Saturday, February 9, 2013

Berbaik sangka

Bukan mudah untuk kita menjangka pada musibah yang bakal melanda. Di usia menempah tua,pengalaman hidup sangat berhsrgs. Sesungguhnya belajar melalui pengalaman merupakan sekolah paling tinggi. Mana munkin kita dapat mengutip segala pengalaman sukar hanya sekadar disekolah maupun di institusi pengajian tinggi. Pemegang Ph.D sekalipun tidak dapat menampung proses kehidupan tulen yang bernama pengalaman.


Perjalanan kehidupan yang ditempuh melaluii seluruh pancaindera yang Tuhan beri. Dapat merasakan segala yang manis itu tidak semestinya boleh ditelan begitu saja manakala yang pahit jangan terus dibuang. Dalam kepahitan ada ubat paling mujarab. Diakhir kehidupan segala yang bertakhta dimata nampak sia-sia belaka.


Dalam mengakhiri bulan Rabiulawal yang menciptakan sejarah kelahiran Nabi s.a.w, inginku berkongsi pengalaman yang munkin boleh dijadikanlah iktibar pada yang mahu mengerti, makna berbaik sangka.


Paling utama berbaik sangka pada bonda. Asbabnya terciptalah kelahiran insan. Berbaik sangka bila emak kita tidak seperti mak orang lain. Mak suka berleter, mak begitu dan mak begini. Segala mak kata dipersenda. Ada yang kata mak tak senbahyang, ada yang mengadu mak sudah beberapa kali ke Mekah namun mak tetap tidak mahu  berubah. Semua kesalahan dan kehancuran keluarga disebabkan mak tak berapa nak sekolahkah atau anak yang dah terlebih pandai.


Disebalik kesilapan mak, ada cerita teladan nak dikongsi tentang seorang wanita hebat  bernama Syahida, bukan nama sebenar. Sebagai seorang ibu tunggal, Syahida hidup bersama 2 orang anak lelaki. Rumah Syahida tersergam indah. Bekas suami selalu main kayu tiga. Sudah dirujuk 2 kali namun suami buat-buat lupa. Terlerai ikatan kasih. Seperti keduanya masih sayang menyayangi, hanya takdir yang mencantumkan semula kasih mereka.


Apa yang menarik tentang Syahida, sebagai wanita yang berkemampuan. Syahida  menyediakan seorang bibik bagi menguruskan ibunya yang sudah lanjut usia. Usia lanjut setengahnya akan kembali seperti budak-budak. Emaknya dalam keadaan lupa sentiasa memaki hamun anak-anak cucu. Adakalnya keluar perkataan kotor tak munkin kita yang waras dapat menerima segala panggilan dan gelaran. Kerenah ibu tua memang memeningkan kepala bagi sesetengah orang bergantung pada what u give u get back. Syahida tabah melayani kerenah mak, seolah-olah ada kebarangkalian menimpa ibu hasil dari perbuatan mak dulu-dulu. Biarlah rahsia bagi Syahida.


Syahida memastikan setiap adik beradik berkongsi  menerima kehadiran emak dikala mak sudah dalam usia subsidi. Sungguh mulianya tindakan Syahida yang sanggup menghantar emaknya setiap sebulan sekali kerumah  abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak. Apa yang pasti, Syahida menghantar emak bersama bibiknya sekali. Tiada alasan untuk adik beradik merungut tentang kehadiran emak. Sudah disediakan pembantu mengurus hal ehwal emak, cumanya sama-samalah melihat itulah mak yang membesarkan kalian sehingga semua sudah besar panjang, selesa bersama berkeluarga. Mahu tidak mahu dalam keterpaksaan semua kena terima habuan membela mak padahal hakikat sebenar siapa lebih bertanggung jawab. Tepuk dada tanyalah hati.


Memandang Syahida terdetik dihati, itulah anak perempuan, wanita sejati. Berapakah ramai diluar sana yang sanggup bersusah payah memastikan ahli keluarga menumpang pahala. Bila giliran emak bersamanya, Syahida melapangkan masa membawa mak ke mana saja yang mak suka bersama bibiknya sekali. Bertiga mereka meronda, menjamu selera namun mak tidak pernah puas. Syahida tetap disergah, dibantah, segalanya serba tak kena bila bersama Syahida. Berbanding bila bersama anak yang masih tidak kawin sampai lewat usia, seorang penulis buku-buku ugama, emak berkelakuan berbeza. Pendiam dan baik sekali tanpa bicara. Lenanya awal, makan pun ala kadar.


Kesungguhan Syahida berbudi pada yang tidak sudi, menunjukkan betapa berbaik sangkanya anak pada emak.  Benar  Syahida, dah namanya emak,terimalah seadanya.


Moral dari cerita Syahida, sama-sama kita bermuhasabah. Kesabaran Syahida, kesetiaan Syahida, kecantikan Syahida dan kesenangannya  membawa maksud indahnya bila berbaik sangka tambahan pula pada insan bernama ibu  yang diberi  diberi penghormatan syurga itu dibawah telapak kaki ibu.


Kisah berbaik sangka sesama insan ini berlaku dalam sebuah pejabat yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Kehadiaran perempuan yang hanya beberapa kerat, menunjukkan kelemahan sebenarnya lelaki. Bila ketua itu wanita yang diberi kuasa, pengarah pemalas mengiyakan saja. Ketidakselesaan bertugas merimaskan semua pekerja. Segala tuntutan ditapis, pettycash sentiasa habis. Bila kroni bermaharaja lela,  pengarah dan ketua sememangnya  pemalas, kita jadi mangsa suasana.



Sebagai penolong pada pengarah,orang yang paling dekat dengan pengarah, sepatutnya menjadi penasihat yang baik supaya dapat memupuk suasana bekerja dengan  harmoni. Habisah bukan nama sebenar, cantik lawa sampai ke tua. Pandai berkata-kata hingga menampakkan segala kebodohan. Semua mesti mengikut telunjuknya, almaklumlah bila datang bekerja dengan mercedes, tinggalnya pula di Cinta Sayang tentunya dia punya pengaruh teristimewa dikalangan kroni yang buta hati.


Dalam kecelaruan menghadapi kerenah manusia seperti Habisah, ramai yang hilang tali persahabatan dek jarum yang dimainkan oleh Habisah. Dia megah bercerita tentang keburukan suami, kerenah anak-anak dan kesusahan silam. Jadi keliru dengan jiwanya yang tidak menentu yang tidak langsung tidak menampakkan bersyukur atas sebab-sebab diatas jua dia mampu miliki segala kemewahan. Satu-satu hari ada yang berani bertanya secara berdepan. Orang laser akan bertemu ruasnya  dengan si laser..


' Kenapa saya tengok bulu kening kak sentiasa kemas, macam sedia sudah bercelak '


Ya Ampuuun...' Ini semua salah aku masa muda-muda dulu. Aku jadi model lah kononnya...aku membenarkan seorang jurumekap belajar dari  Jepun buat tatu atas kening. Dikikisnya habis kening aku. Sebab tulah ko nampak bercelak. Aku menyesal sangat-sangat...bapa aku kejar keliling kampung. Apa nak buat dah jadi, jadilah macam ni. Aku takut senbahyang aku tak diterima.'


Astaghfirullah!!!melopong jadinya siapa yang mendengar. Padanlah tingkah laku Habisah seakan kerja  iblis yang bertopengkan manusia. Angkara Habisah ramai yang porak peranda. Timbul rasa kasihan dihati. padanlah dia jadi begini. Dimalam sunyi  dikembalikan segala kekusutan pada Dia Yang Maha Mengerti. Diceritakan perihal kerenah Habisah yang cukup membosankan.. Berikanlah yang terbaik untuk dia dan kami. Andai Hasbisah sudah tidak sesuai berada berada bersama kami , hanya Allah saja yang Maha Tahu kemana harusnya dia berada. Allah ciptakan Habisah untuk kita menghayati itulah perempuan bila kufur nikmat.


Selang beberapa bulan, semasa bercuti ke Kuala Lumpur, panggilan diterima dari Habisah pada malam-malam buta. 


' Dah, aku kena tukar ke Kuala Lumpur. Yang peliknya aku minta pun tidak tapi tak apa  En. Zakaria kata tanda rekod baiklah tu sebab tu dia tukarkan aku balik ke JPA '


Sudah lama baru ku sedar, permintaan dimalam sepi, mendapat restu Ilahi. Sesungguhnya indah bila berbaik sangka. Kita kembalikan segalanya untuk memperbaiki diri sendiri biarpun adakalanya hati sendiri yang terluka. menderita, sengsara melayan kerenah bernama manusia.  Dalam hati sentiasa mengingatkan pastinya Allah menguji jika benar kau kata kau sabar. Terimalah dugaan ini.


Dalam hidup hanya bimbang bila melihat riak wajah ibu yang sayu, bimbang kalau tersilap kata, jadi anak derhaka. Cukup takut pada kemarahan suami, marah suami tanda murka Allah. Biarlah diri ini merana sengsara dalam menempuh kerenah manusia asalkan  benih yang disemai ini dapat dibaja, disiram bersama airmata. Mudah-mudahan pohon ini pohon rendang, menguatkan akar, agar tidak mudah tumbang diseparuh jalan.


Bila akar padat, kuat dan mantap, hiduplah kalian untuk menjadi apa saja asalkan tidak lupa pada rumput dibumi.




No comments:

Post a Comment