Sunday, November 3, 2013

Selamat Pengantin Baru

Tiba hujung tahun musim orang kawin. Sana sini jemputan kawin. Macam-macam rupa kad jemputan kita terima. Pembaziran nyata bila kad-kad semua dibakul sampah tempat bersemadi. Bukan kad jadi ukuran tapi hakikat perkahwinan sepatutnya diberi perhatian. Berkawin bukan setakat beranak-pinak.

Orang dulu-dulu tidak punya kerjaya hebat boleh mencipta acuan anak-anak seperti Tuan Guru Nik Aziz, anak yang maju ke hadapan sampai tak toleh kebelakang pun ada, seperti Tun Dr Mahathir Mohamed. Pendek kata tok sah dok gah sangat bila nak bernikah. Bimbang tidak tahan dipukul gelombang hasil didikan senipis bawang. Bagi anak lelaki khususnya kawin jangan sampai mengabaikan tanggungjawab pada mak bapa, tambahan pula lelaki harapan keluarga. Berkawin jua bukan kerana sudah cinta separuh mati. Cinta saja tidak cukup untuk mengemudi bahtera perkahwinan. Paling koman bila kawin kerana nak menunjuk kata dapat bini atau dapat suami. 

Kawin bila sudah sama-sama bersedia memikul amanah. Samada lelaki maupun perempuan, berkahwinlah, kalau sudah tak tahan sangat mengekang nafsu. Biasanya bila orang berakal, berilmu dan beramal pasti bijak mengawal perasaan asalkan ada kesedaran berkawin kerana mengikut sunnah. Berkawin sebab sudah mampu. Kita bukan nak kawin sehari, dua. Lihat pada persekitaran bagaimana perkahwinan berakhir bila masing-masing tidak berpuas hati.


Tambahan pula wanita sekarang berkerjayalah sangat. Sampai nak bagi makan anak pun tak sempat. Masing-masing mula menyalahkan. Di tempat kerja dia paling efisyen, dia rajin sampai bengkak kaki konon berjalan banyak sebab jadi misi, jadi cikgu, jadi, doktor, jadi pensyarah. Alih-alih dirumah, bull shit!!Suami makan pun depan tv. anak-anak carilah makan sendiri. Suami nak tegur lebih-lebih gaji pulak kurang pada isteri. Tak jumpa mewah kalau tunjuk berani.

Sejak akhir-akhir ini ramai suami seperti  macam Al Qamah Si isteri pula sudah melimpah seperti dalam kisah nabi Ismail yang diminta oleh Nabi Ibrahim ... “pesan kepada suamimu, tolong tukar alang pintu rumah ni dengan yang lebih baik kerana sudah tidak elok.” lalu si isteri  memaklumkan pada suami pesan orang tua tersebut. Begitulah akibatnya bila berilmu sekadar dilidah.

Sehabis-habis pandai perempuan akhirnya kalah juga dengan bijak orang lelaki.  Sebab itu bila jadi isteri dan bergelar ibu. Cukuplah Allah tempat mengadu. Bukan pada manusia tempat mengadu domba. Jodoh pertama pilihan Tuhan. Dia memilih yang terbaik untuk hambaNYA, jika benar-benar faham makna Cinta. Cinta tulus membawa kita mengenal Tuhan. Mengabdikan diri sebagai hamba. Tidak ada sesiapa pun yang lebih atau kurang. Kita sama serupa. Masing-masing ada kelemahan dan masing-masing juga ada kelebihan. Bukan kita saja yang baik. Mana tahu yang sebenar-benarnya dia lebih baik dari kita.

Sebelum menyalahkan pasangan, salahkan diri terlebih dulu. Bermuhasabah selalu. Kita mungkin nampak baik dengan orang lain mana tahu hubungan dengan Allah masih kurang. Allah menguji untuk kita mendekatiNYA saban waktu, mengadu sambil merayu. Merintih sepi seorang perindu. Dia juga rindukan suara hambaNYA. Buat terbaik mengikut hukum, selebihnya kita berserah. Ikhlas ke kita, bukan kita yang tentukan. Anak-anak mencerminkan sejauhmana keikhlasan pengorbanan mak atau pun bapa.

Apa nak ditakutkan. What we give, we get back. Formula mudah legasi kehidupan manusia.


No comments:

Post a Comment