Monday, February 20, 2012

Suara Kekasih

Hadis dari Abu Hurairah,
 
”Kekasihku memberiku tiga wasiat; puasa tiga hari pada setiap bulan, solat dhuha dan tidak tidur sebelum aku solat witir."


Istimewanya witir dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah itu witir dan Dia mencintai yang witir (yang berjumlah ganjil)”


"Ditanya Nabi s.a.w. tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit."


Untuk tidak melalaikan aku menamatkan solat malam dengan solat witir lalu ku rakamkan doa indah ini dengan menulis di laman Qaseh Bonda. Pesan ilmuwan, ikat ilmu dengan tulisan. Seharusnya aku meninggalkan kenangan. Menghayati baris2 doa yang dipanjatkan menambat sukma lantas tidak sanggup rasanya meninggalkan solat witir ini lagi biarpun disempurnakan hanya satu rakaat. Sisa hidup yang ada tak sampai sedepa,ingin rasanya berkongsi rahsia bahagia bila berkasih.

Dengarlah suara hati;


"Ya Allah aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu dari siksaanMu dan aku berlindung denganMu dari tidak mampu memujiMu sepertimana Engkau memuji diriMu sendiri"

Hamba bermohon dariMu lagi,

" Ya Allah, hamba memohon kepadaMU  iman yang kekal, hati yang khusyu',ilmu yang bermanfaat, keyakinan yang benar, amal yang soleh, lurus dalam agama, kebaikan yang berlimpah dan hamba memohon keampunan dan sihat walfiat dan mampu mensyukuri atas nikmat kesihatan dan kemewahan kami. Ya Allah, Ya Tuhanku, terimalah solat kami, puasa kami, rukuk kami, khusyu' kami dan pengabdian kami serta sempurnakanlah apa yang telah kami kerjakan. Ya Allah...wahai Tuhan Yang Maha Rahim...Selawat dan Salam keatas sebaik2 makhlukMu iaitu penghulu Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga dan para sahabat baginda dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam"


Bila sudah melekat dihati, doa ini bersenandung selalu. Mana munkin kita lupa pada saat manis berdendang dalam lagu, inikan pula mengamalkan amalan mudah lagi indah amalan yang dicintai olehMu.


Solat witir selalu wahai anak2ku walaupun hanya satu rakaat.Paling tidak menutupkan solat Isya'. Meskipun kecil nampak dimata hikmatnya terlalu besar pelengkap jiwa.



 

No comments:

Post a Comment