Thursday, January 20, 2011

Mencari sakinah

Sudah lama tidak bertemu Sakinah. Bukan tidak sudi bertemunya lagi. Belum berkesempatan. Kini aku sudah bersedia untuk melebarkan khidmat masyarakat seantero negeri.

Lama sudah Sakinah mencari. Dia tidak pernah jemu bertanya kabar melalui SMS. Untuk tidak menghampakan harapan Sakinah kali ini, akhirnya sampai juga aku di villa rumahku syurgaku milik Sakinah. Villa yang sudah lama tidak ku kunjungi. Hampir  3 tahun aku tidak bertemu Sakinah kerana aku sendiri sedang mencari sakinah. 

Berbual dengan Sakinah seperti mengembalikan rasa sakinah dalam hati. Beruntung Kinah diberi nama Sakinah. Awal nama pun sudah menampakkan jiwa yang tenang.  Kami sama2 berkongsi rasa, berkongsi pengalaman kisah hidup masing2 bilamana  sudah bertemu sakinah. Usianya yang lewat empat puluhan sudah menampakkan kepuasan dalam hidup.

Sakinah tidak bersungut bila tiada simpanan duit kecil. Esoknya dia bersusah payah menukar siling 5 sen banyak2 untuk siap sedia pada temujanji kami yang akan datang. Kalaulah ramai wanita2 kaya diluar sana yang bijak mengendalikan nafsu seperti Sakinah pasti rumah tangga berkat dan aman. Wanita yang kaya didunia disamping beramal dengan ilmu akhirat, memang sejuk mata memandang, tiada airmata penyesalan tidak juga sebak bila bercerita bahkan jelas di wajah rahsia hatinya sakinah.

Hamba doakan Sakinah sihat sejahtera bersama keluarga tercinta dan kehidupan Sakinah bahagia dari dunia sampai akhirat.

No comments:

Post a Comment