Saturday, October 31, 2009

'Aku menulis bukan kerna nama,
Kerana sifat kaseh
pada sesama insan
yang menyatakan
kaseh sayangku
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan...'

Lagu Ramli Sarip yang evergreen.

Alhamdulillah!! Komen Qaseh bonda diulas dan dikupas secara meluas dipentas AKJ The Scribe bth 24.10,2009 atas tajuk EGM, MCA jadi ilham Nik Abdul Aziz.

Khusus ucapan terima kasih pada Datuk AKJ, penulis blog ternama, The Scribe,AKJ. Terhasil Gubahan Qaseh Bonda ini dikreditkan juga pada Datuk AKJ. Sebagai menyahut cabaran dari Datuk AKJ sendiri sewaktu memperkatakan tentang penulisan melaui blog dalam Astro Awani satu ketika dulu. Antara mutiara kata Datuk AKJ lebih kurang begini,

' Sebaris ayat orang itu menulis saya sudah boleh kenal bagaimana orang itu '

Hamba yang melihat program di Astro Awani itu dalam sambil lewa rasa teruja dengan kata-kata Datuk AKJ. Wow, hebat sungguh ke dia ni. Sampai sebaris ayat pun dia sudah boleh kenal kita. Bagi menduga sejauhmana akal manusia lalu saya sambut cabaran Datuk AKJ.

Saya mula mengintai sekali sekala blog The Sribe, mengundang berjuta pengunjung. Saya yang tidak bernama hanya meminjam pentas Alam Fana Cinta menyusup masuk ruang maya The Scribe. Sekali sekala melontar komen. Alhamdulillah komen Alam Fana Cinta berjaya meraih sokongan pengunjung.



Sampai satu masa dan ketika Tercipta Gubahan Qaseh Bonda. Ternyata, jerat hamba mengena lalu komen Qaseh Bonda mendapat liputan meluas dipentas AKJ The Scribe. Cempedak sudah jadi nangka. Jerat tidak pernah lupa pelanduk. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Terbukti kita sama,semuanya sama. Apa yang ada hanyalah kehidupan.


Bila buruk sangka, kita akan melihat Datuk AKJ seperti manusia mula takbur dengan rahmat Allah. Sempurnakah kita sampai sebaris ayat kita sudah boleh kenal manusia lain. Yang sebenarnya semakin banyak kita tahu semakin banyak lagi yang kita tidak tahu. Bila mengaku pandai sudah tentu menampakkan betapa bodoh diri sendiri. Mana munkin kita menandingi ilmu Allah.


Namun bila kita berbaik sangka, kita sudah tentu berterima kasih banyak-banyak pada Datuk AKJ. Tanpa cabaran dari AKJ tentu kita tidak bisa menulis, mengasah bakat lama terpendam. Dapat juga kita kenal siapa kita dan siapa AKJ.Kita semua hamba menumpang bahtera.

Disebalik cabaran ini tersingkap hikmah tidak terhitung.


Apapun Qaseh Bonda ingin merakam rasa setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada insan seperti Man Memali, saji, Yangretibase, Abdullahngah dan langit biru serta ramai lagi yang memberikan kupasan hebat lagi menarik. Mengusik rasa  tersentuh dijiwa. Terasa ingin benar memperkasakan ilmu Allah dalam usaha meninggalkan jejak Qaseh buat anak cucu tercinta. Saling pesan memesan sementara hayat masih ada.


Kehidupan ini tidak lain dan tidak bukan matlamatnya adalah untuk mencari Redha Ilahi.

Sungguh tidakku sangka ada juga menyarankan agar blog Qaseh Bonda ini ditutup. Kabarnya blog ini tidak mampu menandingi kehebatan AKJ. Saranan ini datang dari yang bergelar Qaseh Ayahanda dan ada yang menamakan diri Antihipokrit.

Apapun terima kasih diatas cadangan tuan-tuan hamba. DAKJ sendiri, selaku orang lama sporting dalam memberikan pandangan. Bersedia mempamerkan jawapan dengan hati terbuka, berlapang dada. Kenapa agaknya terlalu Emo kawan-kawan kita di maya sana. Sekadar meluahkan curahan rasa sambil menduga akal, apalah salahnya. Jauh sekali menyimpan niat menandingi tulisan DAKJ.


Apakah Qaseh Bonda buat kenyataan supaya anak-anak cucu tak payah maju??
Tidak perlu menimba ilmu, tidak meneroka kemakmuran dunia lantas tidak perlu nak tambah dari satu lembah emas ke satu lembah yang lain. Tidaklah sama sekali untuk mendidik generasi menoleh ke belakang. Qaseh Bonda masih waras mengukur penilaian tentang kemajuan dan pelaksanaan. Cumanya, kadang-kadang lelaki-lelaki ini terlepas pandang, terasa mereka sudah cukup hebat, cukup kuat serba serbi dalam melayari bahtera dunia.

Apalah salahnya Qaseh Bonda tumpang berpesan-pesan pada kebaikan dalam jalan kebenaran supaya tidak lupa tenggelam. Teman setia itu seharusnya berani melontarkan pendapat. Kalaupun tidak setuju...Fine!!!

' Allah itu Tuhan kami dan Tuhan kamu..untuk kami pekerjaan kami untuk kamu pekerjaan kamu. Tidak ada perselisehan antara kami dan kamu...Allah akan mengumpul kita bersama2 dan kepadaNYA tempat kembali '

( Surah Asy Syura:15)

Jangan beremosi tidak tentu pasal. Antihipokrit  itulah yang sememangnya hipokrit sebab takut dengan bayang sendiri. Adakalanya tuan hamba kena juga bawa bergurau supaya hidup tak sunyi.  Bila diselaputi sepi selalunya penuh dengan kebencian dihati. Ilmu itu tidak hanya diasaskan dengan membaca semata-mata. 


Bila sudah bijak membaca, bacalah  kehidupan. Memahami erti dihidupkan, memerhati,menghayati,meneroka lalu mempraktikkan dan memperkasakan diri untuk  mengimarahkan kehidupan. Adapun melalui pengalaman sendiri ditambah dengan belajar melalui pengalaman orang lain merupakan ilmu paling bermutu dan sekolah paling tinggi. kerana dari situlah akan kita temui jalan pulangnya nanti...InsyaAllah!


Benar seperti kata Langit baru, tidak perlu nak tutup blog. Semuanya bergantung atas niat.


'APABILA TIDAK BOLEH MENJADI CEMARA DI ATAS BUKIT...JADILAH BELUKAR YANG PALING INDAH'




Aku ciptakan laman blog ini tidak lain kerana Allah. Aku menulis pun bukanlah kerana nama tapi kerana DIA.

No comments:

Post a Comment