Tuesday, May 21, 2013

Adam Adli- Hero Malaya

 


Masih ada lagi saki baki anak lelaki berani seperti Adam Adli. Sebak dada melihat kasih sayang rakyat jelata diperkarangan balai polis Jinjang membantah penahanan Adam Adli. Mudah-mudahan Allah campakkan hidayah kasih mesra pada IGP. Sebagai rakyat yang turut merasakan tempias semangat Adam Adli, hamba doakan Adam Adli diperkasakan jasad dan ruhnya dalam menempuh ujian ini. Begitu juga pada kedua ibu bapa Adam Adli. Sekalung tahniah hamba ucapkan kerana berjaya melahirkan anak berani bersuara kerana memperjuangkan hak orang muda yang tidak dipedulikan oleh orang-orang tua, orang-orang lama yang takut  pada gelombang perubahan.

No comments:

Post a Comment