Showing posts with label Nostalgia Selasa. Show all posts
Showing posts with label Nostalgia Selasa. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

Muliakan tamu

Salam lebaran. Sempena Raya ramai tetamu datang dan pergi. Sesungguhnya tetamu datang bawa rezeki, tetamu pulang terhapus dosa kecil tuan rumah. Andai tamu pulang bawa rasa hampa, pasti kesal menempa jiwa. Hikmah memuliakan tetamu selalu diperingatkan seperti iklan.


Tetamu dimuliakan bukan kerana darjat tapi dituntut dalam Islam. Hadis memuliakan tamu selalu disebut-sebut. Pun begitu masih ramai diluar sana memandang remeh. Pada anak cucu tersayang, tidak kira lelaki maupun perempuan, ingatlah selalu hikmah memuliakan tamu.


Hari ini, Alhamdulillah kalian anak-anak terdidik dengan akhlak baik. Kita tidak dapat menjangka tentang masa depan. InsyaAllah berbuat baiklah selalu pada ibu bapa nescaya tersedia pasangan baik untuk kalian nanti. Beringat selalu, what goes around comes around. What you give you get back. Perkahwinan bukan sekadar membanyakkan anak tapi motif berkahwin itu untuk apa sebenarnya. 


Jika benar memenuhi tuntutan menjadi umat Muhammad s.a.w. tiada yang membebankan bila bersangka baik. Apatah lagi berbuat baik selalu walaupun pada mereka yang pernah melukakan. Mereka yang memandang rendah pada orang miskin, yang tidak faham makna ujian. Terkadang manusia lupa diri. Ada sebab kenapa dia dikayakan dan kenapa, ada pula yang dimiskinkan. Mereka mendabik dada bila diatas, banyak pula berkata sia-sia. Mereka  memandang hanya pada rupa sedang akhlak mereka jauh merudum. Apapun kita teruskan berbuat baik asal  kita tidak meminta budi baik  dibalas baik. Bukan pada manusia kebergantungan kita. Semua insan yang terpaut rasa ehsan dambakan redha Allah. 


Jangan bersungut bila asyik memberi, tidak pula menerima. Serahkan pada Yang Memerhati. Dia lebih tahu menyusun. Mengaturkan qada' mengikut kadar sempurna. Jika berlaku suasana sepi, suasana kelam kabut dalam rumahtangga, ada asbab tersembunyi. Carilah sendiri mengikut gerak hati. Ingatlah selalu, cermin anak-anak ada pada ibu. Bila tidak dipupuk rasa kasih mesra, hormat menghormati dalam rumahtangga, pasti bertemu jalan mati. Bila hati tidak bahagia, mula menanam benih benci.


Kelak beginilah jadinya...


Memandang tetamu hanya sebelah mata. Tetamu tak diundang merobah airmuka. Tetamu bagaikan batu penghalang. Terbawa arus kealpaan sampai  lalu lupa asal usul.  Dari mana datangnya cinta.  Bila cinta pudar, masing-masing bawa haluan. Tetamu dibiarkan seperti patung tidak bernyawa. Hadir tetamu tidak membawa bekas. Luaran seperti tinggi didikan tapi sayang tidak diaplikasikan melalui perbuatan. Buta mata hati tentang kelebihan memuliakan tetamu. Walaupun hanya sekadar air kosong, sudah cukup meraikan kehadiran tetamu.


Sama-sama berpesan-pesan selagi hayat dikandung badan. Mengeratkan ukhwah lebih utama dalam menjaga hablumminannas. Hubungan yang membawa kepada kuatnya ikatan hamlumminaAllah. Belajarlah memberi dari terlalu banyak menerima. Bagaimana kita dilayan tatkala kita suatu ketika dulu menjadi tetamu. Jangan sampai lanjut usia kita masih tercari-cari dimana silapnya kehidupan ini nanti.


Teringat kembali pada perilaku peninggalan arwah ibu mentuaku.  Arwah senantisa memastikan tetamu sebelum pulang dijamu makan. Tak kira malam atau siang, tak kira  kaya maupun yang kurang berada, arwah sentiasa istiqamah dalam memberi makan. Arwah tidak ajak-ajak ayam. Arwah  mengajak  sungguh-sungguh sehingga tamu payah menolak. Arwah meninggalkan pesan, pastikan tamu dijamu makan sebelum pulang.. Lauk pauk soal kedua. Apa yang penting menu utama tetap  nasi. Tidak mengira masa tamu pulang tidak merasa hampa.Pernah terjadi tamu sampai malam-malam buta. Pun begitu nasi menu utama menyambut tetamu walaupun lauknya ala kadar. Tetamu sampai pukul 3 pagi pun, nasi siap tersedia, walaupun hanya berlaukkan telur.


SubhanAllah. Sanggupkah kita bersusah payah seperti dia. Hamba rakamkan segala penat lelah, tanda ingatan buat anak cucunya untuk meneruskan legasi memuliakan tetamu.


Belajar dari gaya hidup orang-orang lama membuatkan kita rela hadirnya tetamu tidak kira masa. Kita kena selalu mengingatkan diri kita diuji dengan hadirnya tetamu. Bagaimana kita melayan, bagaimana kita meraikan, kita sentiasa diperhati.  Diteropng dari kiri dan kanan, dari atas dan dari bawah. Dia tidak pernah meninggalkan kita walau sekelip mata pun jua. Jika kita faham makna memuliakan tetamu, apa ditunggu lagi. Susah sangatkah untuk kita bercermin  rasa seronok bgi membuktikan keikhlasan menyambut para tamu. Lebih-lebih lagi pada tetamu yang tidak diundang. Disamping dapat menumpang merebut pahala, kita berpeluang menarik rezeki. Tambah syukur  jika  tetamu pulang membawa pulang dosa kita bersama agar terpadam segala dosa silam. 


Orang tua-tua dulu tidak menampakkan alim dengan serban berbakul, dengan hijab hanya tinggal dua biji mata. Buat nampak ikhlas sudah cukup melambangkan tauhid orang dulu-dulu sukar dicari ganti. Terbukti, Action speaks louder than words. Terkesan sampai hari ini bahawa sesungguhnya mereka  yakin dengan janji Allah hikmah  disebalik memuliakan tetamu.  Melayan tetamu seperti tuntutan fardhu.. Apa dibimbang pada segala yang telah dikeluarkan. Bukankah Allah gandakan segala kebaikan. Tingkah laku ditinggalkan membawa mesej, jangan sekali-kali minta dibalas pada budi yang ditabur. Tetamu pergi, mereka masih menanti pada yang datang lagi. Tauhid orang dulu-dulu tinggi nilainya. Mereka berpegang teguh pada jalan Allah. Cukuplah Allah jadi pengganti. Dia Yang Memerhati, Dia Wakil.  Dia Pelindung. Mereka sekadar membawa bekal ke akhirat jua tempat abadi.


Alhamdulillah, arwah setia jadi isteri sampai mati. Segala kisah rumahtangga tersimpan kemas didasar hati.  Arwah setia menyenduk nasi dari pinggan ke pinggan tetamu. Mulianya khidmat bakti seorang ibu. Ibu  yang  cantik paras rupa tapi tidak banyak berkata-kata. Diam arwah memberi makna pada yang mahu belajar untuk mengemudi bahtera rumah tangga.


Al Fatihah pada dua wanita teristimewa yang bernama ibu. Tidak lupa pada pasangan yang ditentukan Tuhan. Indah sungguh ciptaan menemukan ikan dilaut, asam didarat. Dalam periuk terhasil ramuan secukup rasa.

Mengambil iktibar raya kali ini.  Jangan berakhlak kosong. Jangan membebankan orang tua bila tiba hari raya. Jangan segalanya boleh dibeli dengan wang ringgit. Dijadikan kaya bukan menambah letih orang tua. Bayangkan andai semua kembali ke destinasi. Tidakkah merasa kesal dihati orang tua yang ditinggalkan keseorangan letih mengurut kaki sendiri. Bertemankan minyak angin teman sejati.

Tidak dilatih hidup berkasih sayang tidak bermakna jahil selamanya. Jangan menanam rasa benci dihati kelak beginilah jadinya dalam kisah hidup berumahtangga. Semarakkam rasa cinta. Kita jadi berani menegur kerana benar. Kembalikan semula hak ibu atas anak-anak apatah lagi anak lelaki. Bila isteri mendahului suami, tetamu jadi saksi.

Ramadhan sudah berlalu pergi. Ramadhan pasti bertamu lagi. Masih adakah waktu untuk kita menyambut tetamu yang pasti datang. Apakah sama nilainya dengan kehadiran tetamu yang tidak undang. Iktibar Syawal memberi impak maksima menghargai pengorbanan orang tua.


Tuesday, September 6, 2011

Selasa bersejarah

Hari ini hari Selasa. Istimewanya Raya tahun ini disambut pada hari Selasa. Hari nostalgia. Hari Selasa menghimpun sejarah. Hari yang selalu membuatku terkenang saat mak meninggal dipangkuan hamba. Walaupun sedih hamba bersyukur mak dijemput mudah. Sungguhpun usia mak sudah lebih 83 tahun, mak tak pernah susahkan sesiapa bahkan sampai hujung nyawa mak tetap ceria.  Segala kenangan bersama mak    terpahat dihati sanubari. Mak tersisih dari anak2 sebab mak orang susah. Tidak meninggalkan harta berkoyan untuk anak2 mak berebut. Aku lebih rela mak kembali kepangkuan Allah sebagai orang miskin. Bagiku ilmu peninggalan mak sudah cukup mak bekalkan. Kadang kala manusia lupa, di ciptakan dia diatas untuk apa sebenarnya. Walaupun pada pandangan mata, akal dan hati semua yang ada bukannya datang dari usaha mak maupun bapa, kenapa mesti dia lupa siapa membenarkan dia melihat bulan dan matahari. Segala yang berlaku pada mak semuanya meninggalkan pengajaran paling berharga.. Dalam hidup jangan lekas berputus asa, berputus harap pada yang Esa. Kecekalan mak menempuh segala kesusahan bersama menjadi kenangan paling indah buat kami berdua.

Al Fatihah untuk  ibuku sayang.

Ibu yang cantek luar dan cantek dalam. Mak langsung tak mengeluh pada semua peristiwa yang mengguris perasaan bahkan mak akui mak tak dapat tumpahkan kasih pada anak2 disebabkan  mak banyak tanggungjawab, terbeban sebagai hamba, sebagai isteri dan ibu pada anak2nya ramai, sebab tu kata mak anak2 pun tak kasihkan dia. Ini sudah tidak adil bagi mak. Kesian kat mak!! Apa pun gambaran yang ada mengajarku mengenal erti kasihnya ibu. Bukan harta atau rupa jadi sandaran. Paling digeruni bila kita selalu mengecewakan mak pasti kita tak lari dari hukuman. Di satu masa dan di satu ketika sudah pasti anak2 akan kembali berbuat  perkara yang sama. Bila mak sudah tiada, hanya sesalan meruntun jiwa, sukanya manusia  berpura2. Padahal jelas terpancar semua rahsia hati bila melihat raut wajah2 kusam tanpa seri.

Sayang semuanya sudah terlambat...tak guna dikesalkan lagi. Sampai giliran kita pula yang sudah tua. Masing2 berebut untuk berbaik2 dengan anak2 padahal hakikat hidup sebenar sudah di ajar oleh nabi kita, berbuat baiklah pada ibu bapa nescaya anak2 akan buat baik pada kita. Kerajaan rumahtangga yang ada sekarang, yang berantakan pagi dan petang adakala sampai malam  tak ubah seperti kerajaan Barisan Nasional. Rakyat sudah pandai kecewa, inikan pula anak2 yang menbesar didepan mata. Sudah bijak menjadi hakim yang arif lagi bijaksana.

Selasa muncul lagi hari untuk  kita memeriahkan semula suasana raya  setelah menjalani ibadah puasa enam Syawal. Tahniah pada remaja perempuan  berilmu yang sudah menunaikan qada puasa seiring meraih pahala puasa enam. Pada anak2 muda diluar sana salah satu tips mencari jodoh, carilah yang berilmu dalam berugama. 

Tidak ramai anak gadis yang sanggup mengorbankan nafsu makan sempena hari raya. Kalau dulu amalan berpuasa enam  Syawal khususnya hari kedua raya secara terus, di monopoli oleh wanita2 tua yang dah menopause dan yang sudah hilang selera makan. Alhamdulillah kesedaran sudah menjalar dikalangan para gadis remaja dan wanita tua muda untuk sama2 mengambil peluang menjalani ibadah puasa enam dengan gumbira tanpa mempedulikan juadah2 hari raya yang kaya dengan kolestrol tinggi, lemak berkrim disukai ramai. Sunat berpuasa enam yang muncul setahun sekali datang menyapa pada yang sudi membeli, mengutip keuntungan yang hanya Dia  berhak memberikan nilai sebenar ganjaran.

Zaman tujuh puluhan dulu zaman Jahiliah. Tidak dilatih anak2 secara langsung untuk berpuasa. Ikut suka hatilah nak puasa ke tidak tapi yang pasti anak2 dilarang samasekali untuk makan bersama orang2 berpuasa. Tiada kompromi. Keputusan bapak muktamad. Bertawaflah kamu keliling pinggang mak namun nak jemput makan jauh sekali. Bagi yang memang giat dengan aktiviti luar, dia peduli apa tak makan bersama. Di masjid dia masih berpeluang menjamu selera. Bila dah besar panjang, dia lah otai, dia lah taiko. Orang2 begini, dah pakat jadi orang besar sekarang. Liatnya mereka untuk berpuasa masa muda2  menjadikan mereka orang berguna di hari tua Hanya dia yang meyimpan rahsia kejahilannya ketika muda belia. Kelebihan pada laungan azan.

Berbeza dengan zaman sekarang anak2 yang lima tahun pun sudah rajin berpuasa penuh. Mak bangga giler!! Latih tubi orang dahulu kala jauh bezanya dan memang berbeza tapi impaknya melekat dihati sampai hari tua. Ada sebab rupanya bila tiada yang memaksa untuk berpuasa, menyuruh pun tidak, marah pun tidak. Benarlah kata Nabil...Lu pikirla sendiri!!

Ya tak ya jugak...bukanlah cukup umur berpuasa  pun masa tu. Ikut suka engkaulah nak puasa ke tidak. Janji tak boleh buka sama. Satu penghinaan masa kecik2 amat terasa meninggalkan kesan sampai ke tua. Tanda kasih orang dulu kala tidak melampaui batas. Ada had untuk anak2 tunduk hormat. Bezanya kasih orang dulu zahir tak terucap. Kasih orang sekarang terlebih kasih.  Bila anak2 tak dengar kata, lebih selesa dengan kawan2, mak mula hilang arah, hilanglah nikmat cinta dalam rumahtangga. Nak menumpang kasih jauh sekali. Bermula episod ungkit mengungkit, jeling menjeling, tiada lagi tegur sapa. Bila masing2 merasa bosan terbuka semula lembaran sejarah hitam hidup berkeluarga. Jangan biarkan sejarah silam yang diwarisi turun temurun oleh orang2 melayu berulang dalam rumah tangga kita. Benar kata Dr. Robiah K. Hamzah, didik wanita, terdidik generasi.

Orang putih pula kata,  What you give you get back.

Sama bersepakat cipta bahagia. Kelainan kita cipta, impak maksima kita tempa bagi mengutip segala kemanisan makna berkeluarga. Makna sebenar bila dah jadi mak...harga diri seorang ayah. Ada sebab kita dijadikan kakak, jadi abang dan jadi adik. Kena tunjuk contoh terbaik, berkasih sayang sama rata. Sulong ke bongsu sama sahaja. Apa yang penting, saling bekerjasama. Bila kita baik, orang keliling turut jadi baik. Bagi menebus segala ketidaksempurnaan sayugia  kita yang sedang meniti usia2 emas ini, merebut peluang mengumpul pahala dengan membanyakkan berpuasa sunat sepertimana hadis yang di riwayatkan oleh  Abu Hurairah r.h. 


Rasulullah s.a.w. bersabda : Semua amalan Anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku (sendiri yang) akan membalasnya. 

Hanya dengan berpuasa dan diteruskan berpuasa sunat kita merasakan keyakinan tinggi untuk memantapkan hati. Keistimewaan dalam berpuasa sunat se awal 2 syawal secara terus dari tahun ke tahun membuka tabir kemanisan dalam beramal. Mengenal diri secara hakiki. Menjaga lidah sepanjang hayat. Tunduk sujud mensyukuri nikmat Tuhan, nikmat hidup, nikmat kelapangan, nikmat kesihatan dan segala nikmat yang di pancarkan melalui kehalusan dan kelembutan yang Maha Rahim.

Di kesempatan masih ada, dikala masih lagi diberi peluang menghidupkan semangat Ramadan. Sama2 kita meneruskan bakti murni pada diri sendiri tanpa berlengah lagi. Sebelum dijemput awal atau agak lambat atau pun masih dikira kuat untuk terus menungkat langit, bertanyalah pada hati sejauhmanakah kita sayangkan diri. Kadang2 kita lupa soal hati sendiri, yang meronta2  minta disucikan selalu, hati sering dipenuhi kotoran lalu hati dahagakan perhatian dari tuan empunya badan. 

Sayup terdengar suara hati mohon berselawat ke atas nabi, tanda cintakan nabi cinta paling tinggi. Hati terus membisik minta mengingatkan Dia ketika tuannya susah maupun senang. Hati yang telah lama membenarkan hawa nafsu bermaharajalela, membiarkan syaitan terus bersarang sewajarnya dididik dengan berpuasa.  Bila gabungan hati dan jasad menjadi kuat, hidup tidak gentar menempuh badai, dilanda derita itu jadi nikmat. Sudah sehati dalam  satu jiwa menempah masa depan bahagia. Dunia semakin canggih dengan warna warni iklan serba serbi untuk mengingatkan kita pada jenama mereka sedang hati tidak pernah berubah fungsi, tidak tua dan tidak muda, cumanya hati terus merintih minta tidak lupa pada Pencipta yang Maha Kaya.

Antara doa mustajab minta hati tidak berpaling lagi; 

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami
sesudah Engkau beri petunjuk dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau 
jualah Tuhan yang melimpah2 pemberianNya.

(Al-imran 3:8)






  

Tuesday, May 3, 2011

Selasa oh Selasa

Hari ni rupanya Selasa. Mati2 aku ingat semalam hari Selasa. Selesa sungguh memikirkan tentang Selasa. Padahal hari Selasa hari lengang. Hari yang banyak kedai tak buka. Entah apa gerangan ramai yang menyimpan kepercayaan serong tentang Selasa.



Sejak akhir2 ini aku semakin pelupa. Banyak benda yang lupa. Sampaikan nak menyebut satu2 perkataan pun masih tercari2 dalam kepala. Unsur2 ketuaan sedang menjelma. Padan mak tak suka makan kepala ikan. Apatah lagi organ dalaman. Memang mak tak suka. Tak pernah nampak mak jamah. Ternyata semua itu membawa kelupaan yang nyata. Mak cerdas cergas rohani dan jasmani. Sukar dicari ganti pada kelebihanmu wahai ibuku sayang. Al Fatihah!

Mujur anak2ku yang sedang dewasa juga tidak minat nak makan hati. Memang jarang masak kari kepala ikan. Nak makan limpa jauh sekali. Jangan tidak ada juga yang suka perut dan paru. Itu pun sekali sekala. Maknya yang tak dapat lari dari memamah kepala kembung sampai lumat. Sup dan kari kepala ikan punya la minat dan akhirnya....tua yang sebelum tua yang sebenarnya sudah jadi pelupa.

Since yesterday was Monday....should i delete my last post? I don't think so...why should i ? Mum's always in me everyday and everynight. So what!! Everyday is my Tuesday.

Bukan ada orang kisah pun aku nak tulis apa, hari apa dan untuk apa. Tapi aku kena kisah. Aku kena kisah sebab kisah ku ini akan tinggal jadi sejarah. Kisah yang ditulis kerana Allah. Peninggalan buat anak2 cucu. Sebagai azimat jadikan pedoman. Pusaka mak hanya tulisan.

Andai mak semakin lupa...macam mana jadinya nanti. Aku mengingatkan diri sendiri untuk kembali bermuhasabah diri yang macam nak  mati. Memang memikirkan mati itu sunat tapi aku belum nak mati lagi. Takut juga kalau cepat sangat dah nak nyanyuk. Mencari jalan tak nak menambahkan lupa yang sesungguhnya lupa tu dari setan. Suka ganggu masa solat hingga melupakan bacaan yang keberapa rakaat. Akhirnya aku buat kesimpulan walaupun lupa itu dari setan tapi sesungguhnya Allah mengizinkan pada setan untuk aku melupakan. Aku ditakluk setan??

Ciss bedebah kau wahai setan2 sekelian. Pantang maut sebelum ajal.

Tanggungjawab sendiri memulihkan lupa. Ada selawat mencegah lupa. Ada vitamin yang menguatkan minda. Ada segalanya untuk dicegah sebelum parah. Apa pun caranya, hamba sedang berusaha. Seorang jahil yang sedang berguru bersama persekitaran alam ciptaan Tuhan.

Al Fatihah buat guru2ku yang masih hidup
Ada yang sudah bersemadi.

' Tuesdays with morrie ' build up my memories.
Just like me and my tuesday light up my way.
Monday and thursday seems to be kind in anyway
Saturday and Sunday are too good to be free
Wednesday is forgiveness to all
and of coz Friday is the day
Rise and falls on friday
Friday is the boss
Friday is the best
Friday made me sad
Friday made me cry
Friday is the day
i lost my father
and i thank Q god
U took him on Friday
The greatest day that is Friday
how can i forget
the love that i had
the love that we shared
the love that we spread
and down to earth i
Thank You Allah















Monday, May 2, 2011

Bersamamu Selasa...

Kembali bersua di pagi Selasa. Alhamdulillah...hari ni anak ke 2 mak sudah masuk alam dewasa berusia genap 22 tahun.


Happy Birthday sayang! Di mata mak anak2 mak seperti tak pernah membesar. Biarpun usia kita kian bertambah namun cinta kita tak pernah layu. Masih seperti dahulu. Kesegaran cinta seperti kanak2. Tak pernah tua rasanya dijiwa. Semakin membara membakar sukma. Bersama Selasa, ku himpun segala rasa cinta dihati. Kenangan melahirkanmu wahai anakku masih terbayang diruang mata.

Anakku sayang...lahirmu tidak melengkapi tempuh bulan kebiasaan sembilan bulan sepuluh hari. Membawamu bersama kenangan pilu dihati. Betapa susah untuk melupakan segalanya. Bagaikan menyentap nyawaku ini bila doktor mengatakan peluang untuk kita untuk hidup hanya limapuluh limapuluh. Sudah dijanjikan mengandungkan mu hanya tujuh bulan lantaran itu bermulalah satu episod duka nestapa disepanjang jalan diari kenangan. Pukul satu pagi mak dan anak bertarung nyawa untuk kembali  mengharung dunia fana.

Takdir penentu segalanya. Anakku selamat lahir ke alam dunia. Syukur pada Allah. Sebulan lamanya berendam airmata selama mana anakku ditempatkan dalam incubator. Hancur luluh memandangmu yang di selimuti wayar sana sini. Masih ada parut kekal di sudut dahi itu. Luka didahimu nampak berdarah, sedih luka dihatiku tiada siapa yang tahu hanya Allah.

Allah selamatkan kita sayang! Bersyukur banyak2 wahai anak mak. Selagi hayat dikandung badan, jangan dilupa perintah Tuhan. Bagaimana nabi cintakan umat, begitu jua kasihnya ibu pada anak2. Nabi tak minta apa2 ganjaran pada umatnya bahkan disimpan syafaatnya untuk kita umat Muhammad. Tanda cintakan nabi, banyakkan berselawat pagi dan petang. Peninggalan pesan imam Ghazali banyakkan berselawat dihari Selasa.

Tanda kasih ibu hanya anak2 saja yang tahu. Mencintai tidak pernah mengenal batas usia dan waktu. Cinta membangkitkan  keberanian dalam dada. Cinta menghimpun rasa berlapang dada di setiap ketika. Lantas  orang berani itu bukan tandanya berani melawan. Tanda orang berani  sebenarnya berada dalam jiwa yang tenang. 

Alhamdulillah anak mak sememangnya berjiwa pahlawan, Tenang dan diam dalam apa saja keadaan lebih2 lagi bila keadaan kian mendesak. Sentiasa mengukir senyuman. Adakala mak tak sanggup melihat kesabaran mu yang tinggi  namun apalah  daya mak. Itu tandanya Izzat Farhan anak lelaki. Perwira harapan bangsa. Harapan mak satu masa nanti anak mak menjadi insan berjaya dimata manusia, mulia didunia bahagia di akhirat. Ingatlah dihati selalu yang kita tetap hina dimata Allah. Sematkan diqalbu siapa kita disisi Allah. Hanya hamba yang dihantar kedunia memikul amanah. Berlumba2 mengumpul pahala. Menempah syurga alangkah indah.

Selasaku sungguh bermakna kali ini. Hari nostalgia yang terpahat dihati. Bersama Selasa ini, happy birthday sekali lagi. Terindahnya hari Selasa ini hari Qaseh yang tidak pernah mati biarpun sudah lama ibuku bersemadi. Nenekmu yang setia menemani kita dengan air tangannya yang istimewa. Khasidah kueh tradisi melayu menjadi kegemaranmu wahai anakku.

Tiada ungkapan indah selain dari ucapan selamat hari lahir buat Izzat yang jauh dimata namun dihati sentiasa ada. Bayangmu ada dimana2. Ku pandang kiri ku pandang kanan, anak2 seperti menemaniku saban waktu.  Subhanallah...alangkah indah hidup ini bila mendapat cinta yang padat...kebahagiaanku dapat berabad2.

Lebih bermakna lagi nampaknya Selasaku kali ini. 

Based on true story. The best medicine i found. " Tuesdays with Morrie " is a gift to you and me...and everyone to explore the meaning of  LOVE.

Selamat membaca " tuesdays with morrie "




Tuesday, February 23, 2010

Selasa yang sebak

Bila tiba Selasa, sebak ini datang lagi. Terbayang dimata pada renunganmu, wahai ibu. Disetiap langkahku, matanya tidak berkedip memandangku. Apa gerangan berada dalam hingga tidak berganjak memandangku. Manaku tahu itu pandangan terakhir untukku.

Sepatutnya aku yang menatap wajah  mak lama-lama Sepatutnya aku yang menyempurnakan segala keperluan. Sepatutnya aku tidak meninggalkan mak kesepian selalu namun apalah dayaku. Hanya Allah saja yang tahu. Berat mata mak yang memandang, berat lagi bahu ini yang memikul.

Aduhai bonda, ampunkan anakmu. Sayu hati bila berkumandang lagu Zamani. lagu  mak paling suka.

' Tuhan saja yang tahu perasaanku....berperang dengan suasana '

Kita sama-sama menyimpan rahsia peperangan. Pemergianmu membawa bersama segala rahsia duka.

Sedang aku  dibuai kenangan silam, sayup kedengaran Cinta Bandar Tasik Selatan.

Aduhailah nyawa!!!

Al Fatihah pada yang hidup maupun yang sudah meninggal dunia.

Bingkisan cinta sungguh berharga.