Alhamdulillah kita masih berada dalam
bulan Rabiulawal bulan keputeraan baginda Rasulullah. Bagi memupuk rasa
cinta pada Nabi kekasih Ilahi, akan ku simpan segala catatan kenangan
sepanjang perjalanan hidup yang sudah melepasi usia 54 tahun. Berbanding
dengan usia UMNO yang melepasi 55 tahun, nama UMNO kian pudar ditelan
zaman.
Namun
begitu, nama dan gelaran bonda tetap menjadi keutamaan semua bangsa
manusia. Apatah lagi kita yang berugama Islam, mana munkin mengenepikan
peranan bonda. Nabi sendiri pernah bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim,
'
Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah
s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling
berhak untuk aku hormati.. Baginda lalu menjawab: Ibumu. Lelaki itu
kembali bertanya : Kemudian siapa? Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu
terus bertanya : Kemudian siapa? Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi
lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu'
Peranan
ibu yang tidak boleh kita nafikan. Sekurang-kurangnya ibu yang
melahirkan, membawa manusia melihat dunia. Rata-rata ibu semakin
dilupakan. Kononnya ibu tidak memberi pendidikan yang sepenuhnya lantas
hidup anak-anak porak peranda. Dari muda sampai ke tua, ibu tidak pernah
berbaik sangka, ibu aysik salahkan bapa. Ibu begitu dan ibu begini.
Mujurlah dia ditemukan jodoh dengan lelaki baik, lelaki kaya lantaran
itu dia kini sudah bahagia bersama anak-anak tercinta. terbinalah
rumahtangga kristal yang nampak cantik dimata, sayangnya berdiri teguh
pastinya tidak lama.
Begitulah
antara keluh kesah orang zaman sekarang. Dicelah-celah kehidupan penuh
kekalutan nama ibu kian pudar sepudar nama UMNO dimuka bumi tanah
melayu. Ibu dan UMNO lebih kurang sama peranan masing-masing. Tidak
perlu kita tagihkan rasa cinta dari anak-anak dan rakyat jelata.
Cukuplah kita memberi atas tanggungjawab memegang amanah Allah.
Kisah
kali ini jadi teladan. Kisah benar terpahat jadi sejarah terindah.
Walaupun sudah hampir belasan tahun peristiwa ini berlaku namunku simpan
tanda kenangan buat anak-anak cucu. Dikesempatan ini hamba rakamkan
dalam entri kali ini bagi menguatkan akar pohon nan rendang.
Masing-masing kita punya cara tersendiri dalam menagih hidayah Allah.
Saban hari kita memohon agar dikurniakn taufik hidayah. Bagi hamba yang
jahil ini, hamba memohon dikurniakan hidayah sedang hamba sendiri buta
pada maksud hidayah yang menjadi milik Allah.
Benarlah
bila sedang sihat walafiat, sakit hadir melumpuhkan suasana. Lakunan
sudah tidak sehebat dulu.Dalam sibuk mencari penawar, hamba ditemukan
dengan ustaz Lutfi sekitar lewat tahun sembilan puluhan.Dibekalkan hanya
sebaris amalan selawat iaitu selawat syifa'
sepertimana terjemahan,
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”
Beramallah
sepenuh hati selepas solat sebanyak 7 atau 11 kali mengikut pesan
ustaz. Hari berlalu namun sekali sekala, masih ada datang ganggung yang
menerpa jiwa. Bila ke doktor hamba minta surat sokongan untuk bertukar
kejabatan lain munkin tiada keserasian bila bekerja ditempat yang sama.
Ternyata doktor lebih pakar soal emosi dan ketahanan jiwa. Katanya,
kemana pun kita pergi, kita akan berjumpa dengan perkara yang sama. Kita
akan terpaksa melaluinya sekali lagi. Sebenarnya terpulang pada diri
menentukan ketahanan emosi. Kekuatan mental dan fizikal.
Akhirnya
hamba akur pada saranan doktor. Selawat syifa' tidak pernah hamba
tinggalkan, Kian hari kian terasa keseronokan dalam beramal. Bujur lalu
melintang patah, hamba bersedia melawan. Macam laungan reformasi, lawan
tetap lawan. Sampai hujung nyawa godaan syaitan menghasut kita. Syaitan
memang gemar melihat rumahtangga runtuh. Bertambah bersukarianya mereka
bila kita menjadi punca manusia hilang hormat pada ibu bapa.
Masih
terkesan pesan mak. Biar orang mengata tentang rumahtangga, kita
sepatutnya lebih kuat memaku dinding rumah supaya tidak runtuh dek
kerana fitnah. Bila anak-anak semakin meningkat usia, mereka langsung
tidak dapat membaca segala derita yang ditanggung kecuali anak yang
sulung. Satu-satu hari ketika kakak yang sulung datang berkunjung,
mengadu tentang sakit pening suaminya laluku bawa berjumpa ustaz Lufti.
Lama sudah tidakku kunjungi ustaz hebat ini. Ustaz yang berparut didahi
terkena tembakan sewaktu ikut sama berperang di Afghanistan suatu ketika
dulu. Ustaz yang boleh membaca riak wajah kita. Kelebihan ustaz sampai
boleh mengesan apa sebenarnya yang ujud diatas lelangit kita.
Subhanallah..sungguh kelebihan ustaz ini luarbiasa..
Setelah selesai urusan kakak, hamba ditanya macamana keadaan rasanya sekarang. Alhamdulillah ustaz ! ! !
Tanya
ustaz, ada tak pakai cincin emas. Tak de ustaz...lama dah tak pakai
emas. Lagipun habis semua sudah digadai untuk berubat. Kakak mencelah,
saya ada cincin belah rotan. dah lama tak guna lalu kakak memberikan
cincin padaku untuk dicuba. Alhamdullillah muat ustaz !!
Setelah
dibaca pada cincin itu seketika, lalu ustaz menyuruhku mengenggamnya.
Lebih kurang sepuluh minit. lamanya cincin emas dalam genggaman.
MasyaAllah setelah membuka genggaman, habis sebelah salutan emas, Se
akan berpasir-pasir jadinya. Sebelah bulatan cincin sudah bertukar warna
menjadi putih.
Rasa
bersalah pada kakak kerana telah menjahanamkan warna cincin emas.
Terkejut besar pada perubahan cincin emas tersebut. Macam mana ni ustaz?
Apakah doa yang dibaca ustaz lalu membolehkan cincin emas berubah
warna. Hamba yang kehairanan melihat peubahan sekelip mata itu berlaku.
Kakak pula dengan senang hati menghadiahkan cincin itu pada hamba.
Kata
ustaz, kalau mengaji arab, dah kira dapat empat senawilah ni. Blur
sungguh otak sijahil ni. Empat senawai tu apa ustaz..... berceritalah
ustaz segala kemusykilan. Saya tak tau apa-apa ni ustaz. Kata uztaz
dengan membaca Bismillah dan Fatihah saja pun kalau Allah nak orang tu
sembuh lalu sembuhlah dia.
Begitulah
cebisan kisah bersama ustaz Lutfi yang membuka pondoknya disini untuk
tatapan anak-anak cucuku sayang yang membuka lembaran sejarah hidup dan
mati untuk siapa. Hamba mengambil keputusan untuk bersara awal untuk
mengutip sisa-sisa yang tinggal. Berpeluang merasa bebas dari bebanan
tugas bekerja. Almaklumlah bagi perempuan tidaklah sehebat lagi nak
perform yang terbaik. Tambah kerenah wanita yang dibenci lelaki.
Daripada lalok dipejabat, mengata tak bertempat, konon dia lah yang
terhebat, lebih baik bersara dari bekerja. Tapi sayangnya orang tua-tua
yang memnuhi pejabat susah sungguh nak undur diri beri peluang pada
generasi menanti. Boleh dikira dengan jari kalau bekerja tip top sampai
kepetang.
Disampijng
bermuhajadah, bermuhasabah, kita lalui hari ini dengan bahagia menjadi
diri sendri. Banyak sungguh kelebihan berselawat yang menyimpan
beribu-ribu rahsia. Kita tidak dapat nak memberi hidayah cukuplah jadi
penyampai bagi yang mencari hidayah. Awal ugama mengenal Allah. Awal
hidup mengenal ibu yang memulakam langkah. Begitulah seterusnya menurut
hiraki hidup kita. Pada tahun 2008, hamba diuji lagi dengan menjadi
lumpuh sebelah badan tanpa dijangka. Tiada penyakit kencing manis,
maupun darah tinggi atau yang disabit dengannya tetapi dah nak lumpuh
lalu lumpuhlah seketika. Bermuhasabah pada kekurangan yang ada. Hamba
berkunjung ke pondok ustaz lagi.
Belum
pernah katanya dia menyenaraikan senarai panjang seperti ini untuk
mengubat seseorang. Apapun segala permintaannya sudah dipenuhi. Diakhir
rawatan ustaz berpesan, jangan lupa pada 25 sen, garam, beras dan
jarum. Saya pun minta benda yang sama, cumanya perempuan tidak sekuat
lelaki. Benda ni semua mengingatkan kita pada orang-orang miskin yang
tak mampu untuk memberi. Setidak2nya kita sudah ada beras dan garam,
buat moi untuk makan menguatkan badan. 25 sen pun kalau dihimpun
lama-lama jadi banyak. Cukuplah jarum sebagai simbol senjata kita. Jatuh
jarum kelantai pun pasti ada diantaranya yang mengena pada mereka yang
tak nampak dimata.
Subhanallah, terima kasih ustaz. Jazakallahhu khairan kathira.
Berselawatlah
secara konsisten. 10 pagi sepuluh petang. Kita naikkan dari masa
kesemasa hingga sebati dalam jiwa. Sekali kita berselawat, Allah
gandakan 10 kali. Begitulah ganjarannya yang sentiasa dilipatgandakan
dari masa kesemasa.
No comments:
Post a Comment