Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, May 7, 2013

Surat Terbuka Untuk Wan Azizah Bt Wan Ismail

Assalamualaikum Kak Wan yang saya sanjung tinggi,

Terlebih dahulu saya bagi pihak teman-teman pejuang reformasi mengucapkan syabas diatas kejayaan Parti Keadilan Rakyat kerana berjaya sampai ke tahap yang ada sekarang. Sungguhpun kecundang menjadi parti pemerintah namun Pakatan Rakyat kalah bergaya membuatkan Barisan jadi tidak selesa. UMNO berjaya membuktikan kekuatan melayu diakar umbi masih bertahan kerana bertuan. Melayu masih dalam ketakutan. Takutkan hantu dari Tuhan.


Kekuatan UMNO tetap pada nama. Berjaya memberi makan orang melayu hingga ke akar umbi. Menjadikan melayu tunggul puaka. Melayu masih di takok lama. Takutkan cina, takut hilang kuasa, ditakutkan dengan suntikan percuma. Ramai anak-anak melayu rebah disitu. Berada dicelah-celah pagar besi, menjadi doktor tanpa ijazah, menjadi loyar besi buruk, meramaikan jumlah melayu ular-ular air, badak berendam dan pekak badak. Melayu kaya bebas belanja bila harga minyak melambung. Melayu UMNO ramai tidak bersekolah tinggi. Tidak faham makna ptptn. Melayu UMNO piang tidak peduli pada harga kereta. Setakat pakar bertelur riuh sekampung dengan kap cai.


Tahniah pada suami kak wan dan anakmu Izzah berjaya bertahan dalam kedudukan selesa sebagai YB. Saya cuma ingin berkongsi sekadar kisah semalam jadikan teladan. Kisah orang melayu berbekalkan jati diri. Bertemankan Bismillahi Tawakkal, berjuang hanya kerana Allah. Diusia-usia emas begini, tiada apa yang didambakan lagi sekadar mengharapkan redha Allah. Kisah ini jadikan teladan, jadikan sempadan dalam perjuangan.Jangan pandang sebelah mata pada orang-orang lama yang lebih dulu merasa garam.


Alkisah, tersebutlah sebuah kisah benar. Walaupun remeh bagi Kak  Wan, namun bagi kami rakyat marhaen, perjalanan ini satu kenangan. Kenangan terpahat jadi sejarah. Membenarkan rangkap pejuang, suara rakyat suara keramat. Wira sebenar tidak berdendang.


Pada tanggal 21022013, kami berlima bertolak dari utara ke selatan. Kami menuju kerumah Kak Wan. Tidak ada temu janji sebab kami berpegang pada janji. Bila Allah hendakkan sesuatu itu terjadi, maka dengan hanya berkata Kun, jadilah ia. Kami yakin bila kami berhajat nak jumpa Kak Wan, maupun Anwar Ibrahim, bila Allah izin, tidak akan ada aral melintang. Semuanya akan berlaku antara dua samada mudah maupun payah. Terserah pada niat jika benar niat berjumpa kerana Allah.


Kak Wan,

Pemandu kami bernama Ustaz Umar Zainal Abidin, berusia 62 tahun. Ditemani ustaz Abd. Ghani Osman berusia 70 tahun, manakala isteri Ustaz Ghani  dalam lingkungan usia 62 tahun bersama anaknya Adib down syndrom dan saya sendiri pesara kerajaan yang telah dibukakan kesedaran. Pada malam indah permai itu, mari saya ingatkan Kak Wan yang Kak Wan  sempat bertanya umur Adib. Betul atau tidak?

Mari saya bawakan kembali ingatan Kak Wan kepada kami. Ya Kak Wan, Sesungguhnya  Adib berusia 20 tahun. Tenaga Adib Masih kuat walaupun syndrom lemah. Saya kira Adib punya ibu bapa kuat sekuat Ustaz Ghani.  Beliau berjuang bersama ABIM bahkan masih menyelaras Sekolah ABIM. Saya sendiri pada bulan ini, menyambut usia tua yang ke 54. Usia orang masih bekerja, namun saya memilih untuk bersara awal. Cukup service 26 tahun memilih bersara awal. Sayakah yang jahat atau orang kerajaan sekarangkah yang terlalu baik, jujur dan ikhlas??  Kita serahkan pada Yang Maha Bijaksana. Ikhlas bukan milik kita. Ikhlas bukan boleh disebut dari mulut. Ikhlas hanya layak diberi kredit oleh Allah. Ikhlas seperti semut hitam, yang berjalan di atas batu yang hitam dimalam hitam, gelap gelita.

Hanya Allah penentu keikhlasan insan. Apa yang penting saya sudah bersara. Sudah terlepas dari beban tugas dan tanggungjawab. Bekerja dalam kerajaan bukan sekadar menghabiskan waktu  secara sia-sia. menunggu gaji yang pasti datang, dibebani dengan kemudahan berhutang. Bekerja itu meraih berkat. Bila sudah hilang berkat, orang kerajaan dari JUSA sampai ke PAR, mencari alternatif pada perkara-perkara negatif. Kepala gerabak menunjukkan contoh.

Kak Wan,

Saya adalah pesara kerajaan. Bersara pada 2006. Bapa saya juga adalah pesara. Arwah bapa bersara tahun 1959. Saya lahir pada tahun yang sama tahun bapa saya bersara iaitu tahun 1959. Adik beradik seramai 8 orang. Ke semuanya pesara kerajaan. Paling tidak pun menerima pencen terbitan. Kalau Johari Abdul berceramah, dia berkata dia sudah berada dalam kelambu UMNO, begitulah saya dalam Kelambu Kerajaan Malaysia. Boleh dikatakan majoriti anak-anak buah ramai berkhidmat dalam kerajaan. Saya merasa terpanggil untuk bersuara demi kasih sayang pada orang-orang kerajaan. Mereka yang tinggal dalam perkhidmatan kerajaan sudah seperti lembu dicucuk hidung.

Demi sayang saya pada perkhidmatan kerajaan, maka saya turun berjuang mempertahankan anggota perkidmatan awam. Kerja mulia orang-orang kerajaan bukan niat mengumpul harta. Kerja yang membawa pahala sampai syurga. Saya kira cukup bakti memberi makan anak-anak dengan hasil gaji. Saya undur diri. Saya bersyukur walaupun sudah diusia senja, bila bertemu kawan-kawan lama sekolah masih di ingat sebagai anak Pak Datuk walaupun bapa tidak mendapat darjah kebesaran di Raja. Meninggalkan banyak kenangan indah semasa berkhidmat dengan kerajaan.Tidak kurang kenangan pahit menjadi contoh dan teladan. Bekerja jangan seperti lembu. Tiada salahnya bersuara jika kita berani kerana benar. Jangan takut kena tukar. Rezeki ada dimana-mana. Jangan bimbang tak naik pangkat. Bukan manusia pemberi rezeki. Berani bersara demi memberi laluan pada ramai yang menunggu  giliran.


Serba sedikit tentang diri saya yang saya kira Kak Wan juga tertanya-tanya siapa saya pada malam itu. Kak Wan, diakhir perbualan hanya sempat bertanya nama saya. Saya yang tidak berjawatan dalam parti cuma sekadar reformis 98. Tersedar dari lamunan bila DSAI dipecat pada tahun 1998. Ditambah dengan kemarahan bila mana MECD dibubarkan tanpa alasan pada 9 April 2009.


Berada didalam perkhidmatan kerajaan ramai yang kaki bodek dan kaki ampu. Curi tulang dan curi hasil.Kerja macam robot. Macam pahat dengan pemukul. Pendek kata dari kepala sampai ke ekor, gerabak kerajaan sarat dengan kejahatan dan kelemahan. Kita harapkan, Ini kalilah namun masih ada yang tidak kena. 


Kak Wan,

Berbalik cerita pada perjalanan kami 21022013. Saya merasa teruja mendengarkan kisah-kisah DSAI dari Al fadhil Ustaz Umar. Beliau merupakan kawan lama DSAI semasa menuntut di universiti. Saya dibelakang mendengar dalam diam para ustaz ini bersembang. DSAI, anak melayu berani menentang demi mempertahankan hak para pelajar dan rakyat khusus di Baling. Bagaimana demonstrasi bergegar dari dulu lagi bila DSAI bersemuka dengan King Ghaz. Bukan mudah kita dapat mendengar cerita  langsung, dari mulut orang-orang itu sendiri yang berada sezaman dengan DSAI.


Berbekalkan Bismillahi Tawakkal kami yakin kami dapat berjumpa Kak Wan ataupun DSAI. Pukul 10 malam kami sampai depan rumah Kak Wan. Alhamdulillah mujur ada menantu Ustaz Ghani, setia menanti, mencari melalui GPS. Akhirnya rumah Kak Wan ditemui. Menantu Ustaz Ghani juga bernama Anwar. Terima kasih tidak terhingga pada Anwar, orang muda yang setia bersengkang menanti Kak Wan.


Macam biasa. Pintu rumah orang-orang besar tidak mudah dibuka. Kami faham dan akur. Walaupun semuanya berwajah lesu. Almaklumlah semuanya sudah jadi orang tua termasuk OKU, pun begitu kami terus bersabar menanti kepulangan Kak Wan berlegar diluar pagar. Dunia sekarang semua tidak boleh dipercaya kecuali mak dan bapa. Perdana Menteri pun sudah tidak boleh dipercaya inikan pula kami rakyat biasa?


Ternyata kesabaran para ustaz begitu tinggi melayan kerenah birokrasi pengawal gate depan. Budak yang menjaga muda belia. Berkali-kali menyatakan Datin Seri selalu lewat sampai. Ustaz sengaja mengalih topik agar tidak dihalau balik. Ustaz bertanyakan anak muda itu berasal dari mana. Ustaz  Umar mengeluarkan kad keahlian bagi membuktikan bahawa pendatang malam ini bukan PATI. Ustaz cuba mengajak pengawal berbicara, mana tahu dengan ehsannya kami dapat peluang dibenarkan berjumpa Kak Wan. Melihatkan orang-orang tua yang tak faham bahasa, kami diberitahu lagi, Datin Seri selalu lewat. Kadang-kadang 3 pagi baru sampai rumah, bila balik dari ceramah.


Saya yang dari tadi malas bicara, mula panas telinga.

'Jangankan pukul 3 pagi. pukul 5 pagi pun kami sanggup tunggu. Kami bukan datang nak jalan-jalan. Kalau ustaz tadi bagi kad ahli PKR, biar mak cik tunjukkan pas ahli mak cik'

Sambil itu saya keluarkan pas ahli yang sudah saya laminate. Keahlian sejak 1999. Di tanda tangan oleh saudara Mustaffa Hanafi. Saudara Mustaffa Hanafi sendiri telah isytihar keluar parti. Memusuhi Kak Wan dan sekutu sampai hari ini. Padanlah ramai kecewa dek kepimpinan yang ada. Ternyata DSAI lebih  mendengar cakap-cakap orang berpengaruh, melihat situasi hanya dari jauh..


Kata Ustaz Umar,

' Pas ini melambangkan ahlinya lahir bersama Wan Azizah'

Malam indah permai itu kami masih boleh ketawa mendengar kata spontan tadi.

Pengawal muda belia mula tersipu-sipu. Cakap pun sudah jadi gagap. Membenarkan kami menunggu diluar pagar tanpa mengingatkan lagi waktu baliknya Datin Seri Wan Azizah.

Kak Wan,

Tiada istilah penat bila niat menunggu kerana Allah. Kami turun dari rumah Kak Wan untuk mencari apa yang boleh dimakan. Kawasan disekitar hanya kedai-kedai makan indon. Nak tak nak, terpaksa juga menjamah apa yang ada disebabkan perut sudah menyanyikan lagu keroncong.

Selesai melayan angkara nafsu lapar, kami bergegas semula ke rumah Kak Wan. Bimbang terlepas pandang, takut kami jadi lebai malang.

Alhamdulillah, lebih kurang 1 pagi, menjalar masuk kereta Kak Wan. Lega rasanya nampak bayang-bayang Kak Wan memerhatikan kami dari dalam kereta. Kak Wan nampak kehairanan. Almaklumlah sudah pukul berapa...

Ingatkan mudah-mudah kami dapat masuk. Terlupa pula ada birokrasi. Siapalah kami dimata mereka. Sekali pandang macam peminta sedekah zaman siber. Winnie pembantu Kak Wan, berlari-lari anak menuju kami. Setelah memperkenalkan diri,  bagi pihak Kak Wan, Winnie bersedia mencatat apa maunya kami. 

Para ustaz memohon dengan rendah hati ingin berjumpa Datin Seri. Seperti biasa pembantu muda yang taat, dengan hormat Winnie bagi tahu. Datin Seri baru balik dari ceramah. Ada apa masalah kena ke pejabat. Ustaz merayu berkali-kali, nak jumpa sekejap saja. Kami dari jauh.

' Maaf, Datin Seri penat, baru balik dari ceramah'. Berkali-kali diulang Datin Seri penat! Penatkah Kak Wan. Tiada istilah penat bila bekerja kerana Allah.  Kita sepatutnya lebih bertenaga dan bersemangat. Takkan Presiden parti boleh lupa konsep perjuangan.

Suasana bertukar menjadi  seperti meminta sedekah mengharapkan ehsan untuk berjumpa Datin Seri Wan Azizah.

Kak Wan,

Saya sedih sungguh melihat suasana para al ustaz merayu pada anak-anak buah Kak Wan. Anak-anak muda zaman sekarang. Saya yang diam dari tadi tiba-tiba merasakan maruah diri tercabar dek gelagat orang-orang muda.  Terpaksa saya meninggikan suara,

' Kami juga penat. Bukan Datin sorang saja penat. Kami pun berjuang, bukan datin sorang saja berjuang. Kami datang dari jauh. dari pukul 10 kami tunggu. Kami bukan nak jumpa lama. 15 minit pun takkan tak boleh. Bagi tahu Datin, tak ada kami munkin Datin pun tidak ada. Kita semua berjuang tak kira masa '

Tidak sampai pun dua minit, kami diberi masuk jumpa Datin Seri Wan Azizah. Kalau Kak Wan masih ingat kata-kata saya pada malam itu. Biar saya ingatkan sekali lagi. Mukaddimah saya didepan pintu sebaik saja kita berdua bersalam, mata kita bertentang.

' saya bagi tahu pada pembantu Datin bukan Datin saja penat, kami pun penat'

 Masih ingatkah lagi Kak Wan?? Saya dapat melihat wajah Kak Wan yang terbeliak biji  mata.

Alhamdulillah, Kak Wan menerima kehadiran kami walaupun terpaksa.. Kami meluahkan apa yang terpendam selama ini. Kita berbicara dari hati ke hati.  Menyampaikan hasrat dan kehendak akar umbi. Menceritakan segala kepincangan di peringkat cabang yang hanya menggunakan kuasa Vito bila memerintah. Dimanakah keadilan bila suara ramai langsung tidak diguna pakai..

Tidak lupa saya sampaikan salam tuan guru Hj Salleh Bin Musa. Berulang kali disebutkan salam pada Anwar. Saya kira sebanyak 9 kali. Tuan Guru meyakinkan saya untuk terus pergi berjumpa Anwar jika benar niat berjuang kerana Allah. Ingatlah selalu kata tuan guru. kita buat dengan niat LillahiTaala.


Kak Wan,

Terima kasih sebab kami puas hati dapat jumpa Kak Wan. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa.. Malam mencatat sejarah. Berani kerana benar. Niat tidak lain semata-mata kerana Allah. Mencari redha Allah. Lapas itu kita berserah. Keberhasilan yang bagaimana, terserah pucuk pimpinan menanggung akibatnya. Apa yang penting kami sudah menunaikan amanah rakyat.

Kalau Kak Wan masih ingat pada malam itu ada saya nyatakan. 

' Kak Wan tengoklah sendiri yang datang ini bukannya orang-orang muda. Semua kami sudah tua. Kami  yang tidak mengharapkan apa-apa cuma hendakkan amanah ini dikembalikan pada yang berhak'


Dengan riang gumbira kami turun dari rumah Kak Wan. Apa yang pasti kami sudah menjalankan misi kerana Allah. Terserah Kak Wan mahu mengangkat atau tidak suara kami suara rakyat yang dikatakan keramat. Berpisah dengan Anwar, menantu Ustaz Ghani dipersimpangan tol. Kami meneruskan perjalanan balik ke utara. Kekuatan pemandu orang lama tiada tandingan. Bersemangat memandu, sambil bercerita  tanpa rasa nak lena. Sungguh hebat kekuatan mental dan fizikal para ustaz yang pulang ke utara pada hari yang sama. Di mana nak kita cari ganti, orang-orang hebat yang tidak minta nama didendang.

Mampukah kita jadi pemandu sekuat para ustaz.

Kak Wan,

Ingin saya bertanya, kalau suara para Ustaz ini pun tidak di ambil kira lantas suara siapakah lebih bermakna dalam memberikan pandangan.

Ingin saya bertanya lagi, adakah Kak Wan mengambil inisiatif turun melihat kami disini. Sesibuk mana pun Kak Wan, saya kira Kak Wan tidak lagi perlu menjadi penceramah. Sentuhan Kak Wan sudah cukup sebagai sumber inspirasi. Kak Wan kena turun padang, menjengah akar umbi, itulah yang hakiki.. Mendengar segala kesuh kesah. Bukan setakat hi tea. Membincangkan nama calon-calon sepatutnya ditimbal balas persetujuannya dari akar umbi. Tidak perlu menyorok nama calon.

Berani buat berani tanggung. Dah kata suara rakyat suara keramat. Jangan bicara tentang keramat kalau kita sendiri tidak memahami erti karamah. Penghinaan pada Ustaz Umar dan Ustaz Ghani dua nama hebat yang berjuang kerana Allah itu sudah menunjukkan PKR bakal menerima padah.


Saya rakamkan sejarah ini untuk tatapan Kak Wan. Terimalah bingkisan rakyat ini buat kenang-kenangan. Jadikan sejarah ini  kisah teladan dalam mengenal manusia yang tidak berjenama.


Ternyata kelainan yang dicipta ini memberi impak maksima pada yang mahu memberi makna hidup ini untuk apa, untuk siapa dan akan kemana.


Salam hormat dari saya.



Kak Wan, Moral of my story,

1)  Kekuatan pemimpin bukan setakat dipucuk. Kena tengok ke akar umbi yang semakin reput.Akar kuat, pucuk tak jatuh.

2) Cermin anak ada pada emak. Cermin pemimpin ada pada pembantu peribadi. Didiklah terlebih dahulu sayap kanan dan sayap kiri bagaimana menjaga imej pemimpin.

3) Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Bila tinggi dijulang, jangan lupa rumput yang dipijak dek asyik  menghitung bintang dilangit.

4) Cara kita munkin berbeza tapi perjuangan tetap sama.Jangan pandang sebelah mata. Kelak berjuang jadi sia-sia.

5) Menilai dari hati adakah yang berani mengadap, bertentang mata ini tergolong dalam orang-orang fasik yang datang membawa berita nasional.

6) Pesan pada anak-anak muda, jangan di ajar itik berenang. Mengenal manusia hendaklah dari mata hati. Jangan ingat kita hebat, kita sudah ada guru peribadi. Semua kita berguru. Guru utama adalah mak dan bapa. Siapa tahu antara kita berguru dengan guru yang sama.

7)  DisisiNya kita adalah hamba. Jangan pandang sebelah mata pada perjuangan orang-orang lama.Suara rakyat suara keramat. Inikan pula suara Merbok. Kalau tidak masakan Kedah kecundang, Saifuddin tewas sebab sudah mula  terbabas. Ikutlah rasmi tok guru, rasmi seperti padi.

Jangan hanya bijak melaungkan suara rakyat suara keramat. Faham makna keramat??


Bila hati sudah retak...








Monday, May 6, 2013

Hari ini dalam sejarah

Kalah menang adat pertandingan. Bila niat mengundi kerana Allah, kita terima kekalahan dengan berlapang dada. Kita terima kemenangan umno dalam menyaksikan kekalahan  nyata.

Ada hikmah disebalik kejadian. Perancang Maha Perkasa ternyata lebih hebat.

Wajah rahsia hati. PM umum kemenangan dalam dukacita.

Kerajaan umpama sebuah bahtera. Di ibaratkan seperti lancang kuning. Lancang Kuning belayar malam. Belayarnya malam. Haluan menuju ke laut dalam. Kalau nakhoda kurang faham, alamat kapal akan tenggelam.

Bahtera menerima amanah seperti sebuah keluarga. Harapkan bapa, bapa sudah seperti musang berbulu ayam.  Harapkan mak, mak pasang badan dua puluh empat jam.  Keluar pagi, balik petang.  Adakala sampai malam. Mak dan bapa tidak sehaluan, anak-anak jadi mangsa seperti nyanyian atas serambi. Bersenandung lagu puisi. Berzikir dari zaman, nyanyian dalam zaman.

Andai kasturi, hilang harum,
mawar tak berkuntum, cinta tak bersambung.
Biar emas setinggi gunung, kan ku peluk rimbun ampun,
Rahmat Yang Maha Agung.

Tercipta satu lembaran sejarah, menang dalam duka, kalah nampak bergaya.

Bermuhasabah pada kegagalan bagaikan satu Anugerah.

Terbukti Kegagalan
Bukanlah Kehancuran
Dengan Anugerah
Nikmat dan Hikmat
Kehidupan

Aku Pelajari
Mengenali Diri
Dan Siapa Kita
Yang Sebenarnya
Di Bumi Tuhan

 

Monday, April 29, 2013

Jom Ubah!!!



Jom ubah. Jangan tak ubah. Ini kalilah. Orang kampung semua dah tahu. Dah lama sangat dah umno perintah. Wakil  rakyat umno pakat jadi lintah darat, buaya darat, minda semua dah berkarat. Ada kuda belang, kuda kepang sampai ada yang sanggup jadi kuda kayu. Tertutup pintu hati ikhlas berbakti.

Dah lama dah umno main kayu tiga, serampang dua mata. Tipu pilihanraya. Masing-masing sudah melampau, adegan terlampau, kaki pau, kaki botol, kaki betina dan seumpamanya.. Sudah-sudahlah kita berPMkan kaki lena, nota kaki, bini  PM queen control. Dah lama dah dapat PM gelap hati, terang mata. Gila mata wang. Pejam celek, pejam celek, ingat duit sesaja. Mula-mula  million, lepas tu billion kemudian  trillion. Kesian sungguh kat PM yang tak pernah cukup duit. Duit yang hanya dipinjamkan sementara.

Pun begitu rakyat biarkan, biarkan saja...biarkan PM terjun dengan duit ringgitnya.

Dah lama dah umno jadi ular sawa. Bagi betis umno nak peha. Bila kaya raya, umno  operate muka. Bila tua, umno palsukan rambut.Sampai kan nak mampus pun umno dok ingat fulus. Semalam mereka lena  diulit mimpi, terjaga disiang hari, lamunan terhenti. Empat negeri dibawa lari. Hebatnya rakyat yang disangkakan bahlul, tiba-tiba bangkit terus merempit..


Tidak berpaling lagi. Rakyat bersatu teguh. Berpadu tenaga demi mencapai cita-cita ke Putrajaya. Dari Perlis sampai ke Sabah, jom kita ubah. Rakyat Malaysia Baru, bersentuh rasa, jatuh cinta pada ugama, bangsa dan negara. Dengan mata menjadi saksi, roket merancang menggapai bulan. Bila bunyi bersatu, rakyat jadi tuan, kita pilih pakatan


Indah sungguh panorama pilihanraya ke tiga belas. Jom kita ubah sementara ada waktu.

Sunday, April 28, 2013

Aku anak kampung

k


Kita semua anak kampung. Asal semua dari kampung, mana ada tiba-tiba jadi pekan. Mana ada tiba-tiba boleh kaya kalau tidak kerana dulu-dulu miskin. Asal kapas dari benang, dari benang menjadi kain.  Barang lepas tetap  dikenang, zaman nenek moyang tidak berkain.  Hidup berbakti bagaikan lilin.

Bila dah cerdik, dah pandai buat duit, dah dapat tempa nama lalu lupa asal usul. Kita berjuang bukan kerana kita tak cukup makan. Kita minta ubah sebab kita kisah. Melihat anak-anak berkeliaran sana sini. Jual ubat, jual majalah, jual buku, jual cd, belum  sampai jual dadah.  Anak-anak siapakah itu walaupun bukan anak-anak kita. Mereka saudara se ugama. Mana emak bapa, Di mana mereka sekolah, siapa bagi makan sedang kita sekeluarga enak menjamu selera bersama keluarga. 

Dikurniakan cerdik untuk apa dan untuk siapa. Dipinjamkan  kekayaan untuk ke mana.

Siapa nak bela mereka!!








Monday, April 22, 2013

Calon Pilihanraya

Masih dalam suasana meriah menanti hari mengundi. Negara ini hak mutlak orang seperti kami yang setia menanti. Terbanglah anak-anak bagaikan helang, mak setia menahan rasa dibumi tercinta. Terokalah dunia sejauhmana. Ramai lagi orang seperti mak tetap disini sampai hari tua. Pesan nenek moyang kita sematkan dihati selalu. Buatlah baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. 

Wahai anak-anakku,

Jangan membawa rasmi enau dalam belukar. Jangan diteladani hidup seperti kacang lupakan kulit dan jangan sekali-kali membawa diri seperti enggang dan pipit. Ikutlah rasmi padi. Kita menumpang dunia fana ini tidaklah lama. Paling lama pun setua Allahyarhamah Aishah Ghani. Pun begitu biarlah usia ini sampai hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.


Berbalik kita pada calun pilihan untuk kita merayakan kemenangan nanti. Sudah jadi tradisi zaman siber memilih orang elit berpolitik. Ada nama, ada sarjana, ada modal hakiki dan segala macam bekal yang mereka ada dalam menyanyikan lagu, pilihlah aku!!


Wakil rakyat kitar semula pun ramai tapi biarlah yang kitar itu dijadikan barang baik bukan setakat tisu jamban. Dikalangan para doktor pun ramai tapi kena beringatlah jangan memilih doktor seperti Dr Mahathir. Lawyer mula bersepah dikalangan calun tapi jauhkanlah sama sekali  lawyer melayu seperti Zulkifli Nordin.Sudah terang lagi bersuluh wakil calun yang punya rekod jahat seperti Isa Samad, tidak sepatutnya mendapat tempat.


Senario berpolitik berlumba-lumba macam artis glamour. Lebih cantik Aishah dijadikan calun berbanding Noriah Kasnon. Nurul Izzah dan Rafizi merupakan calun berwibawa penggerak masa depan anak-muda. Nabi pun pesan nak tengok negara kena tengok anak muda tu macam mana. Kalau membanyakkan anak-anak muda tak habis sekolah seperti Najib, dimanjakan harta seperti Najib, maka punah ranah kehidupan seorang lelaki. Bila tulang belakang lembek, hawa ambil alih pentadbiran diri lelaki. Negara rugi, rakyat merana bertambah malu emak bapanya.


Memilih calun tak kira bangsa biarlah berlatar belakang mak bapa berugama. Pusat tuisyen Doremi merupakan pusat tuisyen tersohor disini. Pengasasnya guru-guru India yang fasih berbahasa Melayu. Tidak hairanlah kebanyakan pelajar dari pusat ini mendapat straight A's. Antara pesan guru India yang terkesan sampai pada emak bapak adalah seperti ini,


' Sebagai pelajar, disamping kamu belajar, tidak kira kamu berugama apa,  kamu kena sembahyang. Masing-masing dengan cara sembahyang masing-masing. Jangan sia-sia duit mak bapa kamu hanya kerana nak jadi pandai tapi tidak sembahyang. Berapa ramai orang diluar sana yang pandai-pandai tetapi jahat. Semuanya kerana tidak sembahyang. Tuhan pun tak ingat, macamana nak ingat mak bapa. Kamu jangan pentingkan diri sendiri'


Adakah Dr. Mahathir berani mengingatkan wakil rakyat  macamana nak tadbir negara kalau tidak sembahyang? Pernahkah Dr Mahathir menjadi imam?  Sebagai dr yang kepakarannya hanya satu arah, tok det hanya mengajar seperti Ali baba yang cuma diberi ilmu membuka gudang kekayaan tetapi tidak menutupnya dengan sujud tanda syukur. Tanda terima kasih menjadi pemimpin, jangan ada rakyatnya terbiar dikawasan bertanding. Membina rumah sendiri bagaikan saujana mata memandang, rakyat disekitar ada yang tidak lena bersengkang mata.. Berulang alik keluar negara, Mekah Al Mukarramah sudah seperti rumah kedua. Sepupu sepapat, adik kakak hidup merempat. Dalam harta abang ada hak untuk adik. Dalam harta orang kaya ada hak orang miskin. Dalam harta negara, ada hak rakyat jelata.


Dr. Hamdan calun PAS hanya lekat 1 penggal. Dr Hamdan pernah berucap, ' wakil rakyat bukan berjanji dengan rakyat tapi berjanji dengan Tuhan'. Beranikah Dr. Mahathir buat kenyataan seperti Dr Hamdan. Profesion sebagai dr swasta memang menjanjikan pulangan lumayan berbanding pendapatan menjadi wakil rakyat. Kabarnya dr Hamdan semakin hari semakin miskin. Satu penggal sudah cukup bagi Dr Hamdan belajar siapa sebenarnya wakil rakyat disisi Tuhan.


Begitu jugalah pada semua anggota kerajaan tidak kira pangkat apa yang disandang. Dari kelas bawah sampai ke kelas atasan, jangan berniat mencari kekayaan semasa menjadi anggota kerajaan. Ganjaran menanti nun dipenghujung sampai syurga.. Nak jadi kaya, nabi pun pesan kena berniaga. 9/10 rezeki adalah melalui berniaga.


Bagi calun melayu sudah pasti kita memilih yang lelaki itu berani ke depan menjadi imam. Tidak hanya selalu memilih menjadi makmum. Jangan sampai yang tidak langsung mendekati masjid. Wanita pula sudah tentu disamping dia bijak, dia juga mempunyai ciri-ciri keibuan yang tinggi.


Kita mendoakan calun terbaik pilihan rakyat. Tidak kira bangsa kita niat mengundi dengan lafaz Bismillah, aku mengundi kerana Allah. Bukan kerana Anwar Ibrahim, jauh sekali kerana Najib Razak.

Jom kita ubah.




Monday, April 15, 2013

I LOVE PM??

I LOVE PM?? WE LOVE PM ?? WE LOVE BN?? 

Belum pernah sejarah dunia, PM menagih kasih rakyat dengan mencipta slogan I LOVE PM.Ke mana saja PM hadir, disitu ada rakyat tajaan BN terkinja-kinja memikul slogan I LOVE PM. Bangsa dunia lain semakin maju, rakyat Malaysia bawah tempurung seronok sungguh terlompat-lompat macam kera kena belacan melafazkan rasa cinta pada PM. Perdana Menteri  paling tidak gentleman  diatas muka bumi.

Cinta bukan diatas kertas. Cinta hanya dapat dirasa bukan perlu dipaksa, dibuat-buat untuk pameran. Cinta Tok Guru Nik Aziz pada rakyat Kelantan dapat menarik satu persatu negeri jatuh dari pengaruh BN. Cinta Tok Guru Nik Aziz tumbuh kian mekar walaupun Nik Aziz kian uzur. Cinta milik Tok Guru Nik Aziz dapat menarik kekuatan Lim Kit Siang dan Karpal Singh untuk turut sama mewarnai  hubungan mesra alam.

Cinta itu menguatkan bukan melemahkan.  BN sudah semakin lemah dimata dan dihati rakyat. Apa ada pada PM yang membuatkan kita untuk jatuh cinta. Jantan macam PM?? Selisih malaikat,jangan ada anak-anak cucu selemah PM. Jangan ada PM yang tidak berani buat keputusan. Jangan jadi seperti PM yang hanya pandai mencipta slogan. Jangan jadi PM yang pejam mata pada segala kemunkaran. Lebih teruk lagi bila PM sendiri terpalit dengan pelbagai skandal scorpion masyarakat.

Macamana kita nak terus mencintai BN kalau orang-orang dalam BN satu pun yang tidak menampakkan ciri takut pada Tuhan. Baik lelaki mau pun wanita, tidak kira melayu,cina maupun india, punah ranah segala seni budaya. Perjuangan BN sudah terpesong dari landasan dek ketandusan cinta. 

Cinta yang dipupuk oleh Menteri Besar Kelantan, dibaja dengan doa membuatkan Kelantan kuat mempertahankan kedudukan Tpk Guru Nik Aziz yang sudah lama memerintah negeri Kelantan. Tok Guru umpama kubu. Tok Guru Nik Aziz mercu tanda kekuatan menjana orang melayu berpaksikan ugama. Cita-cita Tok Guru bagi merealisasikan impian meramaikan pewaris legasi Rasulullah, mudah-mudahan menjadi kenyataan. Lihat saja pada kebangkitan rakyat kian terserlah sepertimana perjuangan Rasulullah.


Banyakkan selawat pada junjungan nabi melahirkan rasa cinta yang amat tinggi. Berselawat memuja Rasulullah, kita dambakan selawat dari Allah. Kita pohon rahmat Allah mudah-mudahan dikurniakan hidayah Allah.


Dunia ini sifatnya menguasai. Jangan sekali-kali kita benarkan BN terus mengongkong jasad dan menguasai minda rakyat. Dunia ini diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk akhirat.


Jangan lupa 5.5.2013. Tarikh pilihanraya PRU 13. Jom mengundi.


Friday, April 12, 2013

Terima kasih, cikgu!!

Hari ini dan hari-hari seterusnya menjelang pilihanraya, rata-rata kita digelapkan mata dengan bendera lambang kati. Tunggang terbalik lambang  kati dipacakkan dijalanan. Almaklumlah kati sudah tidak diguna pakai lagi. Ukuran kati sudah tidak releven dalam memberikan timbangan.

Bulan tetap mengambang bahkan disunatkan berpuasa di bulan gelap maupun pada bulan cerah.

Timbang kati tidak pernah adil. Mata menjadi saksi pada keadilan rakyat penentu masyarakat. 

Roket lambang kebanggaan zaman, melancar terus keudara tanpa menoleh kebelakang.Pimpinan kati dipenuhi ketua recycle. Mana munkin menongkah arus bergelora. Tersangat jauh untuk kati menjangkau minda pakatan rakyat


Kati menang, Rakyat Senang??


Rakyat lebih senang bila BN tidak menang. Senang menonton TV dengan selesa bersama keluarga. Berbanding sekarang, rakyat dikongkong minda dari pagi sampai kemalam. Saluran TV sudah seperti saluran mati. Kejap-kejap keluar lagu terima kasih, terima kasih. Kemudian mengunkit pula dengan iklan janji ditepati. Sudah melewati usia 55 tahun Malaysia Merdeka, tv masih menayangkan iklan janji dtepati. api air disalurkan setelah sekian lama rakyat marhaen bergelap/


Tidak cukup dengan itu, diulang-ulang apa yang telah dibelanjakan kepada rakyat.Rakyat tidak ingin tahu apa yang kati belanjakan. Rakyat cuma nak tenang, sejahtera dalam memakmur negara. Minyak tak perlu melambung tinggi, tol sepatutnya turun harga, bila sudah lama kita guna jalanraya. Air anugerah dari bumi sepaututnya paling murah, tidak membebankan bahkan sepatutnya disalurkan air sebersih selasih, tidak lagi perlu filter canggih. Kesama rataan dalam merasa kemakmuran negara.

Kemudahan belajar disekolah sepatutnya zaman serba canggih ini rakyat rasa selesa bila kesekolah. Apakah akan ada sekolah dikampung dibekalkan bilik darjah berhawa dingin?? Tandas sekolah wajib diutamakan kebersihan bagi mendidik anak-anak hidup bermasyarakat.. Kemudahan sekolah tidak pernah sempurna. Segala peruntukan entah kemana. Mana yang patut didulukan selalu tinggal kebelakang.


Keretapi zaman jepun masih ada. Cuma di Kuala Lumpur berlagak canggih.  Berpusu-pusu rakyat menggendong anak, dalam kepanasan keretapi kelas 3. Perdana Menteri dan isteri dari dulu sampai kini bertakhta megah membawa slogan janji ditepati.


Bila kerajaan dibawah pemerintah kati pun mengungkit, apatah lagi para ibu bapa zaman kati bermaharajalela.. Hari-hari mak bapa mengungkit apa yang telah diberi pada anak-anak. Memandang rendah pada kebolehan anak, ada pula yang takut sangat menegur anak. Bak kata UAI ramai ibu yang melahirkan tuan.


Senario kerajaan kati dengan kehidupan sebahagian  masyarakat melayu hampir sama. Kita tidak nafikan jasa kati, macam juga jasa mak bapa. Cumanya kita bersarakan kati yang sudah lama. Sudah nyanyuk dan sudah  lapuk. Macamlah mak atau bapa yang tidak mahu berubah, masih tidak jumpa jalan pulang.Apa yang anak-anak wajib buat adalah doakan selalu untuk mak ayah.Doakan semua dicampakkan hidayah.


Contoh ada pada Mohd Hafizudin yang munkin kesal pada peri laku mak bapa. Akhirnya Hafiz ambil keputusan tidak pernah bersuara sampai hari ini. Usia Hafiz yang sudah melepasi 25 tahun membuatkan kita insaf pada persekitaran hidup berkeluarga, ditambah pemerintah yang sudah tua bangka pun masih tidak sedar diri sampai ke senja.


Bila keduanya sudah bersara, segala tempat nun jauh dipelusuk negeri telah dibawa Hafiz untuk berubat. Ada yang kata Hafiz disampuk, Hafiz dirasuk, Hafiz terganggu emosi. Hakikatnya Hafiz nampak normal, sihat cuma tidak ingin bercakap.Siapakah yang kita nak salahkan. Pada siapa kita nak tuding jari bila Hafiz tak ingin bicara. Mak Hafiz bercerita, dia terhebat masa bekerja. Bapa Hafiz pun sama. Kepentingan anak entah ke mana.  Apakah Hafiz yang bersalah??? Hidup Hafiz kabarnya bertemankan lagu.


Aduhaiilah Hafiz...menarik tentang Hafiz, dia selalu bangun sembahyang subuh. Tidak dikejutkan oleh sesiapa. Bila mak bapa terlebih sangat bercakap, biarlah Hafiz  meniti usia tanpa suara, tanpa bual bicara.


Tepuk dada tanya iman kenapa Hafiz begini, kenapa Hafiz begitu.. Kemunkinan Hafiz antara mangsa penderaan mental. Hafiz mempunyai seorang adik stunted growth. Walaupun nampak normal seperti kanak-kanak tahun 4 tapi sayu memandang adik Hafiz rupa-rupanya  sudah berusia 17 tahun. Kasihan hamba pada anak-anak era pemerintahan kati. Peluang dan ruang tumbesaran seorang manusia lansung tidak pernah diambil kira. Kati memang gumbira bila ramai anak melayu jadi tidak berguna. Kati cukup bangga bila dapat meramaikan Profesor kangkong. Kati memperalatkan orang gomen macam lembu.


Kita tidak dapat membantu Hafiz sebaik munkin tapi kita dapat membantu masyarakat untuk tidak memilih kati kali ini. Media mempunyai pengaruh besar dalam membentuk minda masyarakat berdaya saing. Khususnya saluran TV pilihan kanak-kanak. Apakah yang kati bekalkan melalui tv dalam membentuk anak-anak sihat, gembira, kuat mental, kuat fizikal. Kita tidak sanggup melihat kanak-kanak berjiwa seperti Hafiz terus berkembang diluar sana. Minda tv dijumudkan demi mempertahankan talian hayat kati. Tidak sanggup  sebagai ibu, kita dipaksa mendengar lagu Terima kasih.


Kati jadi parti tak tahu malu. Menagih simpati rakyat. Kati tidak perlu bimbang, jika kati dipihak benar. Mana ada emak yang sanggup meminta-minta pada anak-anak setelah  segala yang dikorbankan demi masa depan  anak-anak. Timbang kati mengajar remaja semakin  melupakan emak bapak. Kati tidak merujuk pada ulama' bahkan kati ketepikan para alim ulama'. Kati membenarkan segala durjana maksiat, kati menenggelamkan harapan rakyat. Kati mewujudkan suasana bekerja orang-orang malas. Berpolitik cara kati sudah tidak boleh diguna pakai. Kati mencampur adukkan politik dengan sistem pentadbiran kerajaan. Dasar kerajaan sepatutnya bekerja demi rakyat. Kati menukar sistem menjadikan kerajaan dicipta untuk mengisi tembolok Perdana Menteri.


Akhirnya kati jadi tunggang langgang sepertimana bendera kati yang dikibarkan lintang pukang, Baju lambang kati yang dipakai oleh puak-puak kati sendiri sudah melambangkan kati memang parti tunggang langgang. Kita tidak menuding jari pada sesiapa dalam mencari kebenaran. Peluang yang diberi 5 tahun sekali, jangan dipersiakan tanda jihad kita dijalan Allah. Tangan yang akan ditanya, apa yang telah kita laksanakan dalam memelihara hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia.


Wahai anak-anakku, andainya emak tiada lagi didunia, jangan lupa mengundi bila sampai masa. Ingatkan pada anak-anak cucumu agar terus melaksanakan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat bagi membela nasib rakyat jelata. Sesungguhnya rakyat benci mendengar dendangan lagu terima kasih, terima kasih pada lambang kati. Masakan rakyat boleh dipaksa, dipenjara minda dengan, I  LOVE  PM..


Cukuplah terpahat jadi sejarah terindah. Terima kasih, Cikgu!!!


Jangan lupa 5.5.2013. 


Jom mengundi











Thursday, April 11, 2013

Jom turun mengundi


Demi rakyat, jom turun mengundi. Pada generasi masa depan, jangan lupa teruskan mendaftar jika sudah layak mengundi. Jangan disiakan peluang keemasan ini. Mengundi tanggungjawab bersama memikul amanah negara. Jangan pandang ringan. Kaya miskin wajib mengundi. Hanya orang yang tidak punya rasa cinta saja yang tidak mahu mengundi seperti mana lagu Malaysia Baru.

 
Andai hidup tak punya cinta
Pada bangsa maupun wanita
Hidup tak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa

Cinta bangsa rasa mulia
Cinta wanita rasa bahagia
Menjadi kita penuh daya
Mencipta hidup sempurna

Andai kita lalai sertalah lupa
Masa akan lari sia-sia
Jiwa kosong tak berharga
Dunia bukan syurga

Oleh itu mari kawanku
Berpimpin tangan berganding bahu
Segera capai cita yang satu
Di alam Malaysia baru


Jom kita mengundi. Inil kalilah saja peluang kita bersarakan UMNO yang sudah lama memerintah. Sudah lama  memerintah secara lapuk, secara manual, secara orang segan matinya tak mahu. Sudah layu ditelan dek zaman pemerintahan UMNO yang sudah usang.


UMNO melahirkan ramai graduan cemerlang tapi penyegan. Ramai melayu kaya tapi buta. Ramainya yang miskin masih papa kedana. Negara terbilang, rakyat bukan melayu terus cemerlang. Anak-anak melayu ditakuk lama, semakin ramai jadi jembalang. Gara-gara UMNO, melayu rosak akhlak, punah ranah UMNO angkara ramai dalam UMNO sudah macam Abu Jahal dan  Abu Lahab. Ditambah ketua seperti qarun.


Usah disingkap kenangan lama bersama UMNO asalkan kita genggam semula semangat baru menjatuhkan UMNO dari terus bermaharajalela. Cukup-cukup sudah. Cukup sampai disini saja.


Kita pilih calun baru. Calun dalam Pakatan Rakyat. Bukanlah kerana Pakatan Rakyat hebat. Mereka juga manusia seperti kita yang tidak sempurna. Sekurang-kurangnya memerintah cara baru. Penuh dengan idea baru, agenda pun baru, matlamat baru demi rakyat mereka berjanji.


Bah kata UAI bangunan dua butir jagung yang tersergam, menandakan negara tidaklah susah. Sayangnya ramai nun jauh disana masih merempat. Muda-muda hutang ratusan ribu bagi membayar hutang belajar. Contoh terbanyak. Pegawai perubatan kerajaan bermuka masam dari pagi sampai ke malam. Bukan penat melayan pesakit. Benci sarat melangsaikan hutang keliling pinggang. Belum dikira melambaknya graduan tidak bekerja dituntut hutang oleh kuku besi.


Penoreh gerah penat menoreh namun tak cukup menghasilkan keperluan anak-anak belajar. Petani, nelayan, payah-payah tak perlu bersekolah. Hidup dikampung pun dah cukup makan. Demikianlah sumber ilham dari UMNO yang terus berlagak memberi subsidi. UMNO yang tidak malu beriklan, terima kasih pada mereka. Mereka sudah tepati janji. Sudah melebihi umur bersara wajib, konon UMNO tepati janji. Tanpa kuatnya suara pembangkang, mana munkin rakyat merasakan sedikit nikmat.


Tunggu apa lagi. Jom kita mengundi. Mudah-mudahan kali ini, semua wakil rakyat bersatu hati. Wakil rakyat turun padang, melihat kawasan yang sampai sekarang masih tak ada lampu jalan. Merealisasikan impian anak-anak kampung dengan segala kemudahan. Jalan lopak sana sini sampai sekarang, siapa pun tidak peduli. Selagi Putrajaya tidak ditawan, mana munkin akan berlaku perubahan.


Banyak lagi janji-janji manis pakatan rakyat. Kita tuntut sampai dapat. Seperti kata Dr Hamdan, ADUN PAS, wakil rakyat bukan berjanji dengan rakyat tetapi berjanji dengan Tuhan. 


Cermin rumahtangga ada pada ibu, cermin rakyat ada pada Rosmah. Sama-samalah kita pelihara cermin pilihan kita kali ini. Kita tukar ibu rumah  kepada  Wan Azizah agar saling melengkapi dalam membina rumah dan negara mesra sejahtera. Kalau dulu hamba bernazar puasa untuk setiap negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, kini hamba teruskan lagi niat demi rakyat dalam usaha mencari redha Allah.


Jangan lupa 5.5.2013

Jom Mengundi...


Saturday, March 16, 2013

Alahai Kassim!!!

Kisah menyayat hati kasihnya Kassim pada adiknya Rasidah. Setelah berkhidmat selama 20 tahun sebagai anggota tentera, Kassim menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama adiknya yang lumpuh. Allah memakbulkan doa Kassim bagi meneguhkan kepercayaan kita betapa zalimnya umno pada rakyat jelata. Allah menangguh doa Kassim selama 12 hari ketika Kassim terperangkap bersama adiknya bagi membuktikan kepada negara dan rakyat jelata betapa nasib anggota tentera yang masih hidup tidak pernah terbela oleh kerajaan dibawah cengkaman umno.


Bila satu persatu perwira negara gugur kebumi ketika insiden di Lahad Datu, PM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan sibuk mengumumkan pelbagai imbuhan bakal diterima keluarga. Kenaikan pangkat serta merta, kenaikan gaji anggota tentera bahkan ratusan ribu akan diberikan pada keluarga mangsa yang terkorban. Saat keluarga dalam kesedihan, wang jadi pertaruhan.


Sumbangan kilat dan macam-macam kaedah derma dilancarkan dari semua sudut bagi merakamkan takziah kerajaaan dibawah cengkaman umno pada keluarga mangsa. Nasi sudah menjadi bubur. Wang sudah tidak berguna lagi. Benar, wang adalah segala-galanya dan umno perlu diingat segala-galanya  bukanlah kerana  wang.


Harga diri seperti Kassim kita pertahankan. Nilai murni yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Hanya yang tidak berwang saja punya jati diri sekuat Kassim. Jika Allah tidak memakbulkan doa Kassim pasti Allah merancang yang lebih baik untuk UMNO terus berkuasa.


Ternyata kini Doa Kassim dimakbulkan. Alahai Kassim!!! Bubur nasi  jadi supplement menambah kekuatan badan sementara menanti adanya bantuan untuk Kassim dan adiknya.


"Jika ALLAH  S.W.T memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNyJika ALLAH S.W.T. menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu, Jika ALLAH S.W.T tidak memakbulkan doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

Bernazar lagi kali ini bila UMNO tumbang disetiap negeri. Kalau dulu tertunai sudah bernazar berpuasa bagi setiap negeri tumbangnya UMNO/BN kini tidak syak lagi akan bertambah jumlah hari berpuasa.


Sama-sama beramal kerana Allah demi memelihara maruah bangsa dalam mempertahankan negara tercinta. Sesungguhnya UMNO wajib dibersarakan.

Wednesday, March 6, 2013

Antara Rosmah dan Wan Azizah


Gajah bergajah-gajah, pelanduk juga yang mati tersepit. Begitulah diibaratkan pada tragedi yang menimpa tanahair Sabah. Rakyat hanya mampu sedekahkan Al Fatihah pada saudara seagama yang terkorban. Apa nak dikata sudah ditakdirkan kematian dimedan pertempuran. Kita yang hidup sewajarnya menerima pengajaran. PDRM hanya petugas. ATM  dijadikan boneka negara.


Menteri itu yang jadi penyebab. Sayugia kita yang melihat, mendengar dan merasakan keperitan yang ditanggung oleh ahli keluarga mangsa untuk tidak berprasangka pada anggota Polis khususnya. Tangan kita yang menentukan nasib menteri itu masing-masing. Sudah sampai masanya kita berubah kearah yang lebih baik, lebih  terbuka minda untuk memilih siapa yang layak memimpin negara.Antara Rosmah dan Wan Azizah, siapakah yang paling layak.


Benar seperti kata-kata Tok Guru Hj. Salleh Bin Musa. Nak pilih pemimpin, kena lihat dulu latarbelakang mereka. Sudahkah mereka membetulkan keluarga terlebih dahulu, sebelum nak betulkan masyarakat. Katanya lagi, orang sekarang, buat keputusan tanpa nak rujuk pada alim ulamak. Main ikut suka. Bila dah jadi tak menentu, baru kita nak sedar segala kesilapan. Benar tuan guru, macamlah anak-anak sekarang, buat sesuatu ikut pandai sendiri saja, tanpa mengambil pandangan ibu maupun bapa. Keluarga jadi caca marba bila emak dan bapa sendiri tidak kenal amanah masing-masing.


Bila kita sudah berbuat yang terbaik untuk keluarga. Sama-samalah kita pula membantu berganding bahu memilih siapa paling layak memimpin masyarakat kita.. Sewajarnya kita  tidak lagi memilih dikalangan mereka yang gila kuasa. Nak pilih pemimpin kena tengok siapa isteri yang berada disisinya. Isteri yang baik adalah isteri yang memelihara kehormatan suami. Isteri yang tidak mimpikan bulan dan bintang, isteri yang tidak mendera otak suami jauh sekali menjadi diktator sang suami.


Antara Wan Azizah Bt Wan Ismail dan Rosmah Bt Mansor, jauh panggang dari api. Kak Wan bijak, penyantun, cantik,  berilmu duniawi dan ukhrawi, menjadikan Wan Azizah inspirasi kaum wanita, isteri dan juga ibu. Cerdik pandai  masih mengagungkan manusia bernama Rosmah sudah tentu hilang separuh dari akal bistari. Sudah terang lagi bersuluh, kerakusan Rosmah memusnahkan takhta perdana menteri. Mana munkin kita mendidik anak-anak supaya jadi seperti Rosmah. Ibu mana yang sanggup melihat anak-anak perempuan yang sudah tua-tua bangka masih mengerbang rambut macam hantu dalam hutan.


Ibu mana yang sanggup melihat anak-anak perempuan mengikis harta suami sampai licin. Bukan setakat harta suami, harta negara menjadikan si anak mewah berbelanja. Ibu mana yang sanggup membiarkan anak-anak perempuan berhias cantik untuk jadi tontonan awam sedangkan suami diluar dan didalamnya mati kelaparan. Bila tidak mendapat layanan, suami mula beraksi kucing. Pijak semut, semut tak mati. Habis manis, sepah dibuang, terburai badan, nyawa melayang dek angkara suami yang gelap mata.


Najib, Hishamuddin dan Zahid antara tiga menteri yang terlibat antara langsung ke atas insiden di Lahad Datu, Sabah. Latarbelakang masing-masing sudah jelas, mereka tidak layak memimpin keluarga, apatah lagi negara jauhsekali memimpin masyarakat setempat. Pihak ATM dan PDRM menjadi rugi mendapat menteri yang bukan lelaki.


Hanya pada Allah kita berdoa supaya kuasa mereka ditarik balik. Hanya pada Allah kita kembalikan rasa sedih, marah dan benci keatas tindak tanduk mereka yang lidahnya mbercabang tiga. Mereka sudah tidak relevan lagi untuk memerintah. Usia BN sudah cukup tua untuk dibersarakan dalam arena politik. Cukuplah sudah talian hayat anggota kerajaan disambung lagi sehingga mendapat gelaran warga emas. UMNO/BN sudah tua setua warna biru lambang dacing dunia yang tidak pernah adil.. 


Bertambah muak lagi jelek bila memandang bendera UMNO/BN yang dimudakan warna birunya. Jangan cuba memandai-mandai menukar warna bahkan sanggup menipu lagi kerana sesungguhnya pelanduk yang konon bijak selalu lupakan jerat. Jerat biarpun sudah berkarat sama sekali tidak pernah melupakan pelanduk. Jerat setia menanti, sampai masanya umno dijerutkan sampai hujung nyawa..


Al Fatihah pada yang pergi tidak kembali. Kita yang masih ada, jangan lupa tanggungjawab bersama.





Sunday, April 17, 2011

Suri teladan

Seronok juga mengikuti perkembangan politik negara. Walaupun bukan orang politik, suasana berpolitik sikit sebanyak meledakkan semangat untuk turut serta berkempen demi anak2 bangsa tercinta.

Kalau boleh biarlah kita mempunyai wakil rakyat yang berwibawa. Wakil yang sentiasa menunjukkan sikap dan teladan yang baik. Wakil yang bekerja bukan untuk tembolok sendiri tapi bekerja demi rakyat. Sepertimana ibu bapa yang bekerja demi anak2. Kepentingan dan kebajikan anak2 adalah paling utama. Ketika anak2 sedang membesar disitulah kita berada.
Saling menyimpan amanah rumahtangga. Biar badai melanda, berpisah kita tidak sekali, bercerai kasih apatah lagi. Semuanya gara2 mengorbankan hidup demi anak2.

Begitulah juga orang2 berpolitik. Setelah menunaikan tanggungjawab hakiki, mereka memikul amanah lebih besar demi ugama, demi bangsa  merdeka dan demi tanahair tercinta.

Kalau isteri pun tak boleh nak tegur, mampukah dia jadi orang politk terunggul?

Kalau asyik jadi pengampu,  mampukah dia jadi pentadbir telus?

Kalau asyik berhias cantik, ke mana hiasan itu hendak dibawa?
Kalau asyik mengumpul harta, bukankah dia pengkhianat umat ?

Semuanya gara2 hilang jati diri bila berkuasa. Orang politik kena mantap akidah, kena kuat berpegang pada ugama dan adat resam bangsa.

Sebab itu DAP semakin mantap. Sepertimana sebuah rumah orang cina mampu dihuni banyak keluarga. Tokong2 cina adalah pusat rakyat cina menjana dan mengagih kekayaan. Sekolah2 swasta cina lengkap dengan segala kemudahan.

Orang melayu yang nak berpolitik kena banyak belajar mengutip ilmu dalam masyarakat cina.

Orang2 cina memberi kelebihan pada sang bapa sedang ugama kita memberi kemuliaan lebih pada ibu.
Rumah orang2 cina bukan Islam meletakkan tokong sembahyang ditengah2 ruang tamu. Tanda hormat secara langsung pada nenek moyang.

Ada sejarahnya pada yang mahu belajar kelebihan berugama bila kita meletakkan Islam agama pegangan.

Kenapa orang2 melayu semakin lemah ikatan kekeluargaan. Saling tidak hormat sesama ahli keluarga apatah lagi ibu bapa. Macamana rapuhnya ikatan kekeluargaan begitulah juga senario orang2 melayu berpolitik. Jangan hanya tahu sembahyang tapi tak faham kenapa kita wajib bersembahyang. Jangan hanya pandai mempertikaikan makna solat dan sembahyang sedangkan hakikatnya kedua2 bahasa itu memberi maksud sama.

Bermusuh sesama sendiri, mengata dusta, mengaibkan mangsa tanpa menghiraukan dosa pahala. Bila emak dan bapa terlalu takut pada manusia, macamana nak melahirkan orang2 politik yang takutkan Pencipta yang Esa.

Aku mengingatkan diriku dan anak2 cucu supaya jangan mudah lupa diri, lupa asal usul, renunglah semula sementara ada tenaga dan ada kuasa yang Allah pinjamkan. Ingatkanlah  mak bapa dalam doa kita selalu.

' Ampunilah dosaku dan dosa  kedua ibu bapaku. Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil'

Sedih juga melihat UMNO yang menabur beribu2 janji demi mengekalkan kuasa. Agaknya, macam tu lah juga mereka mendidik  anak2 dengan mengikat seribu janji. Akhirnya lahirlah duplikasi.

Tahniah Pada PAS, PKR dan DAP yang berjaya menambat hati rakyat yang dahagakan pendidikan ruh, jasmani dan akal.

Kalah menang adat pertandingan. Kalah bukan bermaksud tewas tapi permulaan segala kelangsungan dalam perjuangan.

Friday, July 9, 2010

Malaysia Baru


                                           Andai hidup tak punya cinta
Pada bangsa maupun wanita
Hidup tak punya ertinya
Kenikmatan tidak dirasa

Cinta bangsa rasa mulia
Cinta wanita rasa bahagia
Menjadi kita penuh daya
Mencipta hidup sempurna

Andai kita lalai sertalah lupa
Masa akan lari sia-sia
Jiwa kosong tak berharga
Dunia bukan syurga

Oleh itu mari kawanku
Berpimpin tangan berganding bahu
Segera capai cita yang satu
Di alam Malaysia baru

komposer: Kassim Masdor
Penulis Lirik : Omar Rojik
Penyanyi : M. Bakri (1965)

Tuesday, March 30, 2010

UMNO sudah tua

Tirai 2007;

Ketika sedang menikmati minum pagi dalam kedai makan didaerah terpencil, Malau diutara tanahair,pagi2 buta dah dengar bebelan tuan kedai pada anak yang sudah siap nak kesekolah.

' kerajaan kata free....apa yang free nya...ni baru sorang sat lagi petang ada lagi sorang...tak payah sekolah lah macam ni...Ni hah cuba kak tengok!!'

' MasyaAllah..banyaknya!! darjah berapa? '

' Darjah 3 pun nak kena bayar seratus enam puluh bila mula masuk sekolah...nanti untuk yang tingkatan satu lebih lagi'

Ada hampa kesah!!! Betapa peritnya orang kampung nak cari duit sebanyak itu.

Ambang 2008;

Alhamdulillah akhirnya servis bertukar tangan pada 2008 berkat tangan2 orang miskin buat keputusan. Orang miskin bijak berpolitik kalau diajak masuk gelanggang.

Kita tengok rentak baru macamana lagaknya...Alhamdullillah!!! So far so good...no harm done!

Yang kepohnya di Pulau Pinang. Tak de bezanya Guan Eng dengan Tsu Koon. Sama-sama orang cina. Apa masalahnya!! Kenapa ketika UMNO banyak kerusi di Pulau Pinang, tampuk perintah ketua menteri, diserahkan pada orang cina sejak Chong Eu lagi sedangkan sekarang kelebihan mata memang pada orang Cina jadi tak salah  Cina Guan Eng yang memerintah. Mudah-mudah Guan Eng kekal menakluk Pulau Pinang sampai bila-bila. Memang itu kelebihan bangsa cina.

Jadilah pengajaran pada melayu UMNO yang sibuk-sibuk sungguh nak rampas kelantan yang sudah memangnya bangsa melayu yang perintah...apalah salahnya!!! Akibat kerakusan nak tawan kelantan, bukan saja satu malah banyak negeri yang beralih arah.

Allah hu Akbar. Cina pun manusia malah dia lebih baik dari kita orang melayu bila mereka menerima hidayah Islam. Kita doakan ada diantara mereka yang dimasukkan hidayah Islam hasil gandingan mantap bersama Tok-tok guru, para alim ulamak yang berlapang dada dengan orang-orang Cina maupun India.

Memang dari kecil sudah melekat lagu ini dalam kepala seolah2 mengingatkan bangsa agar tidak leka dengan permainan kotor orang2 politik khususnya orang2 UMNO yang terlalu leka kerana memerintah terlalu lama.

' Marilah mari, pergi mengundi,
jangan lupa kewajipan pada negara,
Fikirkan lebih dulu dengan akal bistari
Sebelum membuang undi yang dihargai'

2009 UMNO mula perasan.

Kementeria Pembangunan Usahawan yang dirangka khusus untuk membangunkan kerjaya keusahawan jadi kerjaya pilihan untuk anak-anak melayu maju berniaga. Kementerian ini semakin popular dipersada antara bangsa. Akhirnya dibubarkan tanpa notis, seolah-olah UMNO memang tidak berhajat melihat anak2 bangsa mereka berjaya dan merdeka minda. Mereka rela bangsa sendiri ditakok lama.Hanya menadah tangan pada subsidi dan bantuan sepanjang zaman. Selamanya hidup orang-orang melayu dicucuk hidung.

Bila rakyat cerdik IT. Kerajaan UMNO terbeliak biji mata. Bimbang anak2 melayu bangun dari lena yang panjang lalu dibubarkan peluang yang telah dicipta. Dengan mudah mereka pejamkan mata pada segala persiapan yang telah dirangka. Sesungguhnya bala sedang menanti. Menunggu kejatuhan UMNO yang hakiki. Akibat dari pembubaran satu-satunya kementerian yang sedang bergaya menggapai awan, mencipta nama. Kementerian yang sedang merealisasikan keusahawan menjadi kerjaya pilihan bagi semua umat Islam bersandarkan hadis 9/10 rezeki itu adalah dari berniaga. Mak cik goreng pisang ditepi-tepi jalan gigih berusaha dengan kemudahan yang ada apatah lagi anak-anak melayu muda berpeluang meneroka sampai keluar negara.

Akibat dari segala penganiayaan, sama-samalah kita nanti babak-babak terakhir sandiwara UMNO yang semakin hari semakin tua dan wajib dibersara.

2010 UMNO huruhara sampai menjelang pilihanraya.