Showing posts with label Ilmu Tauhid. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Tauhid. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Doa dan Restu - Tuan Guru Hj Salleh Bin Hj Musa



Sempena menyemarakkan bulan Maulud kali ini, ingin hamba rakamkan sejenak bersama kuliah tuan guru Hj Salleh bin Hj Musa.

Sudah lama mendengar nama ulamak tersohor ini namun tidak pernah berkesempatan menemui beliau secara peribadi jauh sekali untuk melihat wajahnya dari dekat. Alhamdulillah takdir telah menemukan hamba sempena sambutan maulud malam tadi.


Syukur pada Allah dan selawat salam pada junjungan Nabi s.a.w. pada seluruh keluarga dan para sahabt baginda. Usia tuan guru sudah melepasi 84 tahun. Kesungguhan beliau berdakwah, memegang amanah Allah menyentuh hati siapa saja yang hadir mendengar. Kekuatan fizikal dan mental tuan guru sungguh luar biasa jadi inspirasi para pelapis meneruskan wadah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.


Setiap penceritaan tentang kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w membuatkan tuan guru menitis air mata. Setiap kali tuan guru mengesat airmata dengan sapu tangan hijau. hamba yang mendengar sambil melihat  turut merasakan hibanya hati atas kealpaan diri sendiri. Tidak putus-putus  tuan guru mengesat airmata, bertambah pilu rasa didada.  Menceritakan saat gemilang kehadiran Rasul terbilang. Baginda membawa kasih sayang, membawa rahmat pada seluruh alam, membawa iman dalam kesempurnaan akhlak dan pemberi syafaat pada umat baginda.


Entri kali ini khusus bagi mengenalkan tuan guru pada anak2 cucu. Pengorbanan tok guru menghidupkan sunnah bagi menegak hukum Allah dibumi tercinta. Ulamak tersohor, sukar ditemui dewasa ini hanya boleh dibilang dengan jarisanggup berdakwah sampai hujung nyawa. Tuan guru  sudah ranum usia masih boleh berjalan sejauh 3 km lebih untuk turut sama dalam Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di KL dan mengimamkan solat dalam Stadium Suka Menanti sempena perhimpunan kebangkitan Rakyat di Kedah Darul Aman.


Tuan guru tidak ingin sama sekali katanya, generasi baru terlalai dek ucapan Salam 1Malaysia.Sudah semakin pupus kalimah Assalamualaikum Warahmatullah.Bersama dalam kuliah tuan guru hampir 2 jam malam tadi, airmata tidak tertahan lagi. Kaedah tuan guru memupuk rasa cinta pada nabi sungguh terkesan dihati. Cinta sesama insan membawa kita dekat dalam mengenal Tuhan. Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia kasihkan diri sendiri. Tidak lagi sempurna imannya selagi dia tidak mencintai nabinya lebih dari dia mencintai dirinya sendiri.


Semalam, 20 Februari, hari Rabu, hamba bertekad mengunjungi Tok Guru. Entah apa gerangan naluri hamba begitu kuat mencari dahan untuk berpaut,  mengadu pada yang tahu, mengangkat permasalahan umat Muhammad. Menemui tuan guru tersohor adalah sesuatu yang sukar bagi hamba orang jahil.. Tuan Guru bukan saja saban hari sibuk dengan kuliah bahkan bila sudah ternama seantero dunia, tentulah jadual tok guru  padat.


Hati mula berbolak balik bimbang kecewa dipertengahan. Sokongan kuat dari suami hamba sanjung tinggi. Bersama Adam, kami menuju ke MADRASAH ARRAHMANIAH, Sik,Kedah. Perjalanan waktu petang membuai qalbu sambil hati menyanyi-nyanyi, aku pergi kerana Allah, berjumpa tok guru kerana Allah. Perjuangan ini kerana ALLAH. Tidak takut dan tidak gentar, Allah ada.


Sepanjang jalan kenangan, kami disapa rumput jalanan. Berhenti seketika bertanyakan dimana gerangan pondok tok guru. Tiba di Madrasah hampir berkumandang azan Maghrib. Bergegas menuju kemadrasah, berjemaah dengan  penghuni Madrasah tok guru. SubhanAllah, bagaikan tidak percaya, hamba bersama Qariah tuan guru, bersalaman sesama insan, yang mana kita semua  menumpang teduh didunia fana. Bezanya antara kita, mereka terlalu istimewa, jauh dari godaan dunia.


Selepas solat, kami berlegar disekitar kawasan madrasah, tercari-cari rumahnya tuan guru. Terima kasih pada semua yang baik budi, termasuk anak tuan guru menunjuk arah. Alhamdulillah, bagaikan bulan jatuh ke riba, tuan guru seakan menanti kehadiran kami bertiga. Betapa kalimah tauhid, Bismilahi tawakkaltu A'lallah menjadi pegangan tauhid, lambang kekuatan bekalan insaniah.


Tanpa gangguan berbicara, tanpa kerenah birokrasi, kami dilayan dengan rasa bahagia dihati. Walaupun pada mulanya tuan guru agak serius, almaklumlah hadir tanpa protokol, tanpa temu janji, tanpa ilmu cuma berbekalkan niat berani kerana benar. Setelah menceritakan segala hajat, jelas terpancar diwajah tok guru yang semakin selesa dengan kehadiran kami. Tuan guru mula bercerita tentang suasana semasa, politik di Kedah termasuk di Sik sendiri semuanya sudah jadi tidak menentu. Tuan guru seronok bercerita sambil tersenyum simpul, bercerita tentang kezaliman yang menimpa rakyat dan bagaimana hubungannya dengan DSAI. Bermunajat bersama DSAI hingga kepagi.


Restu dan doa tuan guru akhirnya kami genggam bagaikan azimat buat bekalan kami menuju destinasi. Tuan guru berpesan, 

" berjuanglah dengan ikhlas. Buatlah sesuatu itu dengan betul, dengan niat LILLAHITA'ALA.Tak apa,
pergilah, pergilah diulang berkali-kali dan kirim salam kat Anwar banyak-banyak. Dia faham dah tu "   


Hamba yang jahil ini tidak lupa maklumkan pada tuan guru, saya bernazar berpuasa esok kalau saya dapat jumpa tok guru hari ini. Tidak lupa Adam mendapat sentuhan tuan guru. Adam disuruh mengadap Qiblat lalu tuan guru mendoakan diubun2 Adam. SubhanAllah, syukur Alhamdulillah. Sepanjang jalan kenangan yang tidak munkin padam bila merasakan dalam hati ada taman. Berbunga-bunga rasa cinta dalam dada. 

Sah siddiq mengajar aku, Love all, trust a few, do wrong to none. Bagaikan hilang segala yang terbeban. Kami beredar dengan rasa puas. Kepuasan zahir tidak terucap. Peninggalan postimg ini khusus tatapan anak-anak cucu mengenal makna tauhid.


Pagi-pagi lagi hamba mula google mencari-cari nama Tuan Guru HJ Salleh Bin Musa, insan  yang dimuliakan dari dunia sampai akhirat. MasyaAllah, hebatnya insan yang ku temui malam tadi. Menatap gambar-gambar tuan guru bersama nama-nama besar, para ulamak tersohor, seperti semalam ku bermimpi melihat satu bintang. Hamba yang kerdil  lagi jahil dapat bersama bersua, bersama bercerita dimeja bulat sambil senyum dan ketawa tanpa suara.


Thank You Allah. 


 




 

Tuesday, February 19, 2013

Ilmu makrifat


  "Mengenal Allah dengan ilmu seperti 
                 
                   mendengar  gula, tapi belum merasai,

 mengenal Allah dengan hati, seperti merasai gula"

  

- Wali teragung:  Syeikh Abdul Qadir al-Jailani -

Tuesday, April 3, 2012

Cinta Online

Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal Online selalu. Tak kira dimana.


Mata melihat, hati melawan. 
Mata memandang alam, hati mengingat Tuhan.


Siapalah hamba disisiMu. Hanya semut kecil di tengah belantara.Pun begitu hamba wajib bersyukur masih diberi peluang belajar bercinta secara on line.


 Allah berfirman:
 
“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

( Asy-Syam 91:8-10 )



Masa berlalu, usia merangkak tua. Ikut hukum akal usia tinggal hanya sedepa. Kematian menanti hanya dihujung mata. Sebelum dibawa pergi, tidak akan ku sia2kan saat2 indah bercinta dalam online.


Cinta muda-muda selalu bermain dimata. Makan tak lalu, tidur pun jadi tak lena. Bila bersama jadi bahagia, bila terpisah, hilang serinya. Cinta ibu bapa tak kurang hebatnya. Sampai masa tiba pula giliran mereka meninggalkan kita.


Sebelum ajal menjelma, bersama kita menikmati kekuatan cinta online. Dunia rekaan kian canggih. Boleh chatting, boleh skype, boleh online hanya dihujung jari. Dimana saja boleh belajar sambil bekerja. Mengumpul kekayaan dunia sambil bercerita dan bergurau senda.


Semakin canggihnya kehidupan manusia, semakin menebal rasa cinta dalam talian yang tidak pernah putus. Online kita dengan Pencipta, dengan Dia yang Maha Mendengar, Maha Kuat lagi Maha Perkasa.


Sementara masih diberi peluang, carilah ruang bersua anak yatim untuk mengusap  kepala. Berilah makan orang miskin bila berduit. Ziarahlah pusara, untuk mengingat mati, melembutkan rasa supaya binasa rasa, cintakan dunia.


Firman Allah,


Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya.

(Al Qaaf:16)


Dalam seni biasanya manusia mendekati kebenaran.Dalam mendepani kemajuan pula ingatkanlah diri selalu,


'Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hambaMu yang sabar, hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan yang sentiasa memandang diri hamba terlalu kecil apabila berada disisiMu '









Wednesday, March 10, 2010

Bila dilanda musibah

Apabila kasih pada Allah bertambah akan terbuka tabir Ilahi. Sesungguhnya cinta pada Allah diiringi kemiskinan, kesusahan dan kesulitan. Ketabahan itu sumber kekuatan dari Allah tanda cinta dari Allah dan RasulNya.

Sepertimana Nabi Yunus tidak pernah melupakan Allah. Baginda sentiasa berdoa ketika berada didalam tiga lapisan kegelapan, kegelapan malam, kegelapan lautan dalam dan kegelapan berada didalam perut ikan nun.

Doa Nabi Yunus yang menjadi sumber inspirasi manusia ketika berada dalam kepayahan hidup;

" Lailahailla antasubhanakainnikuntuminazzalimin'

Segala permasalahan diangkat pada Allah pemilik Arasy yang Maha Agung lagi Maha Penyantun.

' Sesesungguhnya Allah akan memberikan pahala pada orang2 yang sabar tanpa dihitung'

( Az Zumar: 10 )

Saturday, January 23, 2010

Syurga Idaman

Semua peserta kursus diwajibkan beriadah pagi2 buta...biasalah ramai yang nak membuta...yang hadir pulak yang dah tua2...tambah yang berjawatan tinggi lagilah liat bila diikat dengan peraturan...ada kelainan pada kursus kali ini bila pegawai penyelaras kursus dengan sopan mengingatkan semua pada waktu syuruk....jadi, siapa2 yang berhajat nak solat sunat Isyrak dan Sunat Dhuha di benarkan menyempurnakan niat masing2.

Alangkah bahagianya bila ada pegawai muda seperti dia...seronoknya bila ada orang2 berilmu dan beramal.

Teringat kembali pada bos lama sewaktu turun padang dari Kuala Lumpur melawat anak2 buahnya disini...Dengan nada tegas dia menegur adik2 kakak yang masih belum lagi bertudung.

' Saya nak ingatkan pada kamu2 semua yang tak bertudung...bila lagi nak bertudung...selaku ketua jabatan saya kena tegur..supaya saya terlepas dari tanggungjawab kerana tak mengingatkan kamu semua.'

Waduh2...garang giler bos ini...memang bos kena tegas pada kemunkaran...selebihnya bak kata Nabil;

' Lu pikirlah sendiri '

Ada lagi kah bos yang macam ni...memang dia nampak ja garang...tanpa selami hatinya dulu...dia terlalu baik buatku...susah nak cari bos yang macam ni...mudah2an ada!! Bos muda pun dah bijak mengingatkan dengan halus pekertinya pada yang tua2 tentang kelebihan mencari rezeki bila terbitnya matahari.

Mudah2an ada bos2 yang peka pula tentang hukum zakat...bila bos arif tentang zakat, dia tentu nak kongsi dengan anak2 buah kelebihan menunaikan zakat...selain mengingatkan semua untuk menabung...apa salahnya mewajibkan potongan zakat. Jangan sampai nakhoda membiarkan kapalnya hilang arah punca.Tidak semua kita lahir dikalangan anak2 orang alim dan berilmu..tak kira bekerja dengan kerajaan maupun swasta..pendapatan berkat dengan berzakat.

Hidup dengan berniaga sahaja boleh cipta kekayaan..meneroka dari satu lembah ke satu lembah...membina empayar kekayaan...dapat mengembara serata alam...usahawan berilmu tentunya berlumba2 mengeluarkan zakat..tak terkecuali ramai usahawan jadi Sa'alabah...

Selagi jadi orang gomen..jangan mimpi nak jadi kaya raya dan kena selalu ingatkan diri bukan kekayaan yang dicari...beruntung menjadi orang2 'yang terpilih' melaksanakan tugas2 seperti tugas2 para2 malaikat...meraih qaseh sayang Allah dengan khidmat ikhlas.

Kita mencari 2 perkara yang tidak ditemukan dalam 1 masa didunia yang fana ini.

' Kesenangan dan Kebahagiaan '

Sesungguhnya kesenangan dan kebahagiaan ada di syurga.

Saturday, December 5, 2009

Rahsia khazanah

Sembahyang itu tiang...puasa itu pintu manakala dinding2 ibadah adalah zikir...pembuka segala khazanah adalah doa...kunci pada doa adalah beristighfar...bersyahadah dan berselawat...bukalah dengan Bismillah...tutupkan dengan berselawat...formula rahsia pembuka khazanah ilmu.