Wednesday, June 30, 2010

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Suara Dari Dinding Madrasah
A.Samad Said.
Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
Mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga,
Anak-anak memang merindui iklim penuh bermakna,
Tidak juga kubantah kau simini retak lantai rumah,
Memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada,
Anak-anak amat memerlukan kebijaksanaan orang tua,
Tapi, kau merangsang mereka mengenepi rehal,
Mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal,
Memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa;
Sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya.
Aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat,
Atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat,
Asalkan sejemaah kita masih setia menghadapi kiblat,
Selamat ke matlamat syadu membahagiakan rakyat,
Dan bertambah teguh iman sesihat dunia akhirat.
Tapi, menggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani,
Kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukumi,
Tidak’kan kurela otak dan hati begitu berbalah,
Apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura-pura.
Memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara.
Aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah,
Menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata,
Bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah,
Kemudiannya berkhutbah tentang bahagia lara ummah,
Pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera,
Aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama,
Berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah.
Apa yang kupinta demi lesterinya sanubari Islami,
Memelihara madrasah dan Jawi yang mula dilupai-
Tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

Menghayati puisi Pak Samad, memang kita sedang melalui saat2 keruntuhan bakti penganut suci orang2 melayu sedang bangsa2 lain dimuka bumi menatang institusi yang memasak bumi. Tok Sami berihram kuning bersama tongkat sakti, menghulur tempurung kesana kemari dengan berkaki ayam, disambut baik, hormat penuh takzim oleh para penghuni penganut ugama tok sami  lalu tok2 sami kembali memasak ugama dibumi  kita dengan pasak yang kuat sukar ditembusi kecuali hidayah Ilahi.

Ada yang mengatakan sekiranya masih ujud insan hafiz yang didada, di jiwa dan raga dipenuhi 30 juzuk kalam Al Quran, selagi itu dunia ada lagi dan lautan tak sanggup menggulung bumi manakala langit pula tak sampai hati. Sudah cukup untuk kita merasa malu kepada Allah untuk menghina insan2 berbakti mencari redha Ilahi. Benar., mereka tidaklah maksum tapi cubalah kita mengambil iktibar pada ugama lain yang meletakkan kedudukan sami2 mereka ditempat tinggi. Bila tuan Guru berjaya memimpin negerinya dengan tempuh yang lama kita yang bukan anak negerinya sepatut tumpang gembira dan bahagia.

Janganlah membenci sesama bangsa apatah lagi mempersendakan orang melayu kita sendiri. Yang pelik nya, PM sendiri tak berani berlebih2 mengata tuan guru sedang yang baru nak hafal satu juzuk waima yang tak faham makna wahnan ala wahnin pun tak pasal2 terheret sama mengurangkan pahala jadi manusia.

MasyaAllah!!!

Disaat mulut tak dapat berkata2...tangan nanti diberi hak untuk berceritaa...apa yang kita tulis tak dapat menebus roh suci kita lagi...sedang tok guru??? Ramai pembelanya disana...apa yang kita ada??...PM sendiri tak dapat membantu.

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lagi yang memang sudah terpatri selagi kita bernama manusia...tambahan pula yang dibangkitkan se awal2nya menjadi orang  melayu, yang merindu  dalam diam menyimpan cita2 untuk dimatikan dengan iman dalam Islam.

Pesanan ini untuk anak2 cucu yang bakal mewarisi bumi Allah ini. Jangan sekali2 anak  cucu mak memandang rendah pada ilmu Tok guru  apabila sudah bijak mengulas dan mengupas. Mak mengajar anak2 mereka untuk dikenali bukan saja oleh penduduk bumi bahkan penduduk langit masih turut memayungi. Sewajarnyalah ibumu ini miskin supaya dapat membangunkan anak2 menjadikan insan yang disenangi didunia dengan ilmu dan mulia di akhirat dengan menghimpun pahala berganda.

Bila hormat pada ibu miskin, jangankan orang2 bangsawan, tuan2 guru, orang2 miskin lagi fakir akan senang dengan kehadiran anakanda waima kucing pun sentiasa mengekori. Peribadi bertaut hati pasti memukau penganut tok sami. Bukankah itu misi kita dihantar ke bumi???

Bila kita kenal makna cinta...hanya keseronokan dalam memberi saja yang kita cari.

Bila orang melayu menghina ulamak seperti sudah mula merendahkan martabat mak.

Pandang kebelakang kita  kenangkan raut wajah mak...lalu tak sanggup mengguris meskipun pada se ekor semut yang sedang melata.

Bila hati bersarang, tak pasal2 menyimpan dendam sampai terpadam segala jadinya, patutkah ada orang melayu sendiri sanggup bertanya, kenapa kita nak hormat sangat pada Nik Abdul Aziz.??. memperlekehkan kewibawaannya memimpin negeri....tak cukup menjatuhkan maruah tuan guru, faktor tua pula diketengahkan...hormatlah tuan2 sekurang2nya pada nama...makna Abdul yang sesungguhnya membawa maksud hamba dan terukir didalam;

' ninety nine baeutiful names of Allah, Aziz, The Mighty, The Eminent '

Al  Aziz -  Maha Mulia

Sudah cukup menguatkan pandangan mata hati betapa indah nama diberi ujud sejak azali lagi menjadikan Abdul Aziz hamba yang mulia.

Banyak NikMat dan fadhilat bila membanyakkan zikir Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz! Ya Aziz.................................!

Monday, June 28, 2010

A. SAMAD SAID


Terjaga dari lena yang panjang, hamba dikejutkan dengan empat patah perkataan;

' Patah sayap terbang jua '

Itukan tajuk novel Pak Samad!

Hamba bukanlah peminat novel jadi tak pernah teringat untuk menyentuh novel ini apatah lagi untuk membacanya tapi hamba tetap kenal siapa itu Pak Samad dan empat patah perkataan itu telah di ilhamkan menjadi novel terkemuka pada Tokoh Wartawan Negara Allahyarham A. Samad Ismail - Al Fatihah

Mungkin agaknya terbawa2 kisah rajuknya Sasterawan Negara A. Samad Said semalam dalam suratkabar. Entahlah!. Memang sudah lumrah orang melayu berterima kasih pada manusia setelah mati. Setelah mati pandai pula mereka menghitung satu persatu segala lagenda seni, budi dan jasa insan yang pernah berjuang memartabatkan bahasa jiwa bangsa. Diberi gelaran tertinggi setelah mati padahal yang tinggal tak seorang pun dapat menandingi berbanding dengan orang2 cina yang sudah di awal kurun meletakkan asas matlamat bangsa.

Rajuk Pak Samad rajuk bermakna,
pada bangsa dan juga negara.
Bila Pak Samad hilang dari dunia,
apa lagi yang orang melayu ada?

Rajuk Pak Samad banyak faedahnya. Ada lebih baik khazanah luhur Pak Samad beristirehat di negara yang kaya dengan kebersihan alam semula jadi. Bila rindu datang melanda tak mustahil anak2 melayu yang berjiwa Pak Samad berkorban mengembara mencari tinta Pak Samad disana.

Terhibur rasa hati bila terkenangkan senyuman Pak Samad yang penuh makna dalam melahirkan sua rasanya tentang Cinta lalu dia gubah puisi indah:

Untuk Mesraku

Didalam hati melimpah rasa
ada sayang untukmu, mesraku.
Rasalah kemesraan suara manja
merayap lembut memeluk kalbumu.

Di seberang selat sayangku ada,
terlalu manja mendalam rasanya,
Sakti apa, ya, padamu
membawa manja rindumu selalu

Pada bintang menggetar tenang
selalu benar kutumpang tanya
"Rindukah dara padaku sorang
kelana hina dirimba lara?"

Kadang bintang mengejek padaku
dan lokek pula memberi jawapan,
lalu luluhlah harapan kalbu
sepilah, hampalah, laralah badan!

Kadang bintang bertimbang rasa,
disela senyum lekas dijawabnya;
" Usahlah susah duhai teruna
kasih si dara padamu sahaja!"

Kabar manakah yang padat benar
kasihkah, mesrakah, atau bencikah?
Di seluruh jiwa bimbang menjalar
dalam merindu jawapannya.

A. Samad Said
Singapura 11 Ogos 1955

Meminjam kata2 Pak Samad semalam didada akhbar berita harian;

' Kata Luhur dalam pameran ini membawa maksud jujur dan ia penting dalam seni termasuk setiap tindakan dan sikap seseorang."

Saturday, June 26, 2010

PROFESOR DR. KHADIJAH DIN

Wanita Islam khususnya wanita melayu di Malaysia yang berjenama sungguh sulit untuk anak2 buah jadikan idola, mentor sifu oh whatever!

Tidak dinafikan semakin ramai wanita melayu terpelajar semakin terhakis budi dan akhlak mulia yang tersedia ada pada wanita khusunya yang bertitle bonda.

Benar hamba memang mengata. Hamba nak bercerita sesama kita tentang fenomena manusia gendernya wanita. Aku bercerita keranaMu Ya Allah. Tidak ada dayaku sebagai hambaMu yang cuma punya dua tangan menadah doa padaMu agar terlepas seksaan mental insan2 yang didera secara terhormat oleh manusia bergender female yang  bertaraf Profesor Dr.dan di antara contoh mendera paling hebat adalah  dari Prof. Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar.

            
 











ACADEMIC QUALIFICATION


Bachelor, MEDICINE, CAIRO UNIVERSITY, EGYPT, 1981.
Master, PUBLIC HEALTH, JOHNS HOPKINS UNIVERSITY, MARYLAND USA, 1987.
Master, MATERNAL AND CHILD HEALTH, HARVARD SCHOOL OF PUBLIC HEALTH, MASSACHUSETT USA, 1991.
PhD, PUBLIC HEALTH (MATERNAL AND CHILD HEALTH), HARVARD SCHOOL OF PUBLIC HEALTH, MASSACHUSETT USA, 1994.


Bravo! Hebat! Hebat sungguh tahap pencapaian Prof. Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar. Kehadiran manusia seperti  dia sepatutnya menyemarakkan aset icon Albert Einstein Malaysia. Sayangnya nak dijadikan idola seperti Florence Nightingale ' lady with a lamp ' pun Profesor Dr. ini tak mampu, inikan nak mendapat tempat dihati  para2 pelapis academician yang lain jauh sekali untuk di ambil contoh teladan kehebatan perjuangan seperti Khadijah,  Aisyah, dan isteri2 Nabi bahkan nak diibaratkan seperti ummu Habibah pun Prof ini tak layak samasekali.

Tersebutlah kisah benar tentang penderaan mental oleh pakar penyelidik tanah air, Prof. Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar ke atas pembantu penyelidiknya yang juga memiliki segulung ijazah bernama Yati. Hari2 yang dilalui oleh insan ini sungguh mencengkam jiwa manusia biasa. Yati, diantara mangsa dera secara diplomatik oleh yang bergelar Profesor Dr. yang juga memegang title ibu. Tugas hakiki pembantu penyelidik tidak disempurmakan bahkan Yati dilayan seperti kunta kinte. Status hamba memang Yati rela tapi menghambakan Yati seperti abdi sungguh menyayat hati.


Yati dikira yatim diawal usia tatkala ibunya pergi meninggalkan dia yang sedang mengisi jiwa dengan  limpahan kasih sayang. Penampilan Yati sentiasa dalam keadaan tertekan. Kelam kabut dengan perintah puan profesor  dr. membuat Yati seperti dalam kekalutan dan kecemasan. Disuruh kesana kemari, membayar bil2 persendirian tanpa memikirkan kesempitan Yati yang serba kekurangan dan paling down to earth bila Yati di ajar secara dramatik oleh profesor dr. bagaimana menyediakan teh untuk diri Profesor Dr. itu sendiri.

' Yati!  Celup uncang teh jangan lama2...saya tak perlukan gula'

Begitulah pesanan Prof Dr. hampir setiap pagi , setiap hari, setiap bulan  sehingga membuatkan  kepala Yati seperti dihantuk2 kedinding pecah berderai. Malunya Yati pada diri sendiri, dihina macam hamba yang tak pernah tahu apa2 tentang penyediaan teh untuk minuman Profesor Dr. sedangkan Yati juga seorang perempuan. Pun begitu atas kesedaran jawatannya sebagai pembantu penyelidik, Yati tetap akur pada perintah biarpun semua titah perintah puan Prof. Dr.tidak termaktub dalam kontrak apatah lagi tiada kena mengena dengan bahan rujukan penyelidikan.

Gelora rasa Yati menginsafkan hambaMu, mengalir airmata Qaseh Bonda pada Yati yang tak punya ibu tempat mengadu.  Sebak dadaku menahan rasa kemarahan pada manusia bergelar Profesor Dr. Hanya pada Allah bonda kembalikan duka nestapa keluhan Yati. Tanda hormat pada kesabaran ini laluku abadikan kisah Yati untuk kita  bersama2 berkongsi rasa.

Sejarah Yati, jadikanlah pedoman untuk anak2 cucu diluar sana mengenal makna kesabaran tahap luar biasa bagi manusia yang tidak punya siapa2 untuk mengadu, kecuali Allah yang sedia menemani hambaNya ini.

Tak cukup untuk menyediakan teh, setiap kali bermesyuarat,  sudah menjadi kerja tetap menanti Yati untuk mengambil sisa2 makanan untuk dihantar kebilik profesornya yang tak sudi bersantai bersama yang lain memandangkan Prof. Dr. berimej Islamic sentiasa berjubah hitam pakaiaan rasminya tiap2 hari. Dimata ramai Prof. Dr. ini sungguh disegani sedang pembantunya merasakan diri sendiri begitu  terhina  sekali seolah2 Yati yang sedang mengutip sisa2 makanan adalah untuk mengisi perut Yati sendiri.

Aduhailah Yati!!!


Membeli makan tengah hari adalah tugas wajib Yati meskipun dalam hujan lebat Yati terpaksa berlari2.
Manakala setiap pagi dan petang menjadi rutin Yati, mengangkat beg2 berat prof. sarat dengan bahan2 kajian seorang pakar penyelidik dari laman letak kereta ke pejabat yang mulia puan Prof. Dr. Khadijah  Din bukan nama sebenar.


Mundar mandirnya Yati setiap pagi dengan beg2 berat dikiri kanan tangan dan bahu membuatkan Yati selalu berfikir sampai bila akan berkesudahan dengan segulung ijazah yang Yati ada. Faktor usia membuatkan Yati tidak berdaya untuk berhenti. Yati ingin sekali berdoa pada Allah mudah2an akan ada hendaknya kereta yang melanggar Yati dari belakang.


Subhanallah...Yati sangggup mengorbankan diri sendiri demi menyimpan angan2 yang dia kononnya dapat menebus maruahnya yang tersembunyi. Yati bermohon dilanggar kereta agar dunia membuka mata siapa sebenarnya Profesor Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar. Siasatan demi siasatan akan dijalankan dan akhirnya terbongkarlah rahsia kenapa Yati diarahkan membuat kerja yang tidak ada dalam senarai tugasnya. Tentunya cerita kemalangan Yati terpampang di dada2 akhbar dan menjadi perbualan hangat orang ramai dan secara tidak langsung Yati dapat memalukan manusia gah itu secara diplomasi.

Betulkah tindakan Yati hanya Yati yang punya jawapannya padahal keadilan  pembelaan untuk Yati  tentunya sesuatu yang belum pasti. Yati dijadikan Allah lebih sabar ketika  ini berbanding ketika dia menerima ujian lebih berat sewaktu ibunya dipanggil pulang bertemu Allah. Sudah tentu ujian kesabaran menerima kesedihan bila ditinggalkan insan tersayang lebih parah berbanding dengan menempuh ujian pelbagai ragam perangai manusia dikira mudah oleh Yati.


Hiba hati memikirkan doa yang bakal dipanjatkan Yati, namun apa yang dapat seorang ibu lakukan hanya mampu mendoakan yang lebih baik untuk Yati  meskipun Yati bukan anakku.

Mudah2an Yati mendapat jodoh yang baik dan berbakti hanya pada Allah, suami dan mendidik anak2 agar berjaya didunia bagi menempah akhirat yang abadi. Kekuatan yang ada dalam diri Yati  memunkinkan Yati untuk tidak mengikut jejak langkah Profesor Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar.

Hari ini 26.6 hari jadi Yati dan Yati menyimpan azam untuk memilih kerjaya baru dalam hidupnya. Dia bercadang memohon jawatan maid bertaraf profesional disamping dapat  menjadi pioneer dalam membantu usaha kerajaan mengurangkan kemasukan PATI ke Malaysia Yati yakin dia dapat berbakti sebagai maid yang cemerlang  berdasarkan pengalamannya mengendalikan manusia beremosi tahap tinggi. Sudah pasti dia dibayar gaji setimpal dengan ijazah yang ada disamping Yati berbakti dengan rela sesuai sekali dengan piagam  jawatan baru yang disandangnya.


Kah! Kah! Kah! Sekali sekala pandai juga Yati berjenaka.



Sungguhpun laughter is the best medicine, Yati  berjaya tidak mengamalkan konsep ketawa orang putih ini yang sesungguhnya ketawa mengundang membutakan hati .

Sebaliknya Yati memilih meminati sukan bolasepak sepenuh jiwa raga sepertimana kaum lelaki yang  bijak mengawal perasaan, melepaskan rasa dendam dan kemarahan hanya sekadar berada didalam lingkungan padang permainan.

Waka! Waka! Waka!


Memetik kata2 dalam artikel Berita Harian hari ini  bertarikh 26.6.2010  dihadiahkan  khusus pada Yati sempena hari jadi Yati yang ke 28  jatuh pada hari ini juga,

" individu sebegini munkin terpelajar tetapi kurang terdidik. Orang yang terdidik bijak memelihara emosi diri dan orang lain "


Moral dari cerita ini,
Puas kita mencari mesej dari Allah secara positif mengikut suara hati. Di akhir pertemuan timbul kesedaran sesungguhnya tempat wanita sewajarnyalah didapur menjadi tiang seri rumah cumanya berapa kerat yang sanggup menghayati disebalik dugaan hebat ini ada rahsia demi rahsia Allah yang tersembunyi.

Teringat kembali kata2 peninggalan arwah nenekku Fatimah  pada anaknya yang diceritakan  semula arwah bonda padaku sewaktu remajaku dulu. Nenek berjuang seperti lelaki  dizaman dahulu kala, zaman bintang tiga. Berpatah arang berkerat rotan nenek tetap mempertahankan fitrah hawa supaya tidak ada cucu2 perempuannya dibenarkan keluar bekerja meskipun mereka dihantar bersekolah zaman2 dulu. Cukuplah ilmu orang perempuan untuk mengurus rumah. Pantang tok nenek katanya...perempuan memang tak boleh bagi celek mata luas2..

Jelas segala2nya kini benar belaka bila perempuan terlalu pandai, dia jadi memandai2 lamtas dia  gagal  mengimbangi ilmu  bernafsu  kita sembilan berakal hanya satu lalu lahirlah peribadi seperti Prof. Dr. Khadijah Din bukan nama sebenar.

 

Aktifkan Roh

Tidak semudah Allah mengaktifkan hari dengan menerbitkan matahari dari tempatnya. Segala2nya mudah bagi Allah sepertimana Allah memudahkan menyusun atur perjalanan planet2Nya.

' Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.”

 ( Al- Muzammil : 5-6 )

Formula mengaktifkan roh adalah dengan melengkapkan kemanisan beribadat dengan solat subuh seperti mana sabda Rasullullah S.A.W.

' Malaikat malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh'

Bekas Perdana Menteri Israel, Goldameir pernah berkata:

' Hanya apabila bilangan orang Islam yang menunaikan sembahyang subuh sama seperti bilangan mereka ketika menunaikan sembahyang Jumaat, maka hanya pada ketika itu mereka akan menang dan dapat mengalahkan kita '

Kualiti kayu ukur kehebatan lelaki berugama Islam adalah bilamana dia mudah bangun menunaikan solat subuh apatah lagi subuh berjemaah.

Subhanallah...dijamin syurga!  Usah bicara tentang kualiti  dan produktiviti kalau diri sendiri belum cukup produktif waktu subuh tadi.

Aku mengingatkan diri sendiri dan anak2 cucu, tentu sekali yang khususnya bernama LELAKI.

' Sembahyang itu adalah lebih baik dari tidur '
' Sembahyanglah kamu, kamu, kamu dan kamu sebelum AKU  disembahyangkan '

Sesungguhnya Allah rindukan roh hambaNya yang sedang menyesal mengadukan tentang keaiban diri sendiri.

Pertemuan singkat semalam sudah cukup menggambarkan betapa kaum Adam dahagakan sentuhan mesra  Qaseh dan sayang.

Aktifkan roh untuk membahagiakan jasad dengan menemukan Cinta yang tak pernah padam.  FormulaNya ada dalam solat subuh.


BLACK IS NOT BEUTIFUL,  BLACK IS POWERFUL.

Thursday, June 24, 2010

Puasa Hari Putih

Alhamdulillah kita kuatkan akar pohon jiwa dengan benih2 yang kita semai dibulan Rejab, bulan penuh keberkatan, bulan yang dimuliakan. Bulan Rejab bulan Allah.

Hari ini Kamis 12 Rejab, Setelah kita rebut peluang berpuasa sunat pada hari ini, alangkah istimewanya dapat kita meneruskan untuk menyambung  berpuasa sunat pada hari2 Putih yang jatuh kali ini bermula pada hari Jumaat. Banyak kelebihan bila berpuasa pada hari2 putih sepertimana yang diriwayatkan mengikut sabda junjungan kita baginda Rasullullah S.A.W.

Kaum lelaki tentunya lebih keistimewaannya kerana dapat meneruskan berpuasa hingga Ramadan datang bertandang.

Masing2 punya keistimewaan, punya kelebihan apatah lagi kekurangan.

Apa yang penting adalah keseronokan dalam beramal.

Selamat berbuka puasa.

Pohon hidup

ISTILAH CINTA


Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan


Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu


Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan


Sabda Nabi S.A.W;


' Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berkekalan, ilmu berfaedah yang dirmanfaatkan dan anak2 yang soleh yang mendoakannya '

Pohon cinta tidak pernah mati selagi cinta terus bersemi, dibaja, disiram dengan kasih sayang. Biarpun nampak dimata seakan pohon kering tidak bermaya. Dedaunnya gugur tanpa henti, siapa tahu nun jauh ke akarnya teras kasih sayang kuat terpatri.

Pohon dibaja dalam diam, dengan penuh ketaatan, dengan cinta yang dimiliki. Hari2 yang dilalui dihimpun doa2 yang dipanjatkan tidak putus2 sebelum pohon diri mati begitu saja.

Hari2 tua adalah hari2 yang berharga untuk memastikan pohon hidup rendang dengan cabang2 dan tunas2 baru ,dedaunnya hijau subur dan bunga2annya berlumba2 mencetuskan hasil buah2an yang manis2 untuk dinikmati sesiapa saja yang lalu lalang.


 Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan."

Pohon hidup sudah pasti dapat menarik jiwa hamba2 yang kerinduan sepertimana pesanan Rasulullah yang halus menyentuh perasaan kemana akhirnya amalan para insan.

Sebelum datang lima perkara, kita tentukanlah perkara mana yang lebih utama. Tentunya masa muda masa paling istimewa tambahanpula sudah ditemukan cinta harmoni.

Sama2lah kita berusaha menghidupkan pohon jiwa dengan akar cinta. Petua kalimah sakti, genggam jadikan azimat;

' Bersuara melalui mata, melihat menerusi jiwa '

Actions speak louder than words.

Wednesday, June 23, 2010

Empayar minda

' Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora, hati mana yang tidak pernah merana, jiwa mana yang tidak merasa sengsara '

Apa yang menimpa membuatkan minda menjadi kuat untuk bertindak mengisi perisian ke arah lebih  positif. Tepis aura negatif  dengan berzikir mencari Allah.

Suara hati yang dalam selalu ternanti2kan bahasa rendah diri kepada Allah.

'Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah' Kalimah yang sepatutnya menemani kita  sungguh2 .

Kembalikan segala kepayahan dan segala kesenangan yang ada pada Allah. Hanya Allah yang berhak menguruskan segala ketentuan yang kita miliki.

Sesungguhnya manusia menunjukkan kelemahan maupun kelebihan adalah diatas kehendak Allah dan Allah bertindak mengikut apa yang ada didalam minda.


Tuesday, June 22, 2010

Muliakanlah Rajab

Sabda Rasulullah S.A.W

' Barangsiapa menyimpan ilmunya maka Allah akan memasang sumbu api pada dirinya '


Demi Matahari
( Snada )

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya
Subhanallah.

Muliakanlah Rejab. Rejab bulan menabur benih. Diciptakan dunia untuk manusia dan diciptakan manusia  untuk menuju akhirat.

Berpagi2 dengan menanam benih pada solat sunat Isyrak diiringi doa;

' Segala puji kembali kepada Allah yang menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempatnya.Ya Allah kurniakanlah segala kebaikan ke atas kami pada hari ini dan jauhkanlah kami segala keburukan pada hari ini. Ya Allah terangilah hati kami dengan cahaya hidayah mu sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahariMu terus menerus dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha penyayang '

Bina kekuatan dengan menyiram solat sunat dhuha dengan doa;

 ' Ya Allah! Bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah! Jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah, jika ada didalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram halalkanlah dan jika masih jauh dekatkanlah Ya Allah! Dengan berkat waktu dhuhaMu,kecantikan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba2Mu yang soleh '

Bila dihati sudah bahagia dalam melaksanakan ibadah sunat mana munkin kita akan berlengah lagi dalam menunaikan tuntutan yang difardhukan.

Ilmu itu pakaiannya akal dan amal itu pakaian jasad manakala Ikhlas pakaian hati.


Blog Cinta, Airmata dan Cita2


Hari ini genap setahun Blog Gubahan Qaseh Bonda melayari alam maya. Bersyukur hamba pada yang Esa, diberi peluang meneruskan catatan perjalanan untuk berkongsi rasa. Pada anak-anak diluar sana, tidak lupa pada pengunjung yang sudi meluangkan waktu, pada yang tiba-tiba terjah tak menentu dan pada yang sudi mengintaiku dicelah pelangi, Qaseh Bonda merakam rasa penghargaan dan Salam Qaseh Bonda!

   
Pada Qaseh yang sedia tercipta, Qaseh Bonda amat menghargai kemunculan kalian, cukup memberikan sokongan untuk mencari dan terus mencari catatan lama yang masih terpendam nun didasar hati.

Sempena ulangtahun pertama, Gubahan Qaseh bonda mengalu-alukan kunjungan mesra.Tanda jambatan sudah terbina merentasi dunia tanpa sempadan. Harapan hamba agar diberi kesihatan lebih baik bagi memanfaatkan diary online untuk tatapan seantero dunia. Kehadiran pengunjung dari luar negara membikin hati  bergelora menyingkap semula kenangan silam andai boleh dijadikan teladan.

Hidup ini cuma perjalanan bukan destinasi. Diciptakan insan untuk memberi bukan mengambil. Disepanjang jalan kenangan boleh digubah menjadi lagu. Dalam lagu, ada cinta. Dalam cinta ada mahligai.

Sambil berteduh melepaskan dahaga, merehatkan minda, kita berpantun dan berseloka. Kita bagaikan pengembara. Meniti tangga-tangga impian, sambil menitip pesanan orang tua dahulu kala, berguru pada yang mampu memberi tanpa balas. Berpesan-pesan dalam kebaikan. Dalam kesabaran  demi mengejar  masa. Begitulah hidup diumpamakan. Dilahirkan, kemudian bertatih, mula berjalan lalu jatuh. Luka sana sini sudah menjadi adat. Adat  mendirikan insan. Insan tegar, alah bisa tegal biasa.

Seperti tidak mahu melepaskan hari ini hari Selasa. Hari Nostalgia. Hari mengajar hamba erti ketabahan. Ditinggal pergi buat selama-lamanya setelah hampir setengah abad menumpang Qaseh Bonda.

Wahai bondaku sayang, tinggallah hamba dalam kelemasan.Biarlah hamba jadi penyambung warisan, membela nasibmu yang bernama ibu.

Salam Qaseh Bonda.








Monday, June 21, 2010

Thank Q Allah


Terima kasih pada untie google secara langsung telah membantu menguatkan ilham dalam mencari jalan penyelesaian.

Barang diingat manusia memang pelupa. Lupa itu dari syaitan. Mendorong manusia menjadi tidak redha atas keadaan yang menimpanya.

Malam Isnin yang bersejarah, 9 Rejab 1431 yang indah. Hampir seluruh pelusuk rumah sudah digelidah. Pun begitu masing2 yakin cermin mata ada dibawa masuk kedalam rumah apatah lagi pada pemakainya yang sudah tentu 101 persen yakin cermin mata itu dipakainya sejak tadi almaklumlah bagi mereka2 yang rabun, cermin mata seperti isi dengan kuku, teman sejati yang harmoni.

Masing2 berilusi dan berimaginasi, pun begitu masih dalam keraguan dimana permata itu sebenarnya berada. Akhirnya kami membuat kesimpulan biarkanlah saja ia berlaku walaupun jauh disudut hati ini , hamba amat sedih dan sayu bila matanya tak dapat memandang tambahan pula kabarnya yang esok pagi ada kelas.

Dalam pada kami masih membuat andaian demi andaian, dicadangkan hamba untuk berdoa bila hilang barang.

Hamba mula mengingat doa hilang barang..biasalah! lagilah payah bila  barang benar2 hilang, lenyap  segala doa2, semuanya padam dari ingatan.

' Seronok ye engkau wahai si setan2 '. Seolah2 ditertawakan oleh iblis durjana.

Apa yang  di ingat adalah,

' Ya Allah! yang tak pernah lalai dan tak pernah lupa, ingatkanlah aku apa yang aku lalai dan aku lupa '

Masih tidak dapat menguatkan jaminan yang sebenarnya kami memang pelupa. Akhirnya kami memilih untuk bertanyakan untie google. Macam2 doa yang kami jumpa tapi yang ada satu doa yang benar2 menarik jantung ini  adalah doa yang ditinggalkan jejak oleh Imam Nawawi.  Begitu sarat meyakinkan hati bahawa segala pergantungan serahkan pada Allah. Apalah daya hamba manusia hina yang bersedia untuk dihimpunkan sehingga menjadikan hamba pelupa.

Pada mulanya masih terlintas bisikan dihati untuk mengadu pada manusia lagi. Sanggupkah hamba calarkan lagi maruah ini untuk meminta2  hanya kerana sepasang alas mata meskipun hakikat sebenar memang berat mata memandang, berat lagi bahu tuan yang punya badan menanggung segala beban. Cukuplah ku simpan segala permintaan jauh dihati sanubariku yang tinggi. Aku berserah!

Seperti sedang melihat aksi2 bintang bolasepak bergelut dipadang  bola. Semua lapisan bangsa bernama manusia, tak kira miskin maupun yang kaya. semuanya tergila2kan jaringan hatrik, tandukan heroik dan permainan yang cantik. Hanya yang bijak mengawal bola yang faham cintanya pada bola cinta yang sempurna dan cinta luar biasa hasil dari kekuatan melepaskan segala  perasaan dan dendam bila bertarung dipadang permainan. Biar dunia tahu cintanya itu milik siapa. Tentu sekali dia  tidak sanggup membiarkan kehadiran cinta pilihan Tuhan berlegar2 ke sana ke mari di atas padang. Sampai bila dia terus menyimpan bolanya bila sudah berada di kaki. Satu tendangan maut sudah cukup melakar sejarah seorang bintang.

Hamba jadi berani dan yakin benar pada cinta anugerah Allah . Sudah tentu Allah tidak akan membiarkan kami terus dilanda gelisah lalu  ku abadikan doa Imam Nawawi ke laman kesayanganku ini untuk dikongsi rahsia Thank Q Allah.

' Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang yang aku hilang itu '

Sepertimana iklan bola yang tidurnya bersama bola, makan pun bersama bola dan segala2nya hanya untuk bola. Sedangkan tidur kami malam tadi bersama doa ini...dhuhaku pagi ini ditemani doa ini . Tiba2 dadaku sebak mengenangkan sesuatu yang tidak pasti dan hamba  menerima kabar gembira yang cermin mata berada didalam simpanan pemandu kenderaan jabatan. Keciciran sewaktu turun dari kenderaan semalam.

Alhamdulillah!!

Wahai anak2ku sayang...ingatlah pada Allah banyak2 ketika senang nescaya Allah ingat kita bila kita susah. Iblis sentiasa menunggu peluang untuk melalaikan anak cucu Adam...memporak perandakan hubungan memang mainan iblis dan syaitan. Mempersendakan manusia pada hakikat dunia yang sementara.

Hari ini munkin kita terselamat, esok lusa belum tentu mainan dan rentak mereka adakalanya ala2 Afrika. Oleh itu kita kena bersiap sedia menjadi menjadi pahlawan yang dapat merasakan kehadiran mereka yang tak nampak dimata. Masing2 punya misi yang berbeza. Makna pahlawan  bukan perlu di ajak berlawan turun gelangganag cukup sekadar menundukkan pandangan. Peka semasa kehadiran kawan dan lawan. Berhati2 melemparkan perkataan.

Sepertimana cerita  Ustaz Lutfi.

" Memang mereka tak nampak dimata tapi kehadiran mereka ada dimana2. Andai jatuh sebatang jarum pun pasti mengenai mereka, menandakan kehadiran mereka terlalu ramai berbanding bilangan manusia "

Sebelum kita terseret, diheret mengikut kehendak nafsu yang menjurus kearah melemahkan ingatan, ingatlah selalu pada Allah, ketika duduk maupun berjalan, ketika makan, pakai dan minum, ketika  bersolek dan berdandan dan ketika asyik berdondang sayang apatah lagi  ketika sedang tidur di pembaringan.

Bacalaha walau sebaris ayat. Jadikan teman sebagai pemberi isyarat yang hamba ini.

' Tidak takut dan tidak gentar, Allah bersamaku '

 Thank Q Allah.

Sunday, June 20, 2010

Bunga rampai

Aroma semula jadi mengekalkan haruman tradisi.


Hiris dedaun pandan sehalus munkin
Campurkan bersama bunga2 melor atau apa saja kuntuman yang mudah dibeli dijalanan
Titiskan haruman pilihan
Masukkan kedalam bekas2 kecil yang comel2 yang terbiar begitu saja
Tempatkan disemua sudut yang dirasakan perlu
haruman pandan menyegarkan suasana
mengembalikan nostalgia
menyamankan minda
mengingatkan kita pada
Qaseh lama
Kasih sayang
ayahbonda

Menu pagi Ahad

Ceriakan pagi Ahad bersama keluarga. Bagi yang ada anak2 yang masih sekolah tu usah dibiarkan hari2 mereka bergantung harap hanya pada bibik.

Breakfast pagi Ahad boleh dimudahkan. Cubalah resipi dari seorang lelaki yang sibuknya mengalahkan isteri. Kata dia mudah. Setelah di cuba bertahun2 lamanya menjadi resipi pilihan anak2 dari kecil sampailah ke besar panjang, Terima kasih pada En. Meor. Selama lebih 25 tahun dapat resipi ni tapi nampaknya memang makanan kegemaran orang sekarang.

Bahan mudah. Telur, lada hitam, garam dan air.

Telur 2 atau 3 biji. Pukul telur bersama air. Air tu agak2 dalam 2 atau 3 sudu besar. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Goreng bersama minyak yang sedikit. Sambil tu di kacau2 dan telur tu akan jadi bulat kecil. Sedikit campuran air dapat melembutkan rasa telur.

Enak dimakan bersama roti. Anak-anak pasti terhibur bila ibu menceriakan rasa roti di pagi Ahad..

Pastikan cucu nenek nanti dapat merasa resipi ini.


Friday, June 18, 2010

Panduan hati

                                                                                                                                                                  
' Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu '

Sunday, June 13, 2010

Pusaka orang melayu

Warisan
( Sudirman Hj Arshad )

Disini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Saturday, June 12, 2010

Jaga lidah

' Tidak ada satu perkataan yg dilafazkan melainkan akan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid '

( Al Qaf : 18 )
Sabda Nabi S.A.W.

'Barangsiapa yang benar2 beriman pada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memperkatakan kebaikan atau lebih baik memilih untuk diam sahaja'

Pepatah Arab ada mengkiaskan:

' Satu perkataan apabila terbitnya dari hati maka akan jatuh ke hati manakala jika ianya terbit dari lidah, ia tidak akan mampu menjangkau kecuali dua cuping telinga '

Berkata Saiyidina Omar Al Khatab:

' Barangsiapa yang banyak bercakap maka banyaklah silapnya dan bila banyak silap, banyaklah dosanya dan bila banyak dosa neraka tempatnya '



Akhlak yang baik bermula dari lidah yang baik. Ternyata dari lidah membawa segala keruntuhan akhlak.

Terbit segala sumpah dan dendam yang diwarisi generasi zaman ke zaman.

Hati ikhlas mampu mengasah lidah jadi lebih tajam dari pedang. Digunakan hanya bila perlu, pada waktu dan ketika paling sesuai dan menghunus pada yang berhak.

Nafsu dan lidah rakan paling jahat. Suara dan hati menyatukan ikatan nafsu dan lidah untuk menjadi sahabat paling setia melalui akal anugerah Allah.

Jadikan mulut penyebab untuk kita mendapat keredhaan akhlak.

Jaga lidah, jaga mulut, jaga suara, jaga lisan.

Basahkanlah dengan Zikrullah.

Hati tidak mati, wajah berseri.
  



Friday, June 11, 2010

Dumpling Festival


Kalau dulu kue chang hanyaku lihat bergantungan serumpun dalam satu ikatan di gerai2 kereta sorong di Petaling Street, siapa sangka hari ini kue chang sudahku bawa bertandang ke rumah.

Macam2 legendery affair yang dikaitkan dengan kue chang ini sehingga dinamakan khusus Dumpiling Festival bagi anak cucu menghayati peristiwa bersejarah bagaimana kue chang mula di ilhamkan.

Setelah sekian lama segala persoalan tentang kuih muih ini bermain dikepala, kini mula terjawab dan merungkai segala sejarah. Dihati dulu selalu terdetik kenapa gerangan kue chang dikatakan istimewa dikalangan masyarakat Cina. Kuih yang dibungkus kemas, kelihatan seperti kuih kauci bergantungan serata alam. Sesungguhnya, kue chang seakan memberi pesanan pada anak cucu yang memandang supaya tidak lupa pada adat resam keturunan.

Alhamdulillah, hamba diberi peluang bukan saja bertemu semula dengan kawan lama bahkan dapat melihat sendiri sisa2 kekuatannya yang ada biarpun sudah dimamah usia, dia dilihat bersemangat dan berupaya menyediakan beratus2 kue chang tempahan saudara mara dari pelbagai ragam keturunan dalam satu lagenda rasa.

Hari ini hari Jumaat penuh berkat jatuh pada 11. Jun 2010 menjadi ingatan yang tidak dapatku lupakan kerana mendapat sentuhan kue chang.

Hadiah paling istimewa bagiku untuk sama2 menikmati rasa asli kue chang buatan tangan saudara seagamaku lambang kekuatan cinta lagenda yang tidak mengenal bangsa maupun keturunan, tidak menghina yang miskin maupun mengangkat yang kaya dan tidak memilih rupa semata berlandaskan Islam agama yang dibawa.

Kue Chang melambangkan semangat bangsa yang taat setia. Bangsa yang cintakan negara, rakyat dan alam semesta.

Islam mencukupkan segala rasa dengan kasih sayang, ehsan dan iman.

' Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu boleh berkenal2an ( beramah mesra antara satu sama lain ) Sesungguhnya semulia2 kamu disisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ) Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya ( akan keadaan dan amalan kamu ) '

( Al-Hujurat: 13 )


Take a fresh look at our life

Keep the flame burning

Discover the secret of falling in love
Love makes your body n soul
younger each day n night
Love makes u happy n joy
healthy n wise
we deserved true happinesss
but first of all
we must fall in love
madly with ourself
True love is standing
right in front of us
No matter what we do
how far the distance are
love is there deep inside us
keep in our mind
burning in our soul
side by side
as time goes by
there are some things
that money can't buy
seems to be the priceless moment
when i found u
n i love u so
when i met u
i miss u too
n i do love u
till death
do us apart
i still love u
n indeed i will
till i met myself
madly in love in
ME
life keep on moving
love keep on burning


Thursday, June 10, 2010

Kue Chang lagenda bulan Jun

Hari ni hamba berpeluang melihat sendiri pembikinan kue chang makanan tradisi kaum tionghua. Ada mitos lagenda tujuh keturunan bagaimana bermulanya sejarah kue chang ditanah besar.

Bukan mudah mendapat peluang istimewa berkenalan pembuat kue chang yang serba boleh dalam menyediakan makanan tradisi kuan tong asal usul Islam bertapak di Yunan.

Bahan2 didatangkan khas dari China sempena bulan Jun a legendary affair : Dumpling Festival

Dried prawns at best quality
salted egg yolk
chestnut
Black-eyed beans
chicken meat
Black mushroom
Red Dhals


5 spices powder
Glutinous rice
Bamboo leaves dari China
Tali ikat kue chang di import dari China

Membuat kue chang bukan satu perkara mudah. Tak terbuat dek anak2 zaman sekarang tak kira bangsa China sendiri atau yang converted maupun yang ada darah2 cina.

Kekuatan pada pembuat kue chang ini melambangkan kuatnya semangat keturunan yang dimiliki. Meskipun ada diantara kaum kerabatnya terdiri dari saudara2 baru Islam...masih tak daya menandingi kepakaran pembuat kue chang yang satu ni.

Hamba bersyukur di akhir2 kehidupan berpeluang menikmati suasana penyediaan kue chang yang rapi dan bersih.

SubhanAllah...sesungguhnya ada pengajaran disini dalam kita memelihara keturunan,

Hadir Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk menyempurnakan akhlak. Menyatukan umat Muhammad tanpa mengira bangsa maupun keturunan....kaya atau miskin..kecantikan bukan ukuran...Islam mengeratkan persahabatan.

Dikesempatan ini suka hamba melahirkan rasa terima kasih yang tak terhingga pada sahabat lama yang sudi membenarkan hamba belajar dari ilmunya penuh didada. Dia berjuang mempertahankan asal ususl keturunannya tanpa sokongan anak2 cukup saja dengan sokongan suami yang setia menemani dan menyediakan segala keperluan dan kelengkapan pelbagai jenis masakan Cina khususnya kue chang itu sendiri.

Meskipun dia sebenarnya kecewa dengan persekitaran, anaknya Sazaly, Iskandar yang bersubang dikiri, Aizuddin berliuk lentuk seperti itik pulang petang, sedih dengan kehidupan anak2 yang bakal ditinggalkan hasil dari kemewahan duniawi yang dikecapi namun pada masa yang sama dia tak putus2 beramal dalam memenuhi tuntutan agama. Dia berpegang teguh pada ketaatannya terhadap kedua ibu bapa. Pada masa yang sama memiliki kepakaran memasak warisan bangsa dan keturunan.

Segala bentuk ilmu boleh dipelajari dalam keluarga ini. Iman bukan sesuatu yang boleh diwarisi.
Kekuatan iman boleh dipupuk dan dibaja dengan ilmu yang ada disekeliling kita. Dia mewakili kaum ibu yang ada supaya tidak cepat berputus asa. Tahun demi tahun dia merakamkan semangat bangsa melalui kekuatan kue chang yang disediakan dengan harapan melahirkan The Spirit of Chang ke dalam jiwa anak2 muda di sekelilingnya khususnya anak cucu pembuat kue chang itu sendiri.

Saat dia tiada didunia, mana munkin ada pengganti pewaris kue chang lagi namun kekuatan semangat yang dibawa membuat hati ini tak munkin melupai segala kenangan bersamanya.
Satu penghormatan yang tidak terhingga diberi peluang mengenali insan seperti dia.

Semua ini mengajar hamba, bukan kita yang merancang, bukan kita yang menentukan. Takdir penentu segalanya. Hamba2Mu didunia fana ini melakunkan watak mengikut kadar kemampuan pembakar semangat yang ada. Diuji dan terus diuji sehingga menemukan kita jalan hakiki. Islam menemukan kita dengan semangat kesepaduan ummah sepertimana kue chang dibungkus kemas.

Terbayang rasa ketika Fatimah r. a mengadu keletihan pada ayahandanya tanpa pembantu untuk menguruskan rumah tangga lalu baginda meyakinkan Fatimah, Bukit Uhud ditawarkan pada baginda untuk bertukar menjadi emas namun baginda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga baginda lalu Fatimah di ajarkan beberapa kalimah dari Jibril untuk di amalkan selepas solat.

Berzikir, bertahmid dan bertakbir selepas solat adalah amalan khusus dalam membina kekuatan dalaman khususnya kaum perempuan yang keletihan.

' SubhanaAllah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan AllahuAkbar 33 kali dan diakhiri dengan tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah '

Tidak semua umat Muhammad bijak dalam serba serbi apatah lagi nak bikin kue chang yang luar biasa, nak buat ketupat lemak selemak2nya, nak bikin dodol yang liat sampai tak melekat dijari dan macam2 kebolehan yang boleh diwarisi.

Apa yang pasti semua umat Muhammad khususnya yang berugama Islam pasti kenal dengan kalimah tauhid zikir, tahmid dan takbir.

'Bacalah dengan ( menyebut ) nama Tuhanmu Yang Menciptakan'
( Al 'Alaq - 1 )

Kue Chang mengingatkan hamba syurga bukan hak sorang2 diri. Alangkah bahagianya jika kita dapat berusaha sedaya upaya membawa tujuh keturunan kita bersama.

Bacalah dengan nama Allah. Dalam masa kita dilimpahi kesenangan dan sudah bersedia menerima dengan hati yang terbuka ketika kita dirundung malang.

Melayu baru, melayu lama

Melayu baru melayu berugama. Tak pernah rasa tua sentiasa berjiwa muda. Dari kecil sudah diajar mengenal sakinah, siapa mad jais, mad asli, mad 'arid lissukun.

Melayu lama yang bijak pandai gilakan gelaran, gila glamour gilakan pengiktirafan, yang buta kayu cukup pandai bagi gelaran orang yang bernama mad dengan gelaran mad kerbau, mad katak, mad pau dan entah macam2 ada gelaran selagi ada yang namanya mad.

Melayu baru sekadar bersalin kulit, ada yang kawin mamak, kawin mad saleh ,kawin cina, kawin india dan kawin campur tapi darah yang mengalir itu adalah darah melayu...kata orang tua2 kulit, tulang dan mata putih asal dari bapa manakala daging, darah, urat dan mata hitam asal dari ibu,

Tidak boleh lari dari asal usul yang namanya orang melayu.

Melayu lama konon melayu terbilang, padahal makin hari makin pelupa...yang kenal lagi munkin cuma buah2 sukun, langsung tak nak ambil tahu dan tak minat nak belajar hukum2 mad dan apa makna sukun walaupun sudah di ufuk senja.

Melayu lama masih kuno seperti dalam zaman batu mendakwa konon dia melayu terhebat.
Fasih menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris sudah dikira melayu bertamadun.

Mohd. Yusof dipandang rendah oleh anak2 buah kerana tidak pernah menggunakan sepatah pun bahasa Inggeris pada anak buahnya.

ketika RAAF datang melawat mes pegawai TUDM...Tuan Yusof melayan tetamunya sambil berjenaka dalam bahasa Inggeris sebab mat saleh dah tentu tak reti melayu.

Selesai majlis anak buah berkata;

' tak sangka tuan tera cakap orang putih...terkejut kami '

jawab tuan Yusof;

' i don't speak stupid english to stupid people '

Mesej tuan Yusof jelas, jadi tak payah bermegah dengan kebolehan berbahasa Inggeris kalau nun mati bertemu dengan huruf izhar pun kita tak mampu nak hurai hukum dalam hukum2 tajwid.

Melayu baru boleh hidup aman dengan Ah Kau kedai runcit tepi jalan, boleh tunggu maniam masuk taman bawa roti dan boleh bersepakat dengan sapa saja asalkan punya kesedaran semua bangsa takutkan Tuhan.

Melayu lama sembang serupa nak berjuang mempertahankan tanah tumpah darah tapi anak2 dihantar menuntut diluar negara bahkan bermustautin disana entah sampai bila2. Sikit demi sedikit tanah melayu kian tergadai digadaikan oleh cerdik pandai anak2 melayu lama.

Melayu baru tetap setia disini bersama anak2 dan cucu2 kami, memelihara hasil keringat sendiri sambil bebas bercerita dengan Ah Kau peniaga beras yang setia jadi tokey kilang padi...tak pernah peduli pun nak ajak orang melayu berkelahi...apatah lagi Maniam tin2 pon2...kesana sini mengusung jajan...tak terlintas dihati Maniam nak turun padang bersingsing lengan dengan parang....diam2 Maniam menghimpun kekayaan untuk membantu saudara2nya di India.

Melayu lama yang berdendam tak sudah2...berdengki nombor satu...cemburu tak menentu...sembang? pang!pang!pang! memang minat melayu lama...suruh kerja paling tak suka....mengampu dan diampu mainan  politik orang2 melayu lama.

Celek2 mata nak ajak melayu baru buka langkah.

Ingat melayu baru kesah!!!

Melayu lama bermegah membuka lembah, dari satu lembah ke satu lembah sedangkan melayu baru berbahagia bersama anak cucu orang2 melayu yang kawin campur, bersatu padu tak kira bangsa dan ugama yang menumpang teduh di bawah rumpun melayu.

Milik siapakah melayu lama itu.

Sah! melayu lama milik UMNO kuno

Terima kasih mak kerana membuka mataku mengenal siapakah kita yang di katakan melayu....mendidikku untuk menghargai diri dilahirkan melayu.

Meminjam semangat mak dari zaman bintang tiga, zaman british, zaman kapal layar hinggalah era mahathir dan dunia tanpa sempadan. Hari pertama mahathir memecat anwar, pada hari tu juga semangat mak membara semula.

' Mana gambar mahathir...mana! '

Nasib baik rumah kita tak de gambar mahathir. Kalau ada, gambar itu katanya akan dipijak2 dan diludah2 demi memelihara maruah bangsanya yang tercinta.

' Takkan Melayu hilang didunia '

Wednesday, June 9, 2010

Nasi goreng kampung

Memang kampung betul-betul kampung. Tak de bahan perasa, tak de hiasan, tak de campuran ikan, udang maupun daging dan juga ayam.

Nasi goreng orang dulu, mudahdan cepat disediakan almaklumlah pagi-pagi lagi mak sudah siap hendak kesawah maupun ke ladang menoreh getah. yang awal pagi nak menoreh.

Disiapkan nasi secukup rasa untuk anak-anak yang ditinggalkan pada yang tua menguruskan adik-adik.

Bahan mudah;

Nasi sejuk ( nasi semalam yang tak habis dimakan )
Bawang merah dan bawang putih dimayang halus
Cili kering yang dipotong2 agak tebal
Minyak untuk menggoreng


Goreng bawang, cili kering sehingga agak2 garing
Masukkan nasi
Digaul sama rata dan digoreng hingga sebati
Garam secukup rasa.

Siap untuk hidangan.

Sesuai dimakan bersama ikan goreng semalam,sambal belacan semalam dan paling sesuai dimakan bersama ikan masin dan kopi semalam.

Dulu-dulu memang jemu dengan nasi goreng mudah alih. Bila dah tua timbul kerinduan pada resipi semalam.Nasi ini sekali sekala memang menyelerakan. Apatah lagi bila kawan terhidu nasi ni dipejabat. Riuh rendah mencuba dan masing-masing punya nostalgia indah pada cerita nasi mudah ini.

Yang lawak ada yang minta resipi. Untuk tidak melepaskan kenangan ini berlalu begitu saja ku coretkan resipi diatas buat peninggalan anak cucu.

Orang sekarang dengan kesuntukan waktu tentu lebih sesuai mengembalikan cara masakan orang dulu. Tambahan pula kita mampu menggunakan minyak masak mahal, seperti minyak jagung atau minyak sayur. Apalah sangat nasi goreng diluar sana yang nampak je ghairah padahal bahan perasa cukup memeningkan kepala.

Boleh diubah suai topping nasi goreng bersama nugget, hot dog ke burger atau fries kegemaran anak-anakm.

Apa yang penting air tangan ibu.

Orang tua dulu2 sebenarnya ada mesej yang ditinggalkan dalam masakan.

Kadang2 mak2 orang melayu sendiri dah tak berat dengan aura bawang merah dan bawang putih. Fast food yang ada hanya bertujuan merosakkan bangsa.

Teringat cerita bawang merah, bawang putih.

Kasih sayang terikat melalui masakan.

Cukuplah berhibur sekadar merasakan nikmat garam dalam masakan.

Tuesday, June 8, 2010

Sekuntum bunga mawar

Aziz Desa kata pagi ini di tv 9. perkahwinan seperti menjaga sekuntum bunga mawar. Di baja disiram jangan sampai dimakan ulat agar mawar terus berkembang.

Ikut kacamata masing2 dan kita tak boleh paksa orang ikut perspektif kita.

Apa yang penting kita kena ada acuan kita sendiri untuk meletakkan perkahwinan ditahap mana.

Bagiku perkahwinan adalah syurga.

Tawaran ke syurga melalui ujian dalam rumahtangga. Semua kita tak dapat meramalkan syurga itu bagaimana, pun begitu semua manusia impikan syurga.

' buat baik dibalas yang lebih baik '

Mawar tak munkin mekar selamanya, harumnya pun tidaklah lama, cukuplah mawar lambang cinta mula bersemi dan bersemadi jauh dilubuk hati, abadi kehujung hayat nanti.

Bila cinta ada, kita bahagia dimana saja.

' Home is where the heart is'

Masam-masam manis

Senyum biarpun sumbangannya sangat kecil impaknya terlalu besar.

Mula membiasakan senyuman dalam rumahtangga pasti diluar, ceria sentiasa.

Bila hilang senyuman dalam rumah jangan diimpikan kebahagiaan diluar.

Maaf cakap!orang Kedah susah sangat nak senyum berbanding dengan orang Kelantan yang murah dengan senyuman.

Sesungguhnya orang susah senyum menyimpan sejarah silam bersama perasaan dendam dan airmata. Diterjemahkan pada expresi yang menggerunkan umat. Tak kenal maka tak cinta. Begitulah hakikat orang susah senyum. Bukan dia tak baik cuma dia tak ingin didekati. Jiwanya melekat pada kasihsayang ibu sejati.

Rahsia orang susah senyum sebab orang tu terlalu baik hati. Cover line la konon! Hanya orang susah senyum saja dapat menilai hati budi orang2 yang sealiran dengannya tambah pula hati orang2 yang suka buat2 senyum. Sekilas pandang orang2 susah senyum dah kenal yang mana jantan yang mana betina.

Yang murah dengan senyuman juga tak semestinya baik. Penuh dengan tipu daya.

Tak kira lah dari mana asal usul senyuman...apa yang penting senyumlah dengan ikhlas dan semua senyuman hendaklah dibalas...biarpun dihati masih berat nak senyum.

Senyum tu kan sedekah....sejauhmana keikhlasan sedekah kita, bukan kita yang tentukan. Yang penting kita menunaikan tuntutan ugama.

Mulakan hari ini dengan senyum yang berseri....pasti berterbangan jin2 jahat disisi yang sentiasa seronok andai ramai manusia mengerutkan dahi.

Jangan berlengah lagi, senyum2 lah selalu supaya anak2 cucu senang sekali. Biar terpendam segala sumpah dan dendam, yang terpancar hanyalah kasih sayang dalam senyuman.

Anak2 terdidik dengan membudayakan senyuman dalam rumahtangga pasti menghargai setiap detik bersama ibu bapa. Nikmat paling berharga.

Makin bercambah2 guru yang malas menjawab salam anak2 murid bahkan nak senyum pun malas.

Ustaz2 pula ramai yang laser....usahkan nak senyum, dipandangnya anak2 murid seolah2 dia satu orang saja yang layak menghuni syurga.

Kemana lagi anak2 nak bersandar bila mak dan ayah susah nak senyum.

Guru2 dan ustaz2 jauh sekali.

Sama2 kawan hati tertambat.

Ramai di depan mata yang nama Iskandar bukan, Zulkarnain pun bukan.

Iskandar bersubang ditelinga kiri, yang nama Aizuddin melengguk macam itik pulang petang.

Marshitah dan Siti Sarah hilang integriti wanita solehah seperti dalam sirah nabi.

Ulama terkenal dari Indonesia belajar senyum selama enam bulan. Padanlan semasa menyampaikan ceramah, dia tak henti2 memberikan senyuman didepan, dikiri dan dikanan sedang kita yang memandang terawang2 diangkasa melihat wajah ceria dan bahagia.

Kabarnya guru2 diluar negara memang mempraktikkan teknik senyum kaedah psychology paling berkesan, mendidik murid hormat pada diri sendiri. Bila mak bapa susah nak di ajar, guru2 disana punya kesedaran tinggi nak ubah mentality anak2 lebih berjaya.

Cikgu yang mempamerkan wajah kesayangan pada anak2 murid, tak mustahil anak2 akan concentrate gila masa belajar. Menjadikan guru idola mereka.

Manusia paling berani adalah manusia memulakan experimen menggunakan dirinya sendiri.

Sama2lah kita berkongsi ramuan rahsia dalam senyuman.

Bersama senyuman ku dambakan hidup ini.

Monday, June 7, 2010

Bumi Ambiya'

Kepulangan Sukarelawan ke Gaza
memenuhi ruang dada akhbar
Kepulangan mereka seram aroma
Menjamah makan rasa tak sudi
Minum tidak rasa dahaga
Terbayang dimata saudara-saudaraku sengsara
Menyusuk peluru seksa rasa
Pilu dihati tidak terperi
Sebak dada memandang kepulangan bangsa
Tidak daya melihat yang lain bergembira
Wangian syurga seakan terhidu
Para syuhada'

Memandang mereka rasa tidak mampu
Mendengar suara berlinang airmata
Siapalah kita disisi mereka
Berjuang sampai  hujung nyawa
Tentu didada terus membara
Memandang Israel paling benci
Kembali semula ke bumi asal
Malunya melihat gelagat
Perdana Menteri yang patah sendi
Umat manusia bermuka-muka
Menumpang hebat tidak bertempat
Pengkhianat amanah
Bangsa sendiri
Membenci aku dan terus membenci
Membencimu wahai memanda menteri
Mengagungkan budaya yahudi
Tamak harta duniawi
Labakan nama
Rakyat sendiri hidup merempat
Melarat seperti besi karat
Ya Allah..hamba serahkan rasa kebencian ini padaMu
Ya Allah...hamba membenci mereka keranaMu
Ya Allah
Terimalah semangat cintakanMu
Tiupkan api kemarahan ini
Biar membara hari demi hari
KeranaMu
Ya Allah
Selamatkan Bumi Ambiya'

Kerajaan swasta

Nabi bersabda;

' jika sesuatu perkara diserahkan kepada yang bukan ahli maka tunggulah hari kiamat '

Berkata Khalifah Omar r.a,

' Seburuk2 pemimpin adalah aku, sekiranya aku kenyang rakyat aku lapar '

Kata Ali bin Abi Talib,

' Bercakaplah kamu dengan manusia sesuai dengan pengetahuan mereka, adakah kamu menghendaki Allah dan RasulNYA didustakan? '

Sampai bila nak tanam tebu
hasil gula orang dah kikis
Islam tak ajar terus membisu
atau hanya bermulut manis

Sunday, June 6, 2010

Doktor Kerajaan dan Doktor Swasta

Perjuangan paling mulia dalam hidup apabila kedengaran suara pesakit memanggil nama anda doktor.

Bukan mudah mendapat gelaran terhormat sebagai seorang doktor...tak perlu nak ampu orang2 agung atau orang2 kanan raja....gelaran mulia dari rakyat yang mana rakyat agungkan nama seorang tuan doktor walaupun baru menyarung jersi warna putih bersih.

Hargailah gelaran mulia itu dengan sepenuh hati biarpun ramai doktor bersungut gaji doktor kerajaan tak setimpal dengan kajian mereka selama ini. Bersengkang mata malam dan siang...sedangkan tawaran gaji dihospital swasta lebih lumayan dan berlipat kali ganda jika berkhidmat diluar negara.

Betulkan niat, luruskan hati....aku berbakti kerana Allah. Gaji yang dibawa balik berkat dan tak pernah habis bahkan wajah doktor berseri2 sampai kemati...dijamin syurga pada yang dimuliakan kerja2 semasa didunia.

Mengimbau kembali wajah2 kebanyakan doktor2 pelatih di hospital kerajaan khususnya doktor2 remaja melayu...muncungnya sedepa...nak marah2 bila pesakit tanya lebih2 bahkan memandang wajah mak cik2 dan pak cik2 pun mereka tak sudi...hinanya rakyat yang miskin menerima rawatan doktor2 muda....muda2 pun dah perangai doktor teruk tak nampak jalan nak jadi doktor pakar yang disegani. Cuba buka sejarah Doktor paling dikagumi tolak dr Mahathir yang hilang identiti.

Berlainan dengan yang doktor2 muda bangsa asing bukan melayu, masih ada ruang untuk melemparkan senyuman...bergurau dengan Adam yang bulat...tak jumpa punca siap telefon kawan tanyakan sebab musabab.. ketika menerima rawatan di wad kecemasan persekitaran jelas menunjukkan betapa bangsa asing bijak menghargai diri sendiri. Menghambakan diri memikul amanah dan yakin pada impak masa depan yang lebih sempurna. Hasil didikan bertuhan...buat baik dibalas lebih baik.

Di luar dinding ruang hospital siap di tampal kenyaataan umum yang lebih kurang macam ni lah,

( Sekiranya anda tidak mendapat layanan yang memuaskan dari pegawai perubatan yang bertugas sila buat aduan ke pejabat no. sekian2 atau talian terus ke nombor sekian2. Setiap pesakit diperuntukkan 30 minit masa rawatan tertakluk pada keadaan semasa)

Ni apa cerita ni. Semua benda nak kena mengadu. Sikit2 nak mengadu. Kemana perginya attitude orang melayu khususnya orang2 kerajaan dan juga doktor2 melayu.

Beban hutang belajar jangan dijadikan alasan untuk bertugas sambil lewa. Ingat semula saat manis cik2 dan encik2 doktor seronok menyarung white coat kesana kemari bahkan dimana saja....sedangkan kalau ikut hukum akal dan peraturan dalam occupational health jelas kuman punca penyakit ada dimana2.

Pendek kata nak beli makan kat luar kawasan bangunan hospital pun selesa dengan white coat. Naik shuttle balik kolej pun tak lekang dengan white coat. Betapa seronok, bangga dan bergayanya cik2 adek menyarung white coat seperti mana pemain bola negara beruntung dan bernasib baik dipilih menyarung jersi kebangsaan.
( The chosen )

Jadi, perlukah pelatih2 berwhite coat semasa menjamu selera tambahan pula berada diluar kawasan hospital...dek seronok sangat dengan uniform doktor, sampai terlupa tentang kewujudan kuman ada dimana2. Tidak kah terlintas yang kemunkinan tuan doktor sendiri
boleh menjadi punca pembawa kuman kepada pesakit yang tak sembuh2.

Bila dah mula masuk bertugas dibilik menunggu sama juga jadinya macam pemain bola kebangsaan era 2010 yang terlalu excited....adalah dua tiga orang doktor melayu yang menyerlah....selebihnya macam kuih ketayap digerai2 yang hanya berintikan hampeh kelapa.

Anak2 melayu sepatutnya menjadi doktor melayu yang mantap fizikal dan mental. Bangga bukan ayat pemilik white coat tapi bahagia menerima tanggungjawab paling dimuliakan.

Sebak dada sehingga menitis air mata mendengar pengakuan doktor2 melayu yang ditawan dalam misi aman Ke Gaza.

Sumbangan kemanusiaan mereka sepatutnya dijadikan iktibar pada para2 doktor anak2 melayu berugama Islam yang berbakti ditanah air sendiri.

Bagi kita yang sudah merangkak senja....puasa sunat bukan saja mendekatkan kita dengan Tuhan bahkan seakan turut sama merasakan kesengsaraan rakyat palestine yang tak cukup makan...Perjuangan rakyat Palestine mempertahankan bumi Ambiya' menginsafkan para ilmuwan untuk apa kita berilmu kalau tidak untuk beramal.

Tundukkan nafsu dengan berpuasa tanda setiakawan umat Islam.

Iktibar yang dibawa pulang oleh pejuang2 Islam yang tidak mengira bangsa dan keturunan yang ditawan Israel laknatullah seharusnya dijadikan semangat baru untuk ikhlas berbakti kerana Allah.

Memang susah nak ubah orang. Ubahlah diri sendiri ke arah yang lebih baik nescaya dengan sendirinya dapat mengubah orang disekeliling supaya jadi baik.

Ketika menerima rawatan diklinik swasta doktor India yang dah lanjut usia menjelaskan sebab musabab kenapa sakit ini boleh terjadi tapi di akhir conclusion doktor itu berkata;

' saya rasa awak ada buat sikit kebaikan dalam hidup sebab tu tuhan bagi awak sembuh'

Dr. India pun percaya pada kuasa yang luar biasa bukan hak mutlak doktor sepenuhnya. Doktor yang baik kena berfikiran diluar kotak doktor.

Jika tidak, ramai doktor2 melayu hampeh. Bahasa stereo type tuan doktor,

' sakit apa! saya bagi ubat ni! makan jangan tak makan! p amik ubat ! lepas 2 bulan jumpa saya!

Makin berkembang stress among doctors.

Doktor2 kena kembalikan rasa stress kepada Allah.

Pembuat2 dasar pasti akan merasa bersalah kerana membiarkan doktor2 kerajaan di timpa stress.

Dari situ lahirlah chemistry antara sesama insan yang berilmu dan beramal.

Kenali potensi diri dan kekuatan peribadi.

Tuan2 doktor akan lebih selesa berbakti kerana Allah sebab Allah memerhati melalui stethoscope semulajadi dan para2 malaikatNYA di semua penjuru sepertimana CCTV.

Jangan sampai dibilik rawatan dah keluar arahan kena ada CCTV.

Misi kerajaan dan Swasta berbeza.

Seperti misi malaikat dan misi iblis.

Friday, June 4, 2010

Bola Tahajud

Gegaran bolasepak kian terasa. Bahang ada dimana2. Piala dunia milik siapa.

Adam pilih Brasil.

Hijau kuning lambang perpaduan.

Gegak gempita tv 1 menumpang glamour iklan bola...hakikatnya tv 1 hidup segan mati tak mahu. Tumpang glamour bola, tv satu hidup semula.

RTM patutnya dah lama dah Rehat Tunggu Mati.

Mujur ramai lagi kuat bersengkang mata tengok bola. Kedai2 mamak bersiap sedia disetiap penjuru...riuh rendah gegak gempita bila tiba musim bola.

Sayang seribu kali sayang...esoknya malas2 belaka nak buka mata...kerja entah kemana...membuta sampai ke senja bagi meneruskan episod seterusnya.

Begitulah senario rakyat malaysia khususnya rakyat melayu yang gila bola.

Berpusing2 hidup seperti bola sampai mampus...sedang bangsa lain makin kuat hari demi hari.

Menimba ilmu dalam permainan bola sudah cukup untuk mengingatkan kita sejauhmana kerjasama kita sekeluarga...kerjasama melalui semangat bangsa dan semangat beragama.

Belajar pun tidak, bekerja malas, sembahyang jauh sekali alih2 gilakan bola setengah mati.

Sekadar memperlihatkan pada anak2 cucu kenapa pasukan bola melayu tak ada stamina bahkan tidak berkarisma....simpan saja jersi2 mereka, baik pakat2 terjun bendang....pada yang tengok tapi tak nampak apa yang bangsa lain nampak melalui semangat berpasukan, semangat bangsa, semangat setiakawan melalui tipu daya permainan.

Sila cari idea baru dengan terjun dalam laut lagi baik daripada hidup didarat menyusahkan mak bapak yang membenarkan kita melihat bulan dan matahari.

Bertahajud walaupun terpaksa melepaskan selimut namun kekuatan bertahajud ada matlamat tersembunyi....sepertimana pasukan luar negara yang mendapat kekuatan luar biasa.

Sebelum wisel penamat dibunyikan.

The ball now is at your feet.

***Piala Dunia 2010 JABULANI diAfrika Selatan tidak ada bezanya dengan jebonlani 2010 di Malaysia $$$$$

' BORN TO BE FREE '



[ Bebaskan diri hari ini ]