Tuesday, April 6, 2010

Airmata di Kuala Lumpur

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu.........

Sunday, April 4, 2010

Selamat tinggal bungaku

Selamat tinggal bungaku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruanku
jasamu
untuk diriku

Ke timur atau ke utara
Tak tentu arah mana ku tuju
Setitik airmata
dititiskan
dibuang jangan

Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan

Salam bahagia
kabar nan gembira ku kirimkan


Inikah akhir bertemu

Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesananku
Jaga baik diri sendiri

Saturday, April 3, 2010

Cerita kedai kopi

Bunga tak sekuntum
lagi pun tak lama harum

Harum baumu sibunga lah tanjung
harumnya sampai

harumnya sampai melintasi gunung


(Imej dari laman agro)




(Sumber foto)

Kiambang

Bayangmu di air tenang
Mencerminkan wajah keriangan

Walaupun hidupmu dalam kesepian
Hanya berteman cahaya rembulan

Thursday, April 1, 2010

Diari kelmarin

Seronok bila bercerita tentang pasangan tua yang semakin hari semakin intim bagaikan bunga dengan tangkainya. Saling berpaut pada yang satu, selagi hayat masih ada.

Kelmarin sewaktu bersama abang Bakar dan isteri, tersentuh rasa dihati mengusik disanubari. Suami yang tanpa jemu menjamu isteri bagaikan tetamu. Isteri yang seakan tidak bermaya tetap ceria tanpa sengketa. Suami mengurus segalanya biarpun sudah lewat usia abang Bakar masih perkasa menguruskan rumahtangga. Memasak sudah memang kepakaran...mencuci pakaian, membersih laman bahkan segala2nya suami berbakti tanpa jemu. Yang terukir jelas hanya senyuman dan sekali sekala menjengah isteri apa mahunya lagi.

Andai salah satu yang pergi dulu, tak dapatku bayangkan apa akan jadinya nanti.

Terkenangkan kakak sulongku menjaga suami yang cuma ada nyawa. Terbaring diatas katil tanpa nada suara. Masa mudanya hebat sekali. Garang dan bengis sudahlah pasti. Bila terdampar begini, isteri masih setia melayan suami.

Tersenyum sendirian bila terkenangkan kekandaku ini...yang bijak menyembunyikan segalanya dilubuk hati.

Sambil memapah suami kebilik mandi sempat juga menghiburkan hatinya yang sunyi dengan alunan suaranya yang sepi.

' Merpati dua sejoli...terbang dua sekawan...dimana matahari....disitu pula bulan'

Begitulah diakhir2 kehidupan manusia. Masing2 punya cara berbeza dalam menghabiskan sisa2 hidup yang cuma sementara.

Hamba berdoa mudah2an hidup kita di akhiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Semua ini mengajar kita rasa keinsafan dan belas kasihan kerana segala yang bermula dan berakhir dengan kesudahan yang baik adalah dengan mengikat tali hubungan mesra dengan ibu bapa.

Sandaran paling utama dalam meniti dunia pancaroba.

Persembahan akhir drama kehidupan apabila kita sedar tiada kasih yang lebih bermakna melainkan kasih ibu yang membawa ke syurga.

Diari kelmarin ini mengingatkan kita supaya tidak leka menyempurnakan tanggungjawab pada ibu bapa biarpun sudah tiada lagi disisi, keduanya seperti wali keramat yang tidak mati.

'Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
kasihnya saudara
masa berada '

Al Fatihah dikirim khusus buat ibu bapa tanda cinta yang tidak terhingga.

Sekali dikirim rasa tak puas
Sepuluh kali tak cukup lagi
Pengorbanan ibu tidak terbalas
113 kali kiriman Al Fatihah sehari sudah akan cuba dikirim hari demi hari, InsyaAllah.

Diari 2007

Masjid lama


Kukuh pembikinanya. Tegap berdiri walau dimamah usia.Lambang sebuah rumahtangga.

Bila teringatkan suara kak yam bergurau senda bersama suaminya En. Zamberi sambil mengekek2 ketawa dalam kelambu...dihati berbunga selalu...alangkah bahagianya pasangan veteran ini.

Ada lagi kah pasangan yang macam tu??? Nabi kita ada tinggalkan pesanan;

' Segala sesuatu yang tidak mengingatkan kepada Allah adalah sia2 dan main2 kecuali 4 perkara. Salah satunya seseorang yang bergurau dengan isterinya'

Begitu hebatnya gambaran gurauan suami isteri lambang cinta Ilahi.

Tidak mustahil bagi seorang isteri yang mampu menggerakkan hati suami untuk ketawa berdekah2.

Begitu juga orang2 muda kena belajar ilmu berkasih sayang dari orang2 lama yang nampak bahagia dimata sepertimana ungkapan dari mata turun kehati lalu terpancarlah seri.

' seri, seri cahaya hai naik ke muka, tak ubahlah pinang dibelah lah dua '

Hati milik Allah seumpama masjid yang dibina atas dasar cintakan Allah.

Sama2 kita saling mencari redha Ilahi dengan melihat pada keutuhan masjid2 yang lama terbina.

Tuesday, March 30, 2010

UMNO sudah tua

Tirai 2007;

Ketika sedang menikmati minum pagi dalam kedai makan didaerah terpencil, Malau diutara tanahair,pagi2 buta dah dengar bebelan tuan kedai pada anak yang sudah siap nak kesekolah.

' kerajaan kata free....apa yang free nya...ni baru sorang sat lagi petang ada lagi sorang...tak payah sekolah lah macam ni...Ni hah cuba kak tengok!!'

' MasyaAllah..banyaknya!! darjah berapa? '

' Darjah 3 pun nak kena bayar seratus enam puluh bila mula masuk sekolah...nanti untuk yang tingkatan satu lebih lagi'

Ada hampa kesah!!! Betapa peritnya orang kampung nak cari duit sebanyak itu.

Ambang 2008;

Alhamdulillah akhirnya servis bertukar tangan pada 2008 berkat tangan2 orang miskin buat keputusan. Orang miskin bijak berpolitik kalau diajak masuk gelanggang.

Kita tengok rentak baru macamana lagaknya...Alhamdullillah!!! So far so good...no harm done!

Yang kepohnya di Pulau Pinang. Tak de bezanya Guan Eng dengan Tsu Koon. Sama-sama orang cina. Apa masalahnya!! Kenapa ketika UMNO banyak kerusi di Pulau Pinang, tampuk perintah ketua menteri, diserahkan pada orang cina sejak Chong Eu lagi sedangkan sekarang kelebihan mata memang pada orang Cina jadi tak salah  Cina Guan Eng yang memerintah. Mudah-mudah Guan Eng kekal menakluk Pulau Pinang sampai bila-bila. Memang itu kelebihan bangsa cina.

Jadilah pengajaran pada melayu UMNO yang sibuk-sibuk sungguh nak rampas kelantan yang sudah memangnya bangsa melayu yang perintah...apalah salahnya!!! Akibat kerakusan nak tawan kelantan, bukan saja satu malah banyak negeri yang beralih arah.

Allah hu Akbar. Cina pun manusia malah dia lebih baik dari kita orang melayu bila mereka menerima hidayah Islam. Kita doakan ada diantara mereka yang dimasukkan hidayah Islam hasil gandingan mantap bersama Tok-tok guru, para alim ulamak yang berlapang dada dengan orang-orang Cina maupun India.

Memang dari kecil sudah melekat lagu ini dalam kepala seolah2 mengingatkan bangsa agar tidak leka dengan permainan kotor orang2 politik khususnya orang2 UMNO yang terlalu leka kerana memerintah terlalu lama.

' Marilah mari, pergi mengundi,
jangan lupa kewajipan pada negara,
Fikirkan lebih dulu dengan akal bistari
Sebelum membuang undi yang dihargai'

2009 UMNO mula perasan.

Kementeria Pembangunan Usahawan yang dirangka khusus untuk membangunkan kerjaya keusahawan jadi kerjaya pilihan untuk anak-anak melayu maju berniaga. Kementerian ini semakin popular dipersada antara bangsa. Akhirnya dibubarkan tanpa notis, seolah-olah UMNO memang tidak berhajat melihat anak2 bangsa mereka berjaya dan merdeka minda. Mereka rela bangsa sendiri ditakok lama.Hanya menadah tangan pada subsidi dan bantuan sepanjang zaman. Selamanya hidup orang-orang melayu dicucuk hidung.

Bila rakyat cerdik IT. Kerajaan UMNO terbeliak biji mata. Bimbang anak2 melayu bangun dari lena yang panjang lalu dibubarkan peluang yang telah dicipta. Dengan mudah mereka pejamkan mata pada segala persiapan yang telah dirangka. Sesungguhnya bala sedang menanti. Menunggu kejatuhan UMNO yang hakiki. Akibat dari pembubaran satu-satunya kementerian yang sedang bergaya menggapai awan, mencipta nama. Kementerian yang sedang merealisasikan keusahawan menjadi kerjaya pilihan bagi semua umat Islam bersandarkan hadis 9/10 rezeki itu adalah dari berniaga. Mak cik goreng pisang ditepi-tepi jalan gigih berusaha dengan kemudahan yang ada apatah lagi anak-anak melayu muda berpeluang meneroka sampai keluar negara.

Akibat dari segala penganiayaan, sama-samalah kita nanti babak-babak terakhir sandiwara UMNO yang semakin hari semakin tua dan wajib dibersara.

2010 UMNO huruhara sampai menjelang pilihanraya.

Sunday, March 28, 2010

Di celah2 kehidupan

Dalam sibuk2 kami mengatur langkah ke pesta buku semalam 27 Mac 2010...dicelah2 arus manusia, nampak begitu ramainya warga2 tua mundar mandir ke hulu ke hilir sambil ditangan memegang bekas plastik berisi kuih muih serba satu. Siapa gerangan atuk2 dan nenek2 ramai2 berpesta disini.

Ooo patutlah!! ada perasmian PERKASA...entah apa makna perkasa pun maaflah malas nak fikir tapi tau lah sikit2 makna sebenar kehadiran atuk2 dan nenek2 tadi.

Hamba ni bukanlah orang politik jauh sekali nak melibatkan diri. Tapi sejak akhir2 ini setelah kita buat yang terbaik untuk keluarga, kita pun berharap pemimpin diluar sana berbuat baik pada rakyat jelata. Alangkah sedihnya sorang2 anak buah yang keciciran kesekolah disebabkan kemiskinan tegar. Paling sakit hati bila diberhentikan hasil kekangan pihak sekolah sendiri, pihak PIBG yang berkompromi, di tambah dengan PPD yang semuanya dibawah cengkaman orang2 politik.

Nak tak nak kena belajar serba sedikit tentang politik dan kena turut serta seperti orang lain supaya tidak turut terjerumus seperti atuk2 dan nenek2 semalam yang diusung beramai2 kepersidangan perkasa yang gila kuasa.

Alhamdulillah Tsunami politik melanda negara...hasilnya beberapa negeri beralih tangan kuasa pemerintah...apa yang penting kami peduli apa siapa yang perintah asalkan ada perubahan ke arah membaik pulih rakyat, khususnya rakyat jelata diluar sana yang semakin hari terhimpit dengan projek yang mega2 tapi anak2 sudah tidak berpeluang meneruskan persekolahan. Serba serbi naik harga, yuran sekolah,yuran PIBG dan macam charge tambahan yang dikenakan. Hasilnya, abang2 rela beralah tak nak sekolah asalkan adik2 dapat teruskan pelajaran.

Melihat suasana dicelah timbunan manusia ke pesta buku, ada lagi mereka yang sanggup mengusung warga2 tua keluar kampung semata2 nak buktikan yang perjuangan mereka diterima rakyat. Padahal kelemahan sudah jelas terbayang diwajah2 warga tua yang tidak bermaya.

' Allah hu Akbar, Allah Maha Perkasa, Allah Maha Tahu apa yang sebenarnya berlaku'

Kalau macam ni lah punya gelagat, marilah sama2 berdoa supaya lebih banyak negeri ditukar milik pada pemerintah yang baru. Tak malu ke dah tua2 masih tak faham arus anak2 muda. Memang anak2 muda kita sekarang ramai tak sekolah tinggi tapi tak bermakna mereka tak cerdik. Cerdik akademik hasil belajar yang sungguh2, cerdik jati diri hasil penindasan orang2 atasan.

Jangan menidakkan perjuangan anak2 muda melayu yang dahagakan perubahan. Hamba antara yang berdoa agar UMNO tumbang dipersada negara tercinta.