Thursday, October 7, 2010

Tiga Talian Hayat

Isa a.s. mengingatkan manusia hayat diuntukkan pada asas tiga perkara.

' Tiga hari, tiga saat dan tiga nafas '

Hari yang berlalu, apakah masih ada hari esok bagi kita. Hari ini pula bagaimana kita menfaatkan. Sesaat yang lalu, sesaat yang tak pasti, dan saat ini yang kita berada di dalamnya. Syukur kita masih bernafas, apakah ada peluang untuk kita bernafas lagi esok. Usah di sia2kan nafas hari ini pada yang mahu mengerti.  Bila jantung sudah berhenti. Cukup bernafas sampai disini.

Dari Abu Bakar r.a.

' Sesungguhnya berdiri iblis didepanmu, jiwa berada disebelah kananmu, nafsu disebelah kirimu, dunia dibelakangmu, semua anggota berada disekitarmu sedang Allah s.w.t. berada di atasmu'

Untuk tidak terbawa2 dengan iklan tiga dalam satu, ikan tiga rasa. rangkaian tv3 dan segalanya keseronokan yang mengaburi mata, sila pastikan talian hayat kita di aktifkan bersama kekuatan emosi, mental dan fizikal.

Aku, Dia dan Lagu kaedah tiga dalam satu paling berkesan dalam merapatkan hubungan diantara ruh jasad dan akal dalam mengenal diri yang hakiki.

Orang bukan Islam cukup yakin pada hayat yang akan datang.

Cukuplah orang2 melayu saling ingat mengingat, pesan berpesan dalam kebenaran dan dengan kesabaran. Keindahan bahasa melambangkan bangsa, keluhuran budi peninggalan nenek moyang kita  sepatutnya menjadi sumber kekuatan abadi seperti kata pantun melayu:

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga

Islam. sains  dan seni melengkapkan maksud ungkapan indah SenTuhan bagi melahirkan insaniah yang kaya dengan budi, luhur dengan pekerti beriman, berilmu, beramal.

Sementara hayat masih ada, fikir2kanlah masterskill yang di anugerahkan itu untuk siapa sebenarnya.

Rebutlah peluang dengan talian bertahajud, pengikat anugerah cinta.

Wednesday, October 6, 2010

Ali Bin Musa

Lipatan sirah para sahabat, Ali Bin Abi Talib k.w.h adalah di antara sahabat baginda yang dijamin syurga. Kanak2 pertama dan termuda memeluk Islam. Ali  merupakan sepupu baginda Rasullullah s.a.w. Saiyidina Ali dikahwinkan dengan Fatimah az zahra puteri baginda Rasulullah. Kerana kemiskinan, .tidur Fatimah hanya berbantalkan lengan Ali. Kesabaran Fatimah dikuatkan dengan pesanan dan petua dari ayahanda tercinta bagaimana membina kekuatan dalaman dalam membantu meringankan beban suami, antara sahabat yang paling dicintai baginda Rasulullah s.a.w.

Ibu Ali bin Abi Talib bernama Fatima bt Asad dan setelah kematian isteri tercinta, Fatimah az zahra. Ali berkahwin dengan Fatima binti Hizam al Qilabbiya. Betapa nama Fatimah seperti sudah sebati dalam jiwa, ruh dan jasad Ali.

Sayang seribu kali sayang sejarah Ali Bin Musa tidak mampu mencontohi teladan sahabat baginda. Sekadar  menumpang nama. Nama Ali bin Musa memang nama sebenar. Lahir lebih seratus tahun yang lalu. Ali Bin Musa berkahwin dengan Fatimah dan perkahwinan mereka di akhiri dengan bertalak tiga setelah di kurniakan tiga cahaya mata perempuan.

Kebarangkalian Ali bin Musa  tidak ditemukan titik keserasian bersama Fatimah lalu diceraikan Fatimah dengan kuasa mutlak talak tiga. Bergegar Arasy mengundang kemurkaan yang Maha Suci.

Jodoh pertemuan ketentuan termaktub. Bila ingin merujuk semula di atas keterlanjuran kata...pintu hati  Fatimah ditutupkan biarpun ada kaedah menggunakan khidmat cina buta. Fatimah berdiam seribu bahasa sampai hujung nyawa.

Berkerat rotan, berpatah arang. Bagi Fatimah...berani kerana benar, takut kerana salah dan ingatlah  pesan  Fatimah pada anak2 cucu orang2 melayu,

" pahit jangan terus di buang, manis jangan terus ditelan "

 Itulah Fatimah Sri Kandi Malaya. Bagi Fatimah.

' When i walk, i walk with dignity. When i speak i do not lie.'

Sejarah Ali bin Musa, insan tegas tapi sayang kurang sabar, semasa mudanya mengembara bersama Fatimah dan anak bongsunya bersusah payah mengharung hidup bersama, menimba ilmu berniaga sampai ke Haatyai, Siam. Berpeluang  membuka restoran dirantau orang lalu pulang ke kampung  laman membawa  kekayaan bagi memakmurkan tanah pusaka  melayu. Tanda kekayaan, Ali membuka ladang yang luas dikampung, Bagi membantu mengawasi ladang dari di ceroboh, Ali menggunakan khidmat haiwan yang taat dan patuh pada tuannya iaitu se ekor anjing garang yang di gelar dengan panggilan;

' come on '

Bila ada sesuatu yang mencurigakan berlaku anak2 Ali selalu menjerit memanggil come on ! come on! come on!

Begitulah antara cebisan kisah Ali Bin Musa. Barangkali Ali inginkan anak lelaki untuk mewarisi harta pusaka dunia milik Ali. Maka ketika itu berlakulah perang Fisabilillah antara Ali dan Fatimah.
Ali juga seorang guru agama. Ali menunaikan  haji pada zaman dahulu  dengan kapal layar. Belayar berbulan2 meredah gelombang. Tatkala kota mekah masih sunyi...Ali sujud mengabdikan diri penuh kehambaan.

Sayang semuanya sudah terlambat, Ali tidak dibekalkan waris lelaki meskipun Ali beristeri baru.

Antara Episod luka, sampai hati Ali menceraikan Fatimah dengan talak tiga.

Come on Ali, be gentle!

Al Fatihah kepada yang mendahului.

Untuk membawa nama2 indah dalam sirah bukan satu perkara yang boleh diambil mudah. Alangkah beruntungnya anak2 muda zaman ini jika ada yang bernama Ali . Pastinya yang memiliki nama2 hebat sudah melalui ranjau berduri, diuji dan diuji sehingga adakalanya menemui jalan buntu. Warisan nama2 klasik ini jangan sekali2 dilupakan jika benar kita kenal siapa kita bangsa Melayu. Kalau Cina Islam samasekali tidak akan meninggalkan nama keturunan cina  inikan pula kita anak2 melayu yang terang lagi bersuluh lambang kekuatan melayu terletak pada nama.

Tambahan pula atas kesedaran Jabatan Pendaftaran Negara, ejaan bagi nama2 hebat yang di awalkan dengan Muhammad atau nama yang dimulakan dengan Nur telah diselaraskan ejaannya bagi memudahkan segala urusan dunia dan harapan ibu bapa bersandarkan nama Muhammad dapat membantu memudahkan  urusan disana.

Carilah nama mudah tapi indah untuk mummy dan daddy memotivasikan diri sendiri.

Ali ! Ali ! Ali ! Usah disingkatkan lagi nama Ali. Mudah2an ada cucu2ku yang dinamakan Muhammad Ali.

Fatimah bukanlah sesuatu nama yang diminati untuk anak2 zaman ini tetapi bersandarkan sirah, sesungguhnya terlalu istimewa nama Fatimah disisi Allah s.w.t. Betapa eratnya hubungan Ali dan Fatimah  seperti kaedah tiga dalam satu.

Cinta orang2 melayu ramai yang tak kesampaian. Anggaplah semua itu satu mimpi indah yang didatangkan hanya untuk menguji.  Mengenal cinta sejati, carilah cinta dalam diri sendiri. Terbit satu rasa, dalam dua jasad, dua jiwa dicantumkan dalam satu nyawa mampu  melahirkan gerak hati yang sama.

Tanda wujud keserasian ruh yang asalnya suci.

Carilah cinta dalam ruh Fatimah untuk kita mengenal diri..siapa kita disisi hambaNya. Tidak mustahil untuk generasi akan datang merindui ehsan Fatimah.

Masakan tercipta lagu oh Fatimah kalau tiada sejarah indah.

' Tak akan melayu hilang didunia '

Oh Fatimah

Oh Mas Ayu Fatimah nan ayu
Parasnya indah suara merdu
Senyum membawa hati rindu
Buat jiwa bimbang ragu

Oh Fatimah gadis Palembang
Pinggangnya ramping leher jinjang
Pakainya cantik istimewa
Budi bahasa sungguh indah

Oh Fatimah gadis ayu
Indah sungguh parasmu Mas Ayu
Kasih mesramu menawanku
Membelai harapanku

Oh Fatimah gadis manja
Membawa hatiku yang mesra
Bilakah masa kan bersua
Rasa cinta hidup ria

Tuesday, October 5, 2010

Lion King @ Raja Sulaiman

Istilah orang melayu Raja Sulaiman. Raja Rimba yang menggerunkan seluruh alam semesta. Diangkat menjadi raja di rimba belantara.


Manusia yang berakal sempurna juga disarankan mengeluarkan singa dalam diri. Ada pengajaran watak singa pada diri manusia. Khusus untuk kaum wanita di samping belajar dengan ilmu ceruk dapur, tidak salah bila kaum hawa memegang prinsip singa betina yang menjadi juara di rimba.


Lion King @ Raja Sulaiman bukan singa jantan tapi singa betina. Meredah belantara mencari mangsa demi memelihara anak2nya membesar sehingga berjaya meneruskan maruah perjuangan singa. Hampa agaknya singa bila keturunannya dijadikan bahan pertunjukan sarkas.

Kehidupan anak2 melayu sekarang tidak kira lelaki maupun perempuan, sudah samasekali pupus aura singa dalam badan. Sudah tidak berdaya menongkah arus, mudah terbawa2 budaya ular bahkan cukup berpuas hati malah berbangga dengan prinsip harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. 

Kikis rasa dendam kesumat yang bersarang dihati  pemuda2 harapan bangsa. Menyimpan dendam seperti buaya. Bimbang dendam yang dihimpun didalam dada bertukar  menjadi manusia pengecut, sang buaya bertukar arah bila dewasa menjadi seperti cicak, sungguhpun punya kelebihan melekat di atas, sayang  si cicak hanya bijak menyampuk.

Semuanya gara2 meletakkan dendam pada tempat yang salah, pada awalnya berdendam pada ibu atau bapa...bila dewasa bertukar watak pengecut,  yang mana jantan yang mana perempuan.

Paling mendukacitakan sudah jelas dipandangan, ramai dikalangan anak2 melayu. muda mudi zaman sekarang, masing2 memiliki ilmu seperti  ilmu binatang ternakan. Cukup penakut untuk berada diluar lingkungan kandang.

Allah tidak mengubah hidup sesuatu kaum selagi kaum itu sendiri tidak mengubahnya.


Misi dan Visi, Adam dan Hawa adalah sama asal tidak mengubah hukum asal fitrah kejadian manusia.











Monday, October 4, 2010

Qarin, Quran, Qarun

Tiga serangkai yang bakal menjadi teman sejati Adam.

Pengalaman hidup sekolah paling tinggi. Pengetahuan dan pengalaman bila dicantumkan jadilah perjalanan kehidupan paling berkesan. Ilmu Allah terlalu luas, seandainya air dilautan dititipkan setitik demi setitik ke jari  untuk dijadikan tinta samasekali  tak mampu menandingi keluasan Arasy yang Maha Suci.

Sebagai orang melayu,orang Islam mukmin sejati, kita dididik untuk belajar sambil mengajar dan bersedia menerima ajaran asalkan tidak lari dari landasan Islam. Ilmu dan amal pusaka nenek moyang orang2 melayu.
Pesanan yang ditinggalkan seakan sama seperti Lukmanul Hakim meninggalkan pustaka nasihat turun temurun sampai kiamat.

Masing2 punya kepakaran dan kelebihan diri. Sudah jadi resam melayu wira tak didendang. Dari mula dijadikan kita di arah belajar sendiri untuk mengiring, merangkak, bertatih sehinggalah berada ditahap sekarang.Orang sekarang istilahkan BERDIKARI. Padahal awal2 kita sudah diajar berdiri di atas kaki sendiri.

Siapakah disisi kita disaat kita memulakan pembelajaran.

Samada Adam maupun Hawa, kaya atau miskin, rakyat atau pemimpin kaedah  mereka membesar semasa bayi semuanya sama. Secara semulajadi tanpa bantuan cuma pancaindera yang dianugerahkan saling bertautan.

' Cinta Adam dan Hawa terbit di syurga, terang dijiwa '

Siapakah yang menggerak, siapa pula yang mengiringi bayi membolak balik ketika mengiring,yang tiba2 tersenyum, menangis, meronta2 takutnya menghadap dunia yang bakal dilupakan misi dan visi dijadikan umat Muhammad berbangsa melayu.

Umum tahu orang putih berasal dari keturunan nabi yakni keturunan baik2, bersih, hormat pada wanita,bijak mengendalikan dunia dan kaya raya, Sayangnya kelebihan itu membuat mereka terjerumus angkuh meletakkan segala kelebihan bernula dari dalam diri sendiri lalu mengubah Injil dan menyalib Isa.

Nabi kita nabi Muhammad s.a.w berketurunan Arab di angkat menjadi nabi dan rasul terakhir umat Muhammad, umat akhir zaman. Mengalihkan pandangan umat untuk kembali kejalan lurus dan dihadirkan Muhammad untuk menyempurnakan akhlak.

Konsep kepaderian yang diamalkan orang putih sedang rancak menjalar di tanah melayu. Ramai cerdik pandai, anak2 muda melayu, yang berugama sayangnya hilang jati diri jadi lelaki. Belajar tinggi2 dan disaat kemuncak kaum Adam ramai yang terbabas,  terkulai layu jadi perempuan.

Hayatilah senikata lagu ini yang mungkin membuka mata dan hati, siapa kita dan siapa dia.

Goodbye to you my trusted friend
We've known each other since we were nine or ten
Together we've climbed hills and trees
Learned of love and ABC's
Skinned our hearts and skinned our knees

Goodbye my friend it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and I'll be there

We had joy, we had fun
we had seasons in the sun
But the hills that we climbed
Were just seasons out of time

Goodbye Papa please pray for me
I was the black sheep of the family
You tried to teach me right from wrong
Too much wine and too much song
Wonder how I got along

Goodbye Papa it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
Little children everywhere
When you see them, I'll be there

We had joy, we had fun
We had seasons in the sun
But the wine and the song
Like the seasons have all gone

We had joy, we had fun
We had seasons in the sun
But the wine and the song
Like the seasons have all gone

Goodbye Michelle my little one
You gave me love and helped me find the sun
And every time that I was down
You would always come around
And get my feet back on the ground

Goodbye Michelle it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
With the flowers everywhere
I wish that we could both be there

Bagi orang2 melayu yang serba boleh sepatutnya lebih berhati2 dengan kelebihan yang dimiliki. Kembalikan maruah bangsa seperti P. Ramlee. Allahyarham meninggalkan pusaka warisan seni untuk anak2 melayu berhibur sambil belajar makna hidup sedangkan dia pulang ke pangkuan dengan tangan kosong untuk membuktikan keikhlasan khidmat masyarakat yang disumbangkan mengikut kepakaran yang Allah anugerahkan pada yang bernama Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Putih @ Ramli Putih.

Pujangga kebanggaan bangsa dan negara.

Kita ditemani Qarin ketika memulakan perjalanan jadi kenapa tidak kita temankan Qarin bersama Quran dalam mengakhiri perjalanan sebuah kehidupan insan kamil supaya tidak tenggelam seperti Qarun.




Sunday, October 3, 2010

Four Trillion dollars- Dr. Det


Manalah orang2 melayu asli nak figure out angka tu macam mana. Mujur ada Dr. M as i see him as dr. money can't buy.

Dr. M tulis 4, 000,000,000,000.

Nak menuju aras billion n trillion kena brilliant macam Dr. Det. ( Brillionlah sangat! )

Mission Adam membawa kekayaan sedang mission Hawa memberikan Cinta lalu tenang di jiwa.

Jika tiada cinta bermulalah jenayah perdagangan manusia seantero dunia.

' Wow!! berniaga orang lebih banyak untung dari berniaga unta , kata Jamal Pak Tongko dalam Tiga Abdul '

Apakah mission orang2 melayu yang Allah hantar ke bumi melayu. Carilah kekayaan dibumi orang lain dan bawalah balik dan kayakan orang2 melayu di tanah melayu. Bukan ambil kekayaan yang ada dalam negeri2 ditanah melayu lalu memapa kedanakan anak2 bangsa melayu.

Itulah padahnya bila mission seorang doktor yang sepatutnya berbakti menabur budi pada umat2 Muhammad bertukar menjadi kegilaan mengumpul wang bertrilion2 dan membina kekayaan milik orang melayu2  yang tidak di senadakan mengikut sunnah.

Apapun sebagai umat seugama hamba tetap mendoakan kesejahteraan seorang hamba Allah yang berjaya mengalih pandangan tentang mision impossible.

Money is the root to all evil.


' Beware of Doctors '

Thank Q Allah.

Malaysia oh tanah airku!

Malaysia oh tanah airku
Tanah tempat tumpah darahku
Negeri elok amat kucinta
Yang kupuja sepanjang masa

Sawahmu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukitmu lurusnya terbentang
Tak jemu mataku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeriku Malaysia
Pusaka tinggalan moyangku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia oh tanah airku



(  Lagu dan lirik - Johar Bahar )


Friday, October 1, 2010

Modal percuma

Modal percuma yang diberi Allah ke atas kaum Adam dan Hawa adalah nyawa. Berniaga dengan Allah, untung rugi memang tak nampak dimata. Juga tak dapat dihitung dengan jari apatah lagi nak diukur dengan mata wang. Cukuplah matahati yang dapat menentukan sejauhmana kelancaran perniagaan kita dengan Allah. Bila dirasakan segala gerak hati mendapat restu Ilahi menandakan hati ini tidak berpaling lagi untuk menabur budi semata2 kerana Allah.

Kehadiran nyawa memang tiada siapa yang peduli ibarat perjalanan arus elektrik. Bila tiba2 padam seisi rumah kelam kabut seperti dunia sudah kiamat. Satu daerah sunyi dan sepi. Satu industri lumpuh samasekali bila tenaga elekrik padam tiba2. Satu Malaysia se akan mati bila siang bertukar kelam.

Betapa dunia orang2 moden begitu takut pada saat kehilangan cahaya ciptaan manusia sedangkan bagi orang2 miskin panas sejuk itu sama maknanya dengan hidup ataupun mati.

Nyawa ciptaan Allah ini milik siapa. Milik Ana. Rasanya masih tak terbayar lagi hutang ana pada insan yang melahirkan. Dia tak minta apa2 pun pada ana. Selama lebih sembilan bulan dia bawa ana kesana kemari buat kali terakhir dia kandungkan anak. Dengan harapan anaknya kali ini dapat merawat hatinya yang parah. Bukan kepalang sakitnya dia. Setelah sorang2 anak dilahirkan namun masing2 membawa misi yang berbeza bila sudah dewasa.

Dia selalu bilang nama ana bermaksud buah hati. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun sehinggalah ana juga sudah tua seperti dia. Dia tetap menemani ana sampai hujung nyawa. Betapa banyaknya pesanan pusaka orang2 melayu yang ditinggalkan. Ana bersyukur dia pulang menghadap Tuhan dalam pangkuan ana.

Hancur luluh hati ana tiada siapa yang tahu, Ana menagih, meratap pada diri ana sendiri. Namun tiada juga pertolongan yang sampai. Ana sedar ana sedang diuji dengan kesusahan, dengan kesakitan. Mudah2an segala kepayahan ini merupakan kifarah buat ana. Bukan tanda dia tak cinta ternyata dia terlalu mencintai ana sehingga tak sanggup ana dibuai syurga dunia. Dia yang mengajar ana untuk memulakan perniagaan dengan Allah. Cukuplah dia yang kaya raya kerana dia lebih tahu mengendalikan soal2 dunia. Kehadiran ana bersama dia melengkapkan misi Adam dan Hawa.

Alhamdullillah biarpun belum pulih sepenuhnya ana bangun semula untuk meneruskan warisan pusaka orang2 melayu.


' Ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari '

Berjuta batu jauh mana pun kita berada, tujuh lautan sekalipun telah kita harungi sama sekali tidak berjumpa bahagia selagi belum berbayar hutang pada yang bernama ibu.

Benar...adakalanya mereka juga tidak sempurna. Kita kena ingat misi kita dengan mak dan bapa adalah berbeza. Tidak wajar kita jatuhkan hukuman ke atas ibu bapa.Tanggungjawab anak2 adalah untuk menebus ibu bapa ke syurga andai ada kesilapan dan keterlamjuran perbuatan dan perkataan.

Meskipun dewasa ini orang2 berada khususnya, berlumba2 meletakkan bayaran yang mahal untuk mengeluarkan satu nyawa. Sudah jadi tradisi  menemani si isteri dalam dewan bersalin bagi turut sama merasakan betapa siksanya wahai isteri yang berbakti hanya pada sang suami lalu mulai saat itu si suami setengah mati taatkan isteri kononnya tidak terbalas segala jasa mengeluarkan nyawa anak tercinta.

Mesej dibalik tabir...begitu jugalah siksanya ibumu dulu, nenekmu dulu2, moyang2 dahulu kala..yang serba daif dalam melahirkan. Mampukah kita membiarkan pengorbanan mereka berlalu begitu saja.

Apakah kesenangan di perolehi adalah dengan usaha tanganmu semata2....jangan ingat kehadiranmu datang   bergolek begitu saja tanpa susah payah. Mana munkin ada professor kalau tak ada guru darjah satu. Mana munkin ada al hafiz kalau tak ada tok2 lebai pondok. Mana munkin ada pokok2 besar kalau tak ada rumput2 liar yang membantu mencengkam bumi. Mana munkin ada orang2 kaya kalau tak ada doa orang2 miskin , mana munkin ada pakar perbidanan kalau tak ada bidan2 kampung yang terlebih awal memberi khidmat masyarakat secara rela.

Segala2nya jadi tidak munkin kalau tiada ibu yang memulakan kelahiran insan.

Kita manusia semua baharu. Cukuplah sekadar berpesan2 ke arah kebaikan dan berpesan2 dengan kesabaran. Sama2lah kita meletakkan fitrah kejadian Adam dan Siti Hawa dilandasan yang betul. Meskipun adakalanya Hawa berperanan seperti Adam dan begitulah juga disebaliknya.

Paling tidak bila kita terus berdiam diri demi sebuah ikatan suci, kita dianugerahkan Cinta Adam dan Hawa terbit di syurga.

Pokoknya hendaklah belajar menghargai nyawa yang Allah beri. Sentiasa mengingatkan diri yang Allah tidak jadikan kita sia2. Ada sebab di jadikan begini di jadikan begitu. Dikaya rayakan dan ada yang dimiskin hinakan demi mengenal erti ikatan Qaseh sayang. Saling berpautan umpama aur dengan tebing.

' Bagaikan aur dengan tebing, kita mengatur langkah se iring '

Berniaga dengan Allah untungnya berlipat kali ganda. Berselawat sekali, Allah beri ganjaran sepuluh kali. Berselawat sepuluh kali Allah gandakan seratus kali. Segala kebajikan pahalanya digandakan asalkan tidak meminta balasan. Segala gerak geri diperhati dan diperhitungkan walau sebesar zarah  sekalipun amalan bukan manusia mentafsirkan. Ada malaikat yang diutuskan bagi semua urusan. Kayu pengukur samada ikhlas atau tidak amalan dan perbuatan bergantung pada doa dipohon semakin hari semakin mustajab.

Bila hati berbunga2 di kala kaya maupun miskin dirasakan sama sahaja. Semuanya jadi indah belaka. Kita boleh hidup dalam keadaan mana sekalipun. Yang penting cahaya dihati terus menyala2 laksana permata. Terbit sinar dari dasar lautan, terpancar cahaya meskipun jauh dipuncak gunung, Andai tercampak kelembah sana, kilauan permata tak munkin luntur.

Untuk merasai nikmatnya cinta rebutlah peluang berniaga dengan modal percuma ini.

Nyawa modal percuma paling berharga.Talian hayat berantai menuju bahagia sampai syurga.

Al Fatihah kepada yang terlebih dahulu mendahului kita.















Monday, September 20, 2010

Jutawan Kosmetik Semula Jadi

Orang2 melayu dikejutkan dengan tragedi ngeri yang menimpa pengasas kosmetik NV, pemandu peribadi, pegawai bank dan peguam..Semua mangsa adalah orang2 melayu. Sungguh menyayat hati bila kenangkan saat kematian mereka. Innalillah.

Sebagai saudara seugama kita sama2 menghadiahkan Al Fatihah.

Yahudi paling bijak memperkenalkan kosmetik dunia hinggakan sebahagian umat Islam leka untuk apa kita di adakan lalu ditiadakan didunia fana ini. Bila sedar betapa hebatnya akal ciptaan Allah mana munkin kita lupa pada tujuan asal kita kemari. Lainlah orang Yahudi. Dijadikan mereka bijak bistari disebabkan Yahudi dikalangan iblis yang sudah berjanji menyesatkan manusia untuk terus melupakan diri lalu mengangkat kelebihan sendiri.

Buah tangan apa yang kita bawa nanti untuk bertemu Allah andai maut menjemput kita pulang menghadap Tuhan. Tidak ingin kah kita berada diantara tujuh naungan pada hari yang tiada naungan lagi.

Bagi yang redha pastinya sudah bersedia, bagi yang tidak pernah puas menimba dari satu lembah ke satu lembah, kematian amat ditakuti lagi di geruni. Bagi yang tiba2 mati dalam menyibukkan diri menghias diri pastinya menyentap setiap hati sanubari yang memerhati.

Padanlah orang dulu2 cukup menekankan kecantikan dalaman. Kecantikan luaran ternyata hanya bisa mencerahkan kulit dan rupa sayangnya semakin meredupkan hati yang sepi. Pada anak2 cucu yang bergelar usahawan, pegawai2 bank, peguam2 berkalibar  tanahair dan jika ada yang jadi pemandu2 peribadi dan jika benar anak cucuku orang2 melayu Islam sejati, sesungguhnya kerjaya ini menjurus kepada menimba kekayaan dengan gila2 jika tidak dibentengkan dengan ayat ayat cinta. 

Peruntukkanlah ruang untuk baca Quran...penghias diri yang asli...pembenteng diri yang hakiki...penawar qalbu agar tidak mati. Penggerak mata untuk tidak membara  menjadi kaya yang gila2. Memandu jangan memacu, peguambela bukan peguam di bela, mentadbir kewangan bukan mengumpul wang yang bukan milik kita apatahlagi menyimpang  sana sini. Keusahawanan memang kerjaya pilihan umat Islam paling indah, paling mudah tetapi hendaklah menepati sunnah agar tidak terjerumus, terbabas bersama bangsa2 bukan Islam.

Mesej Allah jelas. Pada yang mahu merenung ke mata hati. Tiada jalan pintas dalam menimba kekayaan duniawi. Dalam kesibukan mencari rezeki, mengkaji itu ini, membaca berpuluh2 buku  setahun dan  menatap berjenis2 akhbar sehari suntuk, meneroka ilmu konon penuh didada...tanyalah kedalam diri dengan jujur..adakah ruang untukku baca Quran.

Apakah ada sebaris ayat2 suci Al Quran yang dikaji hari ini, semalam, esok atau lusa. Bacalah Quran wahai anak2ku sayang. Baca dan baca lagi lalu menghayati perintahNYA, LaranganNYA, SeruanNYA, AncamanNYA dan Qaseh SayangNYA. Mana munkin tergamak bagi orang2 yang rajin membaca Quran membuat kerosakan dimuka bumi. Yang ada hanya memberi dengan nikmat limpahan cinta qaseh sayang.

Jauh sekali membotox dan mengubahsuai muka anugerah Ilahi bila dah jadi kaya raya. Tak munkin lagi tergamak menampakkan aurat dengan mendabik dada bila ayat2 cinta menghiasi diri  lalu memahkotakan hati. Tak munkin lagi berkata yang sia2, bahkan semakin hari semakin tunduk  berisi seperti padi  bila Al Quran sudah sebati dalam diri. .Mustahil bagi orang yang selalu baca Quran mengumpul kekayaan dengan cara murka.  Rupa paras adalah nikmat semula jadi Allah yang jadi azimat  tersemat sedangkan tingkah laku wajib dididik untuk jadi lebih baik dengan mengenakan kosmetik istimewa semula jadi yakni Al Quran, pencerah sanubari.

Semua nikmat akan ditanya dan apakah kita sudah bersedia dengan jawapan masing2.

Jadilah seperti orang melayu dulu2, yang sering mengingatkan anak2 cucu dengan pepatah dan perumpamaan. Mesej orang melayu dulu2 kaya dengan budi dan indah bila berbahasa. Begitulah juga mesej Allah yang Maha Kaya untuk kita belajar dengan keindahan kalam suci Tuhan dan dengan kejadian persekitaran alam.


' Pada hari yang tidak bermanfaat semua harta benda dan anak2 kecuali orang2 yang datang manghadap Allah dengan hati yang selamat ( sihat )'


( Asy- Syuara' : 88- 90 )

Sebelum meletakkan garis panduan dalam mencari kekayaan, bacalah Quran sebagai agenda utama dalam memulakan pencarian kehidupan. Al Quran jutawan kosmetik semula jadi. Penyejuk hati, teman sejati, penunjuk jalan., menerangi cahaya semasa didalam kubur nanti  dan menjadi penyelamat dihari akhirat.

Berkata Abdullah bin Mas'ud r.a. 

' Sesiapa yang menghendaki ilmu pengetahuan maka hendaklah dia membaca Al Quran. Di dalamnya terdapat ilmu orang2 terdahulu dan yang kemudian '

Gedung ilmu yang tiada tolok bandingnya. Teguhkan jasad, tetapkan hati. Sucikan diri...bacalah Quran wahai anak2ku. Nabi tinggalkan dua cenderamata untuk umat tercinta. Hadis dan Al Quran buat umatnya agar tidak sesat.

Bacalah Quran, Solat wahai anak2ku, tunaikanlah zakat. 

Sebelum tua kita benar2 tua sampai dah kelabu mata baru teringat nak melagukan ayat2 cinta...bila sudah tiada selera untuk makan baru ingat nak lengkapkan puasa enam sejurus selepas raya pertama...tentulah tatkala itu keindahan cinta sudah tidak mencapai tahap maksima maksud cinta mulia, cinta itu suci dan abadi.


Antara tujuh naungan yang mendapat naungan pada hari yang tiada naungan adalah para2 remaja yang menggunakan sebaik munkin usia remaja sebelum usia emas menjelma.Rebutlah peluang ini wahai anak2ku sayang sedang ibumu hanya mampu berniaga dengan Allah bermodalkan nyawa.













Sunday, July 11, 2010

Pagi nan permai

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Haiyyun Ya Qayyum...Yang Maha Hidup yang Maha Memelihara. Dihati tidak melupakan Allah. Tiap detik yang dilalui kita cuma ada Allah Yang Maha  Mendengar, Yang Maha  Melihat, Yang Maha Mengasihani, Maha Penyantun lagi Maha Pemurah.


' Sesungguhnya Ya Allah, aku berbenteng dengan rahsia kelembutanMu wahai Allah dan dengan kehalusan ciptaanMu Ya Allah dan dengan keindahan pendindingMu Ya  Allah, dengan keagungan zikrullah dan dengan Maha Kuasa Allah.'



Mata memandang, SubhanAllah!! dihati mengingatkan cinta suci Allah, telinga yang mendengar, MasyaAllah!! sungguh ajaibnya ciptaanMu wahai Allah, mulut yang berkata2, AllahuAkbar!! lidah jadi kelu untuk berkata2 yang tidak perlu.


Alhamdulillah sungguh indahnya pemberian Allah, bersyukur kita pada yang Esa diberi nafas lagi untuk mengabdikan diri. 

Sama2 kita menyambut ketibaan 1 Syaaban esok senja, bulan menyiram tanaman.  Bulan Syaaban pintu gerbang menghidupkan Ramadhan untuk kita bersepakat menguatkan ruh, jasmani dan akal demi membangunkan jiwa al mubarak.


Hiasi malam dengan halua kalam suci,  nescaya kita  berpagi2 dengan pagi nan permai.

Friday, July 9, 2010

Renungkanlah...

Rasa Cinta pasti Ada
pada makhluk yang bernyawa
sejak lama sampai kini
tetap Suci dan Abadi

Takkan hilang selamanya
sampai datang akhir masa
takkan hilang selamanya
sampai datang akhir masa

Renungkanlah....

Perasaan Insan sama
ingin Cinta dan di Cinta
bukan ciptaan manusia
tapi Takdir Yang Kuasa

janganlah engkau mungkiri
segala yang Tuhan beri

Renungkanlah....


Ciptaan: Muhammad Mashabi
 Penyanyi: M. Mashabi



Malaysia Baru


                                           Andai hidup tak punya cinta
Pada bangsa maupun wanita
Hidup tak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa

Cinta bangsa rasa mulia
Cinta wanita rasa bahagia
Menjadi kita penuh daya
Mencipta hidup sempurna

Andai kita lalai sertalah lupa
Masa akan lari sia-sia
Jiwa kosong tak berharga
Dunia bukan syurga

Oleh itu mari kawanku
Berpimpin tangan berganding bahu
Segera capai cita yang satu
Di alam Malaysia baru

komposer: Kassim Masdor
Penulis Lirik : Omar Rojik
Penyanyi : M. Bakri (1965)

Thursday, July 8, 2010

Masjidil Aqsa


" Mahasuci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat "

( Al Israk : 1 )

Masjid Al-Aqsa  membawa maksud  masjid yang jauh tetapi itu tidak bermakna yang masjid Al Aqsa berada jauh dari hati kita malah kita dituntut untuk mencintainya sepenuh jiwa bagi mengingatkan kita  pengorbanan saudara2 kita disana mempertahankan khazanah kesucian Islam. Peristiwa bersejarah Isra'  dan Mi'raj,  permulaan Nabi Muhammad s.a.w. di angkat ke langit  adalah dari masjidil Aqsa.

Ketika baginda dalam kemuncak kedukaan setelah kehilangan insan2 tersayang, baginda diberi ganjaran paling besar bagi merawat luka dihati melalui satu malam perjalanan ke langit. Allah memperlihatkan tanda2 Kebesaran dan KekuasaanNya melalui perjalanan paling berharga meskipun tidak diterima akal oleh sesetengahnya manusia namun Iman dan akidah Islam yang bertapak dihati  setiap insan muslim tetap membenarkan peristiwa Isra' Mikraj itu adalah satu peristiwa pasti dan ianya benar2 terjadi.

Antara firman Allah...Kun Fa Ya Kun...jadilah lalu jadilah ia.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
( Al Baqarah : 117 )

'Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia".'
( Yasiin: 82 )

'Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".'

( Al Mukmin : 68 )

Palestine amanah Nabi Muhammad s.a.w.pada umat Islam sejagat. Masjid Al Aqsa melambangkan episod luka yang panjang yang tidak berkesudahan yang sepatutnya sama2 terbeban dibahu seluruh umat Islam khususnya untuk sama2 merasakan kesukaran saudara2 kita disana.

Saudara2 kita rakyat Palestine sentiasa bersiap sedia  disetiap ketika dan waktu tanpa rasa jemu bahkan  dijiwa kian membara menghadapi tentangan musuh, sanggup bergadai nyawa, berjuang bermati2an walau hanya bersenjatakan batu untuk merempuh musuh yang nyata demi mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa hak kehormatan kita bersama.

Subhanallah, Mahasuci Allah yang menjalankan hambaNya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w pada satu malam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa menuju ke langit.

Malam ini kita berada pada malam Jumaat, malam penghulu segala hari dalam penghulu segala bulan yakni bulan Rejab. Malam tanggal 27 haribulan Rejab.  Malam ini mengingatkan kita pada pristiwa malam Isra'  Mi'raj untuk sama2 kita bertafakkur merasakan kebesaran kasih sayang Allah dalam merawat luka dihati Rasulullah s.a.w. Kesedihan baginda kembali terubat nikmat perjalanan pada satu malam penuh berkat.  Bermulanya tuntutan Allah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam.

Masjidil Aqsa adalah masjid ketiga yang dimuliakan Allah selain dari Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Masjid Al Aqsa juga merupakan tempat semua para nabi berkumpul untuk solat berjemaah yang di imamkan Nabi Muhammad s.a.w.

Aplikasikan kebesaran kesucian Masjidil aqsa dan kecintaan perjuangan rakyat Palestine  agar meresap masuk ke jiwa dan sanubari kita umat Islam...bagaimanakah kesudahan kita bila sedang dipukul gelombang.

Dalam solat tersimpul rahsia hikmah membina kekuatan spiritual yang mantap dengan beristiqamah dalam memelihara waktu beribadat.

Malam isra' dan mi'raj mengembalikan keceriaan di jiwa Rasulullah. Malam ini, kita pula bagaimana?

Wednesday, July 7, 2010

Iblis bersumpah

Diceritakan penglipur lara ini dari Abdullah bin Ahmad bin Abdullah seorang ahli tasawuf yang zuhud.

Kisah penglipur lara ketika mana sang iblis menghantar anaknya mengaji  pada seorang alim kononnya iblis terpukau dengan keindahan tok guru mengajar Al Quran.

Setelah menempatkan anaknya, iblis berjanji akan kembali mengambil anaknya mengikut tempuh yang telah ditetapkan. Puas tuan guru mengajar namun memang payah untuk anak iblis menyebut walau sebaris ayat Bismillah. Sampai nak sebut Bis pun payah! sehinggakan tuan guru penat dan jemu mengajar lalu disuruh anak muridnya yang lain mengambil alih...pun gagal lagi! Tempuh untuk iblis mengambil anaknya hampir sampai, lalu tuan guru mencari jalan bagaimana nak memberitahu tentang benaknya hati anak si iblis.

Anak2  murid tok guru mengemukakan cadangan sehingga akhirnya mereka sepakat untuk menyembelih anak iblis.

Sampai ketika dan waktu iblis datang menjemput anaknya. Tok guru berbohong dengan mengatakan anak iblis pulang sendirian, mungkin berselisih ditengah jalan. Iblis mencari2 anaknya dijalanan namun tidak bertemu. Dia kembali ke rumah tok guru. Tok guru tetap dengan jawapan yang sama. 

'Anakmu sudah pandai menghafal jadi dia pulang sendirian'

Ke sana ke mari iblis mencari anaknya dia merasa hampa lalu kembali ke rumah tok guru bagi kali ke tiga.

Iblis percaya anaknya masih berada dirumah tok guru.

' carilah sendiri, anakmu memang tak ada '

Iblis lalu memanggil anaknya berkali2.

Lalu bergemalah  rumah tok guru dengan sautan suara anak2 iblis yang bersarang didalam perut tuan guru dan anak2 murid tuan guru...lagaknya bunyi seperti suara  beratus2 ekor ayam...dari situ bermulalah dendam iblis tak habis2.

Iblis bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah s.w.t. yang bernama manusia  ghairah melaksanakan tiga perkara utama ini, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi iblis dan syaitan mengurus tipu daya dengan selesa.


Perkara utama pengurusan manusia; 

1)  Keinginan manusia untuk makan  selagi mana selera manusia kian membara. 
Iblis bermaharajalela.
2)  Keinginan terhadap lelaki maupun wanita selagi tidak ditemukan cinta luhur yang suci. 
Iblis bertakhta.
3)  Keinginan untuk tidur berlebihan  pada waktu2 yang tidak menentu,  tidur dua kali disiang hari sudah menjadi amalan iblis syaitan.
Iblis jadi raja.
Moral dari penglipur lara;

Selama mana ketiga2  keinginan ini hidup subur dalam diri manusia tanpa dibendung khususnya dengan  ilmu dan amal selama itulah tidak ada kegagalan untuk iblis syaitan menyesatkan manusia.


Ilmu membendung kemaraan iblis sepertimana ibu2 yang membedung kemas bayi yang baru lahir supaya jalannya nanti tidaklah bengkang bengkuk.

Melalui tidur Allah mengajar manusia mengingatkan tentang mati...lalu bangunlah wahai manusia yang sedang berselimut!!

Cukuplah sekadar Tidur kerana Allah, Makan  kerana Allah dan hidupkan cinta suci kerana Allah.

Dibangunkan manusia menjadi hamba Allah.

Banyakkan Istighfar pada hari Rabu hari Allah menenggelamkan Qarun, Allah hancurkan Firaun, Allah hancurkan raja Namruz, Allah hancurkan kaum Nabi Saleh a.s dan Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s.

27 Rejab semakin hampir, rebutlah peluang menangkis kemaraan iblis dengan berpuasa sunat dimana ganjaran pahala seperti berpuasa selama 60 bulan. Hari Putih bulan Rejab kali ini bermula pada hari Jumaat begitu juga dengan 27 Rejab kali ini juga jatuh pada hari Jumaat.
Alangkah beruntungnya kita dapat bersama2 memulakan puasa pada hari Khamis bagi meraih keuntungan berlipat kali ganda menambah menguatkan perisai melawan iblis laknatullah.

Di matikan sumpah iblis dengan amal yang ikhlas.


Monday, July 5, 2010

Makan kerana Allah

Dzunnun al Mishri, satu waktu di datangi salah seorang muridnya,

"ya Guru, kata muridnya, aku sudah beribadah kepada Tuhan selama 30 tahun yang menurutku aku beramal sungguh2. Disamping amalan wajib , siang berpuasa, malah bertahajud dan yang sunnah2 lain juga aku kerjakan. tapi bukannya aku tidak puas dengan keadaanku, tetapi mengapakah tidak ada sedikitpun tanda2 yang datang dari Tuhan tentang apa yang telah aku lakukan ini?"

Dzunnun menjawab;

"kalau begitu, nanti malam kamu makan dengan banyak, dan jangan solat isyak "

Si murid agak hairan juga mendengar saranan gurunya, tapi ia mengangguk dan pulang.
Keesokan harinya, ia datang berjumpa  Dzunnun lalu bercerita,

"Alhamdulillah guru, semalam saya mendapatkan tanda itu dari Allah s.w.t, aku sudah menuruti saranan guru untuk makan dengan banyak, tetapi aku tidak sanggup untuk meninggalkan solat wajib isyak dan malam harinya, aku bermimpi di datangi oleh Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda;

' Wahai fulan, tenangkan hatimu, Allah mendengar, melihat dan mengetahui apa yang kamu kerjakan, bersabarlah dan ikhlaslah '

Dalam mimpi itu saya mengangguk, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,

"dan sampaikan pada Dzunnun Al Mishri bahawa Allah berpesan agar dia jangan menyarankan muridnya untuk tidak solat isyak "

Mendengar itu Dzunnun tertawa sampai keluar air matanya..
kemudian ia berkata,

"Jika kamu tidak bisa mendekatiNya melalui Kasih SayangNya, maka dekatilah ia melalui rasa marahNya "

SubhanAllah!!




 

Friday, July 2, 2010

Love, Dance, Sing n Live




Love as though u never been hurt before

Dance as though no one is watching u

Sing as though no one can hear u

Live as though heaven is on earth

Thursday, July 1, 2010

Ulam mak!!

 (Sumber : Catz's Cafe)

Mak memang suka ulam. Orang dulu2 memang pakar dengan ulam2an asli yang hidup subur hingga ke akar umbi. Pendek kata makan, wajib ada ulam dan sambal belacan. Hidup tanpa ulam seperti mati sebelum ajal.

Selagi ada tumbuhan dimuka bumi pasti mak dapat mengenal pasti yang mana boleh dibuat ulam. Selagi tak cukup empat puluh empat jenis bahan ulaman takkan bisa mak berpuashati dengan ramuan nasi ulam.

Begitulah kepakaran mak dulu2 kala sehingga membuka mata dan segala indera tentang kelebihan bersantap ulam. Tidak hanya berulam raja yang  punya khasiat tak sehebat ulam pegaga, sekadar menikmati keindahan  warna pucuk ulam raja yang tak dapat bertahan lama kesegarannya. Aroma  keharuman  si ulam raja hanya sebentar cuma.

Ada tumbuhan liar dibumi dikenali pokok susu nabi, lemak dibuat ulam, getahnya yang putih melepak mampu menyembuhkan sakit orang2 perempuan dengan izin Allah pastinya.  Bunga inai yang harum boleh menambah selera makan bila bertaburan jatuh berderai semasa dicelup didalam sambal belacan.  Kaedah berulam bukan saja menambah selera makan...matlamat utama menjimatkan belanja khususnya bagi orang2 miskin.

Fulamak!!! Satu pinggan tak cukup pasti nak tambah lagi. Begitulah ibu dahulu kala menghiburkan anak2 . Anak2 sibuk menambah nasi dari satu pinggan kesatu  pinggan sedang ibu diam membisu, mendoakan anak2 dilimpahi nikmat kesejahteraan dari dunia sampai akhirat.

Khasiat ulam kini diteroka secara meluas. Masing2 berebut2 dengan dunia herbs. Mengkudu, pegaga telah dijuskan malah serba mak nenek telah dikenal pasti untuk di komersialkan sehingga membawa pulangan yang bombastik.

Bagi yang kenal keenakan akar pegaga, mengkudu masak yang dipetik dari pokok digaul bersama garam lalu dimakan terus, pastinya dapat membezakan yang mana lebih tinggi mutu keasliannya.

Syabas!!! Ulam2 mak sesungguhnya bisa membuktikan kehandalan orang2 melayu menimba ilmu dimedan kerohanian.

Dari mak lahirnya para alim ulamak,
dari ulamak menjalar ular2 yang besar2,
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya, kan mak!
Ingat pesan mak, nak! cakap siang pandang2, cakap malam dengar2.

Terima kasih, mak!




Wednesday, June 30, 2010

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Suara Dari Dinding Madrasah
A.Samad Said.
Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.
Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidakâۉ„¢kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.
Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

Menghayati puisi Pak Samad, memang kita sedang melalui saat2 keruntuhan bakti penganut suci orang2 melayu sedang bangsa2 lain dimuka bumi menatang institusi yang memasak bumi. Tok Sami berihram kuning bersama tongkat sakti, menghulur tempurung kesana kemari dengan berkaki ayam, disambut baik, hormat penuh takzim oleh para penghuni penganut ugama tok sami  lalu tok2 sami kembali memasak ugama dibumi  kita dengan pasak yang kuat sukar ditembusi kecuali hidayah Ilahi.

Ada yang mengatakan sekiranya masih ujud insan hafiz yang didada, di jiwa dan raga dipenuhi 30 juzuk kalam Al Quran, selagi itu dunia ada lagi dan lautan tak sanggup menggulung bumi manakala langit pula tak sampai hati. Sudah cukup untuk kita merasa malu kepada Allah untuk menghina insan2 berbakti mencari redha Ilahi. Benar., mereka tidaklah maksum tapi cubalah kita mengambil iktibar pada ugama lain yang meletakkan kedudukan sami2 mereka ditempat tinggi. Bila tuan Guru berjaya memimpin negerinya dengan tempuh yang lama kita yang bukan anak negerinya sepatut tumpang gembira dan bahagia.

Janganlah membenci sesama bangsa apatah lagi mempersendakan orang melayu kita sendiri. Yang pelik nya, PM sendiri tak berani berlebih2 mengata tuan guru sedang yang baru nak hafal satu juzuk waima yang tak faham makna wahnan ala wahnin pun tak pasal2 terheret sama mengurangkan pahala jadi manusia.

MasyaAllah!!!

Disaat mulut tak dapat berkata2...tangan nanti diberi hak untuk berceritaa...apa yang kita tulis tak dapat menebus roh suci kita lagi...sedang tok guru??? Ramai pembelanya disana...apa yang kita ada??...PM sendiri tak dapat membantu.

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lagi yang memang sudah terpatri selagi kita bernama manusia...tambahan pula yang dibangkitkan se awal2nya menjadi orang  melayu, yang merindu  dalam diam menyimpan cita2 untuk dimatikan dengan iman dalam Islam.

Pesanan ini untuk anak2 cucu yang bakal mewarisi bumi Allah ini. Jangan sekali2 anak  cucu mak memandang rendah pada ilmu Tok guru  apabila sudah bijak mengulas dan mengupas. Mak mengajar anak2 mereka untuk dikenali bukan saja oleh penduduk bumi bahkan penduduk langit masih turut memayungi. Sewajarnyalah ibumu ini miskin supaya dapat membangunkan anak2 menjadikan insan yang disenangi didunia dengan ilmu dan mulia di akhirat dengan menghimpun pahala berganda.

Bila hormat pada ibu miskin, jangankan orang2 bangsawan, tuan2 guru, orang2 miskin lagi fakir akan senang dengan kehadiran anakanda waima kucing pun sentiasa mengekori. Peribadi bertaut hati pasti memukau penganut tok sami. Bukankah itu misi kita dihantar ke bumi???

Bila kita kenal makna cinta...hanya keseronokan dalam memberi saja yang kita cari.

Bila orang melayu menghina ulamak seperti sudah mula merendahkan martabat mak.

Pandang kebelakang kita  kenangkan raut wajah mak...lalu tak sanggup mengguris meskipun pada se ekor semut yang sedang melata.

Bila hati bersarang, tak pasal2 menyimpan dendam sampai terpadam segala jadinya, patutkah ada orang melayu sendiri sanggup bertanya, kenapa kita nak hormat sangat pada Nik Abdul Aziz.??. memperlekehkan kewibawaannya memimpin negeri....tak cukup menjatuhkan maruah tuan guru, faktor tua pula diketengahkan...hormatlah tuan2 sekurang2nya pada nama...makna Abdul yang sesungguhnya membawa maksud hamba dan terukir didalam;

' ninety nine baeutiful names of Allah, Aziz, The Mighty, The Eminent '

Al  Aziz -  Maha Mulia

Sudah cukup menguatkan pandangan mata hati betapa indah nama diberi ujud sejak azali lagi menjadikan Abdul Aziz hamba yang mulia.

Banyak NikMat dan fadhilat bila membanyakkan zikir Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz.................................!

Monday, June 28, 2010

A. SAMAD SAID


Terjaga dari lena yang panjang, hamba dikejutkan dengan empat patah perkataan;

' Patah sayap terbang jua '

Itukan tajuk novel Pak Samad!

Hamba bukanlah peminat novel jadi tak pernah teringat untuk menyentuh novel ini apatah lagi untuk membacanya tapi hamba tetap kenal siapa itu Pak Samad dan empat patah perkataan itu telah di ilhamkan menjadi novel terkemuka pada Tokoh Wartawan Negara Allahyarham A. Samad Ismail - Al Fatihah

Mungkin agaknya terbawa2 kisah rajuknya Sasterawan Negara A. Samad Said semalam dalam suratkabar. Entahlah!. Memang sudah lumrah orang melayu berterima kasih pada manusia setelah mati. Setelah mati pandai pula mereka menghitung satu persatu segala lagenda seni, budi dan jasa insan yang pernah berjuang memartabatkan bahasa jiwa bangsa. Diberi gelaran tertinggi setelah mati padahal yang tinggal tak seorang pun dapat menandingi berbanding dengan orang2 cina yang sudah di awal kurun meletakkan asas matlamat bangsa.

Rajuk Pak Samad rajuk bermakna,
pada bangsa dan juga negara.
Bila Pak Samad hilang dari dunia,
apa lagi yang orang melayu ada?

Rajuk Pak Samad banyak faedahnya. Ada lebih baik khazanah luhur Pak Samad beristirehat di negara yang kaya dengan kebersihan alam semula jadi. Bila rindu datang melanda tak mustahil anak2 melayu yang berjiwa Pak Samad berkorban mengembara mencari tinta Pak Samad disana.

Terhibur rasa hati bila terkenangkan senyuman Pak Samad yang penuh makna dalam melahirkan sua rasanya tentang Cinta lalu dia gubah puisi indah:

Untuk Mesraku

Didalam hati melimpah rasa
ada sayang untukmu, mesraku.
Rasalah kemesraan suara manja
merayap lembut memeluk kalbumu.

Di seberang selat sayangku ada,
terlalu manja mendalam rasanya,
Sakti apa, ya, padamu
membawa manja rindumu selalu

Pada bintang menggetar tenang
selalu benar kutumpang tanya
"Rindukah dara padaku sorang
kelana hina dirimba lara?"

Kadang bintang mengejek padaku
dan lokek pula memberi jawapan,
lalu luluhlah harapan kalbu
sepilah, hampalah, laralah badan!

Kadang bintang bertimbang rasa,
disela senyum lekas dijawabnya;
" Usahlah susah duhai teruna
kasih si dara padamu sahaja!"

Kabar manakah yang padat benar
kasihkah, mesrakah, atau bencikah?
Di seluruh jiwa bimbang menjalar
dalam merindu jawapannya.

A. Samad Said
Singapura 11 Ogos 1955

Meminjam kata2 Pak Samad semalam didada akhbar berita harian;

' Kata Luhur dalam pameran ini membawa maksud jujur dan ia penting dalam seni termasuk setiap tindakan dan sikap seseorang."

Saturday, June 26, 2010

PROFESOR DR. KHADIJAH DIN

Wanita Islam khususnya wanita melayu di Malaysia yang berjenama sungguh sulit untuk anak2 buah jadikan idola, mentor sifu oh whatever!

Tidak dinafikan semakin ramai wanita melayu terpelajar semakin terhakis budi dan akhlak mulia yang tersedia ada pada wanita khusunya yang bertitle bonda.

Benar hamba memang mengata. Hamba nak bercerita sesama kita tentang fenomena manusia gendernya wanita. Aku bercerita keranaMu Ya Allah. Tidak ada dayaku sebagai hambaMu yang cuma punya dua tangan menadah doa padaMu agar terlepas seksaan mental insan2 yang didera secara terhormat oleh manusia bergender female yang  bertaraf Profesor Dr.dan di antara contoh mendera paling hebat adalah  dari Prof. Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar.

            
 











ACADEMIC QUALIFICATION


Bachelor, MEDICINE, CAIRO UNIVERSITY, EGYPT, 1981.
Master, PUBLIC HEALTH, JOHNS HOPKINS UNIVERSITY, MARYLAND USA, 1987.
Master, MATERNAL AND CHILD HEALTH, HARVARD SCHOOL OF PUBLIC HEALTH, MASSACHUSETT USA, 1991.
PhD, PUBLIC HEALTH (MATERNAL AND CHILD HEALTH), HARVARD SCHOOL OF PUBLIC HEALTH, MASSACHUSETT USA, 1994.


Bravo! Hebat! Hebat sungguh tahap pencapaian Prof. Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar. Kehadiran manusia seperti  dia sepatutnya menyemarakkan aset icon Albert Einstein Malaysia. Sayangnya nak dijadikan idola seperti Florence Nightingale ' lady with a lamp ' pun Profesor Dr. ini tak mampu, inikan nak mendapat tempat dihati  para2 pelapis academician yang lain jauh sekali untuk di ambil contoh teladan kehebatan perjuangan seperti Khadijah,  Aisyah, dan isteri2 Nabi bahkan nak diibaratkan seperti ummu Habibah pun Prof ini tak layak samasekali.

Tersebutlah kisah benar tentang penderaan mental oleh pakar penyelidik tanah air, Prof. Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar ke atas pembantu penyelidiknya yang juga memiliki segulung ijazah bernama Yati. Hari2 yang dilalui oleh insan ini sungguh mencengkam jiwa manusia biasa. Yati, diantara mangsa dera secara diplomatik oleh yang bergelar Profesor Dr. yang juga memegang title ibu. Tugas hakiki pembantu penyelidik tidak disempurmakan bahkan Yati dilayan seperti kunta kinte. Status hamba memang Yati rela tapi menghambakan Yati seperti abdi sungguh menyayat hati.


Yati dikira yatim diawal usia tatkala ibunya pergi meninggalkan dia yang sedang mengisi jiwa dengan  limpahan kasih sayang. Penampilan Yati sentiasa dalam keadaan tertekan. Kelam kabut dengan perintah puan profesor  dr. membuat Yati seperti dalam kekalutan dan kecemasan. Disuruh kesana kemari, membayar bil2 persendirian tanpa memikirkan kesempitan Yati yang serba kekurangan dan paling down to earth bila Yati di ajar secara dramatik oleh profesor dr. bagaimana menyediakan teh untuk diri Profesor Dr. itu sendiri.

' Yati!  Celup uncang teh jangan lama2...saya tak perlukan gula'

Begitulah pesanan Prof Dr. hampir setiap pagi , setiap hari, setiap bulan  sehingga membuatkan  kepala Yati seperti dihantuk2 kedinding pecah berderai. Malunya Yati pada diri sendiri, dihina macam hamba yang tak pernah tahu apa2 tentang penyediaan teh untuk minuman Profesor Dr. sedangkan Yati juga seorang perempuan. Pun begitu atas kesedaran jawatannya sebagai pembantu penyelidik, Yati tetap akur pada perintah biarpun semua titah perintah puan Prof. Dr.tidak termaktub dalam kontrak apatah lagi tiada kena mengena dengan bahan rujukan penyelidikan.

Gelora rasa Yati menginsafkan hambaMu, mengalir airmata Qaseh Bonda pada Yati yang tak punya ibu tempat mengadu.  Sebak dadaku menahan rasa kemarahan pada manusia bergelar Profesor Dr. Hanya pada Allah bonda kembalikan duka nestapa keluhan Yati. Tanda hormat pada kesabaran ini laluku abadikan kisah Yati untuk kita  bersama2 berkongsi rasa.

Sejarah Yati, jadikanlah pedoman untuk anak2 cucu diluar sana mengenal makna kesabaran tahap luar biasa bagi manusia yang tidak punya siapa2 untuk mengadu, kecuali Allah yang sedia menemani hambaNya ini.

Tak cukup untuk menyediakan teh, setiap kali bermesyuarat,  sudah menjadi kerja tetap menanti Yati untuk mengambil sisa2 makanan untuk dihantar kebilik profesornya yang tak sudi bersantai bersama yang lain memandangkan Prof. Dr. berimej Islamic sentiasa berjubah hitam pakaiaan rasminya tiap2 hari. Dimata ramai Prof. Dr. ini sungguh disegani sedang pembantunya merasakan diri sendiri begitu  terhina  sekali seolah2 Yati yang sedang mengutip sisa2 makanan adalah untuk mengisi perut Yati sendiri.

Aduhailah Yati!!!


Membeli makan tengah hari adalah tugas wajib Yati meskipun dalam hujan lebat Yati terpaksa berlari2.
Manakala setiap pagi dan petang menjadi rutin Yati, mengangkat beg2 berat prof. sarat dengan bahan2 kajian seorang pakar penyelidik dari laman letak kereta ke pejabat yang mulia puan Prof. Dr. Khadijah  Din bukan nama sebenar.


Mundar mandirnya Yati setiap pagi dengan beg2 berat dikiri kanan tangan dan bahu membuatkan Yati selalu berfikir sampai bila akan berkesudahan dengan segulung ijazah yang Yati ada. Faktor usia membuatkan Yati tidak berdaya untuk berhenti. Yati ingin sekali berdoa pada Allah mudah2an akan ada hendaknya kereta yang melanggar Yati dari belakang.


Subhanallah...Yati sangggup mengorbankan diri sendiri demi menyimpan angan2 yang dia kononnya dapat menebus maruahnya yang tersembunyi. Yati bermohon dilanggar kereta agar dunia membuka mata siapa sebenarnya Profesor Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar. Siasatan demi siasatan akan dijalankan dan akhirnya terbongkarlah rahsia kenapa Yati diarahkan membuat kerja yang tidak ada dalam senarai tugasnya. Tentunya cerita kemalangan Yati terpampang di dada2 akhbar dan menjadi perbualan hangat orang ramai dan secara tidak langsung Yati dapat memalukan manusia gah itu secara diplomasi.

Betulkah tindakan Yati hanya Yati yang punya jawapannya padahal keadilan  pembelaan untuk Yati  tentunya sesuatu yang belum pasti. Yati dijadikan Allah lebih sabar ketika  ini berbanding ketika dia menerima ujian lebih berat sewaktu ibunya dipanggil pulang bertemu Allah. Sudah tentu ujian kesabaran menerima kesedihan bila ditinggalkan insan tersayang lebih parah berbanding dengan menempuh ujian pelbagai ragam perangai manusia dikira mudah oleh Yati.


Hiba hati memikirkan doa yang bakal dipanjatkan Yati, namun apa yang dapat seorang ibu lakukan hanya mampu mendoakan yang lebih baik untuk Yati  meskipun Yati bukan anakku.

Mudah2an Yati mendapat jodoh yang baik dan berbakti hanya pada Allah, suami dan mendidik anak2 agar berjaya didunia bagi menempah akhirat yang abadi. Kekuatan yang ada dalam diri Yati  memunkinkan Yati untuk tidak mengikut jejak langkah Profesor Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar.

Hari ini 26.6 hari jadi Yati dan Yati menyimpan azam untuk memilih kerjaya baru dalam hidupnya. Dia bercadang memohon jawatan maid bertaraf profesional disamping dapat  menjadi pioneer dalam membantu usaha kerajaan mengurangkan kemasukan PATI ke Malaysia Yati yakin dia dapat berbakti sebagai maid yang cemerlang  berdasarkan pengalamannya mengendalikan manusia beremosi tahap tinggi. Sudah pasti dia dibayar gaji setimpal dengan ijazah yang ada disamping Yati berbakti dengan rela sesuai sekali dengan piagam  jawatan baru yang disandangnya.


Kah! Kah! Kah! Sekali sekala pandai juga Yati berjenaka.



Sungguhpun laughter is the best medicine, Yati  berjaya tidak mengamalkan konsep ketawa orang putih ini yang sesungguhnya ketawa mengundang membutakan hati .

Sebaliknya Yati memilih meminati sukan bolasepak sepenuh jiwa raga sepertimana kaum lelaki yang  bijak mengawal perasaan, melepaskan rasa dendam dan kemarahan hanya sekadar berada didalam lingkungan padang permainan.

Waka! Waka! Waka!


Memetik kata2 dalam artikel Berita Harian hari ini  bertarikh 26.6.2010  dihadiahkan  khusus pada Yati sempena hari jadi Yati yang ke 28  jatuh pada hari ini juga,

" individu sebegini munkin terpelajar tetapi kurang terdidik. Orang yang terdidik bijak memelihara emosi diri dan orang lain "


Moral dari cerita ini,
Puas kita mencari mesej dari Allah secara positif mengikut suara hati. Di akhir pertemuan timbul kesedaran sesungguhnya tempat wanita sewajarnyalah didapur menjadi tiang seri rumah cumanya berapa kerat yang sanggup menghayati disebalik dugaan hebat ini ada rahsia demi rahsia Allah yang tersembunyi.

Teringat kembali kata2 peninggalan arwah nenekku Fatimah  pada anaknya yang diceritakan  semula arwah bonda padaku sewaktu remajaku dulu. Nenek berjuang seperti lelaki  dizaman dahulu kala, zaman bintang tiga. Berpatah arang berkerat rotan nenek tetap mempertahankan fitrah hawa supaya tidak ada cucu2 perempuannya dibenarkan keluar bekerja meskipun mereka dihantar bersekolah zaman2 dulu. Cukuplah ilmu orang perempuan untuk mengurus rumah. Pantang tok nenek katanya...perempuan memang tak boleh bagi celek mata luas2..

Jelas segala2nya kini benar belaka bila perempuan terlalu pandai, dia jadi memandai2 lamtas dia  gagal  mengimbangi ilmu  bernafsu  kita sembilan berakal hanya satu lalu lahirlah peribadi seperti Prof. Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar.