Tuesday, June 12, 2012

Aku menulis kerana cinta


Menziarahi jenazah semalam memberi impak sungguh bermakna. Dalam hidup, jangan banyak makan, jangan banyak cakap. Khususnya pada kaum wanita, jangan mendahului suami, jangan tunjuk pandai, jangan banyak bersolek.



Tidak dinafikan dunia sekarang wanita banyak kuasa. Sudah termaktub didalam hadis wanita di ibaratkan tulang rusuk lelaki. Nak tak nak kehadiran lelaki cukup berharga.  Tatkala kematian, para lelakilah yang dipertanggungjawabkan mengusung jenazah ke tanah perkuburan.



Sabda Rasulullah SAW: “Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu  sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya” – HR Abu Daud dan al-Hakim.



Usah di pertikaikan lagi peninggalan hadis dari Nabi yang dicintai. Soal lelaki bersalah atau pun tidak bukan kerja wanita untuk menghitung. Apa yang pasti segala kebaikan isteri, suami turut menerimanya manakala segala kejahatan suami,dia sendiri yang bertanggungjawab ke atas dirinya.



Kematian semalam, mendorong hamba untuk menulis jadikan sejarah. Ingatkan drama tanah kubur tak munkin berlaku, sekadar mengingati. Namun kematian semalam mengejutkan hatta mengesahkan bila Allah nak kita tahu Dia nampakkan apa yang Dia mahu kita tahu.



Jangan banyak berkata yang sia2. jangan suka perintah memerintah, Jangan banyak makan yang bukan2. 



Jangan disimpan si mati lama2.Jangan mengaibkan si mati maupun keluarga simati. Bila sudah berselimut putih, simati peduli apa. Melengahkan pengebumian seolah petunjuk pada perilaku simati dulu dan semalam. Apakah simati belum bersedia untuk kesana??



Kita serahkan jawapan pada Yang Maha Berkuasa, Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui. Apa yang penting jangan kita lewatkan, jangan di aibkan simati dengan kejahilan.



Menziarahi jenazah semalam, sayunya hati tiada alunan bacaan Al Quran. Teringat seketika diwaktu kematian ibu mertua., aku yang tak henti membaca dari malam sampai ke pagi. Tiba saatnya dimarahi oleh tukang mandi mayat.



Astagfirullah hal Azim...ampunkan hamba yang jahil ini. Segalanya terjawab apabila hamba menghadiri kursus mandi jenazah. Bacaan Al Quran hendaklah diberhentikan tatkala memandikan jenazah.



Menghadiri  jenazah semalam tiada bacaan Yasin. Menghadiri jenazah di kuala lumpur suatu ketika dulu hanya di pasangkan kaset mengaji. Persekitaran suasana menghadiri jenazah mengajar kita betapa segala kejadian dan segala kesilapan terletak pada ibu rumah itu sendiri.



Al fatihah pada yang sudah pergi meninggalkan kita buat selama2nya. Bagi kita yang masih ada sisa2 kehidupan, jangan ditinggalkan kita walau sekelip mata pun jua wahai Allah yang Maha Lembut dan perbaikilah urusan kami wahai Allah yang Maha Suci.










2 comments:

  1. Puan,
    hanya ini yg dapat saya kongsikan...

    Rasullullah SAW bersabda, " Apabila mati anak adam,maka akan terputuslah segala amalan nya, kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yg solih (yang sentiasa mendoakan nya )" Soal bacaan yasin,tahlil. bacaan alQuran...banyak yg khilaf tentang perkara ini... Yg harus diambil berat bagi kita adalah 3 perkara diatas... kerana betul lah bak kata puan,"Kita serahkan jawapan pada Yang Maha Berkuasa, Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui. Apa yang penting jangan kita lewatkan, jangan di aibkan simati dengan kejahilan." kerana ' Seorang islam yg hidup nya dipenuhi dengan amalan2 ahli neraka, selangkah lagi dia dengan neraka.. maka dengan takdir Allah dia mendapat hidayah dan dia beramal dengan amalan ahli syurga.. maka dia akan masuk Syurga..." begitu juga sebalik nya.. saya terbaca kisah sorang pembunuh yg membunuh 99 nyawa... dan kisah pelacur yg memberi minum air pada seekor anjing... kedua2 nya telah dijanjikan Syurga olih Allah SWT... wallahu'alam...

    ReplyDelete
  2. Bakawali,

    Terima kasih atas perkongsian. Persekitaran benar2 mengajar kita untuk merebut lima perkara sebelum tiba lima perkara.

    Dalam hidup yang tinggal hanya sisa ini. tiada lain yang kita dambakan melainkan redha Allah.

    ReplyDelete