Monday, September 20, 2010

Jutawan Kosmetik Semula Jadi

Orang2 melayu dikejutkan dengan tragedi ngeri yang menimpa pengasas kosmetik NV, pemandu peribadi, pegawai bank dan peguam..Semua mangsa adalah orang2 melayu. Sungguh menyayat hati bila kenangkan saat kematian mereka. Innalillah.

Sebagai saudara seugama kita sama2 menghadiahkan Al Fatihah.

Yahudi paling bijak memperkenalkan kosmetik dunia hinggakan sebahagian umat Islam leka untuk apa kita di adakan lalu ditiadakan didunia fana ini. Bila sedar betapa hebatnya akal ciptaan Allah mana munkin kita lupa pada tujuan asal kita kemari. Lainlah orang Yahudi. Dijadikan mereka bijak bistari disebabkan Yahudi dikalangan iblis yang sudah berjanji menyesatkan manusia untuk terus melupakan diri lalu mengangkat kelebihan sendiri.

Buah tangan apa yang kita bawa nanti untuk bertemu Allah andai maut menjemput kita pulang menghadap Tuhan. Tidak ingin kah kita berada diantara tujuh naungan pada hari yang tiada naungan lagi.

Bagi yang redha pastinya sudah bersedia, bagi yang tidak pernah puas menimba dari satu lembah ke satu lembah, kematian amat ditakuti lagi di geruni. Bagi yang tiba2 mati dalam menyibukkan diri menghias diri pastinya menyentap setiap hati sanubari yang memerhati.

Padanlah orang dulu2 cukup menekankan kecantikan dalaman. Kecantikan luaran ternyata hanya bisa mencerahkan kulit dan rupa sayangnya semakin meredupkan hati yang sepi. Pada anak2 cucu yang bergelar usahawan, pegawai2 bank, peguam2 berkalibar  tanahair dan jika ada yang jadi pemandu2 peribadi dan jika benar anak cucuku orang2 melayu Islam sejati, sesungguhnya kerjaya ini menjurus kepada menimba kekayaan dengan gila2 jika tidak dibentengkan dengan ayat ayat cinta. 

Peruntukkanlah ruang untuk baca Quran...penghias diri yang asli...pembenteng diri yang hakiki...penawar qalbu agar tidak mati. Penggerak mata untuk tidak membara  menjadi kaya yang gila2. Memandu jangan memacu, peguambela bukan peguam di bela, mentadbir kewangan bukan mengumpul wang yang bukan milik kita apatahlagi menyimpang  sana sini. Keusahawanan memang kerjaya pilihan umat Islam paling indah, paling mudah tetapi hendaklah menepati sunnah agar tidak terjerumus, terbabas bersama bangsa2 bukan Islam.

Mesej Allah jelas. Pada yang mahu merenung ke mata hati. Tiada jalan pintas dalam menimba kekayaan duniawi. Dalam kesibukan mencari rezeki, mengkaji itu ini, membaca berpuluh2 buku  setahun dan  menatap berjenis2 akhbar sehari suntuk, meneroka ilmu konon penuh didada...tanyalah kedalam diri dengan jujur..adakah ruang untukku baca Quran.

Apakah ada sebaris ayat2 suci Al Quran yang dikaji hari ini, semalam, esok atau lusa. Bacalah Quran wahai anak2ku sayang. Baca dan baca lagi lalu menghayati perintahNYA, LaranganNYA, SeruanNYA, AncamanNYA dan Qaseh SayangNYA. Mana munkin tergamak bagi orang2 yang rajin membaca Quran membuat kerosakan dimuka bumi. Yang ada hanya memberi dengan nikmat limpahan cinta qaseh sayang.

Jauh sekali membotox dan mengubahsuai muka anugerah Ilahi bila dah jadi kaya raya. Tak munkin lagi tergamak menampakkan aurat dengan mendabik dada bila ayat2 cinta menghiasi diri  lalu memahkotakan hati. Tak munkin lagi berkata yang sia2, bahkan semakin hari semakin tunduk  berisi seperti padi  bila Al Quran sudah sebati dalam diri. .Mustahil bagi orang yang selalu baca Quran mengumpul kekayaan dengan cara murka.  Rupa paras adalah nikmat semula jadi Allah yang jadi azimat  tersemat sedangkan tingkah laku wajib dididik untuk jadi lebih baik dengan mengenakan kosmetik istimewa semula jadi yakni Al Quran, pencerah sanubari.

Semua nikmat akan ditanya dan apakah kita sudah bersedia dengan jawapan masing2.

Jadilah seperti orang melayu dulu2, yang sering mengingatkan anak2 cucu dengan pepatah dan perumpamaan. Mesej orang melayu dulu2 kaya dengan budi dan indah bila berbahasa. Begitulah juga mesej Allah yang Maha Kaya untuk kita belajar dengan keindahan kalam suci Tuhan dan dengan kejadian persekitaran alam.


' Pada hari yang tidak bermanfaat semua harta benda dan anak2 kecuali orang2 yang datang manghadap Allah dengan hati yang selamat ( sihat )'


( Asy- Syuara' : 88- 90 )

Sebelum meletakkan garis panduan dalam mencari kekayaan, bacalah Quran sebagai agenda utama dalam memulakan pencarian kehidupan. Al Quran jutawan kosmetik semula jadi. Penyejuk hati, teman sejati, penunjuk jalan., menerangi cahaya semasa didalam kubur nanti  dan menjadi penyelamat dihari akhirat.

Berkata Abdullah bin Mas'ud r.a. 

' Sesiapa yang menghendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Al Quran. Di dalamnya terdapat ilmu orang2 terdahulu dan yang kemudian '

Gedung ilmu yang tiada tolok bandingnya. Teguhkan jasad, tetapkan hati. Sucikan diri...bacalah Quran wahai anak2ku. Nabi tinggalkan dua cenderamata untuk umat tercinta. Hadis dan Al Quran buat umatnya agar tidak sesat.

Bacalah Quran, Solat wahai anak2ku, tunaikanlah zakat. 

Sebelum tua kita benar2 tua sampai dah kelabu mata baru teringat nak melagukan ayat2 cinta...bila sudah tiada selera untuk makan baru ingat nak lengkapkan puasa enam sejurus selepas raya pertama...tentulah tatkala itu keindahan cinta sudah tidak mencapai tahap maksima maksud cinta mulia, cinta itu suci dan abadi.


Antara tujuh naungan yang mendapat naungan pada hari yang tiada naungan adalah para2 remaja yang menggunakan sebaik munkin usia remaja sebelum usia emas menjelma.Rebutlah peluang ini wahai anak2ku sayang sedang ibumu hanya mampu berniaga dengan Allah bermodalkan nyawa.













No comments:

Post a Comment