Sunday, September 27, 2009

Ada kala

Adakala bosan, sepi menghantui...adakala duka nestapa,hiba menyesakkan dada...adakala aman damai tenteram rasanya jiwa.

Lain pula jadinya adakala si Awang cerita zaman dahulu kala.

Semua sang suami yang beristerikan isteri si Awang pasti mati di malam persandingan kecuali Awang yang ada kalanya.

Pelik melihat Awang yang masih bersendirian di luar, bapa mertua bertanya kenapa Awang masih belum tidur.

Jawap Awang...Ada kala.

Esoknya Awang memberikan jawapan yang sama...Ada kala.

Pastinya si Awang ada sebab tersendiri kenapa adakala nak tidur adakala tidak..

Masuk malam ketiga Awang masih lagi menjawab ada kala.

Terlintas di hati bapa mertuanya Awang yang bodoh2 cerdik ni, seperti ada sesuatu yang tersembunyi.

Menjenguk di kamar anak perempuannya ternyata seekor kala jengking yang bisa sedang menanti mangsa seterusnya...yang berani menikahi anaknya yang menjadi idaman semua jejaka..yang cantik rupawan..mangsa sumpahan oleh yang durjana.

Awang insan yang nampak bodoh..tapi hakikatnya insan yang jujur...yang turus mata dan baik hatinya akhirnya berjaya merungkai episod ada kala.

Saturday, August 22, 2009

Ramadan bertamu

Ramadan bertandang lagi...

Hiba menerima kunjungan Ramadan...Syukur banyak2 diberi kesempatan lagi...mudah2an sisa umur yang ada ini dapat di manfaatkan sebaik munkin.

Merenung pada segala kejadian yang berlaku di persekitaran hidup ini...terasa betapa kerdilnya kita manusia di sisiNYA.

' Ya Allah jadikanlah hamba ini hambaMu yang sabar,hambaMu yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan yang sentiasa memandang diri hamba terlalu kecil apabila di sisiMU...Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 hamba samada yang kecil maupun yang besar,yang lalu dan yang terkini,yang hamba lakukan secara terang maupun sulit,yang hamba sedari atau tidak hamba ketahuinya ya Allah '

Ameen

Tuesday, July 28, 2009

Airmata Qaseh

Kenapalah bila tiba Selasa.

Hati sebak selalu...sayunya mengimbau kenangan bersama bonda tercinta...rasa tak jemu2 memanjat doa..mengirim bingkisan Al Fatihah sebanyak munkin pada ayah bonda..tak pernahku lupa walau sehari...Selagi hayat dikandung badan doaku sentiasa mengiringi...berbahagialah ayah bondaku di sana.


aku pasti menyusul nanti.


Air mata Qaseh jatuh berderai...semakin jauh mereka meninggalkan aku semakin terasa dekatnya kehadiran mereka di hati ini.


Aku bahagia dalam kenangan.

Thursday, July 2, 2009

Selagi Hayat Masih Ada

Macam-macam ragam orang sakit. Ada yang nampak sihat tapi sememangnya dia benar-benar sakit. Wajah  redha pada ketentuan. Ada mengusung instrumen yang melekat di badan tapi still dia ke kantin menjamu selera seperti biasa bahkan siap tapau untuk kawan senasib dengannya.

Orang macam ni tentu tak takut mati bahkan bersemangat waja. Tidak mudah putus asa. Bersedia meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun jauh di sudut hati mereka siapa dapat meneka.

Ada juga yang seperti hidup segan mati tak mahu. Cakap pun nak tak nak. Lebih-lebih lagi dengan suami. Serba tak kena di buatnya sang suami. Mak disebelah langusng dia tak kisah. Maka si ibu pun termenung disebelah, berdiam diri. Nak bersuara pun takut. Almaklum si anak sedang sakit.

" Dua nikmat daripada nikmat2 Allah yang kebanyakan manusia tertipu padanya ialah nikmat sihat dan nikmat masa lapang "

-Hadis riwayat Bukhari-


Kenapa kita kena buat orang sekeliling jadi bimbang bila kita ditimpa sakit. Senangkanlah hati ibu dan suami bila sedang sakit. Apalah salahnya mengorbankan rasa sakit agar tidak merisaukan mereka. Pelik jadinya bila dia beredar sempat pula dia meninggalkan senyuman pada hamba sehingga menampakkan seluruh giginya.

Terdetik di hati..Aduhailah sayang...Memanglah senyum itu sedekah...bersedekahlah pada tempat yang lebih afdal....suami dan ibumu...bahagiakanlah mereka sementara hayat masih ada.

Penawar Qaseh

Bila berkunjung ke hospital..dapat kita rasa betapa nikmat jadi sihat.

Apapun ubat  paling mujarab adalah kasih sayang. Dengan kasih dan sayang semangat untuk hidup kembali kuat. Tanpa kasih sayang langkah  lemah longlai. Wajah suram bertambah lesu. Kenapa ada yang jadi sombong bila sakit.  Asbab pudar kasih sayang.  Ubat sendiri  tidak dapat nak menembusi kehebatan kasih sayang.

Tersentuh hati melihat seorang pesakit yang kurang upaya tapi tetap segar dan ceria menceritakan pengalamannya semasa berada dalam hospital...katanya,

'Doktor silih berganti, saya masih di sini..berulang alik dari Pahang ke HUKM...dari temujanji seminggu sekali...sekarang dah 6 bulan sekali...dulu lumpuh selama 5 tahun..sekarang sakit kulit pula...'

Di akhir pertemuan. Si ibu menemankan anaknya yang OKU itu menjelaskan,

Walaupun anak saya kerdil,  semangat macam orang besar.. Belajar sampai ke universiti. Sekarang dah bekerja. Nampak saja dia kecil, tapi dia anak yang kuat belajar.

Melihat ibu yang setia menemani, murni sungguh qaseh ibu.

Begitulah kasih sayang... terlalu indah untuk diterjemahkan.

Wednesday, July 1, 2009

Bila tiba Selasa

Hari ini hari Selasa. Setiap hari Selasa kenangan bersama bonda sentiasa menjelma. Walaupun sudah melalui lebih 4 tahun, seperti semalam segalanya berlaku.


Dia ibu sejati...akal sihat sempurna...putih berseri hingga ke penghujung usia.


Bondaku kembali ketika usia ranum..83 tahun..sedang sihat orang tua2...cumanya, dah sampai masa kau pergi jua...

Bila tiba Selasa.

Tuesday, June 30, 2009

IBU MITHALI

Tak lari dari topic entry semalam.

Ibu mithali....Ibu sejati...Tonggak pada keluarga bahagia...Kaulah pendidik pembimbing pengasuh.

Alhamdulillah aku di pertemukan Allah dengan seorang wanita solehah.

Di ruang menunggu HUKM, seorang wanita berpurdah mundar mandir ke hulu kehilir sambil menolak kerusi roda, mungkin suaminya bergegas menuju surau..

Lama selepas itu, dia singgah duduk disebelahku. Berehat sebentar setelah penat menghantar bapanya pula ke surau.

Dia menyapa ramah mesra. Sempat juga menceritakan perihal anak-anak. Pandangan matanya tajam, menyelinap masuk ke sanubari biarpun renungan hanya disebalik purdah hitam..

Benarlah kata orang, kecantikan seorang wanita, bukanlah dari pakaian yang di kenakannya atau susuk badan yang ditampilkan.

Kecantikan wanita harus dilihat dari matanya kerana disitulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.

Terpegun melihat matanya yang bersinar-sinar lalu kelu untuk berbalas kata hanya mengangguk kepala sehinggakan tak sempat bertanyakan nama. Tidak sempat pula bertanyakan tentang anak-nak yang lain kerana dia sedang mengejar masa.

Apa yang sempat dia beritahu, anak-anaknya sembilan orang..SUBHANALLAH !!( Sesungguhnya wanita yang ramai anak di kasihi ALLAH ) anak-anaknya bebas membuat pilihan. Sebagai ibu saya sudah buat yang terbaik dan saya juga mahu  anak-anak  buat yang terbaik dalam memilih kerjaya asalkan semuanya dengan niat to serve mankind. ( Power giler ayat yang di lontarkan )

Anak sulung seorang Hafiz.,yang ke 2 engineer.,yang ke 3 Hafizah.,yang ke 4 Dr. Gigi yang ke 5 seorang peguam. Akhir kalam dia mengingatkan anak-anak kecil bersih seputihnya. Tanggungjawab kita nak colourkan mereka. Kita yang bertanggungjawab mewarnakan.

Terpesona hamba pada kata-kata dari siapa gerangan yang dihadirkan Tuhan didepan mata walaupun hanya sepintas kenangan.

Berbahagialah ibu yang mengandungkan anak-anak itu.

Mesej dari ilham semalam.

Maha Suci Tuhan menemukan aku dengan IBU MITHALI.

" Perempuan( Ibu ) adalah madrasah pertama yang membentuk dan memformatkan model generasi, bagaimana cara pengarahan yang diterima seorang anak itulah yang menentukan perjalanan bangsa dan umat "

- Imam Hassan Al Bana.