Thursday, January 28, 2010

Apabila isteriku ketawa

Kata sesetengah orang nak kenal pasangan yang dalam kereta tu samada suami isteri mudah saja.
Bila sama2 masam tu tandanya suami isteri...bila kejap2 senyum kejap2 ketawa tu tandanya dot! dot!dot!

Munkin ada kebenarannya tapi taklah semua...kebanyakannya memang begitu.

Orang Melayu memang macam tu....yang peliknya bila dengan kawan2 gelaknya dengar sampai ke Seberang.

Salah siapa???

Salah persekitaran, pendidikan dan segala macam asas keturunan.

Perangai berbentuk subjektif...boleh diubah dan ditokok tambah...jangan salahkan ibu bapa kalau kita tak pandai bergurau...persekitaran boleh mengajar kita untuk menjadi lebih baik, lebih dewasa dari usia...menjadi lebih waspada...apa kata kita yang ubah diri menjadi seorang yang harmoni.

Belajar dengan orang yang pernah buat kita bahagia...lalu tercipta keindahan bila kita boleh membahagiakan orang lain lebih2 lagi boleh membuatkan suami kita ketawa.

Bukan mudah bagi isteri untuk mencetuskan emosi suami untuk ketawa.

Ada rahsianya bagi yang mahu belajar untuk membahagiakan.

Masih ada pasangan bergurau senda suami isteri, bercerita tak berenti, adakalanya si isteri pun menyanyi.

Apalah salahnya kita ciptakan kelainan demi kebahagiaan bersama.

Tuesday, January 26, 2010

Fana dan Baqa

Entah kenapa hati ini tertarik untuk menulis tajuk fana dan baqa bagi entri hari Selasa. Tiba2 terasa sebak didada menahan airmata pada tajuk kali ini. Gerangan apa yang meruntun jiwa hanya Allah sahaja yang tahu.

Cukuplah dihabiskan ayat dengan kata2 peninggalan seorang tokoh sufi;


'Aku tahu pada Tuhan melalui diriku hingga aku hancur, kemudian aku tahu padanya melalui dirinya maka aku pun hidup.'

Saturday, January 23, 2010

Syurga Idaman

Semua peserta kursus diwajibkan beriadah pagi2 buta...biasalah ramai yang nak membuta...yang hadir pulak yang dah tua2...tambah yang berjawatan tinggi lagilah liat bila diikat dengan peraturan...ada kelainan pada kursus kali ini bila pegawai penyelaras kursus dengan sopan mengingatkan semua pada waktu syuruk....jadi, siapa2 yang berhajat nak solat sunat Isyrak dan Sunat Dhuha di benarkan menyempurnakan niat masing2.

Alangkah bahagianya bila ada pegawai muda seperti dia...seronoknya bila ada orang2 berilmu dan beramal.

Teringat kembali pada bos lama sewaktu turun padang dari Kuala Lumpur melawat anak2 buahnya disini...Dengan nada tegas dia menegur adik2 kakak yang masih belum lagi bertudung.

' Saya nak ingatkan pada kamu2 semua yang tak bertudung...bila lagi nak bertudung...selaku ketua jabatan saya kena tegur..supaya saya terlepas dari tanggungjawab kerana tak mengingatkan kamu semua.'

Waduh2...garang giler bos ini...memang bos kena tegas pada kemunkaran...selebihnya bak kata Nabil;

' Lu pikirlah sendiri '

Ada lagi kah bos yang macam ni...memang dia nampak ja garang...tanpa selami hatinya dulu...dia terlalu baik buatku...susah nak cari bos yang macam ni...mudah2an ada!! Bos muda pun dah bijak mengingatkan dengan halus pekertinya pada yang tua2 tentang kelebihan mencari rezeki bila terbitnya matahari.

Mudah2an ada bos2 yang peka pula tentang hukum zakat...bila bos arif tentang zakat, dia tentu nak kongsi dengan anak2 buah kelebihan menunaikan zakat...selain mengingatkan semua untuk menabung...apa salahnya mewajibkan potongan zakat. Jangan sampai nakhoda membiarkan kapalnya hilang arah punca.Tidak semua kita lahir dikalangan anak2 orang alim dan berilmu..tak kira bekerja dengan kerajaan maupun swasta..pendapatan berkat dengan berzakat.

Hidup dengan berniaga sahaja boleh cipta kekayaan..meneroka dari satu lembah ke satu lembah...membina empayar kekayaan...dapat mengembara serata alam...usahawan berilmu tentunya berlumba2 mengeluarkan zakat..tak terkecuali ramai usahawan jadi Sa'alabah...

Selagi jadi orang gomen..jangan mimpi nak jadi kaya raya dan kena selalu ingatkan diri bukan kekayaan yang dicari...beruntung menjadi orang2 'yang terpilih' melaksanakan tugas2 seperti tugas2 para2 malaikat...meraih qaseh sayang Allah dengan khidmat ikhlas.

Kita mencari 2 perkara yang tidak ditemukan dalam 1 masa didunia yang fana ini.

' Kesenangan dan Kebahagiaan '

Sesungguhnya kesenangan dan kebahagiaan ada di syurga.

Friday, January 22, 2010

Don't be sad...

Kemana hilangnya pagimu yang indah


Pada yang sedang berduka lara
usah cepat berputus asa
munkin esok entahkan lusa
siapa tahu
apa yang terjadi sekadar menguji
kemana hilangnya pagimu yang indah
SERONOK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Alhamdulillah
bukankah itu lebih bahagia
lebih ceria
lebih bermakna
teruskan perjuangan
melawan makan
La Tahzan
jangan bersedih
jangan makan2
jika benar apa dikata
apa ditulis
apa dicerita
kemana hilangnya pagimu yang indah
Kembalikan keceriaan selepas Jumaat
bersama satu semangat
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau tentu boleh melakukan
jika kau fikirkan ragu2
usahamu tidak menentu
masa penentu segalanya
kembalikan pagimu yang ceria

Thursday, January 21, 2010

Duri2 jalanan ini

' Alkisah sudah dipenghujung bekerja baru teringat nak berzakat...itupun setelah di tarbiyah oleh ustaz Ishak betapa tingginya makna dalam berzakat...aku ingatkan kena cukup duit dulu baru nak berzakat. Jahilnya hamba wahai Tuhanku...Ampunilah hamba diatas kealpaan ini.
Alhamdulillah setelah mendapat hidayah, aku pun mula berzakat dan mengajak kawan2 yang sudi untuk turut sama potong gaji demi zakat. Sebagai kakitangan yang bertugas secara langsung dalam urusan bayaran gaji, baru aku sedar tak sampai 2% staf yang memotong secara terus...munkin mereka membayar dengan tangan mengikut perkiraan tahunan...Alhamdulillah jika begitu...


Aku kira disinilah puncanya segala kebuntuan orang2 yang berpendapatan tetap yang tak pernah cukup2 biarpun dinaikkan gaji dari masa kesemasa...punca rasuah menular menjadi darah daging....bila ramai yang berpendapatan tetap tak ingat mengeluarkan zakat...menunaikan hak ke atas Asnaf. Hilang arah punca dibebani hutang keliling pinggang...sempit yang tidak berkesudahan...wal hasil balik asal, mereka2 yang berpendapatan tetap kembali semula ke pejabat zakat, menuntut wang zakat demi meneruskan persekolahan anak2.


Tanya pada diri...betulkah tindakan itu?


Bila anak nak meneruskan pengajian, kini tiba giliran aku untuk ke pejabat zakat...berat rasa di hati...kata orang macam buruk siku...dah bagi minta balik....pun begitu aku tiada jalan lagi melainkan menagih wang zakat demi anak...tak tergamak lagi rasa dihati...setelah menerima borang yang perlu ditimbalbalas oleh pak Imam di kawasan sendiri, aku jadi malu dengan pak Imam, jiranku yang pastinya tidak percaya dengan kedaifan aku...sedang aku paling suka buat jamuan makan untuk kanak2 dan jiran2....malu pada Allah lebih lagi...siapalah hamba ini wahai Allah...sehingga sanggup merampas hak orang2 yang tidak berdaya...dalam pada aku berbelah bagi...aku bertemu kawan baik..pengusaha stesyen minyak shell...dengan selamba dia bercerita yang dia baru balik pejabat zakat untuk belanja anaknya dan anak buahya sekali...susah apa...pak Imam boleh kautim. Orang bukannya tahu siapa kita...saya nak ke Johor ni hantar anak2...minyak dengan tol dah beribu...tu yang saya ambil duit zakat untuk anak nak belanja.... Subhanallah!!!apa dah jadi bila orang kaya dan berpendapatan tetap pun berlumba2 memanjat pejabat zakat.


Melopong aku mendengar cerita ramai orang2 yang tidak berhak pergi menuntut wang zakat...memanglah aku akui mereka pun munkin susah seperti aku yang nampak memang macam bukan orang susah...tapi susah kita adalah diatas kesilapan kita sendiri....siapalah aku nak berceramah dengan taukay minyak...biarkanlah segalanya berlaku...bagiku mudah saja..mulai hari ini dengan izin Tuhan tidakku tagih duit zakat ini...menambahkan kebencian dalam diri sendiri... kerana aku bukan fakir miskin yang menadah tangan...aku adalah hambaMu yang hilang arah tuju..Ya Allah...jangan Kau bolak balikkan hati ini setelah Kau berikan petunjuk.


Aku rela meminjam along dengan bunga yang tinggi asalkan aku tidak menzalimi diri orang lain...biarlah duit itu duit haram...Allah lebih tahu bahkan Maha Tahu kenapa aku jadi begini. Aku bermohon pada Ilahi agar aku diberi keupayaan membayar hutang2ku ini...biarpun dihimpit kesempitan yang amat sangat, aku masih mampu tersenyum dan gembira.'

Apabila kasih pada Allah bertambah terbuka tabir dari dunia ini yang sesungguhnya Cinta kepada Allah dan Nabi di iringi oleh kemiskinan, kesusahan, kesulitan dan kepayahan..ketabahan pada cinta paling Agung membuatkan aku masih boleh bahagia bila tak berduit.




Moral of the story;

' Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat '

( Al Baqarah: 110 )

Sepertimana diwajibkan sembahyang...wajiblah berzakat bila sudah berpendapatan tetap..berzakat membuat kita sentiasa cukup dengan apa yang ada di tangan. Kecapilah nikmat kelazatan dalam menunaikan zakat diwaktu muda belia...waktu tidak menunggu kita...sebelum datang waktu tua...sebelum datang waktu sakit...sebelum datang waktu sibuk, sebelum datang waktu miskin...dan sebelum ajal tiba...kena ingat pada kesusahan fakir miskin...pastinya Allah mengingati kita pada setiap waktu yang bakal menyapa.


Kalau income tax kita memang dah tak boleh lari...kena denda kalau tak bayar...lain pula dengan zakat...memanglah tak payah nak susah dengan zakat...tapi kita kena ingat...sembahyang kita tetap kena sembahyang..kenapa aku wajib sembahyang...begitulah juga kenapa aku wajib menunaikan zakat. Allah tak marah on the spot kalau kita tak buat semua itu...tapi apa jadi kalau muslim tak takut Allah...tak hirau tentang dosa..kemanakah kita akhirnya nanti.


Banyak yang tidak puas hati dengan sisitem pengurusan zakat...duit zakat pun orang songlap.
Biarkanlah semua itu berlaku...bukan kerja kita nak menilai mereka. Kita serahkan pada Tuhan.
Masing2 dipertanggungjawabkan dengan urusan masing2...setiap urusan ada habuannya...kita tak dapat lari dari dunia maupun akhirat...mak bapak munkin senang lenang...apa jadi pada keturunan nanti..nak meneruskan kemakmuran dibumi Allah ini. Apa yang penting, kita laksanakan tanggungjawab menunaikan zakat. Kita sembahyang dan beramal bukan niat nak bagi orang tengok. Semuanya kerana Allah semata2. Niat kita berzakat tidak lain juga kerana Allah.


Cipta kebahagiaan dengan berzakat. Hidup kena banyak memberi dari banyak menerima. Sejarah Abu Sa'alabah di zaman Rasulullah sentiasa menginsafkan diri tentang tuntutan zakat.


Selamat beramal dari dunia menuju ke akhirat.

Wednesday, January 20, 2010

Jangan lupa zakat !

Pastikan pendapatan mendapat berkat. Asalkan cukup perkiraan...zakat wajib keluarkan. Sumbangan pada masyarakat usah dilalaikan di awal usia. Tidak timbul dendam dan kebencian dihati fakir miskin pada mereka2 yang berpendapatan tetap dan mampu mengeluarkan zakat.

Bila dendam kesumat melekat dihati fakir2 miskin...lahirlah orang2 kaya yang hati2nya sudah tidak tenteram lagi...dengki sesama sendiri....ditimbuni harta macam hidup ni tak mati2 . 3 serangkai sakitnya orang2 kaya mula menjelma...menambah lembah sana sini pun masih tak cukup2 lagi..nak jenguk orang2 tua jauh sekali....tanda doa si fakir semakin hampir.

Zakat menyuburkan harta, take-home pay dijamin selesa...hari demi hari pasti senang dan damai...kekayaan yang di himpun dari muda sampai ke penghujung usia ternyata melapangkan dada...mendapat berkat dan rahmat dari dunia sampai akhirat.

'Buat perkiraan sekarang, berapakah pendapatan bulan ni...berapa jumlah zakat yang wajib aku keluarkan. Nak mudah buatkan potongan bulanan. Jangan sekali2 alpa tentang urusan zakat sepertimana kita tidak lalai mengerjakan solat. Hanya sekadar 2.5 dari hasil pendapatan bulanan, impak maksima pada kelegaan dan kepuasan hidup itu yang menjadi idaman.'

" Dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat "

( Al Baqarah: 110 )

Mulakan dari sekarang...jangan sampai tua dah kaya raya baru ingat nak berzakat berjuta2...akan berulanglah sejarah Sa'alabah di zaman Rasulullah.

Aku hanya serangga

' Sekali melihat wajah orang berilmu bagiku lebih suka daripada melihat wajah orang beribadah satu tahun, rajin berpuasa dan menunaikan solat malam. Tentunya adalah orang yang berilmu saja yang mahu mengamalkannya. '


Sabda Nabi S.A.W.

Tuesday, January 19, 2010

Ku petik bintang2...

Bahagia rasanya hari ini, hari selasa...hari nostalgia.

Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Putih @ P. Ramlee meninggalkan dunia pada hari Selasa...P. Ramlee dilahirkan pada pagi hari Raya sepertimana bondaku yang dilahirkan diawal pagi raya..tok wan kena bayar fitrah anaknya pada pagi istimewa hari Raya.

Dua insan lagenda...meninggalkan khazanah warisan zaman ke zaman.

Betapalah aku meminati P. Ramlee seluruh jiwa dan ragaku...seakan dia bercinta denganku...tanda cintaku padanya...Al Fatihah telah lama ku kirimkan hari2 buat P. Ramlee suami isteri...dia tak tinggalkan harta dunia tapi meninggalkan ilmu teladan dunia bagi bekalan berladang ke akhirat...mendidik anak2 melayu berbudi luhur.

Dia buat cerita pun tipu harta bapak dia...bukan menipu harta rakyat jelata...jauh sekali nak aniaya anak2 yatim...kelalaian bapa menumpahkan kasih sepenuh hati pada Anakku Sazali...hasil kepincangannya nampak sampai hari ini...hubungan akrab setiakawan dalam susah dan senang....bagaimana kelam kabutnya hidup bermadu.

Benar seperti kata sifu cinta ' bersama belum tentu kita bahagia.'

Semua sandiwara rakyat malaysia ada dalam cerita2 P.Ramlee...menjadi teladan dan sempadan dari zaman ke zaman....bagi yang mahu mengutip ilmu dari pancaran hidayah P.Ramlee. Sesungguhnya ilham indah itu dari para2 malaikat. Bahasa dan ceritanya dikaji selidik oleh para cerdik pandai. Apakah sumbangan kita dalam mengenang pengorbanan P. Ramlee!

Bab dosanya dengan Allah bukan kerja kita nak mengata. Hubungan hambanya dengan Allah, hanya Allah saja yang tahu dan kita kena sama2 berdoa kalau dah faham makna peminat setia...sebab tu Allah ujudkan seramai ramai peminat untuk P.Ramlee....sepertimana tok2 guru meninggalkan anak2 murid....sekiranya tuan guru sendiri zuhud pastinya bercambah2 ilmu dan doa2 dari anak murid yang bakal menemani disana nanti...sayangnya ramai tok guru juga tenggelam dengan timbunan harta dunia...sedang P. Ramlee hanya pulang dengan tangan kosong...wajarkah peminat setia membiarkan P.Ramlee diseksa!!

Aduhai tak terbilang rasanya sumbangan P. Ramlee pada negara apatah lagi jasanya sebagai pengubat jiwa insan2 lara yang menumpang berteduh di alamfana....lalu bermusafir sambil mengumpul pahala.

Syahdunya dalam lagu;

'Di mana...kanku cari ganti...munkinkah disyurga'

Sedih juga mengenangkan kisah cinta kak Aliah yang tak kesampaian yang ditulis tangan oleh pencintanya yang setia yang sama2 bersekolah arab zaman dulu kala.

'Andai dinda pergi
daku teman tiada
meratap sunyi
hampa merana
ooo jangan tinggal daku'

Sayangnya kak Aliah dipinang sebelum kekasih hatinya masuk meminang...merana jiwa sampai ke penghujung usia...menemaninya hanyalah lagu mengubat hati yang sepi.

Itulah P. Ramlee Bintang hatiku.

Tidak semua penyair dihumbankan ke neraka selagi ada yang mendoakan kebahagiaannya ke syurga.

Al Fatihah untuk P. Ramlee dan arwah2 yang seangkatan dengannya...tanda cintaku pada hambaMu yang genius ini.

Kerabu belimbing buluh

Lama tak buat kerabu ni. Belimbing kat pokok dah banyak buah. Lama sungguh tak de buahnya...kemana gerangan merajuk hati...melihat buah2 belimbing muncul semula...rasa teringin nak makan kerabu belimbing.

Cerita pasal kerabu ni...tambahan pula hari ni hari Selasa..hari mak pergi. Petang Isnin mak siap bagi resipi kerabu belimbing pada Ilah, jiran sebelah...subuh esoknya mak sudah tidak bernafas. Ilah pun selalu teringat tok bila nampak belimbing berbuah...terima kasih pada Ilah yang kabarnya dia ada sedekahkan bacaan yasin untuk tok malam2 Jumaat...Allah saja yang balas kebaikan jiran2ku pada Tok...yang semuanya menganggap Tok seperti tok mereka sendiri.

Tidak lupa juga Pak Imam Masjid Kg. raja..jiran tetangga yang tidak pernah lupa menziarahi tok di pagi2 raya sebelum mereka sekeluarga pulang ke kampung...tanda hormat pak Imam pada orang tua...yang tok ada hanya rasa cinta pada semua.
Alhamdulillah...bila tok tiada lagi pak Imam masih sudi meneruskan tradisi ini bersama family.
Ku panjatkan kesyukuran atas qaseh sayangMu Ya Allah.

Al Fatihah untuk yang hidup maupun yang telah lama pergi.

Pada malam kenduri arwah...buah belimbing menjadi2...sebagai hidangan tambahan...ku sajikan kerabu belimbing buat para tamu...diluar jangkaan kerabu belimbing jadi rebutan bagi kanak2 dan orang tua...bersama kerabu ikan bilis kegemaran tok...semuanya disapu habis... tinggal sikit untuk pak Imam yang terlewat sampai...kerabu belimbing pak Imam paling suka...diratah begitu saja...katanya elok nak kurangkan darah tinggi.

Alhamdulillah...ada penawar dalam kerabu.

Dah lama belimbingku menyepi...kini muncul kembali...menjadi2 buahnya...seakan merayu untuk dibuat kerabu...tunggu apa lagi!

Ingat2 balik resipi;

Belimbing dihiris nipis2.
Ramas2 buangkan air getahnya.
Seulas bawang besar dimayang nipis.
sedikit kelapa parut.
Cili hidup atau cili api..ikut hati nak pedas ke tidak
Belacan dan garam..sedikit gula.
Udang kering..direndam dengan air panas.
Ditumbuk semua bahan bersama sambal belacan tadi

Gaulkan semua bahan..nak bangkitkan rasa tambahkan bahan dengan sedikit pati santan.

Pasti menyelerakan pada yang sudi menikmati resipi lama ini yang ditinggalkan nenek moyang.

Jika sungguh kenangan lama itu membahagiakan kita...apalah salahnya mengenang semula sekali sekala.

Simpan resipi ni baik2....mana tahu bila rindu menyesakkan Qalbu

Ada penawar dalam kerabu.

Monday, January 18, 2010

Istilah Cinta

Ada yang kata perkahwinan satu perjudian...ada pula namakan hubungan suami isteri seperti daki luar kulit...ada yang gelar isterinya lauk.

Apa pun gelaran hatta nak panggil apa pun percayalah yang perkahwinan satu ikatan suci...yang disatukan dalam adunan mengikut citarasa...yang ditemukan dari pelusuk dunia dalam anika ragam perangai untuk dicantumkan menjadi satu hala tuju.

Beruntung orang yang beristeri cantik, awal2 lagi dia dah dibekalkan dengan pakaian yang menarik...isteri yang hodoh pula kena pastikan suaminya sentiasa berpakaian kemas dan cantik... isteri pakaiannya suami sepertimana ilmu pasangannya akal.

Disinilah bermulanya teras pokok perkahwinan...terpulanglah pada pengusaha tanaman bagaimana nak menyemai tanaman yang diciptakan...bajalah selalu dengan senyuman...sabar paling utama dalam menentukan hidup matinya pokok perkahwinan...sampai masa merimbun membuahkan hasil yang lumayan untuk dipetik.

Sayangnya ramai orang2 sekarang ambil mudah...cepat putus asa...tak nak mengalah...baru nak cambah benih dah tak sabar2 nak kutip hasil...tanpa rasa bersalah pada benih2 yang tumbuh...itukan amanah Tuhan...nak uji manusia menjaga ladang dunia dalam perjalanan ke akhirat.

Bila pohon masih tak menjadi...mengadulah pada Pembuat diri...yang Mengaturkan tanaman ini. Salahkan diri selalu...berdosakah hamba kerana lalai menyiramMu...sebelum salahkan orang lain kenapa kita tak bahagia dengan tanaman kita, kena tanya diri kenapa agaknya aku tidak berhak untuk menikmati hasil tanaman ini.

Apakah sudah tiada lagi cinta untukku???

Bila ada cinta kena lepaskan cinta bebas...biar jiwanya mengembara...melepasi tembok tinggi yang memerangkap diri...cinta tidak boleh ditakluki, tidak juga boleh dikuasai...cinta itu merdeka.

Terciptalah keindahan dalam ikatan perhubungan antara manusia dan tanam2an...dah siram sepenuh hati..dah dibaja dengan senyuman secukup rasa...sudah diikat dengan sentuhan sepenuh jiwa..apa yang tinggal adalah doa bertawakkal...InsyaAllah!! akan terbitlah bunga2 cinta seperti warna2 pelangi.

Indah jadi kehidupan ini bila manusia saling kenal mengenal tentang hubungan..cinta, Qaseh dan sayang sesama insan.

Kuatkanlah Istilah bercinta dengan air mata gembira.

Sunday, January 17, 2010

Masin mulut tok

Tok kata cucu ini akan jadi cucu warak
Mudah-mudahan masin mulut tok
Diam tak diam dah besar anak mak
Happpy birthday sayang
Dari kecil sampai besar
anak ini masih seperti dulu
Pemalu
Alif serius sangat
payah orang nak dekat
cuma bila kenal budi
tidak berpaling lagi
ramai tidak dapat menghidu 
Alif anak ni manja
Alif tidak melukakan hati mak
Alif teman mak situ sini sana
Kini Alif sudah dewasa
bakal jadi lelaki sejati
Perkasa nampak diluar
Hati didalam halus berderai
Teguhkan peribadi wahai anakku
Ingat Allah selalu
Perjalananmu masih panjang
Banyak liku-liku nanti
Ingat Allah selalu
Tanda warak nampak dimata
Tidak pandai bergelak ketawa
Berkata yang tidak sia-sia
Alif  pandai senyum
Masin mulut tok
cucu ini cucu warak
Tidak pernah meminta-minta
Alif faham makna
Bila merenung Alif selalu
Hancur luluh hati mak
mencipta acuan demi cinta
rahsia hati tersembunyi
dalam jiwa Alif
Tok panggil. Tan.
Mak panggil panja
Sayang, tan, panja
Selamat hari jadi
Ini saja yang ada
persembahan buat anakanda
Anakku anak warak
Masin mulut tok

Saturday, January 16, 2010

Akal dan Nafsu....IQ dan EQ

Allah cipta akal dan nafsu lalu bertanya pada akal

Siapakah kamu

Aku hambamu

Allah bertanya pada nafsu

Siapakah kamu

Engkau! engkau!..aku! aku!

Setinggimana IQ seseorang kena juga seimbangkan EQ bagi melengkapkan kesederhanaan.

Sabda Nabi S.A.W.

' Penghuni syurga adalah terdiri dari orang-orang yang sederhana fikirannya'

'Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu'

( Az Zaariyaat: 56 )

Ilmu pasangannya akal...bila bersatu ilmu dan akal...nafsu tunduk menyerah.

Bila bunyi bersatu...

Akan terbitlah rasa dan nikmat Cinta itu ibadah.

Cucur Air tanda cinta

Macam-macam teknologi canggih dicipta. Membuatkan manusia semakin leka lalu selalu lupa pada asas penciptaan. Membasuh, membilas bukan lagi kerja utama, pada hal disitulah permulaan modal insan.
Kalau dulu membasuh kain lebih-lebih  lagi bila basuh telekung,
 mak selalu berpesan,
' cucur air telekung tu..' maknanya kena berselawat bila bilasan terakhir.

Nak basuh ikan, sayur-sayuran, mak pesan lagi macam dalam iklan tv,

' jangan lupa cucur air'

Itulah pesanan mak sampai melekat di hati benda-benda kecil macam ni. Harga pesanan sangat tinggi nilainya bila mak sudah tiada.

Sekarang baru kita sedar, kita sudah tidak punya masa untuk itu semua. Apatah lagi semua sudah siap terurus, sudah siap di siang, dibasuh dan di adun. 

Ada yang ready made cuma balik tumis. Siap dimasak, siap dimakan. Tertarik, menarik sampai menjilat jari.

Nak lipat kain lagi  tidak ada masa. Yang kaya ada bibik, yang miskin jadikan longgokan. Mana nak ada masa pada kerja remeh orang dulu-dulu.  Sesungguhnya orang dulu-dulu lipatan mereka, Subhanallah!!rapi tersusun atas rak kayu. Sambil melipat sempat berzikir, berselawat,.hilang rasa penat.

Padanlah anak orang dulu-dulu. Patuh taat sampai tua.

Ada hikmahnya dalam cucur air. Tauhid orang dulu tinggi menggunung.
Pada yang tidak punya masa untuk semua tu, pesan mak, anak-anak masih boleh berzikir, berselawat sambil bekerja ataupun sambil memandu. Ingat pada Tuhan tidak kira masa atau tempat.

Berselawatlah tak kira masa dimana saja kita berada, tanda cintakan Nabi terpahat dikalbu.
Hadis Nabi S.A.W.
' Seseorang itu tidak dikira beriman selagi dia tak cinta padaku ' 

Demi cinta suci sesuci airmata ibu, jangan jadikan cinta maksiat. Cinta itu sebenarnya tulus lagi murni. Cinta abadi hingga hujung hayat nanti.

Jom anak-anak kita cucur air selalu dalam hidangan dan perlakuan agar hidup tenang dan bahagia, ceria sentiasa bagi melengkapkan santapan jasad dan jiwa, ruh dan jasmani. 

Cinta itu ibadah kekuatan dalam mengenal Tuhan. Tanpa cinta tak dapat kita kenal siapa kita  apatah lagi mengenali Pencipta kita Ar Rahman Ar Rahim..Al Malik, Al Kuddus dalam As-Maul Husna...

Selamat beramal dengan cucur air.









Wednesday, January 13, 2010

HablumminAllah dan Hablumminannas

Kita tidak payah susah-susah mengukur hubungan seseorang tu dengan Allah. Sebesar manapun serban dia dan selabuh manapun hijab, hanya Allah saja yang tahu hubungan hamba dengan Khaliq. Yang penting, ukur baju dibadan sendiri terlebih dahulu.

Tanda-tanda keikhlasan keintiman kita dengan Allah, adalah sejauhmana keikhlasan kita berbaiksangka sesama manusia.

Kita senang sekali berkawan dengan orang yang free hair,yang bertudung litup, yang cakap lain bahasa, yang putih dan yang hitam pun senang berkawan dengan kita.

Selami hati budi, kita kenal kawan dan lawan. Kenapa dia jadi begitu kenapa dia jadi begini. Terima mereka seadanya. Kita kongsi duka lara. Kunjungi guru menimba ilmu. Ziarah orang sakit buat kita insaf. Jalinkan hubungan baik bersama anak-anak kecil. yang tua maupun yang muda. Kita kutip ilmu dimana saja demi memantapkan hubungan kita dengan Allah...

Bila ruh kuat, jasad ceria dan bahagia. Kenali diri dengan rasa rendah hati, akan tersingkap rasa cinta pada yang mahu mengerti makna makrifatullah.

Hiasi diri dengan senyuman. Kiyai dari Indon berkata dia belajar senyum selama 6 bulan untuk mendapatkan impak pada senyuman dari Qalbu.

Bila kita berbaik sangka, kita temui jalan bahagia. Tuba yang dihantar, kita balas dengan senyuman. Yakinlah harimau juga boleh dijinakkan. Sujud syukur tanda terima kasih atas nikmat yang terpilih.

Islam indah kalau kita jadikan mudah. Tidak payah nak pening kepala kalau orang tu tidak bertudung, tidak berjubah, tak berserban. InsyaAllah sampai hidayah nanti, dia lebih alim dari kita yang asyik tidak berpuas hati  dengan rahmat yang Allah beri.

Bimbang jadi cerita seperti kisah penglipur lara Awang tak de tangan.

Nanti kita balik nanti tangan kosong.

Sewaktu singgah di Insaniah, kedengaran suara perempuan mengilai ketawa, bersenda riuh rendah, hiruk pikuk, macam dirasuk. Jangan diukur manusia melalui hijab.

Dalam Ihya' 'Ulumiddin Imam Al Ghazali;

Ada 4 sifat yang dapat mengangkat seseorang ke darjat tertinggi meskipun kurang amal dan ilmunya;
1) Sifat Penyantun
2) Rendah Hati
3) Pemurah
4) Elok budi pekerti

Tercipta keindahan budi bilamana 4 syarat ini terkendali;
1) Daya ilmu
2) Kekuatan mengendalikan amarah
3) Kekuatan mengendalikan nafsu
4) Tenaga untuk seimbangkan ketiga2 sifat tersebut

Budi pekerti baik juga mengalami kehancuran kerana pekerti manusia ada 4 jenis
1) Pekerti Syaitan
2) Pekerti haiwan
3) Pekerti binatang buas
4) Pekerti Malaikat

Terdapat 4 unsur dalam tubuh manusia;
1) Unsur anjing
2) Unsur babi
3) Unsur Syaitan
4) Unsur Malaikat

Ada 4 sendi2 akhlak bagi meletakkan unsur2 dalam tubuh mengikut landasan yang betul;
1) Hikmat atau kebijaksanaan
2) Keberanian
3) Kelapangan Dada
4) Keadilan

Manusia diperintahkan untuk menyingkap kegelapan kebodohan dengan cahaya fikiran.
Tidak seorang pun boleh mencapai darjat setinggi dan sempurna Nabi S.A.W. Cukuplah bila insan dapat mengikuti jejak Qaseh Baginda dan memiliki keperibadian seumpama para isteri dan khalifah baginda.

Hakikat perempuan berakal satu dan bernafsu sembilan adalah bilamana perempuan boleh melakukan apa saja sehingga menggoncang dunia. Bila hakikat ini dijadikan ilmu makrifat akan lahirlah perempuan seperti peribadi Omar Al Khattab. Istilah sekarang bahasanya gender.

Seperti kata baginda Nabi pada Omar;

' Demi Tuhan yang diriku ini berada ditanganNya...bila iblis sekalipun yang menjumpaimu, disuatu jalan pastilah dia lari tercirit birit ke jalan lain untuk menghindarkan diri darimu.'

Ketika Fatimah mengadu pada ayahandanya kerana penat seharian bekerja tanpa pembantu...lalu diajar baginda zikir bagi membina kekuatan pada Fatimah.

' Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .'

( Al Mujaadilah: 11 )

' Dan menahan diri dari keinginanan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya).'

( An Naazi'at: 40-41 )

Sabda Nabi S.A.W.

' Sesungguhnya kamu semua tidak dapat mempergauli para manusia itu hanya dengan hartamu saja, maka pergaulilah mereka itu dengan wajah yang berseri2 serta baiknya budi pekerti'

Tuesday, January 12, 2010

Berkata benar

Mak selalu pesan...dalam apa keadaan pun kita hendaklah bercakap benar.

Mak tetap memegang teguh pada prinsip berani kerana benar...mak berani mempertahankan siapa saja demi menegakkan kebenaran. Mak sanggup disisih.

Memang benar dalam kekuatan ada kebenarannya...dan kita kena tunjuk kuat juga kadangkala.

Sungguhku tak mampu...

' Cukuplah Allah sebagai pelindung, Dia Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.'

Siapalah hamba nak dibandingkan dengan mak yang kuat dan tabah...

Aku bersyukur mak dimatikan dalam keadaan miskin..dalam kemiskinan harta.

Nabi S.A.W. ada bersabda;

Ya Allah ya Tuhanku..Hidupkanlah aku sebagai orang miskin, matikanlah aku sebagai orang yang miskin, bangkitkanlah aku bersama kumpulan orang2 miskin.

Monday, January 11, 2010

Yang sebenarnya...pergi

' Hikayat indah ini hanya tinggal sejarah '

Yang sebenarnya...
Ilham indah itu dari para malaikat. Penyatuan seluruh jiwa digubah menjadi lagu.

Hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku
kau irama terindah
tak lagi ku dengari
kau pergi...pergi...

Irama dan lagu tak dapat dipisahkan...tidak semua penyair dihumban ke neraka..para ilmuwan juga adakalanya tidak berupaya menyatu padukan seluruh umat Muhammad sedang irama dan lagu mampu mententeramkan manusia tanpa mengira batas usia, bahasa bangsa dan agama....berupaya menundukkan sang rajawali yang ganas dan adakalanya mampu menjinakkan kuda2 liar.

Keindahan gubahan dapat dirasakan bila hati2 manusia tidak lupa untuk terus berbakti pada Ilahi...bertambahnya kesyahduan memuji2 kehebatanMu dalam lagu.

Yang sebenarnya...ada mesej dari yang tak nampak dimata tapi melekat dihati.

'Andai dipisah lagu dan irama...lemah tiada berjiwa...hampa.'

Al Fatihah pada yang hidup maupun yang telah mati dan pada yang telah lama pergi.

Sunday, January 10, 2010

Kemuncak Ilmu

'Wahai anak2ku,

Segala permasalahan tak munkin dapat dijawab dengan tulisan maupun perkataan...akan tiba
masa yang sesuai bagimu nanti. Sebelum masa itu sampai, mustahil bagi kamu akan mengetahuinya. Sesuatu perkara itu hanya dapat dirasakan dengan hati dan tidak dapat diungkapkan dengan perkataan sebagaimana masin rasa garam dan manisnya rasa gula...juga seperti orang yang lemah tenaga batin menulis surat pada sahabatnya...

' tolong ceritakan kepadaku bagaimana lazatnya jimak '

Jawapan dari sahabatnya;

" Wahai sahabatku...sebelum ini aku sangka kau hanya tidak berupaya berjimak dengan wanita tetapi sekarang baru aku tahu bukan saja tenaga batinmu lemah tetapi otakmu lebih daripada itu"

Bila kita mengetahui erti sebenar ketaatan dan maksud sebenar ibadat...barulah kita dapat menikmati kelazatannya yang mana tidak dapat digambarkan dengan tulisan dan perkataan.

Di situlah kemuncak ilmu'.

Saturday, January 9, 2010

Negeri masuk suku

Paling bimbang bila anak2 jatuh cinta dengan orang2 negeri sembilan...negeri yang kaya dengan suku sakat lagenda tua tujuh keturunan...banyak dah yang kita dengar dan banyak yang kita dah tempuh...memang sengsara bila disini.

Orang tua2 dulu ada berkata...nak kahwin biar di perak...nak merana di negeri sembilan...dan nak mati biar di kedah.

Masa kecik2 susah nak faham...bila dah jauh perjalanan, rasa2nya ada juga betulnya pada ayat ini.

Memang sukar nak kenal anak gadis orang negeri...sebaik munkin dia mengelak takkan diberitahu asal usulnya sehinggalah hari di ijabkabul...bersandarkan kalau dah jodoh takkan kemana...ibu bapa terpaksa akur.

Kelebihan pada negeri ini yang tak ada dinegeri2 lain...mereka lebihkan kaum kerabat, suku sakat, pupu poyang dari yang hidup sampai yang dah tiada...semua kena jumpa.

Pakar masak memasak cara lama...sanggup tunggu berjam2 depan dapur panas demi keaslian rasa dan mutunya.

Jantung pisang dimasak rendang...susah2 menyalai daging untuk masak cili padi...masak lemak asli tak boleh dicari dimana2 negeri...begitulah rajin dan taatnya orang negeri sembilan.

IC pun tak tulis anak negeri...yang tertera bangsa melayu.

Ada penyatuan ilmu alam dalam sejarah negeri senbilan.

Kedah buat mudah

Memang orang kedah suka buat mudah. Picit2 cabai buat air asam. Taugeh, terung, jantung pisang boleh makan mentah2 buat ulam. Orang luar kata orang kedah macam kambing...suka ambil pucuk2 mentah makan dengan laksa.

Lelaki kedah macam raja...tak dak bini tak reti dah nak hidup sendiri2. Di Kedah banyak sawah padi !penoreh getah pun ramai !nelayan pun ada ! pendek kata kerja2 berat serah kat kudrat orang kedah...

Sembang kuat memang orang kedah juara...isteri dirumah tak berani nak angkat muka. Bab berparang memang orang kedah garang2.

Mudah2an kedah kembali sejahtera dengan pimpinan tok guru...membantu akidah yang semakin lesu...biar seperti kambing jangan jadi lembu.

Nabi kita paling gemar makan daging kambing...di situ ada mesej kenapa orang kedah depa kata
macam kambing...istimewanya daging kambing hanya penggemarnya saja yang tahu menilai.

Di IC pun tidak tertera yang mereka anak2 Kedah...yang ada adalah bangsa Melayu.

Mendengar nama Kedah...terbayang saujana mata memandang...disitu letaknya kekuatan.

Islam Indah dan Mudah macam orang2 diKedah.

Thursday, January 7, 2010

Menuntut ilmu

Ya Allah tambahkanlah bagiku ilmu ( pengetahuan ) dan berilah aku kefahaman dan pengertian yang baik.


Nabi S.A.W. bersabda:

' Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkan dirimu terhadap orang yang kamu ambil darinya ilmu ( Guru ).


Berkata Imam Al-Hasanul Basri;

'Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadah dan beribadahlah dengan tidak lupa menuntut ilmu'.

Tuesday, January 5, 2010

Diam itu iman

Bapa tak pernah marah anak-anak tak sembahyang waima suruh pun tidak.

Bapa diam seribu bahasa. Bapa menyimpan sejarah lama. Anak-anak tidak pernah mahu ambil tahu.

Masa muda dulu diceritakan bapa garang bukan kepalang. Ketika abang-abang disengat sembilang, orang lari lintang pukang. Bila mengadu pada bapa yang sedang bertugas, secepat kilat bapa datang. Bukan datang membawa anak-anak ke rumah sakit tapi bapa datang bersama rotan. Abang-abang dirotan depan mata orang ramai yang memandang.

Zaman sudah berubah. Bapa sudah hilang bisa. Bapa jadi sudah tidak berdaya marah. Hamba yang bongsu jadi tidak percaya apakah benar bapaku orangnya begitu,orangnya begini. Bapa terlalu baik denganku. Tidak ada sebab bapa nak marah lagi pun bapa dah tua.

Yang nampak dimata ini dan menjadi saksi, bapa kuat sembahyang sampai berlubang dan berlopak sejadah bapak. Bapa mengayuh basikal ke masjid...sentiasa memenuhi undangan perkahwinan bersama basikal tua sejauh mana yang termampu dikayuh...bulan puasa tak pernah mis sembahyang terawih...waktu nak bersahur baru sampai rumah...setia memelihara anak2 yatim tanpa mengeluh...pagi2 raya bapa bertakbir sorang2 diri diwaktu subuh sambil menyapu airmata.

kenangan mengusik kalbu ini sentiasa bermain di fikiranku...masih jelas!!!m
Kain pelikatnya sentiasa bertukar ganti sebab itu yang aku selalu beli untuk bapa. Kenapalah tidak terfikir olehku untuk menukar ganti sejadah bapa.

Pun begitu aku bersyukur pada Allah banyak2 kerana melupakan pembelian sejadah...mengajar aku menilai siapakah bapaku dan apakah tanggungjawab aku sebagai anaknya.

Pemergian bapaku dimalam Jumaat sungguh membahagiakanku bilamana bapaku terlepas siksaan kubur.

Surah Al Ikhlas tak jemu2 aku hadiahkan pada bapaku...biar cukup bilangan tiga puluh lima ribu bahkan lebih lagi. Mudah2an wahai Allah, dipanjangkan usia ini untuk aku terus berbakti menebus kedua ibu bapaku ke syurga.

' Tiada kebajikan pada mereka yang memperbanyakkan perkataan melainkan orang yang menyuruh memberi sedekah atau menyuruh membuat kebajikan dan mendamaikan antara mereka yang bersengketa '

( An Nisa': 114 )

Sabda Nabi s.a.w.

' Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkatalah yang baik ataupun diam sahaja '

Al Fatihah...

Saturday, January 2, 2010

Demi Mr. Tan...Cina Bukan Islam

Cina bukan Islam memang gila nak kaya raya tapi tak nak kuasa...cuma paling bijak menggenggam orang2 melayu yang ada kuasa...cina lebih arif dengan sejarah nenek moyang mereka tentang kuasa dan menguasai.

Alkisah Mr. Tan...

Bersandar di kerusi empuk milik bos orang melayu...suka2 hati mr. tan dok marah PA orang melayu..kenapa bos u lambat sangat...saya dah lama tunggu!!!

Bos sanggup tinggalkan majlis rasmi demi kawan baiknya mr. tan.

Silapnya orang cina ni, cukup mudah terpedaya dengan perempuan melayu yang nampak macam baik, nampak macam orang kaya tapi habuk pun tak de...mulalah mr. tan nak tunjuk betapa kuatnya hubungan dia dengan bos melayu ni...nak masuk jarum dengan perempuan melayu yang tentunya ala2 big bos.

Tanpa di tanya mr. tan megah bercerita...membuka pekung didada...perihal bos yang baik hati...mr. tan sanggup jadi pecacai demi memikat hati bos...sanggup balik naik bas...demi nak bagi kereta besar kat bos...sebab bmw bos rosak berasap...macam2 yang dia tahu tentang boss...isteri bos pun dia mengata...ramai lagi orang2 melayu dalam genggaman mr. tan..chairman mr. tan semuanya orang melayu...sebagai perhiasan...semuanya berbini tiga empat...ketawa berdekah2 mr.tan bercerita tentang perangai orang2 melayu yang kelam kabut bila berbini lebih dari satu...
Memang mr. tan boleh buat kawan tapi paling bahaya bila mr. tan dibawa masuk ke pejabat...dia jadi maharaja lela.

Boss hisap rokok tak berenti...bertukar2 puntung sebab boss memang tak takut mati..

' mr. tan merokok tak??'

'Ooo tak!tak!saya mana ada hisap rokok.

cina bukan Islam memang paling takut mati...sebut pun tak berani...inikan nak mati bersama boss...jauh sekali.

Paling sedih bila renung gigi boss yang dipenuhi karat...sampai bila bos mahu berkorban demi mr. tan???

Sedang mr. tan tu sah2 dah pengganas...andai boleh dibunuh tanpa bicara...mr.tan tu kena bunuh dulu...

sebab utama mr. tan musuh ugama..

Dia telah mengkafirkan anak melayu yakni mr. tan telah mengambil anak orang melayu sebagai anak angkat malah dibesarkan anak angkatnya itu yang berusia hanya 16 tahun ketika itu yang sama sebaya anak2 kita lalu menjadikan anak angkatnya itu kepala gangster...

' Dunia bergolak kerana tiga faktor utama: Wang, kuasa dan seks...hanya melalui saluran cinta saja ketiga2 faktor itu akan memberi faedah kepada seluruh umat Muhammad '

Mak meninggalkan pesan:

Ada 3 jenis kawan...satu setakat angkat tangan bila jumpa...yang satu boleh di ajak sembang2 di kedai kopi...yang satu ni boleh di ajak ke rumah.

Sabda Nabi S.A.W.:

' Jauhilah olehmu teman yang buruk ( akhlaknya ) sebab engkau akan dikenali dengannya '

Contohi Kak Bainun

Bukan bainun bini raju tu...patutnya rakyat biasa dah dapat naik takhta...kena syukur banyak2...tak payah suami suruh pakai tudung pun awak tu kena pakai...suami tak bagi kena terang baik2...rugi jadi isteri kalau tak berdaya jadi penasihat dunia maupun akhirat...apatah lagi dah jadi bini raja, kena jadi wanita contoh pada rakyat jelata...bertambah kuranglah daulat raja bila berbinikan rakyat jelata yang mudah kelabu mata...

Contohi permaisuri di era 2010 ni...Nyonya mansur pun kalau tak malu kat diri sendiri dan tak heran dengan kehormatan suami tapi kena hormat wanita nombor satu negara...anggun dan sopan jadi suri istana negeri yang kaya minyak anugerah Tuhan tapi sayang termiskin dipercaturan.

Berbalik pada entry Contohi Kak Bainun ini adalah untuk ibu2 dan bakal ibu yang nak memacu anak2 menjadi pemimpin berkualiti.

Kak Bainun, wanita bekerja, jadi ibu dan isteri...sibuknya sudahlah pasti.
Di awal lapan puluhan Kak Bainun dah ada peti ais besar seperti yang ada di kedai...memasak untuk anak2 dan suami dan masih sempat menguruskan bapa mertua yang uzur.
Macam2 adaaa!!!dalam peti ais Kak Bainun...pendek kata kalau anak2 nak makan bubur ke pengat ke..menikmati ais kacang,cendul,lin chi kang malam2 buta pun Kak Bainun boleh sediakan..tom yam, laksa semua bahan2 lengkap seperti dipasaraya...tak payah lagi nak tunggu cuti hujung minggu.

Anak2 Kak Bainun tak pernah di ajar dan paling tak suka untuk breakfast dengan biskut2 kering..karipap,cucur badak dan anika kuih muih jadi hidangan pagi dan petang..

Aduhailah Kak Bainun!!!

Pesan Kak Bainun:

' Kita kena hidangkan makanan bagi nampak cantik untuk anak2...budak2 suka cantik baru selera mereka nak makan...ikan kering tu tak payah lah dibiarkan togel ja...kita letakkan salad dan hiaskan dengan limau nipis, bawang besar dan cili muda...suami makan lagilah selera.
Abang Mad ko tu sendiri kalau nak kerumah orang kenduri,dia pastikan makan dirumah dulu...sampai dirumah kenduri,dia jamah sikit2 saja...'

Ada lagi ke lelaki macam abang Mad kak Bainun tu!!! Yang paling ramai sekarang ni cukup banyak yang kebulur untuk makan free! !

Kak Bainun pastikan makanan anak2nya dihidangkan dengan hiasannya sekali...menyimpan resipi punya la banyak...tak kedekut ilmu pulak tu.

Teringat kata2 kak Asmah yang cantik jelita:

'Aku jealous la dengan ko Nun...aku ni lebam sana sini dipukul suami...kesian kat anak2 aku.'

pun begitu kak Asmah tetap cantik dan bergaya luar biasa berbanding dengan kak Bainun yang seadanya bila bergelar bonda.

Bahagianya rumahtangga terletak di tangan wanita dan kekuatan pada sebuah perkahwinan digalas pada bahu lelaki.

Bila kekurangan dilengkapkan sebaik munkin oleh si isteri maupun si suami lalu terciptalah satu ikatan hubungan yang suci.

Jangan salahkan orang lain jika kita tidak bahagia...bertanyalah pada diri sendiri.

Bahagia ada dihati...pancarkanlah sinar bahagia itu untuk dikongsi.

Kak Bainun ada rahsianya yang menawan hati menambat suami dan anak2....

Al Fatihah untuk Kak Bainun dan pada ibu2 yang telah meninggal dunia...

Friday, January 1, 2010

Selamat tahun baru Pak haji dan Sani

Dua contoh orang melayu berjaya dalam berniaga.

yang sorang bergelar pak haji...berniaga ikan dalam taman ke taman...askar pencen...kadang2 bila musim cuti sekolah pak aji bawa anaknya sekali sekala belajar berniaga...dia nampak hepy dengan perniagaannya...banyak harta pak aji...dalam diam2 pak aji dah boleh beli banglo...busuk ikan la pak aji ni, tapi itulah pintu rezekinya...

yang sorang nama Sani anak melayu muda yang hebat...baru setahun jagung dah bina pengangkutan ala2 gergasi...meloponglah segala pengangkutan yang ada khususnya transnasional.

Hebat macamana pun pembikinannya, kuasa Allah lagi hebat.

Ke... di sebalik kejayaan Sani ada Cina di belakangnya...tak baik buruk sangka...saja2 nak menduga...mencetuskan emosi ini adalah demi kebaikan bersama dalam kita merenung pada keaiban diri.

Muda dah dapat datuk...bukan cemburu tapi tumpang malu dan kasihan pada orang2 lama...khususnya orang2 kerajaan bekerja sampai dah tua dekat nak pencen pun haram nak dapat datuk..sekurang2nya gelaran itu menginsafkan manusia yang mahu belajar makna makam dan darjat...macamanalah golongan profesional kerajaan tak rasuah kuat...semuanya gara2 malu dengan diri sendiri lalu mencari kekayaan sekelip mata dengan cara sopan lagi sofisticated....padahal cara mereka paling licik dan complicated...tu yang payah nak kesan jerung
mengganas...hanya yang dapat cuma bilis2.

Belajarlah dengan melihat pada kejadian Tuhan...bila Allah marah...Dia berhak buat apa saja...tak kira canggih ke tidak apa yang manusia guna...helikopter pun boleh meletup tanpa ada alasannya hingga kini...fire burning! fire burning!

Selamat tahun baru pak2 aji dan mak2 aji lebih2 lagi yang jadi usahawan...jangan jadi tidak keruan bila banyak lembah yang sudah dibuka...bimbang anak2 nanti tak dapat habuan didunia dan jauh dari akhirat.

Rentetan dari kisah2 ini...marilah bermuhasabah.

Selamat Tahun Baru Boon Koon & Co

Boon Koon dah disenarai dipapan kedua.

Berjayanya Boon Koon sehingga gah seantero dunia tentunya ujud anak2 melayu yang boon koon dok bela...dari anak bini sampai kecucu cicit...corrupted government servant.

Megah mendabik dada...cina dah tentu dia cina bukan Islam.

Peduli apa kita tentang kekayaannya...corrupted malays tu nak hidup macamana ?

Hasil tangannya telah membuatkan ramai orang2 melayu merana.

Ali baba yang dulunya bergembira bersama kini cuma ada baba dan nyonya.

Ali pun tak jumpa senang bila bersekongkol dengan si baba..

Bila Ali bahagia...

Ali bangun menentang pengkhianat bangsa.

Bila Ali dan bangsanya bersatu....

Baru Cina ada akai...tak dapat genggam melayu lagi.

Jadi anak2 kena beringat dan kenal siapa pengkhianat bangsa...

Bila tak ada & co. Rasuah tiada lagi kompromi.

Luruskan niat dalam bekerja pada ambang 2010.

Selamat tahun baru Maniam

Selamat Tahun Baru.

Sudah lebih 40 tahun Maniam jual roti keliling pekan kecil ini...dari taman yang hanya satu dua kini berkembang luas kawasan maniam berniaga...yang pasti maniam masih disini...anak2 menanti jajan dan roti...bersama motosikalnya maniam tak pernah bercerita hanya mengukir senyum...tak pernah peduli soal2 negara....siapa pilihan wakil rakyatnya...dan tak pernah berbicara tentang pusaka punya...apa yang maniam tahu kueh2 yang dijual adalah hasil tangan suri2 melayu...maniam berkongsi rezeki.

Kuih yang sama dia berniaga empat puluh tahun yang lalu.

Mampukah orang melayu istiqamah dan rendah diri seperti maniam?

Satu hari maniam pasti akan mati...tiada siapa antara kita dapat menduga harta yang maniam ada...budi yang dia tinggalkan...bagi ibu2 ,maniam hadir hanya untuk membahagiakan anak2 mereka.

Akan tinggal kenangan...

Pon! Pon! Maniam datannng....