Saturday, December 26, 2009

Secret Recipe

Apakah ada ramuan rahsia dalam masakan???

Sesungguhnya tiada rahsia melainkan keikhlasan.

Ramuannya dilengkapkan dengan Ikhlas.

Mak masak sedapppp....sebab mak masak dengan ikhlas.

Rezeki jadi berkat...mak bapa bekerja dengan ikhlas.

Rumahtangga aman bahagia,rukun dan damai...dijamukan dengan hasil keringat yang ikhlas..

Tentu negara aman dan makmur bila yang memimpin berbakti dengan ikhlas.

Terlalu banyak berahsia antara kita membuat segala2nya tidak aman dewasa ini.

Kita mulakan...dari saat ini....dari perkara yang kecil2 dan dari dalam diri kita sendiri.

Luruskan niat.

Untuk apa aku diciptakan...ke mana kita akhirnya.

Tersingkaplah rahsia diri

Bukankah seronok bila kita kenal diri sendiri, kita akan menyayanginya sepenuh hati lalu percikkan rasa cinta itu untuk dikongsi.


The power of love is
to live is to learn
to learn is to love
to love is to share
n of coz sharing is caring....our secret recipes.

Friday, December 25, 2009

Yang indah itu bahasa...Bahasa Arab..Bahasa Nabi...Bahasa Quran..Bahasa Syurga

Puji dan syukur kembali kepada Allah yang masih memberikan modal nyawa untukku berniaga hari ini.
Ya Allah ! Ya Allah ! Ya Allah! sebutlah Dia banyak2 pada hari penuh keberkatan ini.

Ustaz yang berjuang di Afghanistan ini menegaskan:

' Orang Cina awal2 pagi dah tunggu depan pintu bank....berebut2 berurusan tentunya soal2 duit. Kita orang melayu ni apalah yang ada nak kita simpan..nak main saham jauh sekali...dah tu nak buat apa kita hidup...macam ni lah! ! Allah bagi modal nyawa untuk kita berniaga...kita masih boleh berniaga dengan Allah bahkan pahalanya berlipat kali ganda...kita boleh menyimpan saham untuk akhirat..di waktu2 sepi orang berselimut...kita bangun tempah syurga...mengira2 apa yang kurang dalam diri...berapa banyak dah aku bersedekah amalan hari ini untuk mak bapa...kita zikir banyak2 seolah2 kita sedang menanam pohon2 syurga untuk dinikmati anak cucu kita nanti...berapa Qul dah aku baca...semakin banyak kita mengumpul kita dapat rasa yang kita semakin kuat dari hari ke hari...kita tetap kuat untuk hidup'


Cukuplah rasanya jika hidup ini jadi papan tanda. Pesananku pada anak2 cucu seandainya sesat di perjalanan sehingga hilang arah tuju dan adakalanya jika sepi menghantui kunjungilah lamanku ini sekali sekala. Sekadar menghilangkan penat dahaga.

Sesungguhnya aku benci melihat orang yang ala2 alim...cakap macam beragama sayangnya tak sanggup menerima hakikat ketuaan dengan rambut yang penuh uban...selagi di cat rambut itu usah bicara tentang perjuangan dan keadilan. Cemburu pula hati ini pada Ustaz Tee dan Ustaz Ravi yang faseh berbahasa Arab...nak belajar rasanya akukah yang terlewat...laluku hantar pelitaku ke Sekolah Arab...menyambung nikmat.

Kita kena pandai membenci baru kita bijak mencintai.

Kata Ustaz lagi:

' Orang sekarang nak hadiahkan Fatihah kat mak bapak sekali pun susah..'

Aku anggap itu booster dari ustaz untuk mengukur amalan supaya tidak lupa pada ibu bapa walaupun mereka telah lama pergi meninggalkan kita...ibu bapa adalah wali keramat yang menemani dalam diri andainya anak2 tak lupakan dia....sejak itu bukan saja sekali bahkan berkali2....malahan adakalanya sampai beratus2 kali...memberikan kita satu nikmat bahagia yang terhitung dek akal bila mana kita telah menyempurnakan tuntutan.

Di ceritakan juga, orang2 yang dah mati ni seolah2 ditempatkan didalam gua yang gelap gelita. Ternanti2 saban hari hadiah2 amalan dari anak2...seperti kekasih yang menantikan surat cinta yang tak kunjung tiba...malaikat datang membawa uncang kabar gumbira...lalu kilauan cahaya pun menjelma seketika...bayangkan jika mak bapa kita yang sedang menanti? Bukankah pilu rasa dihati???

Al Fatihah.

Kelebihan agamaku hanya ada satu bahasa dalam solat yang tidak kita jumpa di mana2 agama.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Paling sedih bila ada orang melayu tak mampu terjemahkan makna melayu dalam dua kalimah syahadah.

Apalah sangat BI tu...BInya jadi hebat bila orang melayu itu faseh berbahasa Arab.

Dekatilah insan pendiam yang hebat wahai anakku untuk mengutip ilmu hikmah diam.

Thursday, December 24, 2009

Relung cahaya

Di usia emas ini, kita kena sekali sekala ber'uzlah. 'Uzlah bukan saja menenangkan Qalbu bahkan kita berpeluang mengembara dalam renungan.

Kalaupun diusia ini tak mampu jadi emas sepuluh, emas 916 pun sudah tinggi mutunya.

Berjauhan dari silau dunia.

Makin kita turut serta pada arus perdana tak munkin kita ketemu Dia.

Manusia khususnya orang melayu cukup gemar bersengketa, buruk sangka hingga tiada berkesudahan.

Andai yang berusia emas ini pun tidak mampu mententeramkan suasana. Bagaimana nasib anak cucu kita masa depan. Kembalikanlah maruah bangsa.

Masing-masing  berlagak muda seakan penuh ilmu didada, padahal jauh ketinggalan dengan tipu muslihat dunia. Tercari-cari makna hidup ini untuk siapa dan akan kemana. Berpesan-pesan dengan kebenaran,

' Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku cahaya, pada penglihatan ku cahaya, pada pendengaranku cahaya, dari kananku cahaya, dari kiriku cahaya, dari atasku cahaya dari bawahku cahaya, dari hadapanku cahaya dari belakangku cahaya. Jadikanlah pada diriku cahaya dan besarkanlah bagiku cahaya.'


Amalkanlah selalu doa ini khususnya selepas membaca Al Quran.

Jangan jadikan rumah seperti tanah perkuburan.

Home is where the heart is.

Friday, December 18, 2009

Ketenangan itu Fatamorgana

Ketenangan sumber paling berharga buat hamba2Mu.


Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu..

( Asy Syams : 9 )


Beruntung kita bilamana Hijrah tahun ini jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari. Kunci pada ketenangan...kelebihan yang ada disyukuri, kekurangan yang ada sama2 kita perbaiki.

Thursday, December 17, 2009

Ayat Seribu Dinar

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah ( dengan mengerjakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA ) nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar ( dari segala perkara yang menyusahkan ) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya..Dan ( ingatlah ) sesiapa yang bertawakkal(berserah diri sepenuhnya ) kepada Allah maka Allah mencukupkan baginya ( menolong menyelamatkannya ). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNYA. Allah telah menentukan kadar dan masa berlakunya tiap2 sesuatu.

Al- Thalaq : 2-3

Selamat Menyambut Maal Hijrah esok. Sambutlah Muharam dengan berpuasa. Jangan lupa berdoa sempena tahun baru ini di akhir waktu Asar dan selepas Maghrib. Mudah2an Hijrah kali ini lebih bermakna buat kita semua.


Sunday, December 13, 2009

Bermulanya disini....

Bila dengar bos berucap...masing2 rasa terhina.

Kita kena dengar disudut positif. Bos always right sebab dia dah jadi bos. Dia boleh cakap apa saja ketika dia di atas.

Jadikan suntikan semangat...kalau kita nak anak2 kita berjaya didunia dan diakhirat...cakap pun kita kena berlapik. Hidup ini seperti roda.

Terkenang kembali pada bos yang mendabik dada.

Bercerita dengan megah macamana dia boleh masuk universiti...alahai bos...macamlah bos sorang ja yang masuk U...patutnya bos kena cerita macamana susahnya nak sampai kesini...ayat itu lebih baik nadanya. Kesian juga lihat bos seperti ini yang dok syok sendiri.

Biarkanlah....namapun bos...Lamanya bos berucap.

Tanpa bos sedar ada anak buahnya yang dibawah lebih hebat dalam soal memberi pendidikan.

Ke enam2 anaknya masuk universiti....pendek kata anak2nya ada di mana2 saja. Jepun,Korea, New Zealand, UK, German.

Apa petua sarjan bela anak2 sampai berjaya macam tu.

' Apa pun kita kena jaga yang sulong betul2. Biar dia jadi contoh baik pada adik2 dia. Kepala dah elok, gerabak senang nak ikut. Silapnya orang sekarang ni saya tengok suka lebihkan yang no 2 atau dengan yang bongsu. Tak kira abang atau kakak itulah permulaan pada pendidikan yang baik'

Ternyata ilmu itu membuahkan hasil bagi yang mahu mengutipnya dari hanya seorang sarjan yang sudah bersara.

Bos apa ada???

Bos punya kelebihan dengan nama. Nama Bos Darussalam.

" Saya suka nama tuan, lain dari yang lain....tandatangan tuan pun hebat...tentu ada maknaa'

' Betul tu...saya dulu amat tak suka nama saya...malu dengan kawan2 masa di U dulu...nama gah macam negara Brunei Darussalam....tapi sekarang tak lagi...saya berterima kasih pada ayah saya yang memilih nama hebat ni...tandatangan??? Memang ada makna...cantuman nama saya dan isteri...dia segalanya bagi saya sebab saya tak pernah bercinta...saya cinta selepas kawin'

Masing2 punya seni tersendiri...bila mengenalinya dengan lebih dekat ada kelebihan juga pada bos ini...manusialah kata kan...mana ada sempurna!

Sedih juga bila bos bertukar....penggantinya anak pak manap...yang penuh misteri.

Tak faham dari mana mulanya terbit permusuhan ini, tup2 bos lama dan bos baru seperti anjing dengan kucing.

Al Kisah Datson Driving school

Orang sekarang dah tak kenal datson yang mana satu.

Dah lama tak jumpa Saleh pemilik kereta datson driving school.

Ada cerita yang nak di kongsi tentang Saleh.

Salleh orang biasa. Ke mana saja Saleh dengan kereta datson. Saleh sayangkan Datson. Anak2 Saleh 5 lelaki yang lastnya perempuan. Anak hujung Julai kata orang tua2.

' Budak2 sekarang bukannya senang nak suruh belajar. Di sebabkan nak bagi depa belajar aku tak nak tukar kereta. Aku dok pikir hari2 macamana nak bagi pakat2 belajar. Aku dapat akal. Aku cabut wire t.v. Bila tv rosak aku kata aku tak mampu nak baiki. tu pasai kereta aku ni buruk tak berganti '

Hiduplah si Saleh anak beranak tanpa tv. Isterinya seorang guru. Walaupun sedih tapi dia faham.

Sorang2 anak Saleh dapat 5A.

' Bila hantar anak2 balik asrama hang nak tau, semuanya masam berkerut,malu naik kereta aku. Maklumlah sekolah asrama sekarang mak bapak pakat pakai kereta hebat2. '

Bila jumpa Saleh baru2 ni, aku tumpang bahagia melihat Salleh masih seperti dulu.
Anak2nya 2 orang ada di Ireland, medical student. Yang no. 3 ada di UK belajar engineering, satu di IPTA yang sorang lagi di Asrama Penuh...biasalah yang hujung Julai masih di sisi..
Sekarang ni Saleh tak guna Datson. Dia ada kereta sewa yang dia pajak untuk bawa ke pejabat.

Sambil menyelam sambil minum air. Bekerja 2 dalam 1.

Semakin tinggi anak2 Saleh.

Saleh tunduk berisi..

Saturday, December 12, 2009

DOA PEMUDAH

Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau menjadikannya mudah...Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila Engkau kehendaki ianya mudah.

Harapkan pagar...pagar dah tak de duri...

Semua marah dengan peragut...meragut tu kan kerja mudah.

Sama taraf dengan orang kerajaan yang hidup dengan rasuah.

Punca jadi peragut sapa pun tak nak kisah.

Adakah patut mereka menerima hukuman mati???

Serupalah juga dengan pembunuh...perasuah dan segala macam kejahatan yang sewaktu dengannya.

Pencetus pada pembunuhan dan segala jenis kejahatan siapa pun tak dapat kesan.

Takkan tiba2 saja tanpa alasan...orang nak membunuh.

Begitu juga dengan meragut.

Tanda negara semakin parah menanggung kuman2 yang rakus merebak.

Kerajaan bertanggungjawab.

Kerajaan yang buat hukum kena arif, jujur dan amanah..memegang janji dengan Tuhan bukan manusia.

Ketua Kerajaan dah hilang gigi tinggal gusi.

Bila politikus lebih berkuasa...dijadikan kerajaan seperti kandang lembu.

Lembu2 yang dicucuk hidung...kerja lembu meragut apa yang di depan mata...tanpa usul periksa.

Peragut di luar bermaharajalela...lembu2 di atas dah kenyang lena.

Jadi kambing tinggi nilainya...kambing ragut cuma pucuk2nya saja...yang makan kambing hanya orang berani...silap sikit orang kata pening...padahal anti body tu yang tak kuat menerima kekuatan daging kambing.

Muliakanlah semula kedudukan sedang tuan2 dan puan2 dipilih untuk memuliakan ugama, bangsa dan negara.

Pesanan penaja ini untuk anak2 yang bakal mewarisi takhta kerajaan.

Cucu datuk merah...

Bila negara dah hampir goyah...cucu cicit tok guru pun payah nak baiki labu.

Lagi lena dibuai mimpi bila jin hadir di sisi.

Lalu di nyah turun takhta.

jangan dilayan cucu cicit tok guru macam tu.

dia pun ada tempias2 keramat nenek moyangnya.

Sekurang2 nya dia dah dapat membetulkan akidah jin.

Sayu juga memandang bila dia hanya duduk dibarisan belakang dalam persidangan yang pakat dok seronok sama sendiri.

Abdullah anak badawi.

Stress among doctors....

Ramai dr. stress..lebih2 lagi dr. kerajaan.

Apa tidaknya...bertahun2 service bayar hutang pun tak habis lagi...macamana nak buka klinik sendiri.

dah sepuluh tahun kerja...gaji semakin susut...ditambah dengan belajar yang bertahun2 tak setimpal dengan gaji yang dapat.

Dr. mula stress.

Muka berkerut macam cuka...sentuhan dah tak jadi azimat buat pesakit.

Inilah padahnya bila pilih Dr. suami isteri jadi PM.

Apa dr. kata semua betul..bini pun dr. jugak..tu yang payah.

sama2 kering hati...dah etika dr. kena macam tu...tak de belas kasihan.

Anak2 dr. MAHA cantuman nama megah milik Allah tu pun tak nak jadi dr.

potong sana..potong sini...tanam tulang ambik body...dr buat semua betul...sapa pun tak berani halang....sampai negara jadi parah.

Bila rakyat buka mata...nak ikut jadi kaya.

Dr. MAHA pun terbeliak biji2 mata.

Nak bagi tahu...jangan ikut akuuuuu!!!

Aku anak paria.

Yang hadir untuk mencetuskan semangat.

Orang Melayu Paria???

Jangan marah!!! Mengaku sajalah...bangsa kita dah jadi paria di tanah air sendiri...

Sapa paria sekarang? Tanya seorang India pada seseorang yang ala2 melayu...

Kerja2 yang paria buat dulu semua dah di monopoly orang melayu...

Pekerja2 indah water...sabit2 rumput2 dan turap2 jalan tengah2 hari rembang...orang melayu dah memenuhi ruang....

ada hampa kisah???

orang2 kerajaan banyak orang2 melayu...bila melalui jalan2 berliku tentu nampak senario ini semua.


Tak apalah...bekerjalah apapun asalkan halal...


Paria pun paria lah...

Thursday, December 10, 2009

Berani mati

Paling mendukacitakan bila anak2 lelaki aku dah mula merokok...

Mulanya sorang...kini yang aku yakin dia sewangi raihan juga dah berjinak2 dengan rokok...

Apalah dayaku selain dari merelakan...

Tak boleh nak marah2...dia dah dewasa untuk buat pilihan...

Satunya lambang anak2 melayu yang berani mati adalah dengan merokok.

Itu saja senjata yang ada dalam menangkis godaan dunia...kononnya!!!

Lambang batu nisan pun di kotak rokok...hisap tetap hisap.

Jangan salahkan kawan2...diri sendiri yang tak daya nak lawan arus perdana.

satu lagi produk keluaran baru hasil orang miskin.

Paling ramai merempit dan menghisap rokok adalah bangsa melayu.

Bangsa berani mati

Kelemahan mendorong kekuatan

Bila sakit...kita mula jadi lemah...tanpa sakit juga kita takkan kenal kekuatan kita di mana.

Dengan sakit manusia boleh berubah bahkan boleh menarik lebih ramai lagi orang2 di sekelilingnya untuk berubah.

Berubah menjadi lebih baik.

Patutlah ada lagu

'Kepentingan sendiri...tidak diingini.....bahagia kekasih...itu yang di hajati...berkorban apa saja...harta ataupun nyawa...itulah kasih mesra...sejati dan mulia'

Di himpunkan segala rahmat yang dapat bila sakit lalu mendorong membina semula kekuatan.

Sakit jadi nikmat.

Jangan mengeluh bila sakit...rahmat dari Tuhan untuk kita beristirehat.

Aku mengingatkan diriku dan insan2 yang sedang sakit.

Gender tu apa ekk!!!

Semua bercakap tentang gender...kementerian pembangunan wanita paling sibuk dengan isu gender.

Gender itu Qarin.

Tak perlu nak jadi lembut lembai hanya nak tunjuk yang naluri jiwa lelaki ini ada unsur2 betina...
dan tak perlu juga bagi perempuan ini bersikap kasar hanya nak tunjuk yang dalam diri tu ada unsur2 jantan

Hakikatnya lelaki tetap lelaki dan perempuan tetap jadi wanita.

Dalam lelaki naluri keibuannya tersembunyi...lembut dan menawan sukma.

Dalam wanita naluri kebapaanya tetap ada..sentuhannya yang mengikat...

Lebih sedih bila ada yang sanggup tukar jantina untuk membuktikan betapa mulianya jadi wanita bersemangat waja...cintakan keluarga, bangsa dan negara.

Qarin yang membezakan manusia...jadi didiklah Qarin untuk kenal siapa tuannya...dengar cakap tuannya lalu tunduk menghambakan.

Masalahnya ramai yang terbuai oleh qarinnya sendiri yang sifat qarin memang membahayakan..

Sebelum melangkah jauh berpesanlah pada Qarin.

' Tidak takut tidak gentar...Allah ada bersama '

Masih jelas dalam ingatan ketika seorang YB wanita dari Kem. Pembangunan Wanita membicarakan soal gender dalam program wanita hari ini.

Tidak lama selepas itu...keluar cerita di akhbar yang YB ini di ceraikan dengan talak 3...kata suami YB dalam mahkamah.

' kalau ada talak yang lebih 3 pun saya nak ceraikan dia...'

Sama2lah kita ambil iktibar pada kejadian ini.

Mak bapa yang lebih tahu nak produce gender anak2 mereka.

Donald Trump vs Donald Duck

Yahudi memang diberi kepandaian luar biasa untuk kita merenung nikmat Allah.

sayangnya manusia bermegah dengan kehebatan Yahudi...nak jadikan idola sumber inspirasi.

Sumber kekuatan menguasai bangsa dan negara.

Nabi pesan tuntut ilmu sampai ke negeri cina...bukan pesan belajar cara Yahudi.

Allah mengutuk sedang manusia mengagumi Trump...Donald itu tak ubah seperti the ugly duckling.

Naik loya rasa bila suratkhabar sibuk menyajikan anak2 melayu yang teruja pada kata2 trump...nasihat2 trump.

Belajar berniaga kacang putih dan surat khabar lebih mulia...untung dengan beberapa sen
saja sehari, si penjual dah beberapa kali boleh balik menjenguk saudara2nya di India.

Dua kali lima..5 x 2

Selagi namanya pun manusia tidaklah sempurna.

Bila terdengar AKJ berkata2 di Awani.

' sebaris ayat dari seseorang saya dah dapat kenal orangnya...'

Waduh2 hebatnya dia...terdetik dihati ingin mendekati insan ini untuk meneroka dan menimba sejauh mana ilmu yang dia ada.

Untuk mengenalinya lebih dekat...aku menjinak2kan diri melayari laman blog beliau yang ternyata dilewati berjuta pengunjung.

Aku mengintai2 dicelah pelangi indah ini.

Aku dekati dengan izin.

Alhamdullillah.

Seperti kata Aznil...aku kunci lirik ini dengan:

' Kita sama semuanya sama..apa yang ada hanyalah kehidupan...'

Orang tua2 pun dah pesan...cakap kena berlapik...takut kena timpa batang hidung sendiri.

Apa dihitung budi ditabur
kalau tidak berhati luhur
segunung intan jatuh bertabur
tanda manusia dah mula takbur

Tuesday, December 8, 2009

Timang Tinggi-tinggi

Dulu-dulu orang lama mendodoikan anak sambil berlagu.

Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap...belum tumbuh gigi pandai baca kitab.

Bila sudah mengaji, didiodoikan sambil berzikir sambil tangan menghayun buai.

Apapun masing-masing punya bakat semula jadi dalam mendodoi dan menimang anak-anak.

Teringat hamba pada lagu timang-timang ini.

Katak timang la katak tipong
Katak mandilah ayag deras
Katak timang la katak nak dukong
Katak bayarlah harga pengkeras

Masa dulu, tatkala mak dodoikan girl, hamba tak faham maksud tersirat,
Kini setelah onak ranjau sudah hamba tempuh,
Duka sengsara tiada dapat menghidu.
Rupanya amat berharga lagi bermakna  pada timang-timang ini,
Bukan ringgit jadi taruhan.

Kenapa katak???

Kata orang lama, Abdullah bin Ahmad bin Abdullah, katak yang terawal kejadian Tuhan.

Dalam hidup kita kena berguru supaya tidak tersasar dari landasan.

Pengkerasnya???

Hanya secubit garam, duit 25 sen, segenggam beras dan sebatang jarum.

Makna GuruMati ilmu kerana tak amal, mati amal kerana tak ikhlas...Guru pembuka jalan.

Pemberi atau penerima

' Tangan kanan memberi,sorokkan tangan kiri,derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi '

Semua bercita2 nak jadi pemberi...hina jadi penerima...lalu dihitungkan semua yang diberi satu persatu.

Tanpa menyedari sebelum dia dianugerahkan untuk menjadi pemberi..dia adalah penerima dari yang Maha Memberi..Pemberi segala nikmat.

Saat aku terkenang pada ibu yang hanya tahu memberi tidak pernah menerima.

Sedang aku hanya mampu sediakan teh dan roti bakar untukmu bersarapan.

Terimalah doaku wahai Tuhan yang Maha Mendengar.

Ampunilah hambamu yang tidak berdaya ini.

Orang ikhlas digeruni

Ada benteng yang tinggi yang memisahkan antara orang ihklas dengan yang tidak ikhlas.
Seperti tembok besar negeri cina.
Siapa yang berjaya menembusi.
Tentunya orang itu juga orang yang ikhlas.
Sebabnya orang ikhlas dibenci iblis...apatah lagi manusia2 diluar sana.
Orang ikhlas nikmat dengan amalnya..buat sesuatu bukan untuk di puja puji.
Selalu lupa pada kebajikannya...dan alpa pada pemberiannya.
Kehadirannya menyentuh hati.
Kehilangannya dicari.
Paling dicintai Allah adalah hambaNya ikhlas.

berkata iblis..Demi kekuasaanMU, sungguh akanku musnahkan mereka ( Adam dan anak2nya ) semuanya kecuali hamba2MU yang ikhlas diantara mereka.

( Shaad : 82 & 83 )

Fikir baik..berkata pun yang baik2...hati jadi baik.

Nyonya Mansor

Tak kira majistret,lawyer ke atau ahli muzik...semua anak2 adalah permata dimata emak2 mereka.

Masing2 punya bakat...yang sekolah maupun tidak asalkan ada jati diri yang diukir diatas batu.

Jadinya nyonya mansor tak payah nak susah2 dirikan permata negara...bimbang permata yang diukir diatas air wangi itu hilang serinya seperti nyonya mansor sendiri.

Jadi isteri pm tak perlu lebih sudu dari kuah...tak boleh berdiri sama tinggi duduk sama rendah.

Lepaskan suami untuk jadi pemimpin...jangan sampai terhidu isteri sendiri pun tak dapat pm nak bimbing.

Nyonya mansor kena ingat...anak2 siapakah yang memenuhi pusat2 pemulihan akhlak..penjara2 dan lorong2 gelap kalau bukan anak2 rakyat nyonya mansor sendiri.

Ada Permata yang lebih berharga pada negara iaitu.

Air mata orang miskin.

Setitis mutiara yang gugur hasil kesilapan nyonya mansor....ingatlah!!!

Doa2 permata negara ini, tiada hijabnya dengan Allah.

Sunday, December 6, 2009

Ketika melihat wajah di cermin

'Segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkahku...perbaikilah budi pekertiku...'

Berdoalah selalu ketika memandang wajah di cermin, biar doa ini sampai melekat di hati.

Semakin kita menghargai pemberian ini, semakin teguh iman dihati.

Saturday, December 5, 2009

Rahsia khazanah

Sembahyang itu tiang...puasa itu pintu manakala dinding2 ibadah adalah zikir...pembuka segala khazanah adalah doa...kunci pada doa adalah beristighfar...bersyahadah dan berselawat...bukalah dengan Bismillah...tutupkan dengan berselawat...formula rahsia pembuka khazanah ilmu.

Thursday, December 3, 2009

Amar Ma'ruf Nahi Munkar

' Dan hendaklah diantara kamu segolongan umat yang menyeru pada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang yang beruntung'


Ali- Imran : 104

Wednesday, December 2, 2009

Oh Nonaku Azizah...

' Putih kulit mu pandang tak jemu...manis senyummu...mulia hatimu....'

Aku tujukan khas buat idolaku Wan Azizah...perjuangan seorang wanita tulin di zaman ini yang sukar dicari ganti.

Sepuluh tahun dulu orang hanya mengenali beliau sebagai isteri timbalan perdana menteri..tak pernah sekalipun kita dengar dia berucap di sana sini...sekadar menemani suami dimajlis2 rasmi.

Bila suaminya di pecat..jadi banduan tahanan...dia bangkit bangun berjuang...bersama anak2 yang masih kecil...dengan ditemani rakan2 setia,sokongan ibu bapa dan doa suami...dia mengembara dari satu negeri ke satu negeri...berceramah pagi petang..siang malam silih berganti meraih simpati dan menuntut keadilan.

Samada suaminya bersalah atau tidak...bukan kita jadi penentu...itu urusan dia dengan Tuhan...apapun sekurang2nya dia telah menerima hukuman didunia diatas kesilapannya kata seorang tuan guru...berjabat salam dengan wanita yang bukan muhrim juga satu kesalahan kata tok guru itu lagi.

Apa yang menyentuh hati ini adalah perjuangan seorang isteri...dari tak pandai berkata2 sesuai dengan kerjayanya yang hanya doktor mata..kini dia petah berkata2...wanita dinilai dengan kebolehannya mengacuankan anak2...Nurul Izzah yang sedang meniti dewasa mampu menjadi pelajar cemerlang ketika keluarga dilanda musibah.

Contohilah wanita bertudung sopan ini...tak perlulah berpurdah litup sebagai penanda aras wanita tulin...bila wanita mula berkorban..dia umpama singa di rimba.

Tuesday, December 1, 2009

2012 dan Earth Hour.

Rata-rata orang sibuk memperkatakan tentang kiamat lebih  ramai pula  yang berpusu ke pawagam untuk menikmati  trauma kiamat.

Ada juga yang bersembahyang taubat setelah menonton 2012.

Bijak sungguh akal mat saleh nak buat manusia sedar tentang kiamat.

Sedang orang melayu sibuk buat tajuk perempuan isteri dan dot,dot.. untuk melariskan tiket wayang

Indon mengharamkan tayangan 2012.

Melayu menghalalkan tayangan jalang...anak-anak kita yang lintang pukang padahal.

Kiamat pasti datang...selagi ada manusia hafiz munkin kiamat lambat lagi...nak harapkan gunung bertasbih memuji Allah...banyak gunung pasak bumi  sudah dimusnahkan manusia.

Alam semula jadi dulu hidup dalam harmoni. Selepas wujud yang bernama manusia, mereka mula angkuh dan sombong. Disangkakan mereka terhebat.

Bila alam semakin sesak ada segelintir manusia  mula menyedari betapa pentingnya earth hour untuk mententeramkan alam.

Dari dulu sampai kini, binatang buas dan ikan dilautan  berpuasa. Ramai orang melayu Islam leka dengan puasa.

Hamba mengingatkan diri dan anak cucu, dunia ini hanya pinjaman, hidup kita tak kekal lama. Carilah imu bekalkan didada, teman kita dihari tua.

Kain Batik Panjang

Hari ni hari Selasa...hari kenangan silam...untuk mengingatkan aku tentang mati.

Ramai yang lupa tentang kepentingan kain batik panjang...arwah ibu mertuaku paling gemar memakai baik panjang...dirumah dia sentiasa selesa berbatik panjang.

Bila bapa mertuaku meninggal dunia...aku lihat betapa pentingnya keperluan kain batik panjang...aku kagum melihat segala berjalan lancar dengan adanya batik2 panjang.

Nak buat tirai nak buat serba serbi lebih mudah dengan adanya batik panjang apatah lagi nak menutupi jenazah.

aku mengingat diri aku dan diri kawan2ku supaya jangan kita lupa pada batik panjang

aku mula mengumpul tanpa tujuan sekadar memang minat pada batik panjang...tiap kali memandang ibu mertuaku berbatik panjang...terselit rasa dihati...begitu anggunnya wanita itu tapi mampukah aku berbatik panjang saban hari.

Tiba satu pagi Selasa...aku kembali sedar aku perlukan batik panjang...Alhamdulillah walaupun tak sehebat ibu mertuaku tapi aku mampu menyediakan segala kemudahan untuk keperluan di hari kematian ibundaku sayang.

Wajah rahsia hati

' Dalam kehidupan in yang terindah bila melalui usia remaja...suka duka silih berganti meninggalkan kesan abadi...berdebar2 rasanya bila mata bertentang mata..inilah pengalaman yang harus ditempuh tiap insan....'


Hargailah anugerah Allah ini.


biar cinta mekar mewangi.


Senyum2lah selalu.


Jelas di wajah rahsia hati.