Friday, February 8, 2013

Mutiara Cinta

Hari ini hari Jumaat terakhir dalam bulan Rabiulawal. Penghulu bagi segala hari menyimpan rahsia kelebihan berganda bila beramal ikhlas pada hari Jumaat.Ikhlas bukan milik manusia memberikan ukuran. Ikhlas bagaikan melatanya semut hitam, diatas batu hitam dalam kepekatan malam. Penentu pada amalan ikhlas, rasa bahagia tanpa dipaksa. Beristiqanah dalam beramal. Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Dipenghujung usia kita bertemu maksud bercinta,

“Love all, trust a few, do wrong to none.”


Alhamdulillah, dikesempatan ini cuma tinggal beberapa jam saja lagi Jumaat terakhir bulan Rabiulawal  berlalu pergi. Seperti kata ustaz Azhar Idrus, ikon anak-anak muda Malaysia, bagaimana tanda kita kasihkan nabi. Orang-orang melayu lebih kenal JWW Birch, lebih tahu bila Mahatma gandi mati, lebih kenal senarai para menteri, lebih arif tentang sejarah dunia.


Antara menjawab soalan mudah sejarah Nabi junjungan  perlu diketahui oleh anak-anak cucu dan sematkan diqalbu.


Antaranya, bilakah Nabi Muhammad s.a.w lahir, Bilakah wafatnya baginda. Dimana baginda dilahirkan dan dimana pula baginda wafat. Senaraikan nama para isteri nabi dan anak-anakanda baginda. Senaraikan antara 10 sunnah yang ditinggalkan dan namakan antara 10 sahabat Nabi yang dijamin syurga.

 Banyak lagi persoalan yang melakar diminda yang mana semakin kita mengkaji semakin rindu mengidamkan mimpi bertemu baginda.Istilah cinta berkata, kau kata kau cinta, hanya aku saja. Bagimana pula tanda kita kata kita cintakan Nabi.  Sejauhmana pula kita mencintai baginda. Kekasih hilang entah kemana, makan tak lalu tidur jadi tak lena.  Nabi kasihkan umat tiada penghujungnya, setia menanti kehadiran umat hingga ke alam akhirat.


Sampai waktunya yang kita kasih, yang kita cinta akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Nabi tidak tinggalkan umat begitu saja. Pesan baginda melalui sunnah sematkan didada. Antara yang terhibur bila surah Al Mulk  di jadikan teman setia. Al Mulk sama sekali tidak akan meninggalkan peminatnya  sepertimana sabda baginda Nabi s.a.w. 
  
' Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur '
 
'Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya '



Ingatlah pada wasiat Lumanul Hakim pada anak-anaknya,

Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.  Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.


Wahai anakku !  Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.


Hanya tinggal beberapa orang saja lagi ulamak tauhid lagi zuhud yang boleh dikira dengan jari. Andai tidak berpeluang menerima sentuhan risalah perjuangan mereka, terimalah sesuatu ujian dengan dikembalikan salah silap atas diri kita sendiri nescaya ada jawapannya menjadi insan sabar.

No comments:

Post a Comment