Hargalah masa sementara masih ada waktu bersama masa. Masa muda masa berharga. Masa muda masa bertenaga menjana hidup berkualiti. Masa muda masa membuahkan hasil. Bertemankan masa lalu penyuluh jalan, kukuhkan benting, melawan arus.
Persekitaran mengajar orang muda supaya tidak terbenam dek arus perdana. Walaupun pada hakikat, orang muda tidak dapat lari dari meredah arus, pastikan tebing dibina kukuh menahan arus gelombang. Tebing itulah bakal membuktikan siapa kita semasa muda. Tebing itu bekalan menuju akhirat.
Tebing-tebing itu anak-anak kita, anak-anak tuan dan anak-anak puan. Hargai ruh dan jasad ketika kecil. Nikmati hidup bersama ketika menukar lampin. Saat-saat indah menyisir rambut, menyuap makanan maupun sambil mendodoi semasa tidur. Tidak kira samada bed time story , anak-anak memang suka mendengar cerita. Didik dengan kasih sayang, hormat menghormati. Pastikan terdidik makan bersama, semeja. Perilaku emak bapa penentu akhlak anak-anak. Children learn what they see.
Jangan kita hairan kenapa sikecil macam peluru. Tidak kira ada tetamu, suka menunjuk laku. Ada yang gelojoh ketika makan. Nasi langsung tidak sudi. Fast food nombor satu. Jajan sentiasa dihati. Gula-gula penyeri gigi. Emak bapa jadi keliru kenapa anak-anak jadi begitu. What you give you get back.
Pandai masa kecil sungguh luar biasa. Tab ditangan walau jari sehalus lidi. Mummy daddy bangga anak-anak kecil slide tab sana sini dihujung jari. Mama papa leka menghadap muka buku sampai senja. Tambah bangga membina impian anak-anak bakal ke International School, boarding school or whatever, asalkan sekolah berjenama.
Pandai masa kecil sungguh luar biasa. Tab ditangan walau jari sehalus lidi. Mummy daddy bangga anak-anak kecil slide tab sana sini dihujung jari. Mama papa leka menghadap muka buku sampai senja. Tambah bangga membina impian anak-anak bakal ke International School, boarding school or whatever, asalkan sekolah berjenama.
Tebing bagaimanakah sudah tercipta. Sudah teruruskah anak-anak berjiwa ampuh, jasad kuat tidak mudah terpedaya dengan dugaan dunia. Anak-anak bakal mengharungi masa depan lebih mencabar.. Menempa nama dipersada dunia. Anak-anak bangsa asing berjaya merealisasikan impian mak bapa menjadikan siapa mereka hari ini. Sampai tujuh keturunan mereka cukupkan bekalan.
Tidaklah perlu sampai jadi culture shock dengan bahan ciptaan manusia. Macam kera dapat bunga. Jangan pula seperti tikus melihat besi. Steve Job mati awal setelah berjaya menempa nama Apple untuk dunia. Job
Steve sudah selesai merencanakan kehebatan akal manusia. Hanya dengan iman, ilmu dan amal dapat mengimbangi hebatnya jadi manusia, lebih hebat lagi bila menyedari kita adalah hamba didunia fana. Jangan hidup sampai tidak membuahkan hasil.
Wal hasil balik asal
Wal asal balik hasil
Wal hasil cari pasal
Itu pasal tak hasil
Wal hasil balik asal
Wal asal balik hasil
Wal hasil cari pasal
Itu pasal tak hasil
Terhasil sekarang, anak-anak lupa daratan. Kacang lupakan kulit. Haruan makan anak dan macam-macam lagi perilaku anak-anak yang melantun pada emak bapa. Paling sedih bila ramai lelaki berjiwa perempuan. Ramai perempuan yang jadi ibu, lupa tanggungjawab hakiki konon hebat bukan main seperti kaum lelaki.
Sebelum datang lima perkara, rebut satu perkara paling utama. Bagaimana mendidik anak ketika mak bapa masih muda belia.
No comments:
Post a Comment