Showing posts with label Petua Lambat Mati. Show all posts
Showing posts with label Petua Lambat Mati. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Bila mak sudah tiada....





Bila mak sudah tiada, semua yang dilihat memberi makna. Teringatkan lagu dari hujan lirik ciptaan permata didasar lautan (loloq),


Munkin itu sementara,
Bila jumpa penggantiku,
Jangan dilupakan aku...


Hikmahnya bila mak sudah tiada didunia...apa lagi yang lebih berharga.
Bila mak sudah tiada....doa dipanjat untuk siapa.
Bila mak sudah tiada....melihat cermin nampak siapa.

 
Sejak akhir2 ini makan semakin laju tidur pula bertambah maju. Letak kepala lena selena-lenanya. Biasalah iman tak pernah ampuh. Nabi benci pada orang yang besar perut. Puas ku memujuk seperti Malek Bin Dinar memujuk nafsunya namun semakin dipujuk semakin mengada2 nafsu bermaharajalela.


You are what you eat. 


Berat badan mengundang malas. Lawan tetap lawan menentang musuh dalam badan. Sejak memandang susuk tubuh pak samad rasa malunya melihat baju2 yang tak muat di badan. Lembu pun kalau dia kenal Tuhan, nescaya tiada lagi lembu2 gemuk untuk santapan umat.


Bila mak sudah tiada, terjumpa nota dalam simpanan.
'pahit jangan terus dibuang, manis jangan terus ditelan '


Memang mak tiada pengganti. Bila mak pergi tidak kembali, kering sudah airmata. Ada lagi yang seperti mak diluar sana. Melihat wajah pak samad orang lama meskipun berlainan gender, pegangannya sama macam mak.


Terkenang semula suatu waktu, ketika Anwar Ibrahim dipecat. Mak bangun marahkan Mahathir. Andai adalah gambar mahathir dalam rumah ini, mak nak pijak2 dan nak ludah muka mahathir.


Itulah mak. Ketika ada diantara anaknya yang memuja mahathir, mak tetap tak minat. Mulai saat itu, kami menjelajah pelusuk desa, meredah lecah dicelah pokok2 pisang hanya untuk mendengar ceramah reformasi.


Reformasi dulu2 kalau tak bertudung, tandanya jahil tapi kalau dah tua2 pun masih tak bertudung melambangkan si anak itu degil. Siapa emaknya dan tidakkah dia kasihankan emaknya bila mak sudah lama tiada. Kini, sampai anak dah tua  masih tak kenal jalan pulangnya. 


Bukan saja tak hormat dan tidak rindu bila mak sudah tiada malah menjadi tanda bila sudah bergelar isteri tetap tak jaga airmuka suami. Sudahlah sang suami pun tak berapa nak mengaji, memberi maksud suami pula sudah malas bicara. Bila suami dah malas menegur....nampak sangatlah rumah tangga kian hancur. Bila rumah sudah nak reban, Lihatlah kebangkitan anak2 Malaya.


First impression is your last impression.


Bila memandang rosmah. jangan dikasihankan pada suaminya yang bukan anak jantan. Jangan manjakan anak macam puan  rahah. Sampai tak ada keberanian menegur anak. Jangan melembutkan anak seperti lembutnya hati Tun Razak kelak beginilah akibatnya pada negara dan juga bangsa.Lantaran itu negara dipenuhi oleh jantan2 yang takut bini. Mencengkam rasa marah anak2 pada bapa.


Harta itu pusaka firaun, ilmu itu pusaka nabi. Warisi harta dengan berilmu kelak pencarian itu membuka mata semua yang dimiliki bukan Ahmad Albab yang punya.Hikmah berharta untuk berbakti sebanyak munkin selama hayat masih ada. jangan nanti tercari2 seperti Sa'alabah.


Bila mak sudah tiada, bila makan sudah tidak berselera, bila tidur pun sudah tidak lena, nyawa pun sudah dihujung mata, itu tandanya umur sudah tua. Menjadi petanda hidup tidak lama. Termotivasi sungguh dengan keupayaan Pak Samad lalu hari ini mencabar nafsuku untuk tunduk pada kemahuanku.


Health is wealth.


Segala nampak nyata bila mak sudah tiada...teruskan berdoa, hindari putus asa, aku mengingatkan diriku sendiri,


Zikir Nabi Yunus, Surah al-Anbiya' ayat 87 (Doa Nabi Yunus)


" Maha suci Engkau, sesungguhnya aku menzalimi diriku sendiri"







Friday, March 25, 2011

Pusaka orang melayu

Fatwa Pujangga

Telah ku terima suratmu yang lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan sabda fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu yang itu
Bak pusaka yang sangat bermutu
Walau kita tak pernah bersua, sayang
Cukup sudah tandamu setia

Tapi sayang, sayang, sayang
Seribu kali sayang
Kemanakah risalahku nak ku alamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanya doa dan restu Ilahi
Moga dikau tak berputus asa, sayang
Pasti kelak kita kan berjumpa

Nyanyian S. Effendi
Tahun lima puluhan

Sunday, March 14, 2010

Petua orang tua

Mandi sebelum subuh wajah berseri2
Mandi kerana Allah
Tidur kerana Allah
Bercakap dimulut sentiasa menyebut semuanya kerana Allah
Tauhid orang dulu
Pergantungan hidup semata2 dengan tali Allah
Tidak dua dan tidak tiga
Tidak takut dan tidak gentar
Segala kekalutan, keresahan,kepayahan
Dikembalikan urusan pada Allah
Pujian dan sanjungan milik Allah
Kaya dan miskin ujian dari Allah
Lahir pahlawan terbilang
Lahir hamba perkasa
Yang takut hanya pada yang Esa
Jasad hanya sarung yang jadi kelongsong
Sampai masa
Mati kerana Allah
Dibangkitkan semula
Demi Allah.

Tuesday, December 1, 2009

Wajah rahsia hati

' Dalam kehidupan in yang terindah bila melalui usia remaja...suka duka silih berganti meninggalkan kesan abadi...berdebar2 rasanya bila mata bertentang mata..inilah pengalaman yang harus ditempuh tiap insan....'


Hargailah anugerah Allah ini.


biar cinta mekar mewangi.


Senyum2lah selalu.


Jelas di wajah rahsia hati.

Saturday, November 7, 2009

Subsidi dari Tuhan...

Sana sini dok sembang subsidi...ada yang kata bahasa ni untuk orang miskin saja...alih2 orang kaya yang buat tapisan dulu sebelum ujudnya subsidi.

Yang dah tua2 tu...kena ingat juga subsidi langsung yang kita dapat dari Tuhan...subsidi umur, modalnya nyawa.

Panjang umur itu adalah himpunan pengalaman, mengumpul pengetahuan dan menghimpun peristiwa...setiap kali hari melalui anda pasti akan mendapat pelajaran tentang seni kehidupan.

Semasa masih diberi kesempatan....adalagi sisa2 hidup yang tinggal...renunglah kembali apa yang akan kita pertahankan...maut sudah diambang sedang kita sibuk berjuang pada jalan yang kita sendiri tak pasti.

Bertafakur sejenak tentang kebesaran Tuhan, menginsafi akan kejadian lebih indah dari bersembahyang sunat beribu2 rakaat...memang benar akal memisahkan kita antara haiwan...tak tercapai dek akal pula tentang kewujudan tumbuhan di rimba belantara...mengapa akar semalu yang sesungguhnya terlalu kecil mampu pula mencengkam bumi dengan erat sekali...kenapa nau dalam belukar suka melepaskan pucuknya masing2...apa ada pada madu sehingga makhluk bernama lebah saja yang bijak menawannya ... bagaimana dedalu memusnahkan pokok dan segalanya terlalu sukar untuk ditafsirkan... cukuplah sekadar kita menghayati baki umur yang ada.

Sungguh indah kejadian Tuhan kalau kita mahu belajar dari kesilapan dan perhitungan.

Kenalilah diri sebelum kita menyelami kisah2 orang...sayangilah diri sendiri sebelum kita kenal siapa yang benar2 Menyayangi.

Allah sayangkan hambaNYA...Dia bagi peluang kita melewati batasan umur bukan kerana kita hebat sangat cuma DIA menutub keaiban kita...Dia nak kita benar2 mengenaliNYA sebelum dipanggil pulang sebab DIA Maha Pengampun.

Sebelum kita dibawa mengadap, buah tangan apa yang kita bawa...tanda cintakan nabi itu bagaimana? Tanda Syukur pula macamana kita terjemahkan semasa didunia..
Bukti kita takutkan Allah pula macamana?

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...marilah kita berpesan2 kearah kebaikan sementara hayat masih ada.

Tanya sama umur...bila aku mati...nanti jawab umur tanyalah akal...akal pun kata dia tak pasti...cubalah tanya pada mata...lalu mata merenung pada unsur2 ketuaan...berbisik mata pada hati.

Sudah bersatu padu rupanya pandangan kita...pandangan matahati.

"......Kami bukakan tabir yang menutupi engkau sebab itu pandangan engkau hari ini amat tajam.

( Surah Qaf:22)