Tuesday, March 30, 2010

UMNO sudah tua

Tirai 2007;

Ketika sedang menikmati minum pagi dalam kedai makan didaerah terpencil, Malau diutara tanahair,pagi2 buta dah dengar bebelan tuan kedai pada anak yang sudah siap nak kesekolah.

' kerajaan kata free....apa yang free nya...ni baru sorang sat lagi petang ada lagi sorang...tak payah sekolah lah macam ni...Ni hah cuba kak tengok!!'

' MasyaAllah..banyaknya!! darjah berapa? '

' Darjah 3 pun nak kena bayar seratus enam puluh bila mula masuk sekolah...nanti untuk yang tingkatan satu lebih lagi'

Ada hampa kesah!!! Betapa peritnya orang kampung nak cari duit sebanyak itu.

Ambang 2008;

Alhamdulillah akhirnya servis bertukar tangan pada 2008 berkat tangan2 orang miskin buat keputusan. Orang miskin bijak berpolitik kalau diajak masuk gelanggang.

Kita tengok rentak baru macamana lagaknya...Alhamdullillah!!! So far so good...no harm done!

Yang kepohnya di Pulau Pinang. Tak de bezanya Guan Eng dengan Tsu Koon. Sama-sama orang cina. Apa masalahnya!! Kenapa ketika UMNO banyak kerusi di Pulau Pinang, tampuk perintah ketua menteri, diserahkan pada orang cina sejak Chong Eu lagi sedangkan sekarang kelebihan mata memang pada orang Cina jadi tak salah  Cina Guan Eng yang memerintah. Mudah-mudah Guan Eng kekal menakluk Pulau Pinang sampai bila-bila. Memang itu kelebihan bangsa cina.

Jadilah pengajaran pada melayu UMNO yang sibuk-sibuk sungguh nak rampas kelantan yang sudah memangnya bangsa melayu yang perintah...apalah salahnya!!! Akibat kerakusan nak tawan kelantan, bukan saja satu malah banyak negeri yang beralih arah.

Allah hu Akbar. Cina pun manusia malah dia lebih baik dari kita orang melayu bila mereka menerima hidayah Islam. Kita doakan ada diantara mereka yang dimasukkan hidayah Islam hasil gandingan mantap bersama Tok-tok guru, para alim ulamak yang berlapang dada dengan orang-orang Cina maupun India.

Memang dari kecil sudah melekat lagu ini dalam kepala seolah2 mengingatkan bangsa agar tidak leka dengan permainan kotor orang2 politik khususnya orang2 UMNO yang terlalu leka kerana memerintah terlalu lama.

' Marilah mari, pergi mengundi,
jangan lupa kewajipan pada negara,
Fikirkan lebih dulu dengan akal bistari
Sebelum membuang undi yang dihargai'

2009 UMNO mula perasan.

Kementeria Pembangunan Usahawan yang dirangka khusus untuk membangunkan kerjaya keusahawan jadi kerjaya pilihan untuk anak-anak melayu maju berniaga. Kementerian ini semakin popular dipersada antara bangsa. Akhirnya dibubarkan tanpa notis, seolah-olah UMNO memang tidak berhajat melihat anak2 bangsa mereka berjaya dan merdeka minda. Mereka rela bangsa sendiri ditakok lama.Hanya menadah tangan pada subsidi dan bantuan sepanjang zaman. Selamanya hidup orang-orang melayu dicucuk hidung.

Bila rakyat cerdik IT. Kerajaan UMNO terbeliak biji mata. Bimbang anak2 melayu bangun dari lena yang panjang lalu dibubarkan peluang yang telah dicipta. Dengan mudah mereka pejamkan mata pada segala persiapan yang telah dirangka. Sesungguhnya bala sedang menanti. Menunggu kejatuhan UMNO yang hakiki. Akibat dari pembubaran satu-satunya kementerian yang sedang bergaya menggapai awan, mencipta nama. Kementerian yang sedang merealisasikan keusahawan menjadi kerjaya pilihan bagi semua umat Islam bersandarkan hadis 9/10 rezeki itu adalah dari berniaga. Mak cik goreng pisang ditepi-tepi jalan gigih berusaha dengan kemudahan yang ada apatah lagi anak-anak melayu muda berpeluang meneroka sampai keluar negara.

Akibat dari segala penganiayaan, sama-samalah kita nanti babak-babak terakhir sandiwara UMNO yang semakin hari semakin tua dan wajib dibersara.

2010 UMNO huruhara sampai menjelang pilihanraya.

Sunday, March 28, 2010

Di celah2 kehidupan

Dalam sibuk2 kami mengatur langkah ke pesta buku semalam 27 Mac 2010...dicelah2 arus manusia, nampak begitu ramainya warga2 tua mundar mandir ke hulu ke hilir sambil ditangan memegang bekas plastik berisi kuih muih serba satu. Siapa gerangan atuk2 dan nenek2 ramai2 berpesta disini.

Ooo patutlah!! ada perasmian PERKASA...entah apa makna perkasa pun maaflah malas nak fikir tapi tau lah sikit2 makna sebenar kehadiran atuk2 dan nenek2 tadi.

Hamba ni bukanlah orang politik jauh sekali nak melibatkan diri. Tapi sejak akhir2 ini setelah kita buat yang terbaik untuk keluarga, kita pun berharap pemimpin diluar sana berbuat baik pada rakyat jelata. Alangkah sedihnya sorang2 anak buah yang keciciran kesekolah disebabkan kemiskinan tegar. Paling sakit hati bila diberhentikan hasil kekangan pihak sekolah sendiri, pihak PIBG yang berkompromi, di tambah dengan PPD yang semuanya dibawah cengkaman orang2 politik.

Nak tak nak kena belajar serba sedikit tentang politik dan kena turut serta seperti orang lain supaya tidak turut terjerumus seperti atuk2 dan nenek2 semalam yang diusung beramai2 kepersidangan perkasa yang gila kuasa.

Alhamdulillah Tsunami politik melanda negara...hasilnya beberapa negeri beralih tangan kuasa pemerintah...apa yang penting kami peduli apa siapa yang perintah asalkan ada perubahan ke arah membaik pulih rakyat, khususnya rakyat jelata diluar sana yang semakin hari terhimpit dengan projek yang mega2 tapi anak2 sudah tidak berpeluang meneruskan persekolahan. Serba serbi naik harga, yuran sekolah,yuran PIBG dan macam charge tambahan yang dikenakan. Hasilnya, abang2 rela beralah tak nak sekolah asalkan adik2 dapat teruskan pelajaran.

Melihat suasana dicelah timbunan manusia ke pesta buku, ada lagi mereka yang sanggup mengusung warga2 tua keluar kampung semata2 nak buktikan yang perjuangan mereka diterima rakyat. Padahal kelemahan sudah jelas terbayang diwajah2 warga tua yang tidak bermaya.

' Allah hu Akbar, Allah Maha Perkasa, Allah Maha Tahu apa yang sebenarnya berlaku'

Kalau macam ni lah punya gelagat, marilah sama2 berdoa supaya lebih banyak negeri ditukar milik pada pemerintah yang baru. Tak malu ke dah tua2 masih tak faham arus anak2 muda. Memang anak2 muda kita sekarang ramai tak sekolah tinggi tapi tak bermakna mereka tak cerdik. Cerdik akademik hasil belajar yang sungguh2, cerdik jati diri hasil penindasan orang2 atasan.

Jangan menidakkan perjuangan anak2 muda melayu yang dahagakan perubahan. Hamba antara yang berdoa agar UMNO tumbang dipersada negara tercinta.


Jom jalan jalan....cari buku buat ibu!

Pesta Buku di PWTC. Berkesempatan turut serta berpusu2 ke pesta buku. Macam2 ada, pilih saja yang mana suka untuk dijadikan teman baru. Daripada mensia-siakan hidup dengan bergaya dihadapan cermin sampai melewati usia lebih baik bertemankan buku dijadikan teman setia.

Teman setia yang tidak pernah memuji, sahabat yang tidak mengampu, kawan yang tidak membosankan dan tidak menipu dengan tipu daya mainan perasaan. Teman sejati yang membuatkan kita bebas bergerak, fikiran tak mandul, otak tak tumpul, bersama2 terbang bebas menikmati hidup yang tidak lama.

Hati tertambat pada buku BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU , pengarang Buku Best Seller ' La Tahzan ' Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni

' Dengan budi pekerti yang agung, anda akan mampu menambat hati dan menawan jiwa. Dengannya juga anda akan dapat menjadikan musuh sebagai sahabat, kerana anda seorang pendakwah yang luar biasa '

Apa pun terima kasih pada anakku sayang yang sedaya upaya sentiasa menghiburkan hati bonda, menghadiahkan teman2 baru buat ibumu melepasi sisa2 waktu.

Saturday, March 27, 2010

Earth Hour

Alam tenang seketika

Wednesday, March 24, 2010

Sahabat Nabi jadi pedoman.

Kisah penglipurlara untuk dikongsi, cerita anjing dan kucing musuh tradisi dari zaman berzaman.

Hanya manusia beriman dan haiwan pasangan yang terselamat didalam bahtera Nuh.

Semasa bergelut dalam pelayaran semua telah diberi peringatan supaya tidak bersenggama...bimbang pembiakan yang tidak tertampung.

Kucing mengadap tuan bahtera.Kucing mengadu pada tuan empunya bahtera perihal anjing yang bersenggama bersama pasangannya.

Lalu anjing dipanggil mengadap.

Akibat menanggung malu yang teramat, anjing bersumpah;

' Bagi menebus maluku ini..seluruh alam bukan saja menyaksikan bahkan mendengar permintaan kucing untuk bercengkerama dengan pasangannya'

Sesungguhnya anjing juga mempunyai hak memohon pada Tuannya untuk berdoa sebagaimana hamba2 yang lain.

Bermulalah sejarah permusuhan tradisi anjing dengan kucing dan kemarahan anjing pada kucing tak pernah padam hingga saat ini.

Sungguhpun kucing dituduh pengadu domba...namun kucing juga tidak berdaya melawan takdir....biarpun malu disaksikan seluruh alam bila kucing mula mengawan...kucing tetap sabar membersihkan diri saban hari tanpa henti...sampai nampak keserian kucing terserlah kerana kucing rajin mandi membelai diri saban hari.

Ada ilmu pada kucing kalau nak kekal awet muda.

Samada anjing bersalah atau tidak, semua kita tak dapat nak jawab sebab itu urusan anjing dengan Tuannya. Pengukur nafsu dan hati milik Tuhan yang abadi.

Kucing memang pemalu tapi kucing tidak boleh dipercaya samasekali walau tuannya sudah banyak menabur budi sedang anjing memang menumpukan sepenuh taat setia pada tuannya.

Yang faham makna sahabat akan dapat banyak ilmu dalam aksi kucing. Berkata benar biarpun pahit. Sahabat sejati tak minta disogok. Biarpun seluruh alam menafikan kejujuranmu, sahabat sejati jujur pada diri sendiri sepertimana kucing yang sentiasa mendoakan diatas segala kebaikan tuannya. Jadi, jangan sekali2 membenci dan menganiaya kucing yang sudah jelas kucing mendapat gelaran sahabat.

Kemuliaan kucing diangkat semula dizaman Rasullullah S.A.W. bilamana kucing menjadi sahabat nabi.

Hakikat kejadian, malaikat tidak dibenarkan memasuki rumah yang ada anjing.

Ada iktibar yang boleh kita pelajari dalam sejarah permusuhan ini dalam mengenal diri untuk tunduk sujud pada Ilahi, Pencipta Yang Maha Suci.

Sama2 kita kutip ilmu bagaikan anjing dengan kucing, cerita penglipur lara peninggalan orang2 dahulu kala.

Tuesday, March 23, 2010

Yang cantik itu budi...Yang teguh itu peribadi

Peribadi yang tenang tanda kita berani, suka membahagiakan orang lain tanda kita bijaksana. Pemaaf lambang kekuatan jati diri. Yang sebenarnya ada jalannya untuk kita mendalami ilmu memindahkan sifat Tuhan dalam diri kita sehingga tiada lagi hijbanya kita dengan Allah. Barangsiapa berusaha sungguh2 dalam pencarian nescaya dia dapat merungkai makna sebenar kehidupan. Rahsia cinta Ketuhanan.

Sesungguhnya segala kesulitan, segala kepayahan dan segala macam keburukan didunia ini akan hanya kita dapati ianya termasuk kepada perkara2 kecil sahaja berbanding yang dihadapan itu ada perkara yang lebih besar yakni kekuasaan Allah Yang Maha Esa.

Bersangka baik, berani, tenang, penyayang, pemaaf dan bijaksana antara anugerah Allah pada manusia dalam membentuk peribadi teguh.

Berilmu sahaja tidak memadai kalau tidak dilengkapkan dengan akhlak luhur dalam membentuk peribadi.

Monday, March 22, 2010

Lagu pusaka

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama

Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku

Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Sunday, March 21, 2010

Bersatu teguh, bercerai roboh.

Ali bin Abi Thalib bersyair;

' Manusia dipandang dari segi tubuh hanya sama
Ayahnya Adam dan ibunya Hawa
Kalau mereka membangga2kan keturunan
Keturunannya pun sama dari tanah dan air'

Kuat pokok pada akarnya,kuat akal pada tujuh pancaindera,kuat keturunan pada asal usul bangsanya.Antara yang terkemuka dimata dunia adalah bangsa Jerman pengamal disiplin tentera, bangsa Perancis romantis habis,Bangsa orang putih semuanya dia benar belaka,bangsa cina punya kerajinan luar biasa, Bangsa Arab mahukan fulus, Jepun terkenal dengan kebersihan dan keangkuhan, bangsa India berjiwa hamba

seperti Mahatma Gandhi contoh termasyhur insan tawaduk...bila menaiki keretapi dia jarang naik kelas atasan,tetap dia menaiki kelas tiga lalu dia di tanya; mengapa Gandhi membeli tiket kelas 3? Gandhi lalu menjawab' kerana tidak ada kelas 4'

Dimana gerangan kekuatan bangsa melayu?

orang2 melayu dulu2 berpegang pada syair peninggalan

Ali bin Abi Thalib

lalu dibangunkan bersama orang2 melayu dulu

' Berpegang teguhlah kamu dengan tali ( agama ) Allah dan janganlah kamu berpecah belah '

( Ali-Imran : 103 )


Seperti dalam lagu P. Ramlee;

' Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi '


ISLAM ITU MELAYU, MELAYU ITU ISLAM


Allah hu Akbar! Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!


Saturday, March 20, 2010

Cinta dalam Islam

Ibadah hakiki bila beribadat sambil bercinta. Ibadah orang merdeka, yang bebas dari tekanan takutkan Tuhan. Yakin dengan Qaseh sayang Allah. Cinta Allah cinta kudus, cinta tulus lagi suci.

Tak kenal maka tak cinta. Cinta itu tanda percaya. Kepercayaan meminta pada ketetapan hati. Segala rasa cinta diiringi dengan usaha perit getir.  Tenggelam dalam kepayahan sebelum ditemukan cinta sejati. Kata pujangga ' Asmaradana berserakan seperti sampah sedang cinta terpendam disanubari yang paling dalam'.

Adakalanya cinta berdendang, tidak hanya terbeban membicarakan soal2 hidup maupun mati. Syurga atau neraka. Pahala dan dosa. Yang pasti Irama dan lagu membawa kebahagiaan dalam mengenal cinta hakiki. Tunduk sujud mengenal Ilahi.

Cinta dalam Islam mudah.  Tidak boleh dikendalikan dengan kekerasan. Allah Maha Lembut dan Maha Halus lagi Maha Penyantun. Cinta tidak diperbodohkan dengan ketakutan dalam mengenal Tuhan. Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa. Dia Merasakan apa yang ada dihati. Dia Menentukan apa yang nampak dimata. Dia bersama dimana kita berada.

Cinta tidak dibiarkan kelaparan dalam menjejaki Tuhan. Allah Maha Pemberi Rezeki. Tidak boleh dipaksa untuk jatuh cinta kerana Allah Pencetus segalanya. Dia yang Mencipta Cinta sebab Dia Maha Bijaksana Mengendalikan segala kejadian. Tidak juga boleh berpura2 dalam mengenal cinta. Allah  itu Maha Melihat, Dia Maha Mendengar segala keluh kesah. Ada yang mengatakan;

Cinta seperti  barangan Antik...dipelihara untuk nampak kuat, menawan dan cantik.

Cinta adalah gerak rasa Tuhan yang paling sempurna. Cinta sakti yang tidak mati.

Cinta itu nikmat paling tinggi dalam pertemuan ibadah yang hakiki.

Lalu, apa ditunggu lagi, Bercintalah kerana Allah. Berpisah jua kerana Allah.

' Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai disisi Allah adalah Islam '

( Al-Imran : 19 )

Friday, March 19, 2010

Azean Irdawaty primadona Melayu

Ada iktibar yang boleh kita kongsi pada nasib yang menimpa Azean Irdawaty. Cari hikmah disetiap kejadian pasti kita akan ditemukan jalan kembali mengenal Tuhan dengan penuh rasa taqarrub ilallah . Sekiranya Allah mahukan kebaikan keatas hambaNya, Dia menguji dengan musibah apatah lagi musibah yang bertimpa2 tanda Allah teramat kasihkan hambaNya.

Tanda Allah murka bilamana Dia meninggalkan hambaNya tanpa pedoman tiada nur hidayah untuk hamba2Nya memperbaiki keadaan , sentiasa berputus asa lalu dibiarkan hambaNya dalam tekanan tanpa arah tujuan dan lebih menggerunkan andai dibiarkan sampai pintu taubat tertutup.

' Berkata iblis: Demi kekuasaanMu, sungguh akanku sesatkan mereka ( Adam dan anak2nya ) semuanya kecuali hambaMu yang ikhlas diantara mereka '
( Shaad : 82 83 )

Orang ikhlas nikmat dengan amalnya. Sejauhmana keikhlasan Azean Irdawati bekerja sebagai pelakun demi menyara diri dan keluarga bukan manusia yang penentu kayu ukur. Azean telah melakunkan yang terbaik. Setiap watak yang diberi, Azean memikul dengan penuh tanggungjawab. Hasil lakunan sedikit sebanyak menyentuh qalbu dan mampu menarik ramai antara kita diluar sana berubah ke arah yang lebih baik. Pengajaran melalui drama hebat lakunan insan yang selesa dipanggil kak yan ini adakalanya mampu terkesan sehingga mencuit rasa, berjurai2 airmata dan adakalanya buat kita terhibur dengan wataknya yang bersahaja. Dia yang terhandal bersandiwara setakat ini. Anugerah Ilahi pada bakat semula jadi.

Ciri2 orang ikhlas dengan kerjanya...samada baik buruk kerjaya kak Yan bukan kuasa kita nak menuding jari pada insan yang mendambakan diri dalam mencari makan dengan lakunan...tanpa kak Yan seperti sunyinya tiga malam tanpa bintang.

'...... tidak diberatkan sesesorang melainkan menurut kemampuannya....'

( Al Baqarah: 233 )

Saat ini kita bertahajjud dengan penuh rasa rendah diri mendekatkan diri dengan cinta sejati, meraih cinta Ilahi dengan penuh keinsafan diatas segala kekhilafan.

Hidup bermakna bila kita selalu mengingatkan diri yang tak ubah seperti berada dilampu isyarat, malaikat mengawasi dikiri dan kanan, didepan dan dibelakang.

' Tiada ditimpa musibah melainkan dengan izin Allah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, diberikan hidayah pada hatinya. Allah mengetahui tiap2 sesuatu'

( At Taghaabun : 11 )

Kenapa dan untuk apa kita diciptakan dan ke mana kita akhirnya nanti. Anak Azean ,Benjy telah berjaya menarik Safiya Stephanie untuk jatuh cinta dengan Islam dan Firdauz Juan lahir kedunia sebagai muslim. Itulah mutiara paling berharga untuk kak Yan terus kuat meneruskan hidup memikul amanah.

Sesuai dengan nama syurga Firdausi mudah2an Azean berjaya menjadikan Firdauz Jaun Islam sejati. Jangan sampai Firdauz sesat mencari majusi atau nasrani dengan bimbingan Safiya yang hendaknya semakin hari semakin teguh dengan iman dalam Islam.

' Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu'

( Asy Syams : 9 )

Benjy telah mengorbankan jiwa dan raganya bagi membuktikan yang dia diciptakan Tuhan bukanlah sia2....sepertimana pautan entry Sentuhan Yasmin bertarikh 27.07.2009.

' Ya Allah, jangan Engkau bolak balikkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk. Berilah rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau maha Pemberi rezeki'


( Al-Imran : 8 )

Bila dilanda musibah ingatkan dihati selalu tidak takut dan tidak gentar Allah bersamaku. Allah Tuhanku, Islam Agamaku dan Nabi Muhammad S.A.W. adalah nabi dan rasulku.

Hati2 dengan hati

Hati yang membezakan antara manusia dengan haiwan. Hati tempat ingat pada Allah. Hati tempat syaitan bersarang membuat manusia rasa was2. Hati tempat utama manusia diserang. Target syaitan adalah mengotorkan hati. Permulaan lisan adalah melalui hati.

Ikat ilmu dengan tulisan
Ikat budi dalam hati
Ikat hati dengan ikhlas
Zikir hati tak mati
Fikir cahaya hati
Dengar suara hati
Jauhi bisik hati
Cermin diri dari dalam hati
Baik dihati baiklah segalanya
Supaya hati tidak mati
Zikir suburkan hati
Berhati2 dengan hati
Hati bermula segala sentuhan
Hati milik Tuhan
Gerak rasa hati
Segala rahsia hati
Apa yang ada dihati
Hanya Dia yang mengerti
Hati milik peribadi
Hati adalah raja
Hati2 dengan hati

Tuesday, March 16, 2010

Pek Nga!!!

Kenal Pek Nga? apa itu pek nga? tempek2 atas belanga jadilah pek nga. Di short form kan bahasa. Orang dulu memang pakar short cut ayat.

Pek Nga ni makanan orang dulu2...makanan zaman jepun...murah dan mudah serta mengenyangkan...banyak dah anak2 remaja tak kenal pek nga...pasti ramai yang kerinduan dengan pek nga makanan melayu lama khususnya orang Kedah.

Kalau orang Benggali atau keturunan Islam benggali dengan capati jadi pilihan...yang mamak2..yang darah2 keturunan keling tentulah roti canai tapi melayu dan semua bangsa dah tak boleh lari dengan roti canai...apa taknya tak de bini2 dah yang nak susah2 masak pek nga macam mak kita dulu2. Tentulah beralih ke kedai mamak cari yang murah dan mudah serta yang mengenyangkan.

Bahan2 pek nga:

Tepung gandum
kelapa parut...lebih sesuai kelapa muda....mesin ambil yang putih2nya saja
Air dan sedikit garam

Gaul semua bahan...bancuhannya agak2 lembut dan mudah kita nak tempek2, masukkan sikit minyak supaya tak lekat dan tempekkan bulat dan agak2 tebal dari capati.. Sesuai kuali leper kuali capati...tambah2 sekarang kan ada stainless pan lagi lah mudah...alih2 kan..ikutlah nak garing sikit2 pun tak apa.

Di cicah dengan gula pun sedap...apatah lagi kalau dicicah dengan kari semalam...pasti menyelerakan.

Teringat puasa tahun yang sudah2...diberikan pada jiran...tidak terlintas makanan tu jadi sebutan sisuami lalu si isteri datang nak menuntut ilmu...apalah sangat dengan pek nga hamba ni.

Rupanya dah lebih dua tiga puluh tahun dah suami tak jumpa pek nga yang asli yang macam mak dia buat dulu2..Inilah makanan mereka adik beradik.

Alhamdulillah suaminya dah jadi orang besar sekarang tapi kerinduannya pada pek nga masih tersemat dikalbu dan sesungguhnya menyentuh hatiku.

Kadang2 hubungan tetangga lebih mulia berbanding saudara mara. Hamba bersyukur punya jiran yang baik2 yang tiba paling awal ketika bondaku terbujur kaku disubuh sunyi pagi Selasa.

Nostalgia pada pek nga resipi turun temurun.

Sunday, March 14, 2010

Follow the flow

Sana sini dipenuhi kaum perempuan. Orang perempuan bukannya pandai sangat pun cuma mereka rajin sangat2. Akal pun cuma satu berbanding lelaki 9 akal. Lelaki dah malas nak gunakan akal yang sembilan....dah perempuan sibuk sangat nak ke depan...lelaki bagi laluan mudah..Padahal kalau lelaki gunakan sebaik munkin akal yang sembilan...lahirlah lelaki ilmuwan yang arif lagi bijaksana.

Malas fikir, malas belajar senang cakap ramai sungguh lelaki suka duduk lepak sana sini kadang2 tu saja nak menguji kesabaran kaum perempuan yang penat memerah otak belajar, bekerja siang malam tak tentu masa sampai tak punya masa untuk bersenang2 demi memenuhi tuntutan keluarga. Sedang ramainya lelaki buat2 bodoh ja...aduhailah anak 0mak!

Dimana silapnya lelaki jadi begini dan perempuan jadi begitu.

Seperti kata setengah lelaki....'dah nak sangat ambillah kat hampa semua'

Yang berlalu biarkanlah berlalu...tak munkin dapat berpatah balik pada dunia yang semakin ligat. Segala kejadian dipersekitaran jadikan pengajaran pada yang bergelar ibu kenapa ramai lelaki mengalami krisis identiti. Nak bagi kaum hawa buka mata bila hawa menguasai segala selera.

Kenapa ramai lelaki lembut...kenapa lelaki tak minat belajar...kenapa ramai mat2 rempit...akhirnya ramai lelaki bangsa kita terperosok dipenjara.

Segalanya bermula dirumah.

Yang sebenarnya sebijak manapun ilmu dan kuasa yang wanita ada, didapur juga tempat paling sesuai nak impliment ilmu yang berharga yang telah wanita pelajari.

' Dunia ini ibarat dapur bagi wali2 dan akhirat adalah arkitek mereka'

Ibu yang baik akan sentiasa dikenang dan bertakhta dihati anak2 sampai bila2...sampai mati pun ibu hidup menerangi cahaya bagaikan wali keramat...doa ibu pada anak dan doa anak pada ibu saling bertautan dari zaman ke zaman.

Bila ibu jadi arkitek dalam dapur, mana munkin anak2 berkeliaran mencari identiti.

Mak jadi dr.dah tak pandai masak satu, tak de masa nak masak dah dua dan tak minat nak belajar masak lagi la hampeh punya dr. Humban je ijazah kedoktoran tu dalam longkang.

Terlopong juga bila diberitahu pensyarah wanita seorang Dr. paling malas ke dapur, tak tahu masak, semua diserah pada bibik.

Mak lawyer, cakap serupa dia sorang yang pandai cakap..jemu jugak suami dan anak2...cakap tak renti2 bercakap....takat hebat dalam court sudahlah!

Tu belum mak politikus lagi...sembang serupa wanita paling bijak handle negara...mula meminta kuasa satu persatu....sudah termaktub dalam kitab tua wanita tak boleh jadi pemimpin....cukuplah jadi pendidik dengan kuasa yang diamanahkan.

Yang jadi usahawan...keluarga semakin tak keruan...bak kata P. Ramlee;

' Heng sana...heng sini...itu bini aku ke '

Bila wanita gila nama dan glamour...renunglah semula sekali sekala apakah itu yang di ajar oleh mak kita. Mak nak anak mak memberi manfaat kat orang ramai bukan mengajak orang ramai dihumban keneraka yang penghuninya sudah nyata wanita yang monopoli. Tipu daya iblis paling mudah menguasai wanita yang sembilan nafsu. Tidak mustahil nafsu yang sembilan dapat dikawal dengan hanya akal yang satu bila wanita kenal siapa dirinya disisi Allah...yang tunduk malu kerana takutkan Allah...yang diam membisu sebab Allah lebih tahu tentang penciptaan kita.

Nak suruh orang hormat pada jasa dan kerja kita...kenalah kita hormat diri kita dulu..sayang pada gelaran ibu, umi, mak, mama, mummy dan lain2 yang sama maknanya yang Allah anugerahkan. Terlebih hormat pada ibu yang melahirkan kita. Dah bersuami...hormat dan akur pada ketentuan Tuhan. Cintakan Allah dan Nabi cinta paling tinggi...tak payah susah2 nak ungkit2...Allah lebih maklum.

Mengadulah pada Allah.

Fitrah wanita, Follow the flow.

Feng Shui Cina pun percaya dengan kekuatan follow the flow.

Petua orang tua

Mandi sebelum subuh wajah berseri2
Mandi kerana Allah
Tidur kerana Allah
Bercakap dimulut sentiasa menyebut semuanya kerana Allah
Tauhid orang dulu
Pergantungan hidup semata2 dengan tali Allah
Tidak dua dan tidak tiga
Tidak takut dan tidak gentar
Segala kekalutan, keresahan,kepayahan
Dikembalikan urusan pada Allah
Pujian dan sanjungan milik Allah
Kaya dan miskin ujian dari Allah
Lahir pahlawan terbilang
Lahir hamba perkasa
Yang takut hanya pada yang Esa
Jasad hanya sarung yang jadi kelongsong
Sampai masa
Mati kerana Allah
Dibangkitkan semula
Demi Allah.

Saturday, March 13, 2010

Tahajud sumber kekuatan

' Pada malam hari hendaklah engkau bertahajud ( berjaga untuk sembahyang malam ) sebagai tambahan untuk engkau, mudah2an Tuhan mengangkat engkau ke tempat terpuji '

( Al Isra' : 79 )

Lalu berdoa dalam hati ketika sujud akhir dalam tahajud:


' Masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkanlah aku dari tempat keluar yang benar dan kurniakanlah untukku dari sisimu kekuasaan yang menolongku'

( Al Isra' : 80 )

Thursday, March 11, 2010

Ole ole dari Kuantong

Rasa resipi baru hari ni.

Hokkien mee

Mee kuning yang sedang-sedang ( thick noodles )
Udang
Meet balls
Cendawan kering
Sayur2 hijau segar
stok ayam

Rebus kulit udang, ambil airnya...udang dimasukkan dalam masakan.

Tumis bawang putih, masukkan air udang bersama bahan2 diatas.
Last sekali masukkan mee.
Siap untuk hidangan.

Mudah dimasak dan menyelerakan dimakan panas-panas.

Wednesday, March 10, 2010

Ketuanan Melayu

Sibuk sungguh sana sini memperkatakan tentang ketuanan melayu...yang muda2 pun sibuk padahal masa mereka adalah untuk belajar.

lainla orang tua2 yang hidup lama yang sangat tidak mahu menerima arus perubahan yang sedang bergelora.

Bak kata sorang anak bujang;

'sibuk sana sini dengan takkan melayu hilang didunia tapi Hang Tuah sendiri menghilangkan diri entah kemana...hilang ghaib disangkakan mati, kalau mati mana kuburnya'

Semua kita adalah hamba yang menumpang dibumi Allah . Tiada apa yang nak dibanggakan dan dipertahankan....dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.

Syukur banyak2 kita diIslamkan awal2 oleh nenek moyang kita...sepatutnya kita menguatkan akar pokok kita dengan cabang2 yang subur yang membuahkan hasil tanaman dalam membuka ladang ke akhirat.

Sepertimana orang putih yang asal keturunan mereka lebih lagi hebat...keturunan para nabi. Dek megah dengan ilmu dan konon sumber kekuatan mereka adalah dari semula jadi dan asal usul nabi yang terdahulu lalu mereka menolak kehadiran nabi akhir zaman, nabi kita Muhammad S.A.W.

Megah dan sombong pakaian mereka lalu Muhammad S.A.W. hadir semata2 untuk menyempurnakan akhlak...mengalihkan dari hidup bermegah2, membetulkan akidah menjadi hamba Allah. Ada yang bermegah dengan agama nenek moyang...sehingga berjaya meyakinkan anak2 cucu mereka yang hadir nabi kita hanya sebagai peminta sedekah....paling mereka bimbang akan sampai waktunya nanti nur hidayah Islam masuk menerjah dada anak2 cucu...disini sepatutnya tugas orang2 melayu mendekatkan diri dengan bangsa asing untuk jatuh cinta dengan Islam.

Orang melayu bertuah kerana kaya dengan nama orang melayu itu sendiri, nama yang diilhamkan sempena nama2 nabi. Bila terlena diulit mimpi orang melayu lupa asal usul...dibuai godaan dunia...bila ahli fikir yang selama ini mendiamkan diri...mengabdikan diri bukan untuk diri sendiri...bangun membetulkan akidah sebelum ramai terpesong menjadi bukan umat Muhammad. Terjaga dari lamunan...dituduh bangsa sendiri menjadi pengkhianat, padahal tepuk dada tanya selera....selama lebih 50 tahun dibiarkan memerintah....lahirlah bangsa melayu yang goyah, caca marba...kononya maju padahal akhlak anak2 melayu semakin tenat....bangsa yang lemah longlai.

Patutnya kita lebih kuat dalam melahirkan insaniah tulin....yang tak takut dipukul gelombang berbekalkan takwa dan iman. Ni tidak...dok sibuk dengan ketuanan melayu,lupa perintah Tuhan...fakir miskin diabaikan...bangsa lain sibuk berlumba2 mengumpul kekuatan....memeriahkan gereja, tokong dan kuil terang benderang, menubuhkan dana membantu anak bangsa mereka dan samasekali mereka tidak melupakan tuhan sedang orang2 melayu lupa Tuhan selalu...tak takut Tuhan. Masjid surau semakin lengang....yatim piatu dibiarkan berkeliaran memohon restu....menagih simpati sedang Allah Memerhati.

Terjadilah Tsunami politik yang manis untuk dikenang anak cucu dan menjadi pedoman untuk generasi akan datang. Kembalikan semula maruah bangsa khususnya orang2 gomen yang lama dah membuang masa. Tauhid orang dulu2 takutkan Tuhan. Dengan rela berbakti bila sudah dibayar gaji. Orang gomen la ni??? Yang malas punya la ramai...macam pahat dengan pemukul...rasuah dari menteri sampai kuli.

Kata seorang tenaga pengajar berbangsa India cikgu Selvam, yang hebat, yang mampu mendorong kejayaan anak2 muridnya skor straight A's dalam kelas tambahan dibawah seliaannya;

' Tak kira apa bangsa suka saya nak ingatkan kamu semua kita kena sembahyang...Melayu cara melayu...cina cara cina...India pun ada cara sembahyangnya...baru kamu boleh benar2 berjaya, jangan buang masa...sampai masa untuk sembahyang kamu semua kena sembahyang'

Tak malu ke guru2 melayu bila sorang guru India yang fasih berbahasa melayu dan pakar dalam matematik mampu meninggalkan azimat yang sungguh berkesan pada anak2 kita.

Apa guru melayu kita buat?? Lena?? Sibuk dengan MLM??Sibuk berbalah dengan seniority, sibuk berpolitik?

Bangsa asing lebih arif tentang meraih berkat...mereka juga yakin yang tuhan nampak apa yang mereka buat...dalam bekerja mereka bekerja sungguh2 berbanding orang melayu yang cukup berkira dengan masa bekerja...berpolitik sampai kedai kopi.

Bangsa asing pun percaya ada buah tangan untuk mereka bawa balik jumpa tuhan...Alhamdulillah seandainya mereka menerima hidayah Allah, mereka lebih mulia dari orang melayu yang asal usul Islam yang bekerja tanpa niat tanpa arah tujuan...asyik2 dok gebang berjuang demi menegakkan ketuanan melayu.

Kenapa anak2 orang melayu sekarang ramai dihantar kesekolah cina???

Belambak cikgu melayu yang ada tak mampu bersaing dengan kehebatan hanya seorang cikgu cina.

Sekurang2nya ramai orang2 melayu sekarang sudah bijak membuat pilihan untuk memilih pemimpin akan datang. Yang tua2 biarkanlah...biarkanlah mereka berjuang cara mereka...kesian jugak tengok yang tua2 dok tandatangan MOU yang mata masing2 pun dah kabur.

Nak juga menegakkan benang basah!!!

Bila dilanda musibah

Apabila kasih pada Allah bertambah akan terbuka tabir Ilahi. Sesungguhnya cinta pada Allah diiringi kemiskinan, kesusahan dan kesulitan. Ketabahan itu sumber kekuatan dari Allah tanda cinta dari Allah dan RasulNya.

Sepertimana Nabi Yunus tidak pernah melupakan Allah. Baginda sentiasa berdoa ketika berada didalam tiga lapisan kegelapan, kegelapan malam, kegelapan lautan dalam dan kegelapan berada didalam perut ikan nun.

Doa Nabi Yunus yang menjadi sumber inspirasi manusia ketika berada dalam kepayahan hidup;

" Lailahailla antasubhanakainnikuntuminazzalimin'

Segala permasalahan diangkat pada Allah pemilik Arasy yang Maha Agung lagi Maha Penyantun.

' Sesesungguhnya Allah akan memberikan pahala pada orang2 yang sabar tanpa dihitung'

( Az Zumar: 10 )

Tuesday, March 9, 2010

My name is Khan

Cerita Hindustan pun meletup dinegara orang putih.

Sayangnya ada orang melayu yang siap pesan dengan anak yang tinggal diasrama jangan sesekali tengok cerita hindustan.

' Ayah tak redha'

Keinginan si anak terus memuncak bila berduyun kawan2 tengok cerita hindustan. Si anak telefon lagi memujuk ibu yang dia teringin sangat nak tengok filem yang ditayangkan dibawah ruang lepak.

' Ayah tak redha, tak yah lah tengok '

Ada lagi ka anak yang taat macam tu dewasa ini? Jika ada...Alhamdulillah!

Dah ayah tak kasi dia pun beralah....akhirnya anak perempuan itu berkahwin dengan anak jati Sarawak yang baru memeluk Islam. Mudah2an anak gadis sepi itu dapat jadi pembimbing bagi suaminya sebab dia anak yang taat lagipun dia berpendidikan tinggi bergaji puluhan ribu berbanding suami.

Mesej pada orang2 sekarang;

Tak payahlah nak mengongkong kehendak anak2 sampai macam tu sekali...sedangkan sekarang macam2 cerita ada.

Lagipun apalah salahnya sekadar menonton. Ada nilai2 murni dalam filem2 hindustan. Orang dulu kaya dengan budi luhur, penyantun dan penyayang hasil didikan serba sikit yang dikutip dalam cerita hindustan dulu2. Walaupun susah, filem hindustan boleh menyanyi melepaskan keresahan. Paling murni filem mereka sangat patuh dan taat pada orang tua2.Luar biasa setianya pada cinta dan hubungan keluarga yang mantap.

Ada mesej indah sarat dengan ilmu berqaseh sayang. Ilmu paling hebat dalam meredah godaan dunia.Kita tak dapat lari dengan kehendak remaja yang jatuh cinta dengan tayangan filem yang sedang berlumba2 menarik mata mereka. Sekiranya pendidikan dirumah sudah cukup menguatkan spiritual anak2....tengoklah cerita apa pun mereka mampu memikirkan mana yang baik mana yang tidak.Tak payahlah nak tunjuk power dengan kuasa emak ayah. Kita tak payah nak sekat kemahuan anak2 dalam dunia mencabar ini.... tentulah tak adil.

Hiburan ni seperti garam dalam makanan. Tidak ada salahnya asalkan tidak berlebihan.

Last2 orang putih pun dahagakan filem2 berunsurkan ketenangan....mereka pun dah penat dengan cara hidup yang rakus menguasai dan menakluk dunia. Dalam mereka berlumba2 mengejar dunia...akhirnya mereka akur yang dunia sedang mempersendakan kuasa yang ada. Bala Allah tak mampu ditawan dengan ciptaan teknologi canggih. Mat Salleh pun dah penat...nak rehat minda lalu kembali menerjah Hindustan.

Zaman kegemilangan hindustan akan kembali mententeramkan jiwa remaja yang dahagakan belaian Qaseh sayang.

Nabi berpesan kita jangan lihat siapa yang bercakap tapi kita kena dengar apa yang orang tu cakap.

Ilham indah dari malaikat. Tak mustahil ada unsur2 pengajaran yang disampaikan oleh para2 malaikat secara langsung pada yang sudi mengutip mesej Allah dari sumber mana sekalipun.

Benua Cina dan benua India, benua tertua yang banyak menyimpan khazanah sejarah.

Sejarah orang melayu memang berasal dari dua benua disana,

Nak harapkan cerita melayu dan drama melayu??? Hampeh!!! berkarya seiring dengan membodek...lihatlah hasilnya.

Tak dapat menakluk jiwa apatah lagi mententeramkan suasana jauh sekali dapat mendidik akal budi berbanding cerita P.Ramlee. Karya Arwah P. Ramlee ikhlas.

A.V. Bapat Produser tersohor zaman P. Ramlee.

Ada siapa peduli asal usul A.V.Bapat?

Buah tangan dari benua tua milik Tuhan....My Name is Khan!

Sempurna

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu

Di setiap langkahku ku
kan selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna...sempurna...

Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan dan hapus semua sesalku

Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku
oh sayang engkau begitu sempurna...sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna..sempurna..sempurna..


(Sempurna by Andra and The Backbone)

Monday, March 8, 2010

Nikmati Pancaindera ini...

Berkata Imam Ghazali R.A

'Pada setiap bahagian anggota badan ada zakat yang diwajibkan kerana Allah Taala'

Zakat hati;
Berfikir tentang kebesaran Allah, kebijaksanaanNya, kekuasaanNya, bersyukur dengan nikmatNya dan rahmatNya.

Zakat mata;
Melihat untuk mengambil pelajaran dan memalingkan daripada perkara yang diharamkan.

Zakat telinga;
Mendengar perkara2 yang boleh menyelamatkan diri dari api neraka.

Zakat lisan;
Bercakap tentang perkara2 yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Zakat tangan;
Menyekat diri dari melakukan kejahatan dan menghulur untuk melakukan kebaikan.

Zakat kaki;
Berjalan ke tempat yang boleh menenangkan hati dan menyelamatkan ugama.

Sunday, March 7, 2010

' Mencintaimu tak mengenal waktu...'



' Apabila Aku mencintainya kerana dia melakukan perkara sunat, maka Aku akan jadi

telinganya yang dengannya dia mendengar dan Aku menjadi matanya yang dengannya dia

melihat dan Aku menjadi tangannya yang dengannya dia mengambil dan Aku menjadi kakinya

yang dengannya dia melangkah'



Produser laa ni...

Produser filem dulu2 tak minat glamour. Target produser adalah keuntungan dan kita pun tak pernah mahu ambil tahu siapa yang produce filem dulu2.

Berbanding dengan produser sekarang...semua dia nak jadi....alih2 filem ke drama tak meletup disalahkan penonton. Filem hebat macam filem orang putih kita tak kenal pun produser mereka.

Macam tu la juga peranan ibu...dia tak pernah minta disanjung dan dipuja. Apa yang penting dia melaksanakan amanah yang diberi yang akan membawa keuntungan pada anak2 didunia dan diakhirat.

Kita selalu rasa kecewa dengan anak2....lebih mendukacitakan bila anak2 melawan...Kita tak payah nak susah2 fikir kenapa anak2 jadi begitu.

Tanya pada diri yang bagaikan roda !!! what goes around comes around.

Ada yang sibuk bila dah tua baru nak jaga hati anak2. Ikut cakap anak. Kadang2 ada yang sampai jadi macam orang gaji demi menjaga hati anak2. Anak buat tak betul pun semua tak berani tegur...takutkan anak2.

Subhanallah!!! Kenapa jadi begitu...sedangkan semasa hayat mak bapa kita...ada kita kesah perasaan mereka....ada kita jaga hati mereka....ada kita peduli dia makan apa semalam.

Anak2 belajar dari perilaku mak bapa...anak2 nampak dengan mata Allah apa yang berlaku dihadapan mereka.

Segalanya dirakam...anak2 save dalam kepala...sampai masa dia dewasa diulang tayang sejarah lama.

Jadi apa yang nak ditakutkan dengan bayang2 sendiri...kita dah buat yang terbaik untuk mak bapa. Seterusnya kita berdoa yang terbaik untuk anak2.

Selebihnya kita serahkan pada Allah akan ganjaranNya.

Rasulullah menegaskan dalam hadis;

' Doa tiga orang yang pasti dikabulkan oleh Allah ialah doa orang yang tertindas, doa orang yang sedang dalam musafir dan doa orang tua terhadap anak2nya'

Doa ibu mengiringi setiap langkah anak2.

Saturday, March 6, 2010

Hikmat Redha

' Redhakanlah kamu dengan nikmat Allah yang sedikit nescaya Allah redha dengan amalanmu yang sedikit'
Diajarkan Rasulullah apabila kita ditimpa musibah;
' Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam agamaku dan Muhammad adalah nabi dan Rasulku.

Petua lawan musuh

Macam2 teknologi muncul dalam dunia serba moden.Berlumba manusia meredah arus.Siapa paling awal dapat memiliki dia yang terhebat, terkehadapan.



Paling ramai yang mudah tergoda adalah wanita dan para remaja...fokus pembikin iklan adalah bagaimana menawan perasaan mereka.

Negara maju memang bergantung sepenuh harapan pada dua golongan sasaran iblis laknat ini.

Negara aman bila rumahtangga tenteram. Rumah damai dan bahagia. Tiada sengketa rampasan kuasa.

Ingatlah sama jangan kita asyik mengejar dunia, tak terlawan kita dibuatnya. Biar dunia yang kejar kita.

Musuh paling utama berada dalam diri sendiri. Ingatlah pesanan rendahkan pandangan. Dunia kembali aman.

Jaga dari lena yang panjang, bangun dalam keadaan ingat akan Allah. Dalam hati terus berdoa;

' Segala puji kembali pada Allah yang menghidupkan aku dari matiku dan kepadaMu aku dikembalikan'

Terlerailah satu ikatan syaitan dalam diri.

Lalu kita bangun mengambil wudhu' terlepas dua ikatan syaitan yang membelenggu hati.

Kerjakanlah sembahyang,

Terlerai sudah ikatan ketiga pada simpulan syaitan pagi petang siang dan malam.

Awalan kehidupan sudah  tersedia petua  pada anak cucu tujuh keturunan teknik melawan godaan syaitan.

Orang Cina kaya dengan pantang larang tinggalan nenek moyang. Islam hebat sudah tersedia fatwa melawan serangan musuh tak nampak dimata tapi bersarang dihati.

Kekal beramal dengan teknik ini, wanita Islam dan remaja Islam kembali hebat. Dapat mentadbir rumah dengan cekap dan menyusun hidup penuh strategi.

Model wanita terbaik, contohi isteri Nabi. Khadijah usahawan unggul, wanita korporat yang bijaksana mengendalikan perniagaan, Berjaya dalam dunia yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Di angkat menjadi isteri nabi yang pertama, yang disegani dan dihormati bahkan menjadi sahabat, isteri dan penasihat baginda yang paling baginda kasihi.

Yang cantik, muda dan manja akan lahir peribadi seperti isteri baginda Aisyah, isteri paling muda, yang cerdik dan cantik sehingga mendapat gelaran mufti dikalangan para sahabat nabi.

Nah! pilih saja yang mana mau mu asalkan ibu dan anak tahu segalanya bermula disini.

Cantik dan bijak bergerak serentak.

Mata itu godaan pertama. Dari mata segala bermula.

Hamba mengingatkan diri dan generasi, selamat beramal pada permulaan kita membuka mata.

Teruskan langkah demi langkah memacu hidup penuh bergaya kerana teknik melawan musuh sudah terpatri dalam diri.

Formula utama melawan godaan dunia.

Target syaitan pada hawa nafsu.

Pull the trigger.

Doa pemancar matahati.

Doa itu otak ibadah.

Kemahiran menggunakan akal yang paling menggerunkan syaitan dan iblis.

' Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia. Tetapkanlah hati kami dalam ketaatan padaMu'

Friday, March 5, 2010

Jahat orang dulu2

Cerita zaman bintang 3. Zaman Jepun. Zaman pelita minyak. Zaman minum air telaga, zaman kopi pekat. Masihku simpan album cerita ini. Dari nenek, dari ibu sampai anak cucu...sekadar penglipur lara berkongsi cerita jahat orang2 dahulu kala.

Jahat orang dulu2...mengusik sampai mati pun polis tak cari. Waktu subuh nak ke telaga ambil air sembahyang, ada orang menyamar jadi jembalang. Di tutup litup dengan kain telekung.Konon nak ganggu anak dara ditelaga. Terkejut hamba Allah meraung sekuat hati. Demam tak kebah2 bawa sampai mati.

Yang jahat susah nak cari sebab dia buat jahat tak siapa yang tahu. Waktu orang kusyuk sembahyang di surau, sedang hamba Allah nak duduk tahyat akhir, pelan2 diletakkan kerusi katak. sedar2 bertahyatlah hamba Allah diatas kerusi. Ganggu orang sembahyang punya la berani. Bila di tanya semua dibelakang membisu seribu batu.

Bila nampak orang tua gobek sireh, datang menyapa mesra, ditangan sudah siap cili padi dua tiga biji. Bila leka orang tua tu bercerita, dengan selamba nak ambil alih kerja menggobek. Konon nak tolong lumatkan lebih2 lagi nak tolong orang tua yang tak ada gigi. Sambil menggobek dia masukkan cili api dalam gobek. ditumbuk laju dan dia pun berlalu. Dari jauh sayup kedengaran...jeritan orang tua lintang pukang...melatah memaki hamun....pedasnya sireh pinang, bukan kepalang.

Yang jadi otai kampung dah macam gangster zaman siber. Siapa tak berani kata apa. Polis nak cekup tak de bukti....yang hilang cuma telur2 ayam....nak tangkap main judi, polis pun join sekali....siap letak pistol atas meja...angkat kepala, pistol kena curi.....anak tok guru diminta jadi pemerhati....anak tok guru turus mata....dia boleh nampak pistol yang disorokkan dalam kedai cina....last2 anak tok guru diarah tilik nombor apa, sebab anak tok guru boleh nampak semua....kena hambat dek tok guru...ilmu diturunkan pada anak cucu bukan untuk tilik nombor.

Dalam bulan puasa budak2 dibawa otai berjalan keliling kampung terjun sungai kononnya minum air bila selam dalam2 tak batal puasa, jangan minum air yang dipermukaan. Berduyun2 budak2 kampung tak puasa. Sapa buka rahsia tak boleh join venture. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut...semangat setiakawan orang dulu2 cukup kental, cina hindu tak berani angkat muka.

Ada yang merayau2 dalam kebun getah, Bila penat, suka2 masuk rumah orang makan tanpa izin.Satu hari masuk rumah mutusamy...ada kari minyak berlinang...tunggu apa lagi...makan sampai kenyang. Di perjalanan balik terserempak tuanpunya rumah.

' samy..terima kasih, kami lapar tadi...rumah kau ada kari...kami makan nasi dengan kari sampai habis'

' oo tak pa...makanlah...tapi orang melayu pun makan ka gulai tikus'

Jahat sungguh orang melayu dulu2 tapi jahat lagi orang melayu sekarang.

Zaman sudah berubah, la ni zaman fast food, zaman junk food, zaman minum 3 in 1,zaman rx water, zaman siber, zaman paper orang dah malas baca...yang menatap paper hanya orang2 armstrong....zaman penuh pancaroba...zaman sekarang zaman my name is khan...i'm not a terrorist...tapi anak2 orang Islam satu Malaysia disini semakin besar semakin ganas.

' Ada yang bunuh mak, ada yang bunuh bapa, ada yang tikam satu keluarga sampai mati, buang anak sana sini, tak cukup dibuang, didera disiksa sampai menutup mata. Buang ayah tepi jalan pun ramai, merompak mencuri sudah tak terhitung lagi...minta duit berjuta2 ngan bapa....bapa tak bagi tikam sampai mati....rasuah judi dan arak dah jadi darah daging...anak2 remaja sibuk dengan clubbing...ramai giler warga emas orang melayu dihantar kerumah orang2 tua.

Penghuni penjara dan pusat2 serenti penuh dengan orang2 melayu.

Nabi berpesan didik anak ikut zaman....di akhir2 zaman sekarang pemimpin asyik bertelagah nak tongkat langit.

Jahat orang sekarang hasil ciptaan pemimpin yang mengganas sejak dari zaman berzaman.

Sampai masa nanti jangan lupa semua warganegara malaysia yang cukup usia;

' Mari lah mari...pergi mengundi...jangan lupa kewajipan pada negara...fikirkan lebih dulu dengan akal bistari sebelum membuang undi yang dihargai'

Dulu lain sekarang....sekarang lain

Pun begitu suaranya tetap sama. Ceria menyambut kedatangan hamba, Lamanya tak jumpa. Lantas dia mencari cermin mata. Nak tengok muka dekat2...laluku nyanyikan lagu,

' aku masih seperti dahulu.......'

'eeii lainlah, sapa cakap sama...dulu tak bertudung...'

' Dulu lain, sekarang lain, dahulu bujang sekarang dah kawin '

Berderai kami berdua ketawa gumbira...sukanya jumpa kakak zaman muda2...kakak yang mengajarku banyak benda tentang hidup. Dah uzur nampak kak N. Fizikalnya sudah tak sihat...mental tetap hebat...ceria bercerita zaman muda2. Suara kak N menyinari hidupku semula. Dia ajarku serba sikit menjahit dan mengkait yang sememang bukan kegemaranku. Dapat juga disiapkan satu nak sebai kat bahu bila sejuk dan bila demam tak kebah2.

Pakar masak sudahlah pasti...masak makan dihujung jari...dek kerana asal usul kak N dari cina Kuantong nun dari tanah besar Cina...kebersihan dijaga begitu rapi...luar biasa bersih dan adakalanya merentap hati kawan2 yang seangkatan dengannya yang tidak berapa peka untuk jadi bersih...tambahan pula rakan2 yang melayu jati yang terkenal dengan pemalas dan pengotor...belajar dari kebersihan orang lain apalah salahnya dalam menimba ilmu dunia. Bersih itu separuh dari iman.

Semalam aku bersama Normah Bux. Tuan tanah tempatku berteduh ketika mula menjejakkan kaki di kuala lumpur. Menumpang sewa dirumah mak saudara kak N yang tak pernah kawin sehingga menutup mata pada 2003. Kini kak N mewarisi harta peninggalan pusaka kak minah. Masa hayatnya aku tetap menziarahi kak minah, insan berhati mulia yang rasanya tak pernah melakukan dosa2 besar sekadar meleteri kami yang seperti anak2nya sendiri. Mengadu domba tentang nasibnya yang tiada siapa yang sudi datang meminang. Keinginannya untuk berkawin tak pernah padam, sentiasa ada biarpun ketika itu usianya sudah melebihi setengah abad.

Banyak album kenangan pahit manis bersama kak minah tersimpan dilipatan hati. Yang pahitnya kak minah terlalu bersih tak terkata. Kadang2 dia yang seperti tak mandi2, membersih rumah tak henti2. Habis dikerah kami semua, bergotong royong membersih rumah. Yang nak marah tu, anak kecil kak N yang di jaga sedari kecil, jadi mandor. Dalam marah kami tetap bergurau senda melayani kerenah orang tua. Cerita kg. baru ketika tragedi 13 Mei, kak minah sorang2 diri dirumah kayu yang besar lagi menggerunkan siapa saja untuk menginap disitu. Bagi kami yang seperti kata en. sabri rebus tak empuk sememangnya pengalaman bersama kak minah sesuatu yang sukar dilupakan. Setiap pagi Ahad, kami diarahkan oleh kak minah untuk menemani kak minah ke pasar chow kit. Awal2 pagi beca yang ditempah sudah setia menunggu diluar pintu.

Aku yang kerap menemani kerana kononnya kami berdua begitu serasi. Ye lah tuu... Mendengar dia bercerita, berseloka aku yang paling muda rasa gembira....sedang yang lain malas bicara. Kak minah anak yang bongsu. Dia dihadiahkan rumah pusaka itu hasil sepakat adik beradik. Kak Minah penjaga setia pusaka ayahanda. Kini rumah kayu kak minah tiada lagi. Dia sempat tinggal dibanglo mewahnya hanya untuk beberapa tahun sahaja. Kak Minah tetap tak berubah biarpun rumah sudah diubahsuai dengan jutaan ringgit...dia seperti kadam dalam rumah sendiri.Mencuci membasuh tanpa henti. Lap sana lap sini...bilik airnya yang cantik hasil buatan barang2 import langsung kak minah tak guna....balik2 kak minah mandi kat ruang bilik mandi didapur yang dikhaskan untuk orang gaji padahal kak minah jadi orang gaji dirumah sendiri. Sejak kami berempat pindah dari situ, dia tak pernah sewakan untuk orang lain....pernah dia cuba katanya tapi tak sampai sebulan orang tu pindah....sah orang tu cabut lari sepertimana kami idamkan dulu....tapi tak sampai hati....sempat juga melewati usia lebih setahun bersama kak minah....jalinanku bersama kak minah tetap kekal sampai bila2.


Kali terakhir ku kunjungi kak minah bersama kak Rohani...kakak kandungku yang sama2 menumpang disitu. Kenangan paling istimewa ketika kakakku kawin, kak minah dengan rela tanpa diminta. dia meminjamkan seuncang barang2 kemasnya yang lama disimpan untuk perkahwinan sendiri. Sayangnya hajat kak minah tak kesampaian. Tersentuh hati kami dengan budi baik kak minah. Bagi yang tak minat apatah lagi yang meluat dengan gaya dan suara serta pakaiannya yang ala2 nyonya mansor dalam ibu mertuaku, sudah tentu tak dapat menyelami hati budi anak dara yang lanjut usia ini.....tak kenal maka tak cinta. Terima kasih tak terhingga pada bonda tercinta yang dalam diam2 bonda menyusuri kg. baru mencarikan rumah sewa untuk anakanda. Hasilnya kami bertemu kak minah. langsung berkenalan pula dengan kak N yang sudah ketentuan Tuhan berada ditempat kerja yang sama.


Al Fatihah buat ayahbonda di pagi Jumaat yang mulia ini, juga pada kak minah dan tak lupa buat kak Bainun yang diceritakan kak N semalam yang wajahnya kak Bainun seumpama bidadari ketika dikafankan. Walaupun kita tak pernah melihat bidadari tapi kecantikannya luar biasa tak sama semasa hayatnya dulu....putih memancar seperti sedang tersenyum....begitulah gambaran jenazah kak Bainun. Pernahku catatkan entry khas untuk kak Bainun bagi merakamkan keistimewaan khusus wanita ini....kak Bainun antara wanita yang istimewa pernah ku temui.


Kita sedang mengembara dalam hidup ini....apa yang tinggal bila pengembara sudah tiada lagi didunia....buah tangan apa yang pengembara bawa bila kembali untuk bertemu Allah.


Al Fatihah!!!


Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah....banyakkan menyebut nama Allah dihati sorang2 diri nescaya Allah ingat pada kita bila berada di khalayak ramai. Bila kita ingat pada Allah dalam khalayak ramai, Allah akan ingat pada kita dikhalayak yang lebih baik lagi.

Thursday, March 4, 2010

Benci kerana Allah....

Era Mahathir.Orang melayu mula berubah arah bila jam mahathir ubah. Mahathir berani tentukan masa sedang masa hak mutlak Allah. Dia ajak orang melayu supaya tak lesu. Mula berpagi2 seperti anak2 cina.

Kerajaan mula guna punch kad, kononnya seperti nak senangkan kerja2 para malaikat. Sedangkan kakitangan kerajaan tu sendiri bekerja dah ala2 para malaikat. Jujur dalam diri sendiri. Kaedah baru itu meniru orang2 maju yang tak percaya pada diri sendiri. Bila mesin lebih dihargai jadilah orang kerajaan seperti kuli batak.

Akhirnya Mahathir jadi kuku besi . Memerintah ala2 Nazi. Quran hadis tolak tepi. Para ulamak berdiam diri, Pakar2 motivasi lebih dikagumi. Buat duit dengan ilmu falsafah. Manusia bila berkuasa terlalu lama, mula lupa pada fitrah diri. Orang kata Mahathir terlalu bijak. Kembalikan kebijaksanaan itu pada Allah. Yang bijak tu anugerah Allah tapi musuh nyata dalam diri adalah nafsu tu sendiri yang mula besar diri...besar kepala bila ramai yang memuja. Bermegah2 konon tanpa Mahathir takkan membangun kita ni lagi. Masih seperti katak dalam tempurung.

Apa guna membangun serentak dengan meruntuhkan nilai murni budaya rakyat melayu. Mahathir juga ajar rakyat derhaka pada raja. Ubah tu ubah ni...last2 rakyat dan raja bergaduh sesama sendiri. Mahathir cuci tangan cuci kaki. Jangan lupa Allah jadi saksi, jika niatmu murni, jika niatmu suci membawa UMNO berbakti kerana Allah...tentu UMNO tetap pilihan hati orang2 melayu!

' Dulu, kini dan selamanya.....'

Keranamu Mahathir keranamu khinzir tukar jadi babi ,keranamu polis tukar jadi anjing, orang kerajaan jadi lembu, hakim jadi hambamu yang hina, raja tak berdaulat, cina jadi tuan, india jadi hantu, melayu jadi paria semuanya gara2 Mahathir naik takhta terlalu lama.

Paling hina bila air anugerah terbesar Tuhan pun mahathir swasta nak bagi tanda harga tinggi sedang air nilai murni qaseh sayang Allah. Banyak lagi agensi kerajaan diswastakan. Kesian kat gomen nak kena beli stem. URUSAN SERI PADUKA BAGINDA sudah tidak berharga.

Air dan minyak anugerah semula jadi Allah pada bumi bertuah. Bala mula menimpa bila pemimpin berlumba2 labakan khazanah Allah.

Aku bencimu wahai mahathir kerana Allah. Mudah2an Allah bagi kekuatan pada rakyat jelata yang dizalimi tanpa henti....ampunkanlah hambamu ini ya Allah! yang tak daya melihat Mahathir berkuasa lagi...tiada istimewanya dia dimata kami selain dari dia juga manusia biasa tak lari dari melakukan dosa dan kerosakan dibumimu ini...Ampunkanlah Mahathir wahai Allah.

Seperti dalam lagu;

' Kita sama semuanya sama...apa yang ada hanyalah kehidupan'

Bagi negara yang ciput ni, air diberi percuma lebih bermakna untuk rakyat dari pembangunan yang mega2.

Kan elok dinaikkan harga garam.

Macamana rasanya hidup kalau tak bergaram.

Macamana rasa airmata....tanya Mahathir.

' Kita harus pandai membenci kerana Allah supaya kita bijak bercinta kerana Allah'



Surat kabar lama...

Dulu2 baca surat kabar wajib. Cerita menarik. Penuh dengan ilmu.

Sekarang ini tiada lagi. Cerita2 sekarang hambar. Muncul era maya yang lebih berharga, lebih bergaya menarik, tertarik menawan remaja hingga leka.

Begitu juga dengan nostalgia kenangan lama yang mengusik jiwa, yang menyentuh kalbu, yang membakar jiwa, menyemarakkan hidup.

Yang ada kampung halaman, tersimpan memori kenangan silam yang tak pernah padam.

Yang hidup bagaikan pengembara, bermusafir kelana semua cerita terhimpun didada,

Supaya tak hilang segala cerita2 lama

Lalu diukir dalam lukisan

Ditambatkan hati dengan puisi

Ada yang berlagu merdu

Segala perasaan dirakam dalam tulisan

Agar tak hilang segala kenangan

Tak henti disitu saja segala cerita penglipur lara, segala gelora cinta asmara, cerita suka dan duka...segalanya sungguh bererti. Dalam senyum dia menangis, dia ketawa bila berduka. dia hidup dalam sandiwara..seperti aku dia dan lagu.

Orang dulu2 menyimpan segala khazanah peristiwa dalam kepala. diulang2 cerita pada anak cucu sampai jemu. Caranya munkin benar....apapun tempatkanlah rahsia cerita dan rasa cinta menjadi lagu agar tidak jemu2 ataupun jadikanlah buku sumber rujukan alam atau juga dalam tulisan tanda kenangan. Yang sebenarnya cinta tak boleh ditempatkan dimana2 apatahlagi dibiarkan bersemadi kerana cinta takkan mati biarpun jasad dikandung bumi.

Takkan ku biarkan segala cerita berlalu pergi begitu saja.

Leganya hati bila berada dimaya ini.

Kiniku sedar harga cerita surat kabar lama.

Tuesday, March 2, 2010

Ku petik bintang2...

' Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu ( ujian dan cobaan ) seperti yang telah berlaku kepada orang2 yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kesusahan, harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan dengan ancaman musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang2 yang beriman yang ada bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Katakanlah; sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat'


( Al Baqarah: 214 )


' Tiada di timpa musibah melainkan dengan izin Allah. Barangsiapa yang beriman kepada Allah, diberikan hidayah pada hatinya. Allah Maha Mengetahui tiap2 sesuatu'


( At Taghaabun : 11 )

Matahati yang menyinari

Sungguh akal yang menyimpan jutaan sumber ilham. Ada satu lagi kelebihan yang ada pada manusia yang dikurniakan Allah bagi menguatkan akal fikiran.

Matahati.

Nabi bersabda;

' Mintalah fatwa dari hatimu, kebaikan itu adalah apa2 yang tenteram pada jiwa dan tenteram pula pada hati. Dosa itu adalah apa2 yang syak didalam jiwa dan ragu2 didalam hati'

Terangkan matahati selalu dengan zikrullah. Biarpun berada dalam kegelapan malam, karam ditengah lautan dalam, cahaya matahati terus menyinari malah semakin cantik dan berkilau.

Bila dihimpit kesusahan, terasa semakin tinggi ujian Allah maka semakin terangnya matahati menyuluh rahsia hikmah disebalik ujian hebat ini. Segalanya menambahkan keyakinan pada Allah dan bersyukur kerana berupaya menerima tekanan yang melanda jiwa dengan berlapang dada.

Ada banyak lagi kisah2 sedih yang mematangkan hidup kita. Segala pengalaman menjadikan kita lebih dewasa dari usia. Membuka makna yang matahati itu bersinar pada wajah2 yang redha, wajah2 yang ceria gembira dan menerima apa saja ketentuan Tuhan.

Kata kunci pada matahati.

Berzikir, Berfikir dan Berikhtiar tanpa rasa putus asa.

Betapa ajaibnya sentuhan Tuhan pada matahati agar terus menyinari.

Musibah diibaratkan hilangnya sebutir bintang. Bukankah ada lagi berjuta2 bintang yang masih berkilau.

Sambil merenung bintang dilangit, terbit rasa rindu pada dia yang berlagu;

' Ku petik bintang2....biarpun banyak halangan...'

Selasa yang indah bila segalanya terlerai sudah.

Apabila...

Terkenang pada nasib adik Syafiah yang meninggal dunia akibat didera dan disiksa...hiba rasa hati....betapa sakitnya arwah tidak terkira...menderita begitu lama....siapakah yang peduli !

Apabila anak2 dididik dengan kasih sayang, dia belajar menyayangi.

.....Anak2 dididik dengan kekerasan, dia belajar bercakaran, melawan dengan kekerasan.

.....Anak2 dihormati, dia membesar jadi insan berbudi, bila anak2 dikeji, dia belajar mencaci dan tidak menghargai.

.....Anak2 dibohongi, dia belajar bersikap dolak dalik lalu membesar jadi manusia yang putar belit.

.....Anak2 diajar berdikari, dia belajar membina jati diri.

.....Anak2 tidak dipeduli, dia jadi keras hati , menyendiri dan sukar dimengerti bila besar nanti.

Begitulah fitrah pendidikan dalam diri manusia.

Kita boleh membaca tingkah laku kita sendiri dalam peribadi anak2.

Siapa bersalah bukanlah soalnya. Lihatlah dengan matahati kenapa semua ini boleh terjadi.

Syafiah didera dan disiksa sehingga menutup mata.

Kesalahan mutlak tetap pada ibunya lantaran itu si ibu patut direjam sampai mati.

Seterusnya kita kembali meletakkan kesalahan pada keluarga, pada masyarakat dan tentunya pada pemimpin negara.

Peliknya bila menteri wanita Sharizat A. Jalil sendiri sibuk ajukan pertanyaan pada pemberita;

Di mana bapa? bapanya mana ?

Sampai kiamat pun takkan selesai bila suka menuding jari tambahan pula dari para pemimpin sendiri yang seperti meludah ke langit.

Rujuklah pada cerita para sahabat;

Ketika saiyidina Umar bertelagah dengan bekas isterinya Jamilah tentang hak penjagaan anak kecil mereka. Saiyidina Umar berpendapat dia lebih berhak membesarkan anaknya agar dewasanya nanti menjadi insan yang di segani lagi dihormati. Bila tidak dapat menemukan kata putus, mereka lalu menemui Saiyidina Abu Bakar untuk memberikan kepastian lalu Abu Bakar membuat keputusan tanpa mengira hubungan persahabatan.

' Serahlah anak kecilmu dibawah jagaan ibunya kerana siibu lebih berhak dalam soal belaian dan kasih sayang serta ciuman ibu lebih diutamakan bagi anak2 kecil'