Monday, November 30, 2009

Anugerah dari kegagalan

' Ku pelajari.. mengenali diri..dan siapa kita yang sebenarnya dibumi Tuhan...'

Ruh bagaikan tentera berpakaian seragam..mana2 yang serupa akan berqaseh sayang.

Seperti ada sentuhan rasa pada kehadiran..tanpa rasa kehilangan.

Saling percaya


Tidak menduakan cinta


Saling pasrah


Pada ketentuan


Cinta kepunyaan Tuhan

Sunday, November 29, 2009

Jangan Marah

Pekerti bermula dari rumah . Nak ajar anak2 jadi baik, mak bapak kena belajar jadi pemaaf.

Nabi ditanya dari depan, dari kanan dan dari kiri.

Apakah agama itu?

Jawab Baginda...akhlak luhur.

Datang lagi pertanyaan yang sama dari belakang.

Nabi bersabda " belum jugakah engkau mengerti, Beragama itu adalah engkau jangan pemarah".

Wednesday, November 25, 2009

Kerabu Ikan Bilis

Bahan2nya:

2 genggam ikan bilis, bawang merah dan bawang putih 3 atau 4 ulas, cili api ikut rasa dan limau nipis.

Goreng semua bahan dalam minyak yang sedikit...gorengnya sekejap saja..biar layu bahan2.

Tumbuk kasar dan perahkan limau nipis kedalam bahan.

Siap untuk hidangan...nampak memang tak cantik tapi cukup menyelerakan...tambah2 waktu kurang selera makan. Cukup sesuai waktu bersahur. Pembuka selera.

Ada udang disebalik batu

Cari hikmah di setiap kejadian.

Tuhan nak bagi kebaikan, Dia uji kita dengan musibah.

Kadang2 kita berdepan dengan manusia yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kembalikan kesakitan itu pada diri sendiri...adakah aku selalu menyakiti orang...jika tidak percayalah kehadirannya adalah untuk menambah kesabaran dan memantapkan amalan kerohanian...jika tidak kita takkan boleh sedar sejauhmana kekebalan yang kita ada.

Bila kita kalah syaitan mula berseloka dan bersenda.

Tidaklah hebat sangat manusia ini.

Pokok bongok

Mak kata pokok bongok ni dulu orang kampung zaman dulu2 nak buat tiang jamban pun orang tak nak.

Sedangkan sekarang ni pokok tu makin berleluasa di tanam oleh pihak majlis bandaran menjadi hiasan di taman2 perumahan.

Idea siapa agaknya yang memilih pokok ini jadi hiasan taman2 perumahan.

Macam tu jugalah bila kita memilih adalah mereka dikalangan yang tiada ilmu untuk jadi pemimpin, lihat apa jadi pada pergolakan manusia seperti pokok bongor yang sedang bermaharajalela.

Sunday, November 22, 2009

Ahmad Muhammad

Satu cantuman nama yang indah diberikan pada pasangan kembar siam dibumi tanah melayu ini...kembar itu telah mendapat ehsan dari raja Arab untuk membiayai kos memisahkan cantuman jasad dan ruh Ahmad dan Muhammad.

Sungguh indah dan kuatnya nama Ahmad Muhammad sehingga mampu meraih Qaseh baginda raja Arab Saudi.

Bukankah nama itu nama nabi kita yang satunya panggilan dilangit dan satu lagi panggilan dibumi.

Qaseh bonda mendoakan kesejahteraan anak2 itu...semoga membesar menjadi insan yang baik.. berilmu dan beramal soleh.

Ameen.

Tuesday, November 17, 2009

Madu di tangan kananmu...racun ditangan kirimu...

Memang susah nak kenal manusia...cukuplah kita mengenali siapa kita dan insan yang kita cintai sepenuh hati saban hari.

Kasih sayang jadi penawar bagi hati.

Manusia hari ini sibuk mencari madu untuk dijadikan penawar bagi penyakit yang menimpa...mampukah mereka mendapatkan yang asli...semuanya penuh dengan madu tiruan yang boleh dibeli disana sini.

Madu penuh khasiat...pada masa yang sama renungkanlah hadis nabi yang ada juga menyatakan celaka lah rumah yang tidak menyimpan cuka.

Cuka merosakkan madu...ada apa dalam cuka?

Nabi pesan rumah kena simpan cuka...celaka rumah yang tidak menyimpan cuka dan nabi paling suka sambal cuka.

Ada rahsia dalam cuka.

Ada nikmat kalau rasa pada sambal cuka..pembuka dan penutup selera hawa dan nafsu.

Dulu lain sekarang lain...

Orang dulu hormat dan segan pada bos.

Bos yang baik dihormati disanjungi dan disayangi...kebaikan bos dinilai oleh orang2 bawahannya...bos turun badang sarung jersi yang sama..basah lencun penuh selut...pun begitu bos sedia mengharungi bersama tanda brotherhood bos begitu tinggi...bos sedia dobi jersi2 dengan duit kocek bos sendiri...tak siapa tahu namun bos begitu memang sukar ditemui...orang ikhlas memang buat kerja tak minta dibalas...dia peduli apa orang pandang ke tak pandang...apa yang penting hati dia bahagia dengan cara dia.

Orang sekarang dah naik tocang bila bos baik...sakit telinga bila dengar budak2 sekarang panggil bos dengan panggilan boss...satu sikap paling kurang ajar yang pernah aku temui sekarang ini...bukan satu bahkan sana sini aku dengar budak2 panggil bos di pejabat...lalu tak munkin bos dapat menegur mereka sebab awal2 dikejutkan dengan panggilan itu.

Bos terlalu baik pun payah...lagi ramai yang curi tulang...lebih sedih lagi bila bos gigih siang dan malam..memerah otak hingga ke senja...sayangnya bos tak mampu nak membendung satu sikap buruk anak2 buah.

Sana sini orang gomen rasuah...nak masuk mrsm pun ada ejen pintu belakang...kena bayar sekian2...orang miskin memang tak mampu...bila mrsm penuh dengan anak orang kaya yang tak berilmu jadi ruang medan bertempur...bila kena buang pi kawtim ngan menteri.

Nak pinjam tekun pun pakai ejen sana sini..tak ada cop UMNO reject awal2 lagi...banyaklah ulat2 parti cari makan atas angin...temuduga lagi cerita aneh..ada panel yang sanggup tanya berapa boleh bagi....bos lulus syor 1...anak2 buah bos tambah lagi kosong...jadi sepuluh....tu belum lagi nak beli tiket bas xpres anak orang susah nak balik kampung...ulat2 pejabat dan ular2 air sana sini.

Hakikatnya semua ini terjadi bukan salah boss...semua tu dah jadi darah daging mereka zaman berzaman.

Terbaru cerita U48 pun merasuah budak2 U41, diarah sain kelulusan yang macam2...hari ni munkin tak ambil tapi bila sesak...lalu berakar umbi rasuah disana sini.

Semua seperti ketam mengajar anak berjalan betul.

yang memberi dah memang setan yang menerima di peringkat awal itulah iblis lalu dibiak2kan anak2 iblis...penuh sesak dipejabat kerajaan.

Hanya doa2 dari orang lama baik bos atau tidak yang dapat membantu supaya anak2 cucu kita kembali ke pangkal jalan...memang kita tak boleh nak ubah mereka cukuplah kita mendoakan kesejahteraan orang2 gomen diluar sana.

Sesungguhnya orang ikhlas berdukacita soal2 dunia tidak lama...hidup kembali ceria seperti menambah gula pada senyuman tapi tidak pada makan minum.

Pucuk pangkal hidup

Pucuk pangkal iman adalah ilmu

Pucuk pangkal ilmu adalah amal

Pucuk pangkal amal adalah ikhlas

Pucuk pangkal wang ringgit adalah melalui 3 jalan:

Jalan Haram

Jalan halal pada pangkalnya sayangnya haram di hujung jalannya.

Jalan yang tidak disangka2...rezeki halal dari Allah dari pangkal hingga ke pucuknya sepertimana dijelaskan melalui ayat seribu dinar.

Ilmu orang Cina

' Tuhan tidak akan menolong hambanya selagi hambanya tidak menolong saudara2nya yang lain.'

Itulah resipi orang Cina...yang dijaja turun temurun...berkurun orang cina membawa tradisi lama ini membuatkan mereka teguh ekonomi...mantap skil warisan zaman berzaman hasil resipi peninggalan nenek moyang...baik seni apa pun Cina serba menguasai sebab orang cina tak pernah lupa asal usul.

Berniaga adalah satu bidang ilmu yang jadi kepakaran orang cina.

sikit2 lama2 jadi bukit.

Jangan bagi ikan besar tapi bagikan kailnya saja.

Genggam bara api biar sampai jadi emas.

itu antara pegangan orang cina yang sukar di tandingi oleh orang melayu

Nabi juga berpesan tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina dan 9/10 sumber rezeki itu adalah dengan berniaga.

Dekatilah orang Cina bagi menguatkan tali persaudaraan...mereka juga umat Muhammad...andai sampai hidayah Allah mereka lebih mulia dari orang melayu yang dah lama Islam.

Saturday, November 14, 2009

Kepala Ilmu Orang Melayu

Aku suka bangat bercerita pasal nama. Aku yakin benar pada nama dan kekuatan yang ada dalam nama.

Melihat nama orang Indonesia beralun2 dan adakalanya melambangkan bunga dan mentafsirkan alam sampai jadi haru biru nak menyebutnya.

Berbanding dengan bangsa melayu yang ada kelebihan dalam menamakan anak. Bangsa melayu cukup sinonim dalam menamakan anak mengikut Sirah. Mengikut sejarah para ambiyak. Sayang semakin hari semakin pupus nama-nama hebat.

Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama.
Nama hebat seperti nama para para sahabat baginda Rasullullah hanya tinggal menjadi ukiran nama masjid seperti masjid seperti masjid saiyidana Abu Bakar, Osman, Omar dan Ali.

Betapa orang-orang dulu menamakan anak Isa, Musa, Daud, Sulaiman, Yunus, Zakaria dan ramai lagi mengikut nama 25 nabi terbukti meninggalkan kesan pada penama.

Dinamakan anak seperti, Siti Khadijah, Aishah, Fatimah, Zainab, Siti Hajar dan ramai lagi nama-nama indah peninggalan zaman baginda penghulu segala nabi.

Kembalikanlah nama Ali, Omar, Fatimah, Khadijah dan seumpamanya bagi mengangkat semula darjat orang melayu dengan mengambil berkat nama-nama pejuang sejarah Islam. Lambang kekuatan bagi mengalahkan tentera iblis dan syaitan sekuat nama seperti nama Umar r.a.

Anak-anak zaman siber  sedang berperang..bukan dengan musuh yang nyata tapi kekal berada dalam diri manusia. Meyusuri pembuluh darah.Bertopengkan badan dan nyawa. tidak nampak dimata bertakhta dihati.

Bila nama Umar di sebut pasti menggerunkan bagi yang mengenali siapakah itu Umar.

Bertanya pada hati, apakah nama kita, atau bapa kita atau nama datuk dan nenek kita ada terdapat dalam sirah junjungan.

Jika ada, benar sungguh mereka orang terdahulu antara orang  mengaji.

Jangan ditunggu lagi wahai anak cucuku sayang. Kembalikanlah nama hebat pada yang hak.

Thursday, November 12, 2009

Apa ada pada nama.

Siti Sari satu lagi nama indah untuk diceritakan.

Terpaut pada nama laluku tanyakan asal usulnya pada tuan empunya diri...

Dia pun seronok menceritakan:

' Aku yang bawah2 ni kira okla jugak dapat nama ni..tapi kesian kat abang aku yang sorang tu...Bapa aku namanya Saad,mak aku pulak nama Jam...abang aku pulak nama menet...kami gelak riuh rendah..engkau orang jangan gelak...aku serius ni...tu sebab kalau kau tanya bab jam dengan saat di tambah pulak ngan menet aku rasa nak marah...kami gelak lagi..bapak aku suka sangat dengan cerita dulu2... nama cerita tu Sam N Delila.. dia menamakan anak2nya macam tu jugak...kesiannya kat abangku yang nama N... nama dia seperti tergantung2 satu huruf saja...abang aku ni kira pandailah juga jadi dia minta kerja dah banyak tapi satu pun tak lekat...kecewa hampanya dia...last2 dia dapat tahu sebab orang ingat dia isi nama tak lengkap sebab di borang hanya N bin Saad...akhirnya dia ke pendaftaran jadikan N @___. Begitulah cerita Siti Sari perihal bapanya yang unik itu...kami yang bawah2 ni ada macam2 siti..katanya abangnya yang nama menet tu pun unik juga...biarlah keunikan itu habis disini saja sebab yang aku kenal hanya Siti Sari '

Siti Sari indah pada nama...sayangnya kini dia memili hidup bermadu.  Tergamak meninggalkan anak2 demi mengejar cintanya pada si Awang padahal hakikat cinta bukan penyatuan dua badan atau dua nama. Cinta berpadu bukan pada jasad tapi penyatuan pada jiwa, Paduannya cinta dek kerana mesra. Berhati tulus dan murni berpadu kekal hingga mati. Paduan dua jiwa dalam satu hati.

Ada yang lebih unik bila  mencantumkan nama anak2 dengan isteri atau suami, sehingga tak membawa makna apa2 bahkan menyusahkan anak2 bila nak periksa. Orang dah boleh mula jawab soalan pertama anak itu masih belum habis mengisikan ruang nama.


Ada yang diberi nama lain di sebut pun lain jadinya.

Tuesday, November 10, 2009

An-Nisa dan Maryam..

Setelah kedatangan Islam Rasulullah menyeru supaya anak2 perempuan juga diberi kasih sayang sama rata dengan anak lelaki...kaum wanita dimuliakan darjat dengan ehsan nabi...sejak dari jahiliah lagi tak kira apa pegangan pun wanita dijadikan objek..bukannya subjek yang boleh dianalisa tentang pembikinannya...seperti cerdik pandai mempelajari matematik...satu2nya subjek yang tak pernah menipu...dan tak mudah di tipu...berbeza dengan sains dan alam sehingga membuat manusia sesetengahnya lupa siapa pencipta alam dan manusia itu sendiri...

Islam agama pembela wanita...seharusnya wanita kena lebih tunduk pada kejadiannya betapa dimuliakan kedudukannya yang istimewa...pun begitu wanita yang cepat terpedaya dek pujuk rayu bisikan iblis durjana sedang ciptaan wanita tetap terikat dengan batas2 tertentu dalam menilai diri untuk menandingi lelaki...

Dari sudut kejadian juga jelas wanita diciptakan melalui tulang rusuk Adam...itu adalah fakta..yang autanya bila wanita merasakan mereka boleh berjaya dan kehadapan tanpa lelaki..tak perlu pada suami apatah lagi rugi tidak berangan2 nak jadi ibu...berangan dan berimaginasi mampu mengubah status wanita...

Dalam Al Quran sendiri terdapat surah khusus mengenai wanita iaitu surah An-Nisa' dan surah Maryam. Beruntung kiranya mereka2 yang memiliki nama Anisa dan Mariam dan nama sejarah dalam sirah Rasulullah...kadang2 tanpa kita sedari nama sebenarnya memberikan kekuatan yang luar biasa bila yang selainnya tidak dapat kita sandarkan dalam kehidupan...umpama harta atau kekayaan...nama juga menyimpan khazanah yang tersembunyi...kuncinya ada pada siapa yang mahu mencari dan mahu mengerti apa ada pada nama
Kehebatan orang cina kerana memiliki ilmu turun temurun yang kuat dan jitu yang mana nabi pun ada meninggalkan pesan tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina...berbahagialah wahai Cina2 Islam yang sama sekali tidak akan membiarkan nama keturunannya dibuang dalam ic bila hidayah Allah sampai kepadanya...benua cina benua tertua...apa ada pada tanah melayu yang hanya sekangkang kera...nak kita pertahankan ketuanan melayu...sedar tak sedar mana kita tahu darah cina atau darah india yang mengalir pada kita terlebih dulu...

Bercerita tentang nama...ada kisah si polan orang dulu2 yang unik sekali menamakan anak2 perempuannya pada gambaran peminat kumbang...

Dinamakan anak2nya...Kuntum, Bunga, Melur Di awan....
Banyak sejarah tentang wanita2 ini...cukuplah diceritakan salah seorang anak kuntum bunga melur di awan ini telah di jatuhkan hukuman bunuh kerana membunuh se ekor kumbang yang labakan harta.Mangsa yang dibunuh adalah seorang ADUN.

Yang mana satu ibunya si pembunuh...apapun namanya mereka adalah dari darah yang sama, hasil dari nama yang dijaja...

Al Fatihah khusus pada ibu bapa yang unik itu dan Al Fatihah juga pada seluruh ahli keluarganya yang pergi dulu meninggalkan kita...pada anak yang di tinggalkan usah bersedih pada kehidupan...ibumu telah menerima hukuman didunia...dan pada ahli keluarganya kena belajar dari kesilapan perjuangan...betapa datuk dan nenek mu dulu2 ada mesej untuk disampaikan pada ibu2 dan bapa2 di luar sana dalam nak mencari nama anak2 mengikut kesesuaian zaman...begitu istimewanya orang dulu2 dalam meraih iktibar...ilmu yang ditinggalkan...amalan yang nak disampaikan tak perlu berguru pada nama2 besar yang lahir di zaman kita yang senantiasa bertelingkah pasal pasal fatwa...sedang fatwa menamakan anak hanya di sampaikan melalui buku2...

ada anak2 yang namanya di akhiri nar...bila di sebut berkali2...si ibu seakan memanggil..neraka! neraka! neraka!Ada yang di akhiri dengan mencarut...tak henti2lah si ibu mencarut pada si anak..
ada yang dah sedap menamakan anak Jannah..jannah...makna syurga...tapi di pendekkan jadi jan!.jan!..jan!.jadilah lagu jan jan jala jala itik jala ayam...makin membiaklah jin2 bila nama rajanya di panggil keluar dari mulut ibu2...

Namakan lah yang MUDAH dan INDAH maksudnya...semakin mudah disebut apatah lagi ibu yang sejati semakin hari semakin kuat mental dan emosi antara anak dan ibu...sebab manusia tak nampak jin tapi jin memang pakar dalam mengelirukan dan mencelarukan kita yang nama manusia... jin2 memang serba serbi boleh dalam merencanakan kehidupan manusia supaya terpesong pada kejadian tapi tidak pada nama yang sudah muktamad untuk d bawa ke liang lahad..

Sesungguhnya semua kejadian di sekeliling membuat kita akur memang sebenarnya ada yang tersirat pada nama kita.NAMA manusia...

Monday, November 9, 2009

Alqamah...ramai giler

Ada sejarah pada cerita Tuan DO... semasa muda merampas isteri orang, jauh dibawa lari tanpa restu ayahbonda...hiduplah Tuan DO dalam serba tak kena.

Semua mengajar kita perkahwinan ikatan suci perlu dipadukan dengan sokongan orang tua...sedalam mana pun kapalmu tenggelam pasti akan ada pertolongan Tuhan berkat redha ibu bapa.

Orang tua2 pun berpesan...jangan buang tunggul...kawinlah semau mu asal mampu dan adil...usah dibuang tunggul lama...kelak tak jumpa bahagia...biarpun gembira nampaknya dimata, hati tertanya2 bila kan ketemu CINTA.

Nenek2 zaman dulu kala pernah berpesan...jangan sekali2 bagi perempuan2 itu bekerja...biar jadi suri rumah sahaja...orang perempuan ni katanya bukan boleh bagi cerdik sangat...bila dah celek mata???

Mereka rasa dunia dah milik mereka sedang kaum Adam ni sekadar nak beri benih.
Benar juga telahan orang tua2 dahulu kala.

Memang benar pun...bila wanita punya kuasa, lihat sahaja apa yang terjadi pada pengetua kita.

Wanita memang hebat serba serbi...malah kerja2 yang orang lelaki buat...wanita lebih baik lagi bila diberi tanggungjawab...kadang2 mereka lupa pada tanggungjawab semula jadi...
Pendek kata memang tip top komitmen orang perempuan....sayangnya dek kerana diselimuti sifat Hawa jadilah kaum2 hawa semakin liar hawa nafsunya...tak dapat dibendung lagi bila wanita ingin menguasai serba serbi.

Biar zaman serba canggih...ibu tetap ibu dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibu....cukuplah kita ibarat permaisuri...bila raja pun wanita nak jadi lalu lahirlah generasi2 tidak bertamaddun hasil kealpaan ibu2 moden...yang sudah tidak punya masa berpantun seloka bersama anak2 yang lahir kononya hasil CINTA.

Serah saja pada PERMATA yang menjadi ejen iblis untuk melahirkan anak2 kecil yang dapat meneroka kepintaran yang luar biasa...
Sedang roh mereka belum bersedia menerima ajaran sesat yang dimainkan secara perang saraf...sebelum nak hantar anak2 bagi cerdik...ibu2 kena renung kembali apa yang mak2 kita dah bagi sehingga kita berjaya hari ini...adakah cukup cerdik kita dalam mengimbangi ilmu duniawi dan ukhrawi.

Bila anak2 mula menagih kasih pada dadah dan segala macam budaya yang tidak terkawal ini...ibu2 kena meraih kasih anak2 dengan kembali mula mengaji...mengaji Quran pun kalau tak tahu dan tak lancar...masih sempat belajar untuk membuktikan pada anak2 yang ibunya bersedia untuk belajar semula apa yang ditinggalkan sekian lama.

' Katakanlah Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar'
( Surah Al Fussilat : 44 )

Usah dipersoalkan kerja2 bapa...masing2 ada bahagiannya untuk ditanya...masing2 memikul amanah yang akan dijawab bila jumpa Tuhan nanti.

Sebelum ramai dan ramai lagi yang jadi mangsa seperti adik Sarah...bapa2 pun kena berani menegur para isteri...hak mu paling utama adalah ibumu jadi kenapa mesti takut pada isteri???
Jangan jadikan dirimu seperti Alqamah...

' Orang yang menunjuk kebaikan pada kita adalah sahabat yang baik dan orang yang menunjukkan kesalahan pada kita adalah sahabat paling baik'

Sunday, November 8, 2009

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Bukan susah sangat  hendak menyebutnya berulang kali. Biar kalimat Ya Allah tetap melekat di hati. Kita ingat DIA masa susah. DIA mengingatkan kita waktu kita senang. Kita ingat padaNYA waktu sendirian. DIA ingat kita di khalayak ramai. Kita ingat padaNYA di khalayak ramai, DIA ingat pada kita dikhalayak yang lebih baik. Begitu tinggi nilai rahmat Allah dan kasihNYA pada hamba yang sentiasa mengingatinya.

Ya Allah !! Antara zikir utama hari Jumaat, peninggalan Imam Ghazali untuk dihayati anak cucu zaman berzaman.

Hari Jumaat penghulu segala hari, basahkan lidah dengan menyebut Ya Allah ! Ya Allah ! Ya Allah. 
MUDAH dan INDAH. Tidak kira masa dan ketika berzikirlah Ya Allah !! Nyanyikan lagu dengan kalimah Ya Allah. Sambil memasak, semasa bekerja tidak kira dimana, pasti hari-hari yang dilalui rasa bermakna bila Allah ada bersama.

Hari Sabtu dan hari seterusnya ada zikir khusus yang di sediakan. Asalkan mudah semua boleh berzikir mengikut cita rasa.

Bila jasad penat bekerja. Ruh tetap bersantap Meniupkan kekuatan luar biasa, tidak mungkin ditembusi iblis durjana. Kita susah nak mengubah manusia. Cukuplah kita sendiri yang berubah ke arah lebih baik sambil istiqamah berdoa. Menegur dari dalam hati adalah selemah-lemah iman. Namun yang pasti  kita boleh mengubah diri sendiri lebih perkasa, lebih berani.

Solat adalah tiang. Zikir itu dinding yang menutupi segala ruang. Tidak takut dan tidak gentar. Tidak mudah di aniaya atau dipersenda bila kita kuat. Kita bukan saja di segani oleh manusia malah jin-jin yang hadir di persekitaran juga gerun pada manusia berzikir. Iblis dan Syaitan juga akur pada fitrah manusia beramal dengan ikhlas.

Berzikir dalam hati tiada siapa yang perlu tahu. Hanya Allah saja tahu. Allah jadi saksi apa yang ada didalam hati manusia. Sambil bercerita, sambil bekerja, sambil menjamu selera waima sambil baring sekalipun tiada siapa yang dapat meneka zikir apa yang sedang bertakhta kecuali Allah Yang Maha Kaya Tali ikatan kuat tanda pergantungan hanya diantara aku dan DIA.

Susah sangat ke nak menyebutnya, Ya Allah!Ya Allah!Ya Allah!

' Hai orang2 yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta kekayaan dan anak pinakmu dari mengingati AKU...barangsiapa berbuat demikian maka tergolonglah mereka dikalangan orang2 yang rugi.'

( Surah Al Munafiqun: 9)

Bila sudah terpatri zikir dihati akan berzikir lagi dan lagi tidak mengenal hari. Tidak kenal masa, DIA sedia bersama.  SubhanAllah!! Nikmat paling indah bila zikir sudah sebati dalam diri.

Saturday, November 7, 2009

Subsidi dari Tuhan...

Sana sini dok sembang subsidi...ada yang kata bahasa ni untuk orang miskin saja...alih2 orang kaya yang buat tapisan dulu sebelum ujudnya subsidi.

Yang dah tua2 tu...kena ingat juga subsidi langsung yang kita dapat dari Tuhan...subsidi umur, modalnya nyawa.

Panjang umur itu adalah himpunan pengalaman, mengumpul pengetahuan dan menghimpun peristiwa...setiap kali hari melalui anda pasti akan mendapat pelajaran tentang seni kehidupan.

Semasa masih diberi kesempatan....adalagi sisa2 hidup yang tinggal...renunglah kembali apa yang akan kita pertahankan...maut sudah diambang sedang kita sibuk berjuang pada jalan yang kita sendiri tak pasti.

Bertafakur sejenak tentang kebesaran Tuhan, menginsafi akan kejadian lebih indah dari bersembahyang sunat beribu2 rakaat...memang benar akal memisahkan kita antara haiwan...tak tercapai dek akal pula tentang kewujudan tumbuhan di rimba belantara...mengapa akar semalu yang sesungguhnya terlalu kecil mampu pula mencengkam bumi dengan erat sekali...kenapa nau dalam belukar suka melepaskan pucuknya masing2...apa ada pada madu sehingga makhluk bernama lebah saja yang bijak menawannya ... bagaimana dedalu memusnahkan pokok dan segalanya terlalu sukar untuk ditafsirkan... cukuplah sekadar kita menghayati baki umur yang ada.

Sungguh indah kejadian Tuhan kalau kita mahu belajar dari kesilapan dan perhitungan.

Kenalilah diri sebelum kita menyelami kisah2 orang...sayangilah diri sendiri sebelum kita kenal siapa yang benar2 Menyayangi.

Allah sayangkan hambaNYA...Dia bagi peluang kita melewati batasan umur bukan kerana kita hebat sangat cuma DIA menutub keaiban kita...Dia nak kita benar2 mengenaliNYA sebelum dipanggil pulang sebab DIA Maha Pengampun.

Sebelum kita dibawa mengadap, buah tangan apa yang kita bawa...tanda cintakan nabi itu bagaimana? Tanda Syukur pula macamana kita terjemahkan semasa didunia..
Bukti kita takutkan Allah pula macamana?

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...marilah kita berpesan2 kearah kebaikan sementara hayat masih ada.

Tanya sama umur...bila aku mati...nanti jawab umur tanyalah akal...akal pun kata dia tak pasti...cubalah tanya pada mata...lalu mata merenung pada unsur2 ketuaan...berbisik mata pada hati.

Sudah bersatu padu rupanya pandangan kita...pandangan matahati.

"......Kami bukakan tabir yang menutupi engkau sebab itu pandangan engkau hari ini amat tajam.

( Surah Qaf:22)

Thursday, November 5, 2009

Poker face...

Bak kata P.Ramlee, kalau hidup tak bergurau senda,hilang nikmat cinta.

Benar tu...petua paling berharga dalam memupuk kasih sayang sejati...dapat juga mengubat sepi...sesungguhnya rugi kalau ibu tak pandai bergurau...hidup anak2 pastinya sunyi.

Nak membahagiakan suami hanyalah dengan gurau senda...sex pun adakalanya tidak mampu menandingi kehebatan gurauan...kadang2 kita tak sedar lelaki yang suka bergurau tu lah yang banyak masalah...bukan kerana dia bahagia...cuma menyembunyikan sedalam2nya...dia buat2 jadi poker face.

Mengapa tidak para ibu belajar skil bergurau...sekurang2nya dia membahagiakan dirinya sendiri sebelum dia mengajar orang lain jalan bahagia.

Bergurau pun ada etikanya...jangan menyindir dalam gurauan...itu tanda bergurau yang tak ikhlas...lebih indah bila anak melabelkan maknya seorang yang rajin penyayang dan kelakar...aduhai anakku sayang...lengkap sungguh pakej seorang ibu...hanya Allah yang tahu betapa maknya bermain sandiwara demi mengukuhkan sebuah rumahtangga.

Ilmu itu adalah anugerah...bukan harta jadi ukuran.

Bahagia tak perlu dicari...boleh dipupuk dalam diri sendiri...lalu terciptalah pelangi nan indah.

Sabda Nabi S.A.W.

' Sesungguhnya Allah, bila Dia mengasihi keluarga didalam rumahtangga itu, Dia masukkan kepada mereka sifat ramah tamah '

Wednesday, November 4, 2009

Kena mengaji dulu...

Kita kena mengaji dulu baru menuntut...bila menuntut dulu tu yang payah...kita rasa kita tahu semua dah...tak nak mengalah...kita rasa kita terhebat padahal ilmuyang ada panjangnya hanya sejengkal...setan memang tak takut dah pada orang yang menuntut dulu...maklumlah geng yang sama...tok sah dok ganggu dah...limpahan nikmat dikatakan rahmat.

kata peribahasa kalau kail panjang sejengkal.

Bila mengaji dulu...banyak yang kita temui...setan cukup suka pada orang yang mengaji dulu...maklumlah konon2nya orang yang mengaji dulu selalu alpa...mudah digoda dan terpedaya...akan kecewa..mula2 dia hantar prebet...pastu dia hantar kopral...sampailah akhirnya dia hantar generalnya pula...orang mengaji ni dah patah pun dia tumbuh lagi...akhirnya baru dia tuntut balik apa yang dia dah mengaji...mengaji sambil menuntut...akhirnya general setan akur pada kehendak Tuhan.

Bukankah iblis sudah berjanji akan menyesatkan anak cucu Adam kecuali hamba Allah yang IKHLAS.

Begitulah putaran kita manusia...sebelum nak celekkan anak2 dengan IT dan apa2 modul yang ada...mak bapak kena celek dulu tentang agama.

Children learn what they see.

Tuesday, November 3, 2009

Nilai Cinta

Hari ini hari yang cukup bermakna dalam episod Qaseh Bonda, tambahan pula jatuhnya pada hari Selasa. Hari Nostalgia. Hari Selasa hari bondaku diangkat pulang. Tinggal hamba berdukacita pada panggilan tiba-tiba. Demi Tuhan semangat bonda masih membara didada. Bonda sudah melekat dihati. Kekuatanmu sukar dicari ganti. Qaseh ayahbonda, sesungguhnya  wali keramat yang tidak pernah mati. Selagi ada keturunan selagi itu bakti kekal sampai bulan bertemu matahari.

Ya Tuhanku, jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitu jua anak2 cucuku.
Ya Tuhan kami..Engkau perkenankanlah doaku.
( Surah Ibrahim ayat 40 )

Bonda mengajarku erti ketabahan. Hakikat mengenal Tuhan bila tahan dengan ujian. Menilai makna qaseh sayang dan erti persaudaraan.

Masih segar dalam ingatan ketika hamba mula belajar menulis dari hati,

' Adakalanya ketidakserasian itu membosankan,lebih2 lagi bila jiwanya tidak sama,kehendaknya juga berbeza lalu perjalanan kehidupan menjadi semakin hambar. Semua itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab kerana matlamat perkahwinan bukanlah untuk memuaskan hati sendiri semata-mata. Banyak lagi hati-hati yang perlu dijaga dan dibaja. Andai si ibu juga mencari jalan keluar dengan cara mudah tentunya akan melebihkan bilangan anak2 yang tidak tahu jalan pulang. Di teruskan hidup ini dengan penuh kesabaran dengan harapan pasti ada kemanisan di penghujungnya nanti.
Dari situ saya belajar dari seorang sifu yang meletakkan kepentingan anak-anak dihadapannya dan sanggup mengorbankan hati dan perasaan kerana kasihnya pada anak-anak. Dari dia juga saya belajar mengenal erti cinta kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. Cinta juga bukan membinasakan hidup tapi sentiasa subur menghiasi dan menemani kita dalam meniti kehidupan. Sungguhpun kehidupan yang dilalui itu kadangkalanya agar sukar, begitulah kehidupan. Segala yang melanda tidak pernah diperdebatkan...'

Yang terindah, ' Maafkan ketidaksempurnaan hamba '. Penawar segala nestapa. Thank You Allah!

Allah menemukan jawapan. Jodoh pertama pilihan Tuhan. Kita redha pada ketentuan kita dianugerahkan sumber kasih sayangNYA yang suci. Isteri adalah pakaian suami dan suami adalah pakaian isteri. Saling melengkapkan ketidakseimbangan. 

Renunglah dalam matahati betapa istimewanya anugerah Allah ini pada yang mahu mengerti.

' Wanita yang baik lazimnya untuk lelaki yang baik juga.'

(Surah An Nur ayat 26)

Hari ini genap usia perkahwinan selama 25 tahun. Alhamdulillah!! Hamba panjatkan rasa syukur pada pertemuan ini.

Monday, November 2, 2009

Ukur baju di badan sendiri

Seperti kata Tuan Guru kalau setakat ke angkasa lepas sekadar melancung...baik tak payah...benar tuu...buat apalah nak menghabiskan harta dan wang negara menagih pada ilmu yang sia2...banyak lagi yang patut dikemaskinikan dibumi sebelum kita nak meneroka ke langit tinggi yang tiada kesudahannya...bak kata orang nogori...mengabehkan boreh je. Padan patutlah ilmu dengan negara yang ciput ni.

Di kala kedua ibu bapa mendongak memohon restu keselamatan anakanda tercinta Dr. Sheikh Muzaffar yang berada nun jauh membelah langit nan tinggi...anak yang sorang lagi di jemput pulang hanya ditimpa tiang di bumi...Al Fatihah...Tuhan lebih menyayangi.

Sampaikan perkhemahan sekolah pun kita nak tunjukkan kehebatan 1M..apa yang boleh 1M lakukan bila Tuhan lebih tahu niat kita...kanak2 tidak berdosa dipanggil balik...memang Tuhan lebih menyayangi tapi mampukah ibu bapa menerimanya bila Islam bukan pegangan...menambahkan beban para guru bila slogan dijadikan sandaran dan halatuju pengorbanan jadi pertikaian.

Hari ini terpampang didada akhbar Puan Halimahton yang menghabiskan usianya selama 34 tahun di Britain kini dilantik menjadi consultant untuk PERMATA negara dibawah naungan isteri PM.

' Puan Halimaton ada balanced method of teaching to be genius '

Mari kita tanya beliau apa sudah jadi pada Sufiah anaknya hasil dari kecerdikan luar biasa diawal usia.

Semua ini mengajar kita untuk lebih waspada dalam mengejar kejayaan, kekayaan dan kemakmuran.

Pada yang bergelar pemimpin ukurlah baju dibadan sendiri sebelum KLCC pula ranap menyembah bumi.

Hidup kita pun sentiasa di perhati macam CCTV.