tak lari dari hukuman. Di satu masa dan di satu ketika sudah pasti anak2 akan kembali berbuat  perkara yang sama. Bila mak sudah tiada, hanya sesalan meruntun jiwa, sukanya manusia  berpura2. Padahal jelas terpancar semua rahsia hati bila melihat raut wajah2 kusam tanpa seri.

Sayang semuanya sudah terlambat...tak guna dikesalkan lagi. Sampai giliran kita pula yang sudah tua. Masing2 berebut untuk berbaik2 dengan anak2 padahal hakikat hidup sebenar sudah di ajar oleh nabi kita, berbuat baiklah pada ibu bapa nescaya anak2 akan buat baik pada kita. Kerajaan rumahtangga yang ada sekarang, yang berantakan pagi dan petang adakala sampai malam  tak ubah seperti kerajaan Barisan Nasional. Rakyat sudah pandai kecewa, inikan pula anak2 yang menbesar didepan mata. Sudah bijak menjadi hakim yang arif lagi bijaksana.

Selasa muncul lagi hari untuk  kita memeriahkan semula suasana raya  setelah menjalani ibadah puasa enam Syawal. Tahniah pada remaja perempuan  berilmu yang sudah menunaikan qada puasa seiring meraih pahala puasa enam. Pada anak2 muda diluar sana salah satu tips mencari jodoh, carilah yang berilmu dalam berugama. 

Tidak ramai anak gadis yang sanggup mengorbankan nafsu makan sempena hari raya. Kalau dulu amalan berpuasa enam  Syawal khususnya hari kedua raya secara terus, di monopoli oleh wanita2 tua yang dah menopause dan yang sudah hilang selera makan. Alhamdulillah kesedaran sudah menjalar dikalangan para gadis remaja dan wanita tua muda untuk sama2 mengambil peluang menjalani ibadah puasa enam dengan gumbira tanpa mempedulikan juadah2 hari raya yang kaya dengan kolestrol tinggi, lemak berkrim disukai ramai. Sunat berpuasa enam yang muncul setahun sekali datang menyapa pada yang sudi membeli, mengutip keuntungan yang hanya Dia  berhak memberikan nilai sebenar ganjaran.

Zaman tujuh puluhan dulu zaman Jahiliah. Tidak dilatih anak2 secara langsung untuk berpuasa. Ikut suka hatilah nak puasa ke tidak tapi yang pasti anak2 dilarang samasekali untuk makan bersama orang2 berpuasa. Tiada kompromi. Keputusan bapak muktamad. Bertawaflah kamu keliling pinggang mak namun nak jemput makan jauh sekali. Bagi yang memang giat dengan aktiviti luar, dia peduli apa tak makan bersama. Di masjid dia masih berpeluang menjamu selera. Bila dah besar panjang, dia lah otai, dia lah taiko. Orang2 begini, dah pakat jadi orang besar sekarang. Liatnya mereka untuk berpuasa masa muda2  menjadikan mereka orang berguna di hari tua Hanya dia yang meyimpan rahsia kejahilannya ketika muda belia. Kelebihan pada laungan azan.

Berbeza dengan zaman sekarang anak2 yang lima tahun pun sudah rajin berpuasa penuh. Mak bangga giler!! Latih tubi orang dahulu kala jauh bezanya dan memang berbeza tapi impaknya melekat dihati sampai hari tua. Ada sebab rupanya bila tiada yang memaksa untuk berpuasa, menyuruh pun tidak, marah pun tidak. Benarlah kata Nabil...Lu pikirla sendiri!!

Ya tak ya jugak...bukanlah cukup umur berpuasa  pun masa tu. Ikut suka engkaulah nak puasa ke tidak. Janji tak boleh buka sama. Satu penghinaan masa kecik2 amat terasa meninggalkan kesan sampai ke tua. Tanda kasih orang dulu kala tidak melampaui batas. Ada had untuk anak2 tunduk hormat. Bezanya kasih orang dulu zahir tak terucap. Kasih orang sekarang terlebih kasih.  Bila anak2 tak dengar kata, lebih selesa dengan kawan2, mak mula hilang arah, hilanglah nikmat cinta dalam rumahtangga. Nak menumpang kasih jauh sekali. Bermula episod ungkit mengungkit, jeling menjeling, tiada lagi tegur sapa. Bila masing2 merasa bosan terbuka semula lembaran sejarah hitam hidup berkeluarga. Jangan biarkan sejarah silam yang diwarisi turun temurun oleh orang2 melayu berulang dalam rumah tangga kita. Benar kata Dr. Robiah K. Hamzah, didik wanita, terdidik generasi.

Orang putih pula kata,  What you give you get back.

Sama bersepakat cipta bahagia. Kelainan kita cipta, impak maksima kita tempa bagi mengutip segala kemanisan makna berkeluarga. Makna sebenar bila dah jadi mak...harga diri seorang ayah. Ada sebab kita dijadikan kakak, jadi abang dan jadi adik. Kena tunjuk contoh terbaik, berkasih sayang sama rata. Sulong ke bongsu sama sahaja. Apa yang penting, saling bekerjasama. Bila kita baik, orang keliling turut jadi baik. Bagi menebus segala ketidaksempurnaan sayugia  kita yang sedang meniti usia2 emas ini, merebut peluang mengumpul pahala dengan membanyakkan berpuasa sunat sepertimana hadis yang di riwayatkan oleh  Abu Hurairah r.h. 


Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya. 

Hanya dengan berpuasa dan diteruskan berpuasa sunat kita merasakan keyakinan tinggi untuk memantapkan hati. Keistimewaan dalam berpuasa sunat se awal 2 syawal secara terus dari tahun ke tahun membuka tabir kemanisan dalam beramal. Mengenal diri secara hakiki. Menjaga lidah sepanjang hayat. Tunduk sujud mensyukuri nikmat Tuhan, nikmat hidup, nikmat kelapangan, nikmat kesihatan dan segala nikmat yang di pancarkan melalui kehalusan dan kelembutan yang Maha Rahim.

Di kesempatan masih ada, dikala masih lagi diberi peluang menghidupkan semangat Ramadan. Sama2 kita meneruskan bakti murni pada diri sendiri tanpa berlengah lagi. Sebelum dijemput awal atau agak lambat atau pun masih dikira kuat untuk terus menungkat langit, bertanyalah pada hati sejauhmanakah kita sayangkan diri. Kadang2 kita lupa soal hati sendiri, yang meronta2  minta disucikan selalu, hati sering dipenuhi kotoran lalu hati dahagakan perhatian dari tuan empunya badan. 

Sayup terdengar suara hati mohon berselawat ke atas nabi, tanda cintakan nabi cinta paling tinggi. Hati terus membisik minta mengingatkan Dia ketika tuannya susah maupun senang. Hati yang telah lama membenarkan hawa nafsu bermaharajalela, membiarkan syaitan terus bersarang sewajarnya dididik dengan berpuasa.  Bila gabungan hati dan jasad menjadi kuat, hidup tidak gentar menempuh badai, dilanda derita itu jadi nikmat. Sudah sehati dalam  satu jiwa menempah masa depan bahagia. Dunia semakin canggih dengan warna warni iklan serba serbi untuk mengingatkan kita pada jenama mereka sedang hati tidak pernah berubah fungsi, tidak tua dan tidak muda, cumanya hati terus merintih minta tidak lupa pada Pencipta yang Maha Kaya.

Antara doa mustajab minta hati tidak berpaling lagi; 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau 
jualah Tuhan yang melimpah2 pemberianNya.

(Al-imran 3:8)






  

Sunday, September 4, 2011

Raya kali ini...

Raya kali ini meletihkan akal dan jasad. Raya kali ini dihabiskan dengan membuta. Tidur sepanjang hari melayan mata sentiasa kuyu, badan jadi lesu. Apakah faktor usia membuat diri sentiasa keletihan atau faktor persekitaran membuatkan jiwa jadi kacau? Wallahualam. Bergambar boleh menipu mata sesiapa sahaja namun hati tak mampu menipu jasad. Hanya dengan tidur dapat melepaskan segala rasa yang meruntun jiwa. Tiada lagi sandiwara semasa.

Berderai airmataku disubuh ini bila terkenangkan suasana malam tadi bila diri ini dimandikan. Dibersihkan seluruh anggota badan. Alhamdulillah....mujur Allah bekalkanku seorang anak perempuan. Penawar qalbu, pengubat sukma, penghibur bersama. Masih tidak terlalu uzur untukku merasakan nikmat anugerah ini. Anak yang sentiasa bersedia memotong kuku mak. Memandikan sambil membersihkan seluruh badan mak tanpa keluh kesah bahkan melakukan dengan rela, dengan gurau senda dan lawak jenaka. Dalam ketawa ria, apalah daya bonda. 

Thank Q Allah for the gifted hand. Sungguh tidak ternilai rasa anugerah Allah. Janganlah meninggalkan anak-anakku walau sekelip mata pun jua, wahai Allah Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Raya kali ini raya bermain dengan airmata. Penyatuan sanak saudara yang terpisah hampir suku abad. Dengan kehadiran dia kami berkumpul semua ahli keluarga. Bersatu semula jejak-jejak Qaseh yang sudah lama ditinggalkan. Menangis dan bercerita sambil bergumbira tanpa lagi memikirkan kisah silam menyedihkan. Memandang kelibat anak saudaraku ini tak ubah seperti watak tok wan. Tutur kata yang penuh adab, tingkah laku dan langkah diatur pun seperti tok wan. Alhamdulillah...syukur pada Allah, ibu bapaku tidak mensia-siakan hidup anak yatim ini semasa dalam jagaan mereka dahulu kala. Ternyata anak saudara yang sorang ini berjaya mendidik anak-anaknya dengan baik. Mudah-mudahan anak-anak itu nanti bakal mewarnai dunia warisan berilmu dan beramal. Sayu dihati memandang anak kecil, ada yang sedang meniti usia remaja sudah kehilangan ibu tempat bermanja, tiga bulan yang lalu.

Raya kali ini rasa ralat juga kerana tidak dapat bersembahyang raya walaupun sudah dibelikan puteriku telekung baru untuk bonda. Marah juga pada diri ini yang sudah seperti tidak berdayalah sangat. Sepatutnya hamba berbaik sangka pada Allah. Ada sebabnya bila Dia menjadikanku tidak berdaya pada raya kali ini. Hamba bersyukur kerana masih mampu menziarahi pusara bonda. Menginsafi dan mensyukuri pada rahmat Allah tatkala saban minggu ke hospital mencuci luka. Ramai lagi lebih tidak berdaya, hadir berkerusi roda mencuci luka parah. Ada yang potong jari, potong  kaki  sana sini habuan kencing manis. Ada yang datang mencuci luka dikepala akibat kemalangan, ada luka lama mereka masih bernanah, meninggalkan bau yang kita sendiri tidak mampu bertahan tambahan bila kita sedang berpuasa. Jadi, apalah sangat lukaku yang hanya sedikit, hasil pembedahan kecil kerana kebas jari yang di alami hampir empat tahun. Semua pemandangan menjadi iktibar untuk kita menitikberat tentang kesihatan dan keselamatan diri.

Alhamdulillah...Maha suci Allah yang meringankan segala beban pada raya kali ini.

Petua Dr. Fadzilah Kamsah. Bila kita selalu memaafkan orang, tidur kita senang, hidup kita lapang dan jiwa sentiasa tenang. 


Wednesday, August 31, 2011

Rindu

Lama sungguh tak jengah laman sesawang yang sudah nampak usang. Entah apa gerangan membuatkanku leka meninggalkan Qaseh Bonda sendirian...sepi tanpa resepi, tanpa gubahan, tanpa gurau senda dan pesan memesan sementara hayat dikandungkan  badan.

Hidup ini tidaklah lama, sekadar persinggahan ke alam baqa'  kekal abadi. Sesungguhnya setiap detik yang kita lalui amat berharga. Berbuat baik berpada2, berbaik sangka berlapang dada. Beristiqomah dalam beramal. Kata kunci segala amalan adalah dengan Ikhlas. Pasti yang tumbuh dihati bebunga cinta abadi. Sempena Syawal mulia, selamat menjalani ibadah puasa enam. Ada hikmah dan kelebihannya seperti disarankan oleh nabi kita dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim;

“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”

Berpuasa itu kan perisai dan alangkah kuatnya seseorang hamba bila berperisai di sepanjang perjalanan hidupnya. Aku mengingatkan diriku sendiri dan pada sesiapa yang sudi untuk berperisai sepanjang tahun dalam melalui peperangan menentang hawa nafsu. Musuh dalam diri paling utama tapi tetap menjadi teman  setia yang membayangi kita sampai ke mati. 

Betapa hidup ini jadi ceria bila di ilhamkan bersama tulisan bagi melayari sisa2 usia yang ada dalam mengubat hati nan rindu. Rindu, satu ungkapan indah dan hanya Dia yang tahu mengapa jadi rindu. Dia yang Maha Halus. Maha mengerti perasaan yang halus2 sebab Dia yang menciptakan kita  lalu Dia menganugerahkan rasa rindu. Satu gerak rasa yang teristimewa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf dari hati yang tulus seandainya ada bahasa yang terguris.

Tuesday, July 19, 2011

Dr Lo'Lo' pulang ke Rahmatullah pada pertengahan Syaaban  mulia. Berita pemergiannya memeranjatkan seantero negara khususnya para muslimat yang sedang gigih berjuang dijalan Allah.  Innalillah...

Hiba memandang suasana ribuan yang hadir membanjiri tanah perkuburan bersemadinya Dr. Lo' Lo'. Walaupun tidak pernah mengenal Allahyarhamah secara peribadi, sekadar mengenali cuma melalui alam maya sudah cukup meninggalkan kesan dijiwa, mengenali siapa sebenarnya wanita hebat ini, Sri Kandi negara. Namanya cukup  unik yang membawa maksud permata mahal  dari laut dalam menjadikan dia lambang wanita istimewa.

Jadilah wanita yang berilmu dan berpengetahuan seperti Dr. Lo' Lo'.Wanita Qanaah. Jika tidak, bila cinta pada dunia sudah berlebihan, wanita khususnya mudah dipersenda. Carilah teman dalam kalangan orang2 yang merdeka akalnya, yang mulia akhlak dan apabila mendengar, dia hanya diam. Seperti seorang doktor yang sebenarnya tahu ubat sebenar ada dalam dirimu tapi tidak engkau amatinya selalu. Penyakitmu adalah dari kamu tapi kamu tidak mencatatnya bagaimana terjadi. Sesungguhnya hindarilah kemasyhuran kerana bila sudah terbenam didada bumi yang sepi, tinggallah kita seorang diri.

Hakikat redha sebenarnya adalah bila kita berperasaan sama biarpun ketika ditimpa musibah maupun ketika mendapat nikmat. Rasa terpanggil untuk menulis  catatan tanda kenangan rahsia keindahan Lo' Lo' seperti kata Ibnu Abbas;

' Sabar dalam agama kita ada tiga peringkat. Tahap pertama, sabar dalam melaksanakan kewajipan yang akan mendatangkan pahala 300 ( Tiga ratus). Sabar kedua adalah terhadap apa yang diharamkan oleh Allah akan menghasilkan pahala 600 ( Enam ratus). Terakhir adalah sabar pada permulaan terjadinya musibah pahala baginya 900 ( Sembilan ratus )'

Berilmu, berpengetahuan apatah lagi bila beramal bagi simiskin tanda dirinya sudah pun kaya. Bagi orang2 kaya pula berilmu dan beramal jadi perhiasan hidup mereka. Masing2 sudah bersiap sedia menemui Allah bila2 masa sepertimana perginya Dr Lo' Lo' tanpa banyak bicara seperti sudah  bersedia. Pemergiannya ditangisi dan di insafi oleh tiap insan yang pasrah seperti pasrahnya Ismail. Insan yang sabar seperti sabarnya Ayub, insan yang bermurah hati seperti kemurahan hati yang dimiliki Ibrahim. Insan yang berkemampuan berkomunikasi secara simbolik seperti kemahiran Zakaria, bersikap menjauh diri seperti Yahya, berpakaian pahlawan seperti Musa, hidup berpengembara seperti Isa dan sudah tentu insan yang memiliki kerendahan diri seperti Muhammad. Terbuka ciri2 Lo' Lo' yang teristimewa.

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali.

Al Fatihah.

Thursday, July 7, 2011

Pejuang Negarawan

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Meminjam kata2 Pak Samad,  " Seseorang seniman mesti ada hak untuk berpihak. ( Jika tidak ) Itu bukan sasterawan, itu kuasawan. Dalam kehidupan kita juga harus membijaksanakan orang. Apa lagi kalau ada kekejaman2 yang sudah mula agak membesar "

Wednesday, July 6, 2011

Al Mulk- Kerajaan- The Kingship

'Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun'

(Al Mulk : 1-2)

Surah khusus bernama Kerajaan mengandungi 30 ayat yang diturunkan di Mekah. Menceritakan kerajaan Allah tentang tujuh langit yang bertingkat2, dengan ditemani pelita bintang2. Dia Penguasa Maha Halus bahkan  mengenal segala yang halus2. Menjadikan burung2 berterbangan mengembangkan sayap dan lalu menutupinya. Tidaklah yang memegang dan melihat segala sesuatu itu melainkan dengan Rahman Allah. Dia mengadakan pendengaran, pemandangan dan hati jasmani. Dia yang menjadikan dan kepadaNya kita dihimpun. Masih sedikit yang berterima kasih.

Apalah sangat dengan kerajaan Malaysia tambah2 kerajaan pimpinan barisan nasional. Sudah begitu lama diulit mimpi. Bila badai datang menghempas, kerajaan barisan nasional berhempas pulas. Meraih simpati. lemah dan hampir tumbang. Nelayan, petani, penoreh semua diikat dengan akujanji manismu. Sudah sampai masa kuasa rakyat dikembalikan untuk membuka mata pemerintah. Biarkan mereka bertelagah sesama mereka. Alhamdulillah... mujur ada pembangkang yang kuat. Dapat membuka pekung menanah sana sini didada2 kerajaan. Dari satu negeri ke enam negeri sudah ditawan. Kerajaan baru dalam suasana baru dapat mengolah semula prinsip hidup orang2 kerajaan.

Kerajaan barisan nasional kelam kabut. Gara2 membiarkan rakyat miskin merana dari hari kehari. Sepertimana Kerajaan dalam rumahtangga juga sudah seperti hilang punca. Yang mana emak yang mana bapak. Generasi melayu sudah mula layu lagi lesu. Punah ranah tenggelam dek arus perdana. Sedang ramai wakil2 rakyat gila mengumpul harta, mak di pejabat gila tunjuk kuasa. Bapa hilang kuasa veto. Generasi penentu masa depan hilang kreativiti, hilang kualiti, pendek kata ramai yang hilang sense of humour. Itulah gambaran dunia melayu sekarang bila pemerintah yang diberi kuasa oleh Allah gagal merealisasikan keistimewaan yang diberi.

Kembali merenung Kerajaan Allah yang tetap teguh berdiri. Satu2 bencana melanda dek kezaliman manusia. Ada yang tertimbus mati, ada yang dipukul gelombang, mati bergelimpangan sana sini. Ada yang seperti kelip2 disangka api. Nauzubillahi minzalik.

Diusia2 emas ini jadilah seperti jari telunjuk. Menunjuk pada jalan yang betul. Jangan hidup seperti jari hantu. Sampai tua masih disitu. Tinggalkanlah jari manis buat kenangan, zaman kanak2 yang ditinggalkan seperti jari kelingking. Berpaut jadi satu tapak kukuh untuk generasi baru berteduh. Trying our best to make the two thumbs up.

Berbahagialah dengan beramal surah Tabarakallazi, memantapkan akidah kerajaan Allah.

Sabda Nabi s.a.w "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya dan barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

Al Mulk menjadi teman setia semasa dalam kubur, menjadi perisai dari disiksa. Penyuluh jalan menyusuri cahaya.
 

Monday, June 27, 2011

One less lonely girl

Kemuncak cita2 seorang hamba Allah sudah terlaksana. Biarpun nun jauh disana diriku ditinggalkan, aku tetap bersyukur dengan anugerah ini. Hijrah itu satu pengorbanan, jauh diperantauan lebih bermakna dalam mengenal cahaya sempurna. Pasti ada rahsia yang tersembunyi disebalik ketentuan ini. Kita sebagai hamba wajar tunduk pada ketentuan yang di atur. Percayalah rencana Allah lebih hebat.

".................. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya……………"

 ( Al Baqarah : 233 )

Sebagai tenaga pengajar kesihatan persekitaran sudah cukup membuktikan betapa persekitaran amat berharga dalam melahirkan insan berkualiti dan beretika. Manusia makin ramai yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan soal2 disekeliling. Suasana sesak menyesakkan katil2 hospital. Segala ruang padat dengan timbunan hawa nafsu. Masing2 sudah hidup seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuknya masing2. 

Lihat saja apa yang terjadi pada remaja Aiman yang diabaikan kedua ibu bapa. Di tengah2 kotaraya Aiman  hidup bersama  adik perempuan, ditemani anjing kesayangan.. Perceraian membuatkan Ibu bapa entah kemana, jiran tetangga peduli apa,  tiada yang sudi ambil tahu. Masing2 sibuk dengan dunia masing2. Anjing Aiman yang semakin hari semakin membesar, si Aiman tambat didalam rumah untuk tidak mengganggu ketenteraman awam khususnya orang2 melayu disitu. Memang Aiman tak kisah, Apalah yang anak2 belasan tahun faham tentang dosa pahala jika tak dimulakan dari ibu bapa.

Apa yang menarik tentang Aiman kemana dia berjalan pasti ada kucing jalanan menghampiri. Sampaikan waktu makan pun ada kucing yang naik ke riba sambil menjilat2 muka si Aiman .
Dia begitu bahagia dengan gelagat kucing. Kata Aiman, ' kucing ni attention seeker. '.Aiman faseh berbahasa Inggeris. Kabarnya mak Aiman berkawin dengan seorang yang bergelar Datuk dan Datuk tidak membenarkan emak melawat anak2. Gugur talak jika engkar. Hiduplah Aiman dua beradik seperti hidupnya ayam2 kampung.

Manusia bandar munkin tak pedulikan pada Aiman tapi binatang makhluk Allah seperti anjing dan kucing lebih kenal siapa Aiman yang tidak berdosa. Selamatkanlah Aiman wahai Allah!!

Orang2 kuat kesihatan persekitaran kena tampilkan contoh terbaik dalam mengamalkan sikap bersih. Segala  aspek kena bersih. Bersih luar dan dalam rumah, bersih hati dan jasmani. Bersih sudah separuh iman, sabar itu separuh lagi. Dua elemen utama melengkapkan peribadi  unggul. Cantik luar cantik dalam, yang cantik2 semua dengar sini. Tidak perlu berkata apa2 cumanya, kalau dia senyum, awak pun mesti senyum sekali. Kalau kita semua senyum, semua orang berjangkit senyum. Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit.


Jadikan hidup kita indah dengan senyuman. Walaupun sumbangannya kecil pada pandangan manusia namun disisi Allah, pahalanya Subhanallah! Ikut kata hadis senyum itu sedekah, ditambah pahala mengikut sunah sudah tentu berlipat ganda.  Mengalahkan derma cek sebesar padang sekolah, asalkan senyumlah dengan keikhlasan. Smile is in your soul so don't smile with your empty soul.  Please don't tell god how big is your problem, just tell your problem how big your god is, my god and our god. Master of the day of judgement. Penguasa langit dan bumi, Pemerintah alam semesta.

Kembali merenung pada perjalanan hidup ini. Masih ada insan, berhati mulia, memberi tanpa balas. Sungguhpun tiada ikatan keluarga cuma sekadar saudara sesama Islam , Mas sudi menghulur bantuan  segunung intan. Ehsannya tiada tandingan. Sanggup menyumbang puluhan ribuan ringgit tanpa meminta apa2 pulangan asalkan anak itu dapat terus belajar dengan sempurna. Mas hanya mahu melihat anak itu berjaya seperti dia,. Sesungguhnya berbahagialah mereka yang mendapat cahaya sempurna. Belajarlah dari sikap baiknya supaya dirimu nanti tidak tersasar bila sudah mencipta nama. Pahala berbudi terus mengalir sungguhpun jasad tiada lagi dibumi.

Waspada selalu pada yang manis mulut. Pahit jangan terus dibuang, yang manis pula jangan terus ditelan. Mana sikap buruk manusia pada kita, doakan kebaikan mereka. Mana yang baik dari persekitaran kita ambil jadikan teladan. Kita simpan buat azimat. Mana yang tidak baik jadikan sempadan...siapalah kita untuk menegur. Selemah2 iman doakan dalam hati agar dia berubah dengan senang hati. Jaga lidah musuh paling utama dalam diri. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut buruk padahnya. Andai terlajak perahu boleh juga di undur terlajak kata menikam sukma. Badan merana sebelum  binasa.

Jadi orang kerajaan, kena buang yang keruh, ambil yang jernihnya saja. Biarkan ketam jalan tak betul, asalkan kita tetapkan hati luruskan niat. Istimewanya berkhidmat dalam kerajaan seperti kita meneruskan kerja2 malaikat. Tiada istilah one man show dalam perkhidmatan kerajaan. Kerja berantai yang memerlukan kesepaduan ukhwah. Bukan salah siapa bila kerajaan lemah. Salah pemerintah yang menyalahguna kuasa mutlak kerajaan. Para malaikat ada tugas masing2 untuk diangkat buku amalan kita dihadapan Allah dalam waktu2 yang tertentu. Anggota2 kerajaan juga punya hak untuk bersuara dalam lima setahun sekali hanya dengan hanya sebatang pensil tanda berjihad dijalan Allah. Tepuk dada tanyalah iman. Jangan sekali2 menjadi gunting dalam lipatan, menjadi  pagar yang makan padi. Sokong yang bawa rebah.

Jadilah anggota kerajaan yang berani kerana benar. Malaikat Raqib dan Atid tidak pernah lena mencatat. Apa yang penting kita buat yang terbaik untuk diri kita to serve no man but to mankind.


' The best way to serve god is to serve mankind '


Thank You Allah for the gifted hand.

Saturday, June 25, 2011

Duit ooo duit

Orang sekarang cukup sukar untuk melepaskan apa yang ada di tangan. Jangan berkira2 untuk berbelanja demi kebaikan. Jangan takut jadi miskin kalau ada yang selalu datang meminta2. Yakinlah pada Allah, berbuat baik dibalas lebih baik bahkan berlipat ganda mengumpul saham untuk kesana. Kita mudahkan orang. Allah mudahkan perjalanan kita bahkan dimudahkan kehidupan anak cucu kita. Yakinlah tanpa ragu dengan hebatnya kuasa Allah meskipun tidak berduit. Sebak hati ini melihat suasana kemaraunya hati insan yang lupa diri. 


Dunia kian bergelora. Panas membara. Sana sini terasa bahang bila anak2 tidak dibaja dengan sentuhan mesra. Terdedah dengan keinginan melampau dari mak ayah untuk jadi kaya raya. Mengumpul duit banyak2 itulah keutamaan dalam hidup. Kononnya duit banyak2 melapangkan hidup hingga ke liang lahad. Duit! duit! duit! Seolah2 tanpa duit bertimbun tak munkin dapat mencipta ceria. Dunia tidaklah diciptakan untuk duit, untuk orang berduit sahaja.

Tidak dinafikan duit banyak dapat menjamin hidup selesa. Duit bukanlah segala2nya asalkan hidup jadi manusia berilmu. Sesungguhnya duit tak dapat menggantikan masa lalu sedang masa yang ada masih boleh menjana duit dari satu lembah ke satu lembah. Duit membolehkan kita untuk memiliki segala kemahuan nafsu. Duit juga boleh membeli maruah sendiri. Harga diri mudah dijual beli bahkan sudah digunapakai untuk sebut harga. Sayang sekali duit tidak boleh membeli bahagia.

Duit berjaya jadi raja bertakhta dihati. Anak2 menjadi mata duitan. Bekerja untuk duit semata2. Pagi petang siang malam fokus hidupnya memburu duit. Bahawasanya hidup tanpa duit macam makan nasi tanpa lauk.  Tak munkin kenyang kalau tak berduit. Tidur tak lena kalau tak berduit. Memandang hina pada persekitaran yang tak dapat menjana duit. Manusia jenis ini kita diamkan saja. Biar dia teruja dengan kemampuannya sendiri. Kita doakan dia supaya dicampakkan hidayah dalam lubuk jiwa. Biar dia mengerti keseronokan itu bagaimana dalam erti kata yang sebenarnya. Dipenghujung hidup, duit sudah hilang value. Riwayat Sa'alabah diulang tayang dalam dunia akhir zaman.

    " Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang diantara kamu; lalu dia berkata (menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian) ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh"

 (Al-Munaafiqun: 10)


Ingat pesan guru. ' Harta kalian jangan sampai melalaikan kalian '


Dicelah2 kehidupan ini,

Ida yang jadi engineer akhirnya akur pada ketentuan. Ida berangan2 bila jadi ibu, dia akan rasa bangga dapat meletakkan nama jawatan ibu adalah jurutera pada kad lapuran sekolah anaknya nanti. Susahnya hidup bila Ida yang kematian mak untuk mendapatkan maid yang paling sesuai membuatkan Ida letak jawatan sebagai jurutera cari gali. Diciptakan Ida jadi jurutera hanya sementara. Dia  tidak mengizinkan Ida membanggakan diri. 

Kak Tipah yang muda2nya ghairah mengumpul vintage. Bila sedang dimamah usia Kak Tipah selalu menitiskan airmata. Hari demi hari matanya semakin silau memandang segala bentuk vintage yang menguasai semua sudut rumahnya. Airmata tak mampu menebus kesilapannya menciptakan anak2 tenggelam dalam kesibukan dunia.


Shukri langsung mendiamkan diri bila usia sudah lebih setengah abad, Shukri tetap membujang. Shukri yang bekerja sepenuh hati demi mak dan adik2 terpaksa mengorbankan usia untuk tidak berumah tangga. Mengumpul duit banyak2 kononnya duit itu yang jadi hakikat untuk dia meneruskan hidup. Dia rela mati sendirian dari hidup menyusahkan badan.


Lan yang jadi JUSA pun masih solo. Bertimbun2 harta Lan kumpul. Saloon Lan ada dua tiga.   Hartanah Lan banyak terkumpul hasil dari gelaran IR. Kemana harta Lan yang nak dipikul sedangkan adik2 Lan di kampung kais pagi makan pagi. Biarpun susah adik2 berusaha teruskan hidup membina keluarga. Terbang sang helang mendabik dada, membelahi angkasa, dengan gaya perwira. Sampai masa ke tanah jua akhirnya.

Dr. Fauziah sedang kesunyian. Biarpun banyak duit yang sudah dikumpul, dia masih sendiri lagi. Bekerja sebagai doktor memang tak punya waktu. Hidupnya dihabiskan dalam hospital. Bekerja memang amalan mulia tapi semakin menjauhkan Fauziah dengan yang Esa. Akhirnya tercari2 dimana hilangnya seri dunia.

Kebanyakan Doktor2 melayu ramai yang bekerja dengan niat untuk mengejar gaji  lumayan. Apalah sangat kerja2 lain yang tak sehebat tuan doktor. Padahal kalau belajar dari cerita gifted hand membawa makna paling berharga maksud sebenar perjuangan ibu yang berjaya menghasilkan anak seorang doktor terbaik dalam dunia. Dihidupkkan anaknya sebagai doktor from the inside. Ada doktor2 melayu pakat hilang inside.


Banyak lagi dicelah2 kehidupan orang2 melayu khususnya terlalu meletakkan duit pengadun segala2nya.  Anak2 terleka dibuai duit. Hilang jati diri anak2 melayu bila sudah jadi ternama. Langkah pertama yang menyumbang untuk menjadikan dia hari ini sudah padam dalam ingatan. Dari mata terus kehati hanya memandang kecantikan berlandaskan duit.


Hidup kerana duit. Sense of humour sudah mati. Human touch is very poor. Kemampuan mencipta suasana ceria langsung tak punya. Teknology nano sudah berjaya menghasilkan ramai manusia bertukar robot. Raut wajah sudah hilang seri cahaya. Bila jiwa mula letih, badan tak mampu bertahan lagi. Duit tak berdaya tegakkan nyawa. Duit tidak dapat membuka selera. 


Yakinlah dengan kekuatan budi mampu ampuhkan ruh dan jasmani menjadi satu. Bersangka baik selalu dan berlapang dada hendaknya. Pasti duit tidak mampu menggoncang jasad dan nyawa. Bertakwalah kepada Allah seperti mana di sarankan dalam ayat suci Al Quran.



" Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu "
( At-Talaaq: 2 dan 3 )
Ayat ini dikenali ayat seribu dinar. Kelebihan ayat2 Allah bukan setakat menampal di kedai2 makan untuk dipamerkan buat tuntunan.

Benteng diri dengan amalan seribu dinar. Bila beribu2 dinar yang datang, duit tak mampu mengaburi mata, kaya miskin dilihat sama sahaja. Hakikatnya yang kita miliki walau satu sen sekalipun, bukan kita yang punya. Semua wajib dikongsi bersama ibarat aur dengan tebing. Nilai dinar pada pandangan mata tetap sama. Nilai duit, ringgit malaysia, Thailand dipanggil baht, ada yang panggil dolar. Tak kira apa pun gelaran nama, money is the root to all evil. Selagi kita percaya pada kekuatan hidup adalah dengan duit selagi itulah kita disibukkan dengan menghambakan diri mencari duit. 
Duit oo duit. Biar duit follow kita jangan kita follow duit.

Tuesday, June 21, 2011

Sayang semuanya sudah terlambat...


Zaman sudah berubah. Mak ayah zaman sekarang berlumba2 nak buat baik dengan anak2 bila anak2 sudah dewasa. Segala keperluan anak disediakan tanpa banyak bicara. Apa nak semua boleh bagi. Nak itu nak ini. Segala disediakan dengan mudah. Sanggup berhutang demi memenuhi tuntutan anak2. Anak2 marah mak ayah sudah jadi perkara biasa.

Anak2 pun mula mencuri peluang dan mencari ruang untuk buli mak ayah. Bila lagi...Padanlah awal2 lagi P. Ramlee dah buat Anakku Sazali.

Semasa kecil terlebih timang . Mula merangkak dah tak ada masa. Sudah tidak punya waktu bermain bersama. Bergurau senda jauh sekali. Mak ayah sibuk bekerja. Nak makan bersama langsung tak de masa. Malas masak lagi tak guna. Mentang2 anak2 tak boleh berkata2, dibiarkan terlepas begitu saja. Ada yang serah kat maid bulat2, ada yang hantar pengasuh sampai senja, ada yang sanggup hantar kekampung konon nak jimat belanja.

Ada yang buat mak macam orang gaji. 

Bila anak2 mula bawa diri, mencari kawan tempat mengadu, memilih pasangan yang tak menentu, mak ayah mula meraih kasih. Cuba nak jadi mak ayah  terbaik. Mula mendekati pada yang dah tak sudi. Mula memikat hati anak2 konon2nya berbuat baik dengan anak2 baru anak2 akan buat baik dengan mak ayah.

Bermulalah kepincangan keluarga. Mak salah ayah dan ayah salah mak. Silap haribulan bercerai jalan selesai. Sayang seribu kali sayang, semuanya sudah terlambat.

Berbanding dengan mak ayah dulu2. Dah diberi makan, pakai dan pelajaran. Pandai2lah fikir sendiri. Mak ayah tak pernah meraih kasih anak2. Sampai waktu dan ketika anak2 dengan sendirinya berbuat baik dengan mak ayah. Semuanya gara2 mak ayah dulu2 cukup yakin dengan pesanan tauhid.

"Berbuat baiklah kepada ibu bapamu, nescaya anakmu akan berbuat baik kepadamu. Dan bersikap jujurlah kepada ibu bapamu, nescaya isteri kamu akan bersikap jujur kepada kamu." 

(Hadis al-Tabrani)



Saturday, June 11, 2011

Jadi, jadilah aku

Sah siddiq mengajar aku, jadi guru aku, jadilah aku.

Kun

Sekepal tanah
menyembur benih
segumpal darah
menyubur kasih,
alam pasrah
jadi, jadilah

                                             -Ariffin Arif-


Friday, June 10, 2011

Pustaka warisan



Hari ini hari Jumaat. Bonda pesan " ikhlas tu kalis-setan "

- Hasnul J. Saidon-

Wednesday, June 8, 2011

Masterpiece




 Ibuku ~ Usman Awang

IBUKU mempunyai seribu mimpi
Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.

Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah darat

Ibuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upahnya buruhnya sangat sedikit

Ibuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkan

Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
kaburlah mata ibu diselaputi logam

Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancur

O ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteri

Tetamu senja- A. Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat