Tuesday, November 5, 2013

Ku petik bintang-bintang

Salam Awal Muharam dengan lagu kenangan. Berhibur seumpama mengambil secubit garam. Bohonglah kalau kita hidup berirama tanpa lagu. Berseloka tanpa nada.






Mudah-mudahan tahun baru menempa sejarah indah. Alhamdulillah kita sambut dengan berpuasa sunat. Sesungguhnya puasa menteramkan jiwa.

"Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah berfirman: "Setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya"

Puasa sunat Isnin dan Kamis, puasa sunat hari-hari putih.

Diriwayatkan dari Imam Abu Daud, “Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ‘Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa”

Apa lagi yang kita dambakan diusia emas ini selain dari redha Alllah. Menunjukkan akhlak terbaik, contoh teladan buat tatapan anak cucu.

Diturunkan nabi kita Muhammad s.aw. adalah untuk menyempurnakan akhlak. Akhlak itu teras utama pendidikan. Ugama adalah nasihat. Nasihat mengukuhkan ugama. Islam itu indah bila kita tahu melaksanakan tanggungjawab. Mencipta suasana keindahan menjadi orang budiman. Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

Sempena Muharam, terkenangkan madrasah Ramadhan. Mudah-mudahan kita istiqamah dalam mengamal  solat sunat qabliah dan ba'diah khususnya masa zohor dan Isya'. Tidak lupa solat witir walaupun hanya satu rakaat bukti cinta hakiki. Setelah bertahajud, kita tunggu sampai terbit fajar bagi menunaikan solat sunat fajar. Manusia paling kaya atas dunia adalah mereka yang bersolat fajar seperti hadis Rasulullah s.a.w. dari isteri baginda Aisyah r.a.

' Dua rakaat fajar adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya '

Bukan susah mengenal diri. Cukup sudah kalau kita berbuat baik, mendidik persekitaran jadi baik. Mengikut kajian pakar psikology, bila banyak ketawa pada perkara remeh tanda jiwa sunyi sepi. Kata orang tua-tua ilmu pun lari.  Jika banyak sangat membongkang tidur tanda ikut hati bersedih. Bila suka marah tak tentu pasal, tandanya kurang kasih sayang, attention seeker. Bila banyak sangat makan tanda escapism. Bila terlalu banyak bercakap, macam tin kosong. 

Yang sebenarnya, belajar dari orang-orang lama. Penuh ilmu didada. Sudah menempuh segala onak duri. Merka tidak banyak berkata-kata. Bila bercakap sentiasa beralas pada Ilahi. Setiap tutur kata terkesan dihati. Orang-orang begini dalam istilah orang melayu masin mulut. Mereka jauh lebih kenal ilmu manusia seumpama setitis air lautan bahkan lebih sedikit dari itu.  Ilmu Allah terlalu luas. Kalau air laut dijadikan dakwat pun masih tak cukup menulis ilmu Allah. Ilmu makhluk  seumpama setitis air dari lautan. Melihat pada kehebatan orang-orang lama siapa kita nak tunjuk pandai.

Cukuplah jika kita kenal diri kenapa dihadirkan didunia ini. Bila kenal diri, kita kenal Allah. Bila kenal Allah. Mudah-mudahan dibukakan ilmu makrifah. Bila sedar pada kekurangan yang ada, kita mudah memahami orang lain. Menerima kehadiran mereka seadanya. Jika perlu kita bantu dengan kasih sayang. 

Banyak lagi terms n condition untuk mengenal siapa kita disisiNya. Jika mahu teruskan belajar. Tak kenal maka tak cinta. Teruskan pencarian untuk faham makna, cinta. Merasakan rindu , rindu, serindunya...Dia sedang memerhati jika benar cinta bersemi dilubuk hati. Cinta itu milik siapa.

Beramal bukan meletihkan bahkan menguatkan ruh. Tambahan bila sering qailulah, bangun malam jadi mudah. Apa yang penting, urusan fardhu jangan dilengahkan. InsyaAllah, mudah-mudahan doa diangkat jadi mustajab.Ternyata menakjubkan, kelainan dicipta setelah online dengan Allah menempa impak teristimewa.

Thank You Allah for the gifted hand.

Ayuh kita beristiqamah dalam beramal. Untuk pencerahan minda, rajin-rajin baca Quran. Hamba mengingatkan diri, saudara mara, sahabat handai. Tidak lupa anak-anak cucu tersayang. Ingatlah, ikat ilmu dengan tulisan supaya tidak lupa. Peninggalan ini buat anak-anak cucu meniti masa depan.  Berpesan-pesan selalu dalam kebenaran untuk menuju tangga-tangga kebaikan. Sementara hayat masih dikandung badan. Bila sudah bercerai nyawa dan badan, hanya budi baik yang tahan lama. 






No comments:

Post a Comment