Thursday, February 21, 2013

Doa dan Restu - Tuan Guru Hj Salleh Bin Hj Musa



Sempena menyemarakkan bulan Maulud kali ini, ingin hamba rakamkan sejenak bersama kuliah tuan guru Hj Salleh bin Hj Musa.

Sudah lama mendengar nama ulamak tersohor ini namun tidak pernah berkesempatan menemui beliau secara peribadi jauh sekali untuk melihat wajahnya dari dekat. Alhamdulillah takdir telah menemukan hamba sempena sambutan maulud malam tadi.


Syukur pada Allah dan selawat salam pada junjungan Nabi s.a.w. pada seluruh keluarga dan para sahabt baginda. Usia tuan guru sudah melepasi 84 tahun. Kesungguhan beliau berdakwah, memegang amanah Allah menyentuh hati siapa saja yang hadir mendengar. Kekuatan fizikal dan mental tuan guru sungguh luar biasa jadi inspirasi para pelapis meneruskan wadah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.


Setiap penceritaan tentang kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w membuatkan tuan guru menitis air mata. Setiap kali tuan guru mengesat airmata dengan sapu tangan hijau. hamba yang mendengar sambil melihat  turut merasakan hibanya hati atas kealpaan diri sendiri. Tidak putus-putus  tuan guru mengesat airmata, bertambah pilu rasa didada.  Menceritakan saat gemilang kehadiran Rasul terbilang. Baginda membawa kasih sayang, membawa rahmat pada seluruh alam, membawa iman dalam kesempurnaan akhlak dan pemberi syafaat pada umat baginda.


Entri kali ini khusus bagi mengenalkan tuan guru pada anak2 cucu. Pengorbanan tok guru menghidupkan sunnah bagi menegak hukum Allah dibumi tercinta. Ulamak tersohor, sukar ditemui dewasa ini hanya boleh dibilang dengan jarisanggup berdakwah sampai hujung nyawa. Tuan guru  sudah ranum usia masih boleh berjalan sejauh 3 km lebih untuk turut sama dalam Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di KL dan mengimamkan solat dalam Stadium Suka Menanti sempena perhimpunan kebangkitan Rakyat di Kedah Darul Aman.


Tuan guru tidak ingin sama sekali katanya, generasi baru terlalai dek ucapan Salam 1Malaysia.Sudah semakin pupus kalimah Assalamualaikum Warahmatullah.Bersama dalam kuliah tuan guru hampir 2 jam malam tadi, airmata tidak tertahan lagi. Kaedah tuan guru memupuk rasa cinta pada nabi sungguh terkesan dihati. Cinta sesama insan membawa kita dekat dalam mengenal Tuhan. Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia kasihkan diri sendiri. Tidak lagi sempurna imannya selagi dia tidak mencintai nabinya lebih dari dia mencintai dirinya sendiri.


Semalam, 20 Februari, hari Rabu, hamba bertekad mengunjungi Tok Guru. Entah apa gerangan naluri hamba begitu kuat mencari dahan untuk berpaut,  mengadu pada yang tahu, mengangkat permasalahan umat Muhammad. Menemui tuan guru tersohor adalah sesuatu yang sukar bagi hamba orang jahil.. Tuan Guru bukan saja saban hari sibuk dengan kuliah bahkan bila sudah ternama seantero dunia, tentulah jadual tok guru  padat.


Hati mula berbolak balik bimbang kecewa dipertengahan. Sokongan kuat dari suami hamba sanjung tinggi. Bersama Adam, kami menuju keMADRASAH ARRAHMANIAH Sik,Kedah. Perjalanan waktu petang membuai qalbu sambil hati menyanyi-nyanyi, aku pergi kerana Allah, berjumpa tok guru kerana Allah. Perjuangan ini kerana ALLAH. Tidak takut dan tidak gentar, Allah ada.


Sepanjang jalan kenangan, kami disapa rumput jalanan. Berhenti seketika bertanyakan dimana gerangan pondok tok guru. Tiba di Madrasah hampir berkumandang azan Maghrib. Bergegas menuju kemadrasah, berjemaah dengan  penghuni Madrasah tok guru. SubhanAllah, bagaikan tidak percaya, hamba bersama Qariah tuan guru, bersalaman sesama insan, yang mana kita semua  menumpang teduh didunia fana. Bezanya antara kita, mereka terlalu istimewa, jauh dari godaan dunia.


Selepas solat, kami berlegar disekitar kawasan madrasah, tercari-cari rumahnya tuan guru. Terima kasih pada semua yang baik budi, termasuk anak tuan guru menunjuk arah. Alhamdulillah, bagaikan bulan jatuh ke riba, tuan guru seakan menanti kehadiran kami bertiga. Betapa kalimah tauhid, Bismilahi tawakkaltu A'lallah menjadi pegangan tauhid, lambang kekuatan bekalan insaniah.


Tanpa gangguan berbicara, tanpa kerenah birokrasi, kami dilayan dengan rasa bahagia dihati. Walaupun pada mulanya tuan guru agak serius, almaklumlah hadir tanpa protokol, tanpa temu janji, tanpa ilmu cuma berbekalkan niat berani kerana benar. Setelah menceritakan segala hajat, jelas terpancar diwajah tok guru yang semakin selesa dengan kehadiran kami. Tuan guru mula bercerita tentang suasana semasa, politik di Kedah termasuk di Sik sendiri semuanya sudah jadi tidak menentu. Tuan guru seronok bercerita sambil tersenyum simpul, bercerita tentang kezaliman yang menimpa rakyat dan bagaimana hubungannya dengan DSAI. Bermunajat bersama DSAI hingga kepagi.


Restu dan doa tuan guru akhirnya kami genggam bagaikan azimat buat bekalan kami menuju destinasi. Tuan guru berpesan, 

" berjuanglah dengan ikhlas. Buatlah sesuatu itu dengan betul, dengan niat LILLAHITA'ALA.Tak apa,
pergilah, pergilah diulang berkali-kali dan kirim salam kat Anwar banyak-banyak. Dia faham dah tu "   


Hamba yang jahil ini tidak lupa maklumkan pada tuan guru, saya bernazar esok kalau saya dapat jumpa tok guru hari ini. Tidak lupa Adam mendapat sentuhan tuan guru. Adam disuruh mengadap Qiblat lalu tuan guru mendoakan diubun2 Adam. SubhanAllah, syukur Alhamdulillah. Sepanjang jalan kenangan yang tidak munkin padam bila merasakan dalam hati ada taman. Berbunga-bunga rasa cinta dalam dada. 

Sah siddiq mengajar aku, Love all, trust a few, do wrong to none. Bagaikan hilang segala yang terbeban. Kami beredar dengan rasa puas. Kepuasan zahir tidak terucap. Peninggalan postimg ini khusus tatapan anak-anak cucu mengenal makna tauhid.


Pagi-pagi lagi hamba mula google mencari-cari nama Tuan Guru HJ Salleh Bin Musa, insan  yang dimuliakan dari dunia sampai akhirat. MasyaAllah, hebatnya insan yang ku temui malam tadi. Menatap gambar-gambar tuan guru bersama nama-nama besar, para ulamak tersohor, seperti semalam ku bermimpi melihat satu bintang. Hamba yang kerdil  lagi jahil dapat bersama bersua, bersama bercerita dimeja bulat sambil senyum dan ketawa tanpa suara.


Thank You Allah. 


 




 

No comments:

Post a Comment