Showing posts with label 12 Rabiulawal.. Show all posts
Showing posts with label 12 Rabiulawal.. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Mutiara Cinta

Hari ini hari Jumaat terakhir dalam bulan Rabiulawal. Penghulu bagi segala hari menyimpan rahsia kelebihan berganda bila beramal ikhlas pada hari Jumaat.Ikhlas bukan milik manusia memberikan ukuran. Ikhlas bagaikan melatanya semut hitam, diatas batu hitam dalam kepekatan malam. Penentu pada amalan ikhlas, rasa bahagia tanpa dipaksa. Beristiqanah dalam beramal. Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Dipenghujung usia kita bertemu maksud bercinta,

“Love all, trust a few, do wrong to none.”


Alhamdulillah, dikesempatan ini cuma tinggal beberapa jam saja lagi Jumaat terakhir bulan Rabiulawal  berlalu pergi. Seperti kata ustaz Azhar Idrus, ikon anak-anak muda Malaysia, bagaimana tanda kita kasihkan nabi. Orang-orang melayu lebih kenal JWW Birch, lebih tahu bila Mahatma gandi mati, lebih kenal senarai para menteri, lebih arif tentang sejarah dunia.


Antara menjawab soalan mudah sejarah Nabi junjungan  perlu diketahui oleh anak-anak cucu dan sematkan diqalbu.


Antaranya, bilakah Nabi Muhammad s.a.w lahir, Bilakah wafatnya baginda. Dimana baginda dilahirkan dan dimana pula baginda wafat. Senaraikan nama para isteri nabi dan anak-anakanda baginda. Senaraikan antara 10 sunnah yang ditinggalkan dan namakan antara 10 sahabat Nabi yang dijamin syurga.

 Banyak lagi persoalan yang melakar diminda yang mana semakin kita mengkaji semakin rindu mengidamkan mimpi bertemu baginda.Istilah cinta berkata, kau kata kau cinta, hanya aku saja. Bagimana pula tanda kita kata kita cintakan Nabi.  Sejauhmana pula kita mencintai baginda. Kekasih hilang entah kemana, makan tak lalu tidur jadi tak lena.  Nabi kasihkan umat tiada penghujungnya, setia menanti kehadiran umat hingga ke alam akhirat.


Sampai waktunya yang kita kasih, yang kita cinta akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Nabi tidak tinggalkan umat begitu saja. Pesan baginda melalui sunnah sematkan didada. Antara yang terhibur bila surah Al Mulk  di jadikan teman setia. Al Mulk sama sekali tidak akan meninggalkan peminatnya  sepertimana sabda baginda Nabi s.a.w. 
  
' Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur '
 
'Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya '



Ingatlah pada wasiat Lumanul Hakim pada anak-anaknya,

Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.  Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.


Wahai anakku !  Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.


Hanya tinggal beberapa orang saja lagi ulamak tauhid lagi zuhud yang boleh dikira dengan jari. Andai tidak berpeluang menerima sentuhan risalah perjuangan mereka, terimalah sesuatu ujian dengan dikembalikan salah silap atas diri kita sendiri nescaya ada jawapannya menjadi insan sabar.

Thursday, February 7, 2013

Rahsia Selawat

Alhamdulillah kita masih berada dalam bulan Rabiulawal bulan keputeraan baginda Rasulullah. Bagi memupuk rasa cinta pada Nabi kekasih Ilahi, akan ku simpan segala catatan kenangan sepanjang perjalanan hidup yang sudah melepasi usia 54 tahun. Berbanding dengan usia UMNO yang melepasi 55 tahun, nama UMNO kian pudar ditelan zaman.


Namun begitu, nama dan gelaran bonda tetap menjadi keutamaan semua bangsa manusia. Apatah lagi kita yang berugama Islam, mana munkin mengenepikan peranan bonda. Nabi sendiri pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
 
' Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah s.a.w., lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati.. Baginda lalu menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya : Kemudian siapa? Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya : Kemudian siapa? Nabi menjawab lagi : Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu'


Peranan ibu yang tidak boleh kita nafikan. Sekurang-kurangnya ibu yang melahirkan, membawa manusia melihat dunia. Rata-rata ibu semakin dilupakan. Kononnya ibu tidak memberi pendidikan yang sepenuhnya lantas hidup anak-anak porak peranda. Dari muda sampai ke tua, ibu tidak pernah berbaik sangka, ibu aysik salahkan bapa. Ibu begitu dan ibu begini. Mujurlah dia ditemukan jodoh dengan lelaki baik, lelaki kaya lantaran itu dia kini sudah bahagia bersama anak-anak tercinta. terbinalah rumahtangga kristal yang nampak cantik dimata, sayangnya berdiri teguh pastinya tidak lama.


Begitulah antara keluh kesah orang zaman sekarang. Dicelah-celah kehidupan penuh kekalutan nama ibu kian pudar sepudar nama UMNO dimuka bumi tanah melayu. Ibu dan UMNO  lebih kurang sama peranan masing-masing. Tidak perlu kita tagihkan rasa cinta dari anak-anak dan rakyat jelata. Cukuplah kita memberi atas tanggungjawab memegang amanah Allah.


Kisah kali ini jadi teladan. Kisah benar terpahat jadi sejarah terindah. Walaupun sudah hampir belasan tahun peristiwa ini berlaku namunku simpan tanda kenangan buat anak-anak cucu. Dikesempatan ini hamba rakamkan dalam entri kali ini bagi menguatkan akar pohon nan rendang. Masing-masing kita punya cara tersendiri dalam menagih hidayah Allah. Saban hari kita memohon agar dikurniakn taufik hidayah. Bagi hamba yang jahil ini, hamba memohon dikurniakan hidayah sedang hamba sendiri buta pada maksud hidayah yang menjadi milik Allah.


Benarlah bila sedang sihat walafiat, sakit hadir melumpuhkan suasana. Lakunan sudah tidak sehebat dulu.Dalam sibuk mencari penawar, hamba ditemukan dengan ustaz Lutfi sekitar lewat tahun sembilan puluhan.Dibekalkan hanya sebaris amalan selawat iaitu selawat syifa'


sepertimana terjemahan,
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”


Beramallah sepenuh hati selepas solat sebanyak 7 atau 11 kali mengikut pesan ustaz. Hari berlalu namun sekali sekala, masih ada datang ganggung yang menerpa jiwa. Bila ke doktor hamba minta surat sokongan untuk bertukar kejabatan lain munkin tiada keserasian bila bekerja ditempat yang sama. Ternyata doktor lebih pakar soal emosi dan ketahanan jiwa. Katanya, kemana pun kita pergi, kita akan berjumpa dengan perkara yang sama. Kita akan terpaksa melaluinya sekali lagi. Sebenarnya terpulang pada diri menentukan ketahanan emosi. Kekuatan mental dan fizikal.


Akhirnya hamba akur pada saranan doktor. Selawat syifa' tidak pernah hamba tinggalkan, Kian hari kian terasa keseronokan dalam beramal. Bujur lalu melintang patah, hamba bersedia melawan. Macam laungan reformasi, lawan tetap lawan. Sampai hujung nyawa godaan syaitan menghasut kita. Syaitan memang gemar melihat rumahtangga  runtuh. Bertambah bersukarianya mereka bila kita menjadi punca manusia hilang hormat pada ibu bapa.


Masih terkesan pesan mak. Biar orang mengata tentang rumahtangga, kita sepatutnya lebih kuat memaku dinding rumah supaya tidak runtuh dek kerana fitnah. Bila anak-anak semakin meningkat usia, mereka langsung tidak dapat membaca segala derita yang ditanggung kecuali anak yang sulung. Satu-satu hari ketika kakak yang sulung datang berkunjung, mengadu tentang sakit pening suaminya laluku bawa berjumpa ustaz Lufti. Lama sudah tidakku kunjungi ustaz hebat ini. Ustaz yang berparut didahi terkena tembakan sewaktu ikut sama berperang di Afghanistan suatu ketika dulu. Ustaz yang boleh membaca riak wajah kita. Kelebihan ustaz sampai boleh mengesan apa sebenarnya yang ujud diatas lelangit kita. Subhanallah..sungguh kelebihan ustaz ini luarbiasa..


Setelah selesai urusan kakak, hamba ditanya macamana keadaan rasanya sekarang. Alhamdulillah ustaz ! ! !


Tanya ustaz, ada tak pakai cincin emas. Tak de ustaz...lama dah tak pakai emas. Lagipun habis semua sudah digadai untuk berubat. Kakak mencelah, saya ada cincin belah rotan. dah lama tak guna lalu kakak memberikan cincin padaku untuk dicuba. Alhamdullillah muat ustaz !!


Setelah dibaca pada cincin itu seketika, lalu ustaz menyuruhku mengenggamnya. Lebih kurang sepuluh minit. lamanya cincin emas dalam genggaman. MasyaAllah setelah membuka genggaman, habis sebelah salutan emas, Se akan berpasir-pasir jadinya. Sebelah bulatan cincin sudah bertukar warna menjadi putih.


Rasa bersalah pada kakak kerana telah menjahanamkan warna cincin emas. Terkejut besar pada perubahan cincin emas tersebut. Macam mana ni ustaz? Apakah doa yang dibaca ustaz lalu membolehkan cincin emas berubah warna. Hamba yang kehairanan melihat peubahan sekelip mata itu berlaku. Kakak pula dengan senang hati menghadiahkan cincin itu pada hamba.


Kata ustaz, kalau mengaji arab, dah kira dapat empat senawilah ni. Blur sungguh otak sijahil ni. Empat senawai tu apa ustaz..... berceritalah ustaz segala kemusykilan. Saya tak tau apa-apa ni ustaz. Kata uztaz dengan membaca  Bismillah dan Fatihah saja pun kalau Allah nak orang tu sembuh lalu sembuhlah dia.


Begitulah cebisan kisah bersama ustaz Lutfi yang membuka pondoknya disini untuk tatapan anak-anak cucuku sayang yang membuka lembaran sejarah hidup dan mati untuk siapa. Hamba mengambil keputusan untuk bersara awal untuk mengutip sisa-sisa yang tinggal. Berpeluang merasa bebas dari bebanan tugas bekerja. Almaklumlah bagi perempuan tidaklah sehebat lagi nak perform yang terbaik. Tambah kerenah wanita yang dibenci lelaki. Daripada lalok dipejabat, mengata tak bertempat, konon dia lah yang terhebat, lebih baik bersara dari bekerja. Tapi sayangnya orang tua-tua yang memnuhi pejabat susah sungguh nak undur diri beri peluang pada generasi menanti. Boleh dikira dengan jari kalau bekerja tip top sampai kepetang.


Disampijng bermuhajadah, bermuhasabah, kita lalui hari  ini dengan bahagia menjadi diri sendri. Banyak sungguh kelebihan berselawat yang menyimpan beribu-ribu rahsia. Kita tidak dapat nak memberi hidayah cukuplah jadi penyampai bagi  yang mencari hidayah. Awal ugama mengenal Allah. Awal hidup mengenal ibu yang memulakam langkah. Begitulah seterusnya menurut hiraki hidup kita. Pada tahun 2008, hamba diuji lagi dengan menjadi lumpuh sebelah badan tanpa dijangka. Tiada penyakit kencing manis, maupun darah tinggi atau yang disabit dengannya tetapi dah nak lumpuh lalu lumpuhlah seketika. Bermuhasabah pada kekurangan yang ada. Hamba berkunjung ke pondok ustaz lagi.


Belum pernah katanya dia menyenaraikan senarai panjang seperti ini untuk mengubat seseorang. Apapun segala permintaannya sudah dipenuhi. Diakhir rawatan ustaz berpesan, jangan lupa pada 25 sen, garam, beras dan jarum.  Saya pun minta benda yang sama, cumanya perempuan tidak sekuat lelaki.  Benda ni semua mengingatkan kita pada orang-orang  miskin yang tak mampu untuk memberi. Setidak2nya kita sudah ada beras dan garam, buat moi untuk makan menguatkan badan. 25 sen pun kalau dihimpun lama-lama jadi banyak. Cukuplah jarum sebagai simbol senjata kita. Jatuh jarum kelantai pun pasti ada diantaranya yang mengena pada mereka yang tak nampak dimata.


Subhanallah, terima kasih ustaz. Jazakallahhu khairan kathira.


Berselawatlah secara konsisten. 10 pagi sepuluh petang. Kita naikkan dari masa kesemasa hingga sebati dalam jiwa. Sekali kita berselawat, Allah gandakan 10 kali. Begitulah ganjarannya yang sentiasa dilipatgandakan dari masa kesemasa.


Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Bila jasad sudah bersemadi, tiada lagi yang tinggal untuk dibawa  kecuali 3 perkara yang akan bersama kita sentiasa.

Wednesday, February 6, 2013

Hidayah milik Allah


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

( Al ankabut: 2)



 Sudahkah kita diuji? 


Bagi lelaki tentunya life begins at forty. Bagi wanita khususnya yang bergelar ibu sudah tentu hidup bermula tatkala  mendapat title bonda.  Ujian demi ujian dillalui seperti meniti dititian Sirat.  Susah senang terpaksa ditempuh. Kepayahan meneruskan hidup ditambah dengan penghinaan ahli keluarga sungguh mencengkam hingga  merana jiwa jadinya. Fitnah, domba jadi makanan dihadam tanpa serat. Segala macam ujian diterima dengan rasa bersalah menghantui diri.



Apakah dosa hamba???


Hari-hari dilalui digagahkan juga demi meneruskan hidup insan-insan tersayang. Tidak pernahku mengadu segala keluh kesah pada makhluk yang bernama manusia. Persekitaran mengajarku untuk terus diam. Sana sini manusia cukup suka mengata perihal kesusahan dan kesenangan orang sedangkan diri sendiri pun terlalu banyak celanya. Memandang yang miskin dia dihina sedang  yang kaya disanjung dipuja. Hamba jadi takut untuk menyuarakan segala rasa. Andai kita tidak bersalah, peduli apa pada susah payah. Pasti ada yang tersirat untukku terus mengkaji seorang diri. Bermuhasabah selalu bila ada waktu. Mencari hidayah buatku jika ada.



Hamba teruskan pencarian mengapa hamba diuji sehebat ini. Sakit yang seperti sudah tidak ada ubatnya pun sudah ku lalui. Ke doktor, ke bomoh, ke ustaz sudah pun dibawa. Bergolok bergadai namun masih belum ku temui penawarnya lagi. Sehinggalah ditemukan dengan Ustaz Lutfi. Penawar dicari ada dalam diri sendiri. Dalam melawan jiwa yang hampa biarlah pada pandangan mata kalian waima pada mata emak sendiri pun hamba masih boleh mengukir senyuman. Hanya padaMu aku diangkat segala beban.Pada pandangan mata manusia, biarlah hamba jadi pelakun handalan. Tampak ceria dan bahagia. Dihati hanya Allah yang tahu betapa sengsaranya hidupku.



Hamba yakin benar pada kasih sayangMu. Sepertimana firmanMu dalam ayat diatas. Hamba mencari dan terus mencari. PemberianMu yang terlalu banyak sedang imanku hanyalah sedikit untuk menampung segala pemberian. Pasti ada mesej disebalik segala ujian ini. paling tidak pada kifarah atas  segala dosa yang ada.
Alhamdulillah, terima kasih atas hidayahMu wahai Allah Yang Maha Halus KelembutanNya. Bersyukur hamba  atas nikmat ujian yang dilalui. Betapa murninya kasihMu pada hamba-hambaNya yang meminta, merayu sambil berdoa. Terjawab sudah segala resah kenapa, mengapa dan untuk apa kita diuji sehebat ini.



'Ya Allah, hamba memohon hidayahMU wahai Allah yang Maha Rahim.Kekalkan hamba dalam ketakwaan ini, hamba memohon sihat walafiat, mengharapkan kebaikan dunia dan akhirat '





Pesan Imam Al Ghazali, perbaharuilah niat selalu.





Sepertimana jiwa para solihin, bila diuji mereka sabar dan tidak mengadu. Sabar itulah sakitnya. Insan yang hampir dengan Allah ( para Muqorrobin) bila diuji mereka redha. Sesungguhnya redha itu kurang sakitnya kerana terbit rasa rela dan puas. Orang-orang yang benar ( para Siddiqqin ) merasa bahagia dan terhibur tatkala menerima ujian. Itulah santapan bagi jiwa mereka.





Dimanakah jiwa kita berada bila diuji bertimpa-timpa...



Nafsu merasa teramat bencikan  ujian lebih-lebih lagi yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan Fitrah pula sebaliknya. Fitrah sangat ingin rasa bertuhan tanda bahagia dan sangat sukakan  bersusah-susah kerana Allah. 


Bila ditemukan fitrah manusia lalu terungkailah ikatan. Tidak takut dan tidak gentar. Allah Ada.


Perbanyakkan selawat dihari Selasa, banyakkan beristighfar  pada hari Rabu. Semarakkan cinta pada Nabi s.aw. bagi meraih cinta Allah azza wa jalla.


Allah memberi, kita lalu mencari, tercari-cari  kesana kemari. Hidayah itu milik Allah bukan milik manusia. Sampai masa bila Allah bersedia menemukan kita dengan hidayahNya. Jagalah hidayah itu. Hamba mengingatkan diri  sendiri bimbang alpa selalu.

Tuesday, February 5, 2013

SubhanAllah, Alhamdulillah...

Puji dan syukur pada Ilahi. AnugerahNya yang tiada terhingga. Hari ini, hari Selasa, 5 Februari bersamaan 24 Rabiulawal, usia merangkak setapak lagi. 54 tahun sudah diberi nafas untuk terus menghirup udara Allah. Menumpang berteduh didunia fana sebelum dijemput pulang oleh Yang Maha Kaya.


Allah tak pernah mengungkit segala pemberian malah Dia terus memberi, memberi dan memberi. Bila sudah cukup segala pemberian, kita dijemput pulang lalu disoal apakah pula yang kamu beri setelah sekian lama Aku tinggalkan kamu menumpang teduh dalam duniaKu.


Sungguh hamba bersyukur masih diberi kesempatan untuk berbakti pada orang tua. Memohon keampunan siang dan malam bagi pihak keduanya yang sudah tiada lagi didunia ini. Menghadiahkan segala pemberian pahala jika ada bagi menyuburkan taman-taman syurga mereka disana.

ÙˆَÙ‚ُÙ„ رَّبِّ ارْØ­َÙ…ْÙ‡ُÙ…َا ÙƒَÙ…َا رَبَّÙŠَانِÙŠ صَغِيرًا
"Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"(Al-Isra’: 24).


Semua yang beriman yakin pada 3 perkara yang kita ditinggalkan setelah jasad bersemadi diliang lahad. Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara lagi yang pasti menanti.


Bagi menyemarakkan cinta pada Nabi s.a.w. inginku rakam segala pemberian tandamata dari anak-anak tercinta. Anak-anak yang tidak pernah lupa mengucapkan selamat hari lahir buat bonda. Kemudahan teknologi maklumat tidak disia-siakan untuk terus berbudi  pada Qaseh Bonda.


SMS pertama jam 00.12 , diterima dari my girl, anakku yang pertama dengan ucapan,

' Mama...happy birthday!!! Semoga sentiasa sihat, ceria dan bahagia...Nanti i balik kita celebrate ok..i love you !!! And i miss you....'


SMS kedua masuk jam 00.17 Alif Farhan, a gentleman to all wishing me,


' Happy birthday mama!!! May Allah bless u. My prayers are always with u mama. Thank you for everything.:) '


Sementara membalas sms yang masuk, panggilan diterima dari anak lelaki sulong jam 00.21, mengucapkan happry birthday secara langsung dengan nada  manis,

'  Happy birthday mama, Birthday girl xtido lagi ke? Birthday yang ke berapa ni?


Kami berdua ketawa dimalam yang sunyi bila ku katakan entahlah sayang, yang ke 45 kut !!!


Apapun jawapannya thank you to all of you for being such a wonderful kids to me. Brave, gentle and kind.


Bangun pagi-pagi setelah solat, berdua bersama Adam kami senaman pagi-pagi. Alhamdulillah menerima ucapan happy birthday dari suami dan Adam Haqimi. Berpelukan kami suami isteri, lalu dimarahi Adam konon malu pada orang yang lalu lalang padahal subuh masih ada, tentu gelapnya masih samar.


Terima kasih pada suami yang sudah menyiapkan teh tarik untukku bersarapan. Indahnya sabar bila kemanisan dapat dikutip dihujung usia.


Begitulah indahnya hari ini ku rakamkan rasa bahagia menyambut genapnya usia 54 tahun. Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan nak ku gambarkan perasaan. Mujurlah dengan kemudahan dunia tanpa sepadan, dapatlah juga ku rakam suasana rasa melalui blog yang tidak sepertinya ini untuk kenang-kenangan bila akhir nanti.


Secebis kisah indah dalam hidupku. Puas sudahku harungi segala onak dan duri. Tanpa Qaseh sejati ayahbonda mana munkin hamba sekuat ini. Tanpa cinta suci yang hamba miliki mana munkin ada kesabaran dalam diri. Tanpa cinta agung, mana munkin kenal makna siapa kita yang diciptakan terlalu sempurnanya ilusi Tuhan. Sempurna lagi ciptaanNya dalam diri  junjungan kita yang dimuliakan. Penghulu segala nabi, Nabi Muhammad s.a.w.


Sayunya hati mengenangkan kasih nabi pada fakir miskin dan anak-anak yatim. Cinta nabi pada umatnya begitu tinggi sedang Nabi punya banyak kelebihan mukjizat membolehkan Nabi menjadi apa saja. Namun begitu baginda sanggup menjadi miskin dan mati sebagai orang miskin. Andainya nabi hidup kaya raya didunia, mana munkin kita yang miskin dapat menaruh harapan untuk ditempatkan nanti bersama Nabi. Cukuplah Al Quran, mukjizat yang ditinggalkan jadi pegangan penyuluh jalan, bersama hadis peninggalan baginda, menemani kita agar tidak sesat dari membangga diri kononnya hidup sudah sempurna.


Antara hadis yang meresap jiwa, memandang pada persekitaran yang ada. Ramai kita leka untuk bermuhasabah...


" Berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu,nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu".


Sesungguhnya ada diantara kita yang memang tiada hubungan namun ada  pertalian saudara sesama Islam seperti mana hadis nabi s.a.w.


"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia kasihkan dirinya sendiri" dan ada lagi hadis yang menguatkan kesempurnaan iman bilamana Nabi bersabda lagi yang membawa maksud,


 “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya"


Senyum-senyumlah selalu dan semarakkan cinta Nabi hari ini.




Monday, February 4, 2013

Keajaiban ciptaan Tuhan

Semarakkan cinta pada Nabi sempena bulan kelahiran baginda. Masa dulu-dulu suka sangat dengan alunan lagu ini,


' Tercipta satu lembaran sejarah ditanah suci kota mekah, hari yang indah penuh syahadah, bermulalah sebuah kisah...................'



Lagu lama Al Mizan ini seakan berkumandang semula menjadi halua telinga. Sungguh masa pantas berlalu. Sedar tak sedar esok Selasa, usia merangkak setapak lagi. Beruntunglah pada mereka yang diberi kesempatan melawat diantara tujuh keajaiban ciptaan manusia yang diilhamkan dari Yang Maha Kuasa. Antara keajaiban dunia seperti istana terindah Taj Mahal, Tembok besar negeri Cina terbina kukuh atas kerahan keringat manusia. Menara Eiffel kebanggaan bangsa. Bermacam-macam lagi keajaiban yang ada namun yang pasti ajaibnya lagi ciptaan kita yang bernama manusia.



Hamba mampu bersyukur masih diberi kesempatan menikmati antara tujuh ciptaan secara langsung dari Maha Pencipta kepada kita umat manusia.Nikmat mata meskipun semakin kabur namun masih boleh lagi melihat indahnya alam ciptaan Tuhan. Nikmat  mendengar ayat-ayat cinta. Menjadi pendengar yang setia, mendengar keluh kesah. Nikmat suara yang tidak pernah tua dan masih boleh berkata-kata. Nikmat merasa pahit manis, asam garam rencah dunia. Nikmat merasa sentuhan cinta berpandukan akal nikmat paling sempurna yang tidak diberikan pada makhluk lain selain makhluk bernama manusia. Akal yang mencantumkan rasa hidup ini untuk apa, untuk siapa dan akan kemana akhirnya. Nikmat hidup berkasih sayang, bermesra, bermanja, senyum dan ketawa memandu kita mengenal jalan pulang. Makna cinta tulus, cinta kudus, cinta kasih sebersih selasih, menemukan kita cinta paling agung.



Dalam menyambut usia tua esok Selasa, hamba bersyukur dapat menumpang teduh dibawah naungan bulan Rabiulawal  tahun ini.



Hamba rakamkan doa yang diamalkan setiap pagi. Mudah-mudahan hamba tidak lupa meninggalkannya dan mudah-mudahan menjadi  buah tangan untuk anak-anak cucu.



' Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam pada Nabi junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. pada keluarga serta para sahabat baginda. 
Ya Allah! Sesungguhnya hamba memohon padaMU akal yang cerdik,ilmu pengetahuan yang bermanfaat, hati yang tenang,budi pekerti yang baik, rezeki yang halal dan berkat, amal yang suci, kesudahan yang sempurna, anak keturunan yang soleh, dunia yang mendatangkan kebajikan, akhirat yang membawa nikmat. 
Selawat dan salam dilimpahkan pada penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w. pada keluarga serta  para sahabat baginda  dan segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir alam semesta '



Life is beautiful, freedom is power, sharing is caring. 








Monday, January 28, 2013

Semarakkan Cinta

Bulan Maulud kali ini  disambut dengan rasa penuh keinsafan. 12 Rabiulawal 1434H tahun ini, jatuhnya pada hari Khamis. Alhamdulillah, kita dapat meraikan hari kelahiran baginda Nabi s.a.w.  dengan berpuasa sunat Khamis. Esoknya pula kita teruskan dengan berpuasa sunat  hari putih, 13,14, dan 15, lalu disambung pula dengan berpuasa sunat hari Isnin.





Syukur Alhamdulillah, dapat kita kongsikan bersama rasa kasih baginda pada yang kurang berkemampuan menikmati makanan.  Seperti yang pernah dikatakan oleh Abdul Rahman bin 'Auf insan kaya raya yang digelar nabi Abdul Rahman Bin 'Auf adalah saudagar Tuhan.  Antara sahabat nabi yang dijamin syurga. Tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanya, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu 'Auf ?" Dia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan baginda dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.



Mengingatkan pada sirah nabi yang sentiasa berlapar, mudah-mudahan termotivasi diri ini untuk tidak dalam kekenyangan selalu. Ikat ilmu dengan amal, ikat amal dengan tulisan agar tidak leka. Sekadar berpesan-pesan pada jalan-jalan kebenaran dan kesabaran agar  tidak rugi dikemudian hari.


Kita dimulakan kasih seawal usia dengan sentuhan ibu. Wajah itulah yang kita kenal ketika menyusu. Wajah itu lah yang menghalalkan air susu. Wajah ibu antara wajah yang apabila dipandang beroleh pahala. Wajah-wajah cinta penarik utama dalam menemukan pada cintakan nabi cinta paling tinggi.



Ceramah sempena sambutan maulidur rasul kali ini disempurnakan oleh tokoh ulamak tersohor Tuan Guru Hj. Salleh Bin Musa. Air mata tuan guru jatuh berderai  sewaktu membuka lembaran sirah Nabi junjungan. Tuan Guru yang berusia lebih 84 tahun mampu berdiri selama lebih 2 jam ketika menyampaikan ceramah.    Tuan guru adalah antara ribuan peserta perhimpunan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur yang mampu berjalan melebihi 3 km untuk sampai ke stadium merdeka. Tuan Guru Hj Salleh Musa yang mengimamkan solat di Stadium Suka Menanti, ketika perhimpunan kebangkitan rakyat diadakan di utara tanah air.



Setiap kali tuan guru mengesat airmata ketika membuka lembaran sirah Nabi,  lantaran jiwa ini meruntun sama. Sebak dada masih terasa Betapa kasihnya tuan guru pada kita sehingga sanggup mengorbankan masa dan usia demi kelangsungan risalah perjuangan Islam.  Kita meraih cinta nabi dengan linangan airmata. Dimana ada cinta disitulah wujudnya kasih baginda.  Tuan guru bagaikan sang pencinta yang rela berkorban asalkan rindu batin terubat.



Puji dan syukur ditemukan Tuan Guru Hj Salleh Musa, menjadi idaman para jemaah yang sanggup mengikut kemana saja arah tuan guru berada. Takdir menemukan hamba tanpa dijangka. SubhanAllah, insan yang selama ini disebut-sebut, bahkan ramai yang berebut untuk turut serta  menghadiri  kuliah subuh tuan guru nun jauh dipondok Sik, namun bagaikan bulan jatuh ke riba , tuan guru berkunjung ke tempat hamba.



Selawat dan salam pada makhluk paling sempurna ciptaan Ilahi, junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan pada sekelian keluarga juga para sahabat baginda. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta.


Semarakkan cinta sempena bulan maulud. Berselawat selalu tanda cintakan Nabi.



Thursday, January 24, 2013

Ya Nabi Salamun 'Alaik

Hari ini 12 Rabiulawal muncul lagi. Puji dan syukur dipanjatkan kerana masih diberi ruang mengenang nabi kecintaan umat dihari yang bahagia ini. Hari kelahiran junjungan mulia insan paling sempurna. Selawat dan salam pada penghulu teragung, pada seluruh keluarga dan para sahabat baginda.

Terbayangkan kasih nabi pada umat, pembela kita dihari kiamat. Terkenangkan kasih sayang baginda pada semua makhluk, kisah si unta tua yang sedang menangis dengan linangan airmata. Hari demi hari kita dambakan syafaat nabi, mudah2an dihimpun bersama umat tercinta andai kita kenal hidup ini untuk apa, untuk siapa dan akan kemana. Nabi yang dilimpahkan rasa kasih pada seluruh umat manusia bahkan merangkumi sekelian makhluk ciptaan Tuhan.


Berselawat selalu tanda rindu. Berbaik sangka tanda bahagia. Berlapang dada tanda cinta itu ada.


Wahai mata, jangan menipuku lagi. Mata punca segala. Nabi kita berpesan rendahkan pandangan matamu.


Hidup ini hanya bayangan. Mati itu kepastian.


Chemistry is the foundation of life. Life is fragile and LOVE is not.


Friday, February 26, 2010

Hadiah harijadi Nabi

Hari ini 12 Rabiulawal. Hari kelahiran junjungan Nabi kita penghulu segala nabi yang jatuh pada hari ini yang umum tahu penghulu segala hari.

Berselawat kita pagi dan petang khususnya pada hari Jumaat tanda cinta umat pada Nabi Muhamamad S.A.W.

Sekali kita berselawat,10 Kali Allah selawat pada kita lalu dihapuskan 10 kali kesalahan dan diangkat pangkat kita 10 darjat.

Begitu besar ganjaran pada umat Muhammad yang Allah anugerahkan pada sesiapa saja yang mengingati kekasihNya.

Kecintaan manusia pada baginda sentiasa subur bahkan tak pernah pudar sehingga bumi terbelah dua.

Semakin kita membongkar keutamaan berselawat semakin majnun rasanya jiwa untuk berselawat tanpa henti seolah nabi ada disisi yang menjadi saksi pada pengabdian ini.

Bermacam nama2 selawat yang diterjemahkan...selawat munjiah, selawat syifa'. selawat tafrijiyah, selawat kamilah dan bermacam2 nama dan tujuan membawa maksud khusus untuk berselawat...semuanya semata2 melambangkan umat yang cintakan nabi yang berselawat tanpa henti mengikut kemampuan kaedah yang kita pelajari.


Sepertimana kita idamkan hadiah harijadi...pun begitu hadiah bukanlah ukuran Qaseh sayang....saling ingat mengingat pada usia yang berlalu pergi itu lebih utama...lebih2 lagi menerima ucapan dari insan2 tersayang yang sudi mengingati...paling melegakan hati. Nabi pun tak minta berarak tanda melahirkan rasa cinta. Harapan nabi supaya umat tidak melupakannya dan tidak meninggalkannya bagi mendapat syafaat baginda dihari kiamat sepertimana pesan baginda;

' Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku nescaya selawat itu sampai kepadaku'

Bagi melengkapkan doa agar tidak tergantung dipertengahan antara langit dan bumi, mulakanlah dengan berselawat dan diakhiri juga dengan selawat.

Aku mengingatkan diriku dan anak2 cucu, selagi hayat dikandung badan utamakan berselawat pagi dan petang, siang dan malam sepertimana keutamaan kita menimba ilmu dunia.