Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, October 1, 2010

Modal percuma

Modal percuma yang diberi Allah ke atas kaum Adam dan Hawa adalah nyawa. Berniaga dengan Allah, untung rugi memang tak nampak dimata. Juga tak dapat dihitung dengan jari apatah lagi nak diukur dengan mata wang. Cukuplah matahati yang dapat menentukan sejauhmana kelancaran perniagaan kita dengan Allah. Bila dirasakan segala gerak hati mendapat restu Ilahi menandakan hati ini tidak berpaling lagi untuk menabur budi semata2 kerana Allah.

Kehadiran nyawa memang tiada siapa yang peduli ibarat perjalanan arus elektrik. Bila tiba2 padam seisi rumah kelam kabut seperti dunia sudah kiamat. Satu daerah sunyi dan sepi. Satu industri lumpuh samasekali bila tenaga elekrik padam tiba2. Satu Malaysia se akan mati bila siang bertukar kelam.

Betapa dunia orang2 moden begitu takut pada saat kehilangan cahaya ciptaan manusia sedangkan bagi orang2 miskin panas sejuk itu sama maknanya dengan hidup ataupun mati.

Nyawa ciptaan Allah ini milik siapa. Milik Ana. Rasanya masih tak terbayar lagi hutang ana pada insan yang melahirkan. Dia tak minta apa2 pun pada ana. Selama lebih sembilan bulan dia bawa ana kesana kemari buat kali terakhir dia kandungkan anak. Dengan harapan anaknya kali ini dapat merawat hatinya yang parah. Bukan kepalang sakitnya dia. Setelah sorang2 anak dilahirkan namun masing2 membawa misi yang berbeza bila sudah dewasa.

Dia selalu bilang nama ana bermaksud buah hati. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun sehinggalah ana juga sudah tua seperti dia. Dia tetap menemani ana sampai hujung nyawa. Betapa banyaknya pesanan pusaka orang2 melayu yang ditinggalkan. Ana bersyukur dia pulang menghadap Tuhan dalam pangkuan ana.

Hancur luluh hati ana tiada siapa yang tahu, Ana menagih, meratap pada diri ana sendiri. Namun tiada juga pertolongan yang sampai. Ana sedar ana sedang diuji dengan kesusahan, dengan kesakitan. Mudah2an segala kepayahan ini merupakan kifarah buat ana. Bukan tanda dia tak cinta ternyata dia terlalu mencintai ana sehingga tak sanggup ana dibuai syurga dunia. Dia yang mengajar ana untuk memulakan perniagaan dengan Allah. Cukuplah dia yang kaya raya kerana dia lebih tahu mengendalikan soal2 dunia. Kehadiran ana bersama dia melengkapkan misi Adam dan Hawa.

Alhamdullillah biarpun belum pulih sepenuhnya ana bangun semula untuk meneruskan warisan pusaka orang2 melayu.


' Ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari '

Berjuta batu jauh mana pun kita berada, tujuh lautan sekalipun telah kita harungi sama sekali tidak berjumpa bahagia selagi belum berbayar hutang pada yang bernama ibu.

Benar...adakalanya mereka juga tidak sempurna. Kita kena ingat misi kita dengan mak dan bapa adalah berbeza. Tidak wajar kita jatuhkan hukuman ke atas ibu bapa.Tanggungjawab anak2 adalah untuk menebus ibu bapa ke syurga andai ada kesilapan dan keterlamjuran perbuatan dan perkataan.

Meskipun dewasa ini orang2 berada khususnya, berlumba2 meletakkan bayaran yang mahal untuk mengeluarkan satu nyawa. Sudah jadi tradisi  menemani si isteri dalam dewan bersalin bagi turut sama merasakan betapa siksanya wahai isteri yang berbakti hanya pada sang suami lalu mulai saat itu si suami setengah mati taatkan isteri kononnya tidak terbalas segala jasa mengeluarkan nyawa anak tercinta.

Mesej dibalik tabir...begitu jugalah siksanya ibumu dulu, nenekmu dulu2, moyang2 dahulu kala..yang serba daif dalam melahirkan. Mampukah kita membiarkan pengorbanan mereka berlalu begitu saja.

Apakah kesenangan di perolehi adalah dengan usaha tanganmu semata2....jangan ingat kehadiranmu datang   bergolek begitu saja tanpa susah payah. Mana munkin ada professor kalau tak ada guru darjah satu. Mana munkin ada al hafiz kalau tak ada tok2 lebai pondok. Mana munkin ada pokok2 besar kalau tak ada rumput2 liar yang membantu mencengkam bumi. Mana munkin ada orang2 kaya kalau tak ada doa orang2 miskin , mana munkin ada pakar perbidanan kalau tak ada bidan2 kampung yang terlebih awal memberi khidmat masyarakat secara rela.

Segala2nya jadi tidak munkin kalau tiada ibu yang memulakan kelahiran insan.

Kita manusia semua baharu. Cukuplah sekadar berpesan2 ke arah kebaikan dan berpesan2 dengan kesabaran. Sama2lah kita meletakkan fitrah kejadian Adam dan Siti Hawa dilandasan yang betul. Meskipun adakalanya Hawa berperanan seperti Adam dan begitulah juga disebaliknya.

Paling tidak bila kita terus berdiam diri demi sebuah ikatan suci, kita dianugerahkan Cinta Adam dan Hawa terbit di syurga.

Pokoknya hendaklah belajar menghargai nyawa yang Allah beri. Sentiasa mengingatkan diri yang Allah tidak jadikan kita sia2. Ada sebab di jadikan begini di jadikan begitu. Dikaya rayakan dan ada yang dimiskin hinakan demi mengenal erti ikatan Qaseh sayang. Saling berpautan umpama aur dengan tebing.

' Bagaikan aur dengan tebing, kita mengatur langkah se iring '

Berniaga dengan Allah untungnya berlipat kali ganda. Berselawat sekali, Allah beri ganjaran sepuluh kali. Berselawat sepuluh kali Allah gandakan seratus kali. Segala kebajikan pahalanya digandakan asalkan tidak meminta balasan. Segala gerak geri diperhati dan diperhitungkan walau sebesar zarah  sekalipun amalan bukan manusia mentafsirkan. Ada malaikat yang diutuskan bagi semua urusan. Kayu pengukur samada ikhlas atau tidak amalan dan perbuatan bergantung pada doa dipohon semakin hari semakin mustajab.

Bila hati berbunga2 di kala kaya maupun miskin dirasakan sama sahaja. Semuanya jadi indah belaka. Kita boleh hidup dalam keadaan mana sekalipun. Yang penting cahaya dihati terus menyala2 laksana permata. Terbit sinar dari dasar lautan, terpancar cahaya meskipun jauh dipuncak gunung, Andai tercampak kelembah sana, kilauan permata tak munkin luntur.

Untuk merasai nikmatnya cinta rebutlah peluang berniaga dengan modal percuma ini.

Nyawa modal percuma paling berharga.Talian hayat berantai menuju bahagia sampai syurga.

Al Fatihah kepada yang terlebih dahulu mendahului kita.















Wednesday, June 23, 2010

Empayar minda

' Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora, hati mana yang tidak pernah merana, jiwa mana yang tidak merasa sengsara '

Apa yang menimpa membuatkan minda menjadi kuat untuk bertindak mengisi perisian ke arah lebih  positif. Tepis aura negatif  dengan berzikir mencari Allah.

Suara hati yang dalam selalu ternanti2kan bahasa rendah diri kepada Allah.

'Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah' Kalimah yang sepatutnya menemani kita  sungguh2 .

Kembalikan segala kepayahan dan segala kesenangan yang ada pada Allah. Hanya Allah yang berhak menguruskan segala ketentuan yang kita miliki.

Sesungguhnya manusia menunjukkan kelemahan maupun kelebihan adalah diatas kehendak Allah dan Allah bertindak mengikut apa yang ada didalam minda.


Tuesday, January 12, 2010

Berkata benar

Mak selalu pesan...dalam apa keadaan pun kita hendaklah bercakap benar.

Mak tetap memegang teguh pada prinsip berani kerana benar...mak berani mempertahankan siapa saja demi menegakkan kebenaran. Mak sanggup disisih.

Memang benar dalam kekuatan ada kebenarannya...dan kita kena tunjuk kuat juga kadangkala.

Sungguhku tak mampu...

' Cukuplah Allah sebagai pelindung, Dia Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.'

Siapalah hamba nak dibandingkan dengan mak yang kuat dan tabah...

Aku bersyukur mak dimatikan dalam keadaan miskin..dalam kemiskinan harta.

Nabi S.A.W. ada bersabda;

Ya Allah ya Tuhanku..Hidupkanlah aku sebagai orang miskin, matikanlah aku sebagai orang yang miskin, bangkitkanlah aku bersama kumpulan orang2 miskin.

Friday, December 25, 2009

Yang indah itu bahasa...Bahasa Arab..Bahasa Nabi...Bahasa Quran..Bahasa Syurga

Puji dan syukur kembali kepada Allah yang masih memberikan modal nyawa untukku berniaga hari ini.
Ya Allah ! Ya Allah ! Ya Allah! sebutlah Dia banyak2 pada hari penuh keberkatan ini.

Ustaz yang berjuang di Afghanistan ini menegaskan:

' Orang Cina awal2 pagi dah tunggu depan pintu bank....berebut2 berurusan tentunya soal2 duit. Kita orang melayu ni apalah yang ada nak kita simpan..nak main saham jauh sekali...dah tu nak buat apa kita hidup...macam ni lah! ! Allah bagi modal nyawa untuk kita berniaga...kita masih boleh berniaga dengan Allah bahkan pahalanya berlipat kali ganda...kita boleh menyimpan saham untuk akhirat..di waktu2 sepi orang berselimut...kita bangun tempah syurga...mengira2 apa yang kurang dalam diri...berapa banyak dah aku bersedekah amalan hari ini untuk mak bapa...kita zikir banyak2 seolah2 kita sedang menanam pohon2 syurga untuk dinikmati anak cucu kita nanti...berapa Qul dah aku baca...semakin banyak kita mengumpul kita dapat rasa yang kita semakin kuat dari hari ke hari...kita tetap kuat untuk hidup'


Cukuplah rasanya jika hidup ini jadi papan tanda. Pesananku pada anak2 cucu seandainya sesat di perjalanan sehingga hilang arah tuju dan adakalanya jika sepi menghantui kunjungilah lamanku ini sekali sekala. Sekadar menghilangkan penat dahaga.

Sesungguhnya aku benci melihat orang yang ala2 alim...cakap macam beragama sayangnya tak sanggup menerima hakikat ketuaan dengan rambut yang penuh uban...selagi di cat rambut itu usah bicara tentang perjuangan dan keadilan. Cemburu pula hati ini pada Ustaz Tee dan Ustaz Ravi yang faseh berbahasa Arab...nak belajar rasanya akukah yang terlewat...laluku hantar pelitaku ke Sekolah Arab...menyambung nikmat.

Kita kena pandai membenci baru kita bijak mencintai.

Kata Ustaz lagi:

' Orang sekarang nak hadiahkan Fatihah kat mak bapak sekali pun susah..'

Aku anggap itu booster dari ustaz untuk mengukur amalan supaya tidak lupa pada ibu bapa walaupun mereka telah lama pergi meninggalkan kita...ibu bapa adalah wali keramat yang menemani dalam diri andainya anak2 tak lupakan dia....sejak itu bukan saja sekali bahkan berkali2....malahan adakalanya sampai beratus2 kali...memberikan kita satu nikmat bahagia yang terhitung dek akal bila mana kita telah menyempurnakan tuntutan.

Di ceritakan juga, orang2 yang dah mati ni seolah2 ditempatkan didalam gua yang gelap gelita. Ternanti2 saban hari hadiah2 amalan dari anak2...seperti kekasih yang menantikan surat cinta yang tak kunjung tiba...malaikat datang membawa uncang kabar gumbira...lalu kilauan cahaya pun menjelma seketika...bayangkan jika mak bapa kita yang sedang menanti? Bukankah pilu rasa dihati???

Al Fatihah.

Kelebihan agamaku hanya ada satu bahasa dalam solat yang tidak kita jumpa di mana2 agama.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Paling sedih bila ada orang melayu tak mampu terjemahkan makna melayu dalam dua kalimah syahadah.

Apalah sangat BI tu...BInya jadi hebat bila orang melayu itu faseh berbahasa Arab.

Dekatilah insan pendiam yang hebat wahai anakku untuk mengutip ilmu hikmah diam.

Tuesday, November 17, 2009

Madu di tangan kananmu...racun ditangan kirimu...

Memang susah nak kenal manusia...cukuplah kita mengenali siapa kita dan insan yang kita cintai sepenuh hati saban hari.

Kasih sayang jadi penawar bagi hati.

Manusia hari ini sibuk mencari madu untuk dijadikan penawar bagi penyakit yang menimpa...mampukah mereka mendapatkan yang asli...semuanya penuh dengan madu tiruan yang boleh dibeli disana sini.

Madu penuh khasiat...pada masa yang sama renungkanlah hadis nabi yang ada juga menyatakan celaka lah rumah yang tidak menyimpan cuka.

Cuka merosakkan madu...ada apa dalam cuka?

Nabi pesan rumah kena simpan cuka...celaka rumah yang tidak menyimpan cuka dan nabi paling suka sambal cuka.

Ada rahsia dalam cuka.

Ada nikmat kalau rasa pada sambal cuka..pembuka dan penutup selera hawa dan nafsu.